Hantu Dalam Lif

hai ,.. if cerita ini tersiar, aku ucapkan terima kasih pada pihak fiksyen shasha dengan kesudian menyiarkan cerita ini. Ini first time aku menulis cerita seram, kenyataanya aku ini boleh di kategorikan sebagai orang yang penakutnya tahap lepas tengok cerita hantu confirm tarik member bilik sebelah tidur bilik aku .So cerita ini aku tulis untuk kawan aku yang begitu ‘gemar’ membaca laman ini selain rotikaya atau laman-laman gosip semasa.

Okaylah aku tak nak panjang-panjang nanti hilang seram pula jadi ngantuk . Dulu aku sempat lah berkerja dengan sebuah compay negara Singa seberang laut negara harimau. So company yang aku kerja ini , staff dia adalah dalam 30 lebih .Company baru nak hidup so tak lah ramai ahlinya . Masa tahun pertama kerja semua berjalan lancar sampai lah masuk pekerja baru yang aku nama kan IM. Im nie lebih tua dari aku dan lebih banyak pengalaman . Dia cukup gemar bercerita tentang kehebatan dia sebagai ahli kumpulan geng-geng besar dekat negeri merah biru nie. Dan aku ,memang suka mengiyakan segala yang orang cerita .Even itu satu cara mereka berbangga atau tidak aku tak peduli . Yang aku tahu cuma tersenyum dah buat mereka rasa diri mereka di kagumi .

Dalam office aku ada 2 department yang beza tapi yang memisahkan kami cuma dinding seri. Aku ada kawan rapat yang dah aku anggap macam taraf ‘anak-anak ikan’ atau ‘budak baru nak up’ dan aku bagi nama dia Riz . Riz nie dia kerja untuk shift malam , dan aku pula tukar-tukar shift nya .Tapi itu tak menghalang kami untuk selalu keluar lepak . Jadi ceritanya bermula masa Riz ini naik kerja lepas 3 hari bercuti . Dia masuk office dengan muka yang ceria ,and awal masuk dah ingatkan aku untuk keluar lepak malam tue . Malam tue seingat aku ,aku kerja sampai pukul 12am . So tepat 12 malam aku dah siap-siap nak balik . Aku cari si Riz nie tapi tak nampak lansung batang hidung dia dekat tempat duduk dia . Aku call rupanya dia dah siap tunggu dekat lot parking .Jahanam punya budak. Masa itu aku menyumpah jugalah .

Nak dijadikan cerita office aku nie terletak tingkat paling atas dari 31 tingkat yang ada .Aku and beberapa kawan yang sama shift gerak turun sama-sama tapi entah kenapa diorang rajin pula park kereta dekat aras 5 which is aras paling tinggi dari aras parking yg lain.So tinggal aku soranglah yang terpaksa turun sorang-sorang ke lot aras b2. Tengah aku membusykan diri dengan telefon, aku rasa pintu lift terbuka,bila aku tengok masih di aras 5 padahal tadi macam dah lama aku turun. aku tekan button close laju-laju dan mula berzikir dalam hati.

Masa tue dah berpeluh habis, dalam otak aku ligat fikir semua cerita hantu yang ada scene dalam lift. tengah aku ketakutan tue, tiba-tiba aku rasa ada tangan yang memainkan jari dibahu aku. bila aku pandang bahu aku, aku perasan tangan tue berlari laju kearah lengan aku.semua tue berlaku dengan cepat. Aku bingung,rasa macam itu tangan aku tapi tak mungkin tangan aku keduanya pegang handphone. Masa tue aku dah nangis dah . bila lift terbuka aku cepat -cepat lari cari Riz . Dia tnya kenapa aku nangis ,aku just senyap nak minta dia hantar aku balik .’cepatlah buka pintu kereta ini!’ bentak aku bila tengok Riz masih pandang aku tanpa bergerak seinci pun.

Tiba-tiba phone aku berbunyi dan aku melihat Riz sedang tersenyum melihat aku.Bila aku tengok rupanya Riz yang menghubungi aku. aku cuba mengangkat kepala aku untuk melihat ‘RIZ’ yang tadi berdiri didepan aku tapi kelibat itu dah hilang .Aku tak dapat nak berfikir dengan baik so dari aku angkat call RIZ ,aku lebih memilih untuk berlari turun melalui laluan kereta ke lobi .

Alhamdulilah ada orang dari company lain yang masih menunggu rakan atau teksi untuk balik . Malam itu aku balik dan menghantar SMS ringkas bahawa aku kurang sihat untuk lepak pada RIZ. sumpah malam itu badan aku mengigil ,sepanjang malam aku teringat senyuman ‘mesra’ ‘RIZ’.

Esoknya aku pergi kerja macam biasa, tapi sepanjang masa aku asyik mengurut bahu dan leher aku. terasa sengal-sengal dan lenguh .Bayang tangan yang bermain dekat bahu aku semalam masih segar dan aku dah nekad nak bercerita pada IM .Kalau cerita dekat Riz sama je, dia lagi penakut dari aku .

IM nie memang pandai ‘tengok’ benda-benda ‘kau duduk kejap’ itu arahan pertama masa aku jumpa IM petang tu.Dia suruh aku duduk membelakangkan dia .Aku masa tue macam kena pukau terus duduk tanpa bantahan. IM usap leher aku lepas aku dengar dia terkumat kamit dekat belakang aku . lepas dia usap tu aku rasa dunia aku gelap sekejap.Lepas 10min baru aku rasa seperti biasa. Dan IM masih setia duduk dihadapan aku .

“Benda tue duduk atas kau. dia suka kau sebab teman dia main dalam lif” kata-kata IM bila aku tanya . Bulat mata aku dan rasa seram sejuk yang teramat sangat bila aku dengan IM cakap ‘bende’ tue tumpang aku.Patutlah aku rasa lenguh dan berat sepanjang hari .

But thank god dia tak tunjuk kan muka if tak mahu pengsan aku . Aku berterima kasih pada IM sebab tolong aku.kalau tak mahu sampai ke tua aku bawak ‘benda’ itu . Sejak itu memang aku pastikan akan ada orang teman aku turun lif atau aku akan suruh RIz or IM jemput aku dari office bukan dari parking lot lagi .So itulah cerita aku even tak seram tapi cukup mengajar aku untuk percaya dalam lift pun boleh jadi ‘playground’ benda-benda itu.

SEKIAN,

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
APRIL

18 thoughts on “Hantu Dalam Lif”

  1. Tak baik taw nention negeri merah biru. Xkisahlh dr mne pun org tu, klu dah duk dlm gang besar mmg suka bangga2 mcm tu. Sorry ๐Ÿ™‚

    Reply
  2. Hahahahah negeri merah biru… aku pun asal sana weh.. mmg x dinafikan ada SEGELINTIR mmg perangai โ€˜ekโ€™ tu ada.. eksyen lebeyy puihhh

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.