Akibat Sihir 2

Assalamualaikum dan terlebih dahulu terima kasih fiksyen shasha kerana seperti biasa telah mengizinkan aku untuk berkongsi pengalaman sebenar aku. Nama pena aku adalah “Lubna” membesar dan dilahirkan di Klang. Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman dan sambungan dari kisah “akibat sihir”. Terima kasih kepada semua pembaca yang turut mendoakan agar Pak andak diberikan kesembuhan sepenuhnya dan kembali berbakti kepada keluarganya. Sesungguhnya Allah menduga setiap manusia atas dasar memperkukuhkan keimanan dan memberikan hikmah disebaliknya.

Sambungan kisah bermula dari ketika pak andak ditahan di wad hospital kerajaan. Ketika pak andak ditahan, pesakit-pesakit yang berdekatan dengan pak andak turut merasa takut. Sehingga ada pesakit yang meminta untuk berpindah katil dan menutup tirai supaya tidak menyaksikan keadaan pak andak. Doktor pakar sentiasa memantau dan mencari cara untuk menenangkan pak andak. Sehingga doktor pakar membuat mesyuarat untuk membincangkan cara rawatan untuk pak andak. Segala ubat dan rawatan tidak dapat menenangkan pak andak. Bahkan pil tidur pun hanya dapat melenakan pak andak paling lama setengah jam sahaja.

Waktu kemuncak pak andak agresif adalah selepas solat asar sehingga ke sebelum azan solat subuh. Keadaan kesihatan pak andak semakin merosot. Segala makanan dan minuman pak andak tolak. Sehingga doktor terpaksa memasukkan air melalui drip ke badan pak andak. Tubuh badan pak andak semakin susut dan bibir pak andak luka teruk akibat terlalu kering. Akhirnya doktor pakar membuat keputusan untuk memberikan ubat penenang dari bahagian psikiatri. Pak andak dapat tidur lena pada hari esoknya, tidur yang terlalu lama dari pagi berterusan ke malam. Nurse-nurse disitu pun dapatla melakukakn rutin seperti biasa. Mak andak pun pulang kerumah seketika untuk berehat kerana telah lama mak andak menjaga pak andak dihospital.

Ketika mak andak dirumah, mak andak menerima panggilan kecemasan dari pihak hospital. Mak andak segera ke hospital. Setibanya dihospital, kelihatan pak andak dikerumuni oleh nurse dan doktor. Mak andak segera berjumpa dengan nurse yang bertugas.

“kenapa dengan suami saya ye?..saya terima panggilan kecemasan tadi”
“sabar ye puan..suami puan mengamuk tadi..”
“mengamuk??..mengamuk macam mane..dia tak ape-ape ke?”
“tadi kami bersihkan katil suami puan..dan kami membuka ikatan tangan dan kaki suami puan dari katil..sebab nak rawat luka akibat dia mengamuk untuk dilepaskan sebelum ni..tapi suami puan tiba-tiba berdiri..dan melompat sambil berguling-guling dilantai..pesakit-pesakit yang lain terkejut dan keadaan makin teruk, bila suami puan cuba untuk terjun kebawah dari tingkap hospital”
“Allahuakhbar!!”

Setelah pak andak diberikan semula ubat penenang..pak andak pun terus tidur semula. Jika dilihat dari tahap kesihatan dan keadaan kaki pak andak yang semakin mengecut dan mengecil. Mustahil untuk pak andak melompat dan berguling seperti yang diberitahu nurse.

Setelah hampir sebulan ditahan wad dan doktor sudah buntu untuk memberi penjelasan penyakit pak andak. Berbekalkan ubat penenang dari pihak hospital. Pak andak diberikan kebenaran pulang. Bermulalah mak andak mencari ikhtiar rawatan islam dan merata tempat mak andak berikhtiar. Antaranya di pusat rawatan islam terkenal di Bangi. Setelah melakukan rawatan, pak andak pun dibawa untuk solat bersama-sama disurau yang disediakan. Seperti yang saye beritahu dicerita sebelumnya. Adakalanya pak andak ingat seperti biasa. Alhamdulillah, setelah rawatan pak andak kelihatan sedikit sihat dan pak andak pun mula solat seperti biasa ditemani pak usu. Usai solat zohor, pak usu cemas kerana pak andak tidak kelihatan. Tadi pak andak solat disebelah pak usu.

Mak andak, pak usu mak usu dan beberapa orang perawat pun turut mencari keberadaan pak andak. Akhirnya setelah hampir setengah jam mencari. Mak andak telah menjumpai pak andak di tepi kolah surau.

“abang buat ape kat sini??”
“diam..diamm..jangan bising..nanti dia dengar..nanti dia Nampak kite” kate pak andak dalam keadaan mencangkung seperti menyorok ditepi kolah.

Setelah itu perawat memulakan rawatan semula. Pak andak kelihatan kembali sihat sedikit dan pulang ke rumah. Dirumah seperti biasa, pak andak kadangkala mengamuk, tak nak makan tak nak minum..paling teruk sekali..pak andak pernah mengugut untuk mencederakan mak andak dan anak-anaknya. Puas mak andak berikhtiar untuk memulihkan suaminya. Setelah hampir seminggu dan pak andak kelihatan ada tanda-tanda untuk sembuh. Mak andak pun membenarkan keluarga untuk melawat. Aku dan keluarga pun pergi melawat pak andak. Sambil melawat, kami pun terus membuat bacaan Yassin dan Al-Quran selepas solat maghrib untuk sama-sama berikhtiar untuk pak andak sembuh. Ketika bacaan Yassin dilakukan, pak andak tiba-tiba gelisah dan mundar mandir didalam rumah. Klimaksnya, pak andak mengurung diri didalam tandas.

Setelah usaha dilakukan untuk keluarkan pak andak dari tandas. Pak andak keluar dalam keadaan basah lencun, mata meliar dan menjerit ketakutan. Memang jauh beza saye lihat pak andak. Pak andak yang dulunya sentiasa matang dalam membuat keputusan dan tersusun tutur kata kini pak andak berubah perwatakan seperti kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa.

“aku takutttt…ada perempuan tak ada mukaaaa..ada asap hitam teballl..berhenti laaaaa..berhentilaaaa” kate pak andak sambil menutup muka dan memaksa kami untuk berhenti membaca surah-surah suci.

Setelah pak andak kelihatan sedikit tenang dan waktu menginjak kelewat malam. Kami pun beransur pulang ke rumah. Kini telah hampir setahun setengah. Pak andak sudah tidak bekerja. Pak andak masih dalam keadaan tidak stabil. Adakalanya masih pengsan secara tiba-tiba dan tidak kenal anak-anaknya. Merata ceruk dan pelusuk telah mak andak bawa pak andak untuk berikhtiar.

Dalam hati aku berbisik, mengapa “manusia” yang kerdil dan lemah sanggup melakukan apa sahaja untuk melempiaskan nafsu dengki dan amarah. Sehinggakan sanggup melakukan perkara terkutuk seperti ini, tidak takutkah pada balasan Allah kelak. Tidak takutkah jika diambil nyawa sebelum bertaubat.

Firman Allah
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah al-Nisa’: 48)

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]
lubna

9 thoughts on “Akibat Sihir 2”

  1. teruskan berikhtiar ..semoga pak andak terus kuat hadapi dugaan allah ini…kepada yang melakukan perbuatan ini ingatlah bahawa ada allah yang lebih berkuasa …Dia berkuasa untuk menyembuhkan dan Dia juga berkuasa untuk memberi ujian bagi melihat tahap keimanan kita terhadap-Nya …amin ..

    Reply
  2. Lubna cuba contact Tuan Syafiq Fathi.. Melalui pembacaan sy d sini, beliau jg mampu berubat dr jauh.. In Shaa Allah… FB beliau Syafiq Fathi. Klu x salah, writer ButirStar pon pernah dirawat beliau(betulkn jika sy salah)..

    Reply
  3. Bersabarlah utk keluarga pak andak.. Arwah sy sendiri disihir kwn baik.. Merata negeri kami cuba, Berpuloh ustaz, bermacam jenis, dan dgn Izin Allah jugak. tak bertemu dgn ubtnya… Teruskan mencari ya.Jgn sesekali berputus asa.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.