Sepanjang pengalaman Pekerja TNB 2

Kisah Pertama Di sini

Tugas aku di TNB tidaklah tetap di satu tempat saja. Kami kena bertugas samada atas kenaikan pangkat atau perlu di tugaskan ke tempat baru.Suatu hari, aku telah menerima panggilan dari bossku….

“ Ariff…Saya nak awak bertugas ke PMU ( Pencawang Masuk Utama ) PG pada hari Isnin. Saya nak Ariff belajar dari kontraktor Hyundai. Saya akan usahakan kenaikan pangkat Ariff.” Aku menerima berita ini dengan perasaan gembira bila di janjikan kenaikkan pangkat.

Hari Isnin, jam 8 pagi aku sudah berada di PMU yang di maksudkan. Aku menanti kedatangan kontraktor Hyundai. Jam 9 pagi beberapa buah kereta pekerja kontrak Hyundai memasukki perkarangan stesen. Aku terus memperkenalkan diriku kepada mereka.Pencawang ini pernah meletup dan pihak Hyundai telah menggantikan dengan yang baru sebab masih dalam jaminan.
“ My name Ariff.” Sambil berjabat salam
“ Mr Alip. You operator here.” Tanya Mr Choy dan aku mengiakan.
“ This station vely haunted.” Kata Mr Choy. Aku yang mendengar ayat-ayat ini dah mula merasa lain. Bagaimana nanti aku akan berdepan dengan benda-benda ni semua. Hari pertama aku bertugas, semua berjalan seperti biasa.

Hari kedua aku terus cari Mr Choy untuk bertanya sesuatu..
“ Mr Choy. You told that this station very haunted. How do you know.” Aku speaking dengan Mr Choy walaupun aku tahu yang english aku berterabur tapi aku dan Mr Choy sama saja english kami. Terus dia ajak aku masuk ke satu tempat di mana terletaknya perkakas suis.
“ We saw there. 2 person vely tall.” Maksudnya mereka telah melihat 2 makhluk yang begitu tinggi. Kalau tinggi aku sebanyak 5 kaki, benda tu 10 kali ganda aku. Maknanya cukup tinggi dan aku sendiri tidak tahu apakah benda itu. Adakah itu hantu galah. Akhirnya aku naik ke tingkat atas. Ketika sedang menulis, aku menerima panggilan dari intercom.
“ Mr Alip. Can you please come down.” Apa hal pulak kontraktor minta aku turun ke bawah. Aku bergegas dari tingkat 3 ke bawah. Terus aku di bawa ke alatubah.

“ You see this transformer no supply but the fan is running.” Maksudnya alatubah belum ada kuasa lagi dan cable pun belum di pasang tapi kipas memusing dengan begitu laju di 3 buah altubah. Tiada apa yang boleh di buat. Aku sudah merasa tidak sedap hati. Ada yang tidak kena dengan stesen ini. Tiba-tiba aku melihat sebuah kereta masuk. Keluar seorang mat saleh. Mr John namanya dari London.
“ Morning…” Kata Mr John sambil yang lain menyambut dengan morning. Dia bersiul terus berjalan ke arah kontena yang terletak berdekatan pokok kayu bakau.
“ Oh my god…” Tiba-tiba kami terdengar jeritan Mr John dari arah kontena. Dia berlari ke arah kami.
“ When I open the container, I saw 2 couple with no face inside.” Kami semua tercengang bila di beritahu wajah tanpa rupa di dalam kontena. Hari itu juga Mr John mengambil keputusan kembali ke London hingga masa tertentu.

Memang pencawang ini hari-hari di penuhi dengan berbagai kontraktor dan aku terpaksa bertugas hingga jam 10 malam sehingga selesai semua kontraktor pulang, barulah aku dapat pulang. Di atas bumbung pula ada beberapa pekerja sedang menampal bumbung yang bocor. Setiap hari jam 7 petang, ketua kontraktor iaitu Mr Lee akan meminta izin aku untuk check pekerjanya yang berada di atas bumbung. Mungkin dia nak pastikan tiada yang tertinggal bilamana yang lain telah turun. Pernah dia berbual dengan aku..
“ Encik Ariff. You tengok itu orang yang letak buah bawah pokok. Dia orang cakap mau beri makan sama tokong. Itu orang banyak bodoh la. Itu pokok boleh buat apa. “ Kata Mr Lee.
“ You tarak percaya sama you punya tuhan ka. “ Tanya aku
“ Saya tiada agama punya orang dan saya tak percaya ini semua.” Kata Mr Lee. Lantak la. Itu dia punya pasal samada mahu percaya atau tidak. Petang itu seperti biasa jam 7 petang, dia datang nak minta izin naik atas bumbung dan aku izinkan.
“ Ahhhhhhh…….” Tiba-tiba aku terdengar jeritan dari Mr Lee. Dia meluru ke arah aku. Mukanya begitu pucat. Aku tuang air masak untuk di minumnya. Di ambilnya gelas yang mengandungi air masak dengan tangan yang terketar-ketar.
“ You cerita dekat saya sebab apa you menjerit.” Kataku. Mr Lee menarik nafas.

“ Selepas you izinkan saya naik atas, saya pun terus naik. Bila saya buka pintu, saya lihat seorang pekerja saya seorang wanita sedang buat kerja. Saya panggil dia dari jauh suruh dia berhenti kerja sebab yang lain sudah pun turun. Tapi dia terus buat kerja. Dia tak dengar suara saya. Saya terus berjalan ke arah dia dan terus suruh dia berhenti. Dia buat tak dengar saja. Dalam hati saya sudah panas. Apa hal ini perempuan tarak dengar saya cakap. Terus saya ke arahnya dan pegang dia. Bila dia pusing belakang, saya terkejut sebab perempuan itu tiada muka. Kosong saja. Sebab itu saya menjerit.” Aku yang mendengar pun dan naik seram. Aku terpaksa tunggu hingga jam 10 malam baru dapat pulang.

Keesokkan harinya aku melihat Mr Lee awal-awal lagi telah meletakkan buah di pangkal pokok yang besar.
“ Waa you hari ini sudah letak buah dekat pokok.” Namun Mr Lee hanya tertawa kecil. Mungkin dia telah insaf kut.

Suatu hari aku mengalami sakit urat. Leherku tidak dapat bepusing. Aku terpaksa memusingkan kepalaku andai ada yang memanggilku. Kata orang mungkin tersilap bantal. Seharian aku berada di rumah. Jam 7 petang hujan turun dengan lebatnya. Tiba-tiba aku mendapat panggilan dari jurutera yang meminta aku ke pencawang sebab report mengatakan kerosakkan ada berlaku. Aku meminta kebenaran agar selepas hujan reda baru aku ke sana.

Selepas hujan berhenti, aku terus ke pencawang, Aku mengambil maklumat kerosakkan yang berlaku dan beritahu jurutera sebelum aku pulang ke rumah. Setelah mendapat lampu hijau dari jurutera, aku terus kelaur dari pencawang. Leherku terasa begitu berdenyut-denyut. Tiba-tiba entah dari mana sebiji batu sebesar genggaman aku hinggap di leherku. Terasa begitu kebas sekali. Aku meletakkan batu di atas pokok bunga melur yang besar sebab aku yakin ia datang dari arah situ. Terus aku hubungi jurutera dan atas nasihatnya aku di minta meninggalkan pencawang dengan segera.

Bila aku sampai rumah, isteriku menyambutku. Aku cerita apa yang telah terjadi terhadapku.
“ Abang…Abang perasan tak yang leher abang tak sakit lagi dan boleh bergerak.” Tegur isteriku. Baru aku perasan yang leherku tidak lagi sakit. Mungkin batu yang di lontar terkena urat leherku. Itu hanya sangkaan ku saja. Allah yang lebih mengetahui. Aku beritahu isteriku agar masak lebih sikit sebab ada anak-anak anjing yang kelaparan akan menyerbu bila aku datang. Isteriku pun terus buat 2 bungkusan. Satu untuk aku dan satu lagi untuk anak-anak anjing yang sebanyak 2 ekor. Aku letakkan nama Benji dan Bendi. Senang untuk aku memanggilnya. Bila sampai aku akan terus memanggil nama anjing dan terdengar salakkan dan terus meluru ke arahku. Anak-anak anjing membesar begitu cepat di depanku. Suatu hari selepas maghrib, aku terdengar Benji dan Bendi sedang menyalak akan sesuatu dekat pokok kayu bakau. Aku menjenguk dari atas dan hanya nampak Benji dan Bendi saja. Aku terus turun ke bawah membawa bungkusan nasi untuk mereka

“ Benji…Bendi..mai makan.” Terus kedua-dua ekor anjing meluru ke arahku dan memakan nasi di dalam bungkusan. Tiba-tiba merka berhenti makan dan menyalak-nyalak ke arah hutan kayu bakau. Kali ini aku begitu yakin, aku nampak sesusuk tubuh berpakaian hitam, bertengkolok kuning sedang membuka bunga silat betul-betul di hujung pagar berdekatan hutan kayu bakau. Aku sendiri dapat rasai tanganku mengikut gerak tari lelaki tersebut. Aku nampak lelaki berpakaian hitam berlari begitu kencang dan terus melanggar aku…..

Bila aku membuka mata, aku dapati bilikku di penuhi makhluk hodoh. Aku terkejut dan terus meluru keluar. Terkejut isteriku.
“ Siti…Kenapa ramai sangat orang di rumah kita. Yang berjunbah, yang hodoh. Dari mana depa datang ni.” Kataku pada isteri
“ Abang jangan bagi Siti takut. Mana ada orang lain dalam rumah ni. Kita berdua saja.” Kata isteriku.
“ Tu atas almari sedang jelirkan lidah ke arah kita.” Kataku
“ Apa kena dengan abang ni. Siti taku bang.” Kata isteriku
“ Abang lagi takut Siti. Keliling kita penuh dengan makhluk hodoh.” Kataku dan aku benar-benar ketakutan.
“ Macam mana abang boleh ada di rumah. Bila abang balik rumah.” Aku bertanya sebab aku masih ingat kali terakhir aku sedang memberi makan Benji dan Bendi.

“ Semalam abang pulang agak awal dan nampak pelik. Mata abang merah. Siti tanya abang kenapa pulang awal tapi abang hanya jawab…baca…baca. Siti tanya abang nak baca apa. Terus abang memberi sepotong ayat quran untuk di baca dan ayat tu teradapat di dalam wirid Al mathurat. Siti talipon abang, dan abang minta Siti baca Al Mathurat dan hembus di mata abang yang merah tu. Lepas Siti hembus, barulah abang lena hingga ke pagi baru abang sedar.” Aku terdiam mendengar cerita isteriku. Aku terfikir bagaimana aku nak mengelak makhluk yang begitu banyak di kelilingku.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]
Ariff Budiman

18 thoughts on “Sepanjang pengalaman Pekerja TNB 2”

  1. Ok part akhir tu confuse sikit.
    1. Dia balik rumah, lepas tu bini telefon. Siapa yang balik? Bini telefon siapa?
    2. Bini telefon dia, suruh hembus kat mata. Macam mana bini dia hembus sedangkan laki bukan depan mata?

    Reply
  2. Yang last tu. Bini call abang kandung dia lah kot, ke abang ipar ke, bukan ” abang ” suami dia tu. Abang kandung/ abang ipar suruh hembus kat mata suami dia yang di panggil ” abang “. Maybe lah. Aku pun confused

    Reply
  3. Betul…kt PMU mmg angker…teman taulah sbb dulu2 pernah kojer jd jaga kt situ…jenis kn pi kunci jam setiap 2 jam…mcm2 setan teman pernah jumpa…sampai menggeletar satu badan…

    Reply
    • bukan bela.. tu kan anjing kat area pencawang, mungkin anjing terbiar..bagi makan kpd anjing tu pun satu sedekah 😊

      Reply
  4. Rasanya ada lg yg xknal pak cik ariff budiman.. Pak cik Ariff budiman ada klebihan dlm mengubat org. Adik kpd pnceramah motivasi terkenal Dr Daniel Zainal Abidin.isteri dia arwah kak siti yg dlm kisah ni pun meningal kerana sihir. Bnyak kisah pak cik ariff.. Boleh tgk fb dia. Cm mnt hormat bila komen, sbb dia dh taraf ayh pd kita yg masih muda.

    Reply
  5. Aku penah dpt video.. dlm pencawang tnb, tangga bergerak sendiri.. jenuh perati dari setiap sisi, kot laa video tu fake. Ternyata, its real…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.