Lepas beraya seminggu dekat kampung, kitorang pun berkumpul dekat rumah tu dalam tengahari.. sorang kawan aku bawak motor, ye la kampung dekat je kat Sepang leh la bawak motor abah.. tapi elok gak si Man ni ada motor, leh la suruh die beli barang-barang nak kemas rumah..
Huhuhu, takde pengalaman duk kek rumah sewa masa tu, tak sangka beli barang-barang nak kemas rumah pon leh tahan gak.. penyapu, baldi, fabuloso dan macam-macam lagi la, sib baik makro masa tu ada nak harap kedai runcit yang ada hanya rufaqa je masa tu. Tapi cam biasa la apa barang pon takde kecuali bahan makanan basah..
Masa mengemas tu takde la apa-apa yang pelik kitorang alami, ok macam biasa, happy happy pasang radio kuat-kuat sambil kemas rumah, cuci 1 rumah pastu buang barang-barang peninggalan yang ada.. semua aku buang tak tinggal 1 pun, tapi masa nak kemas bilik air kat bilik aku, aku tekejut sebab nampak ada teddy bear besar kat atas flush tandas tu.. sebab masa kitorang masuk dulu takde le plak toy tu, toy beruang warna coklat pakai baju kot dan ada love kat dadanya.
Aku cakap dengan budak-budak tu yang aku jumpa teddy tu, tak pasal-pasal muka si wan berubah betul padahal tadi kemain siap nyanyi-nyanyi lagu xpdc masa tu dengan li, rock sampai jerit-jerit. Aku nengok die aku plak yang gabra, sebab wan dan Man pun dah jenguk bilik air tu sebelum ni (masa pindah dulu) tak kan ada siapa-siap pula yang masuk letakan kat bilik air bilik aku tu.. nak kata tuan rumah, grill depan belakang kitorang dah kunci ngan solid baru masa angkat barang tu.. aku pon tak nak pikir panjang-pnjang kang tak pasal-pasal aku yang kecut perut sebab aku yang nak duduk bilik tu kang, bukan diorang..
Jadi aku masukan dalam plastik sampah hitam yang besar pastu aku ikat dan letak kat dalam tong sampah kat depan rumah..
Tak nak pikir lama-lama pasal bab tu, kitorang pon kemas la semua temasuk la longkang belakang yang penuh ngan batang-batang colok tu. Lebih 5 jam kemas baru la settle, baru la camr umah, bau fabuloso pun merebak rebak baunya. Pasang langsir kat sliding window pastu tingkap lak letak kain pelikat yang di gunting dua sebab masa tu takde langsir tingkap lebih.. Wan ni bagus budaknye banding ngan aku ni, sempat die baca yasin selepas sembahyang maghrib tu..
Aku ngan si Wan pula sibuk lepak dekat depan umah, maklumlah hari pertama, rumah terang benderang.. lepak kat luar rumah sebab jiran-jiran takde, yang ada selang 10 buah rumah tu pun tak sempat kenal masa tu, family cina, sebab kitorang busy kemas rumah..
Siap baring-baring dekat luar ye la penat, orang pon takde, area tu dah jadi jajahan kitorang dah, nak buat apa pun suka hati la. Tengah-tengah kitorang lepak-lepak dekat luar, si Man jerit-jerit dari dalam bilik air, masa tu bilik air yang dekat ruang tamu bersepah dengan baju-baju kotor, mop, dan baldi-baldi, jadi dia gunakan bilik air bilik aku. Aku ngan si Wan belari lari la kenapa pula si Man tu jerit-jerit pula, sampai-sampai aku tekedu nengok bilik air terkunci dari luar dan lampu biliknya di tutup, mana tak nya si Man menjerit, orang sibuk ambik wuduq leh lak kene tutup pintu ngan lampu.. siap marah-marah aku dengan Wan kononnya saja nak kenakan dia, aku dah memang gabra dah, Wan jangan cerita la harap badan je besar tapi memang penakut..
Berkali kali cakap kat si Man baru di terima, tapi tegamam la sikit dia masa tu.Tapi dia cakap masa dia wuduq tu nampak ada tangan tarik pintu pastu kunci sebelum tutup lampu. Masa tu dia tengah membongkok wuduq di bahagian kaki, dia dah suspek kitorang masa awal-awal sebab terang-terang dia cakap tangan tarik pintu. Aku la yang dituduh sebab tangan aku kan kurus banding si Wan, padahal masa tu kitorang tengah syok-syok lepak kat luar umah..
Pas bab tu kitorang dah mula rasa pelik, Man pergi sembayang isyak aku dengan Wan duk bersandar kat dinding ruang tamu dekat pintu, sambil borak-borak pasal bende tak kene dekat rumah ni. Aku sebut semua hal dari patung sampai la kes kat tandas tadi, aku saja tak nak sebut pasal kes nampak budak tepek muka kat cermin nanti dah berat sangat, tak pasal-pasal ada gak yang pengsan. Masa sembahyang tu, si Man leh terbehenti kate kipas m**i sendiri la, kipas meja yang pusing-pusing tu m**i sendiri macam kene offkan main suis plug kipas tu, lagi lah tambah seriau masa tu, macam manalah kipas tu leh m**i sendiri sedangkan takde sapa yang dekat dengan kipas tu, extnsion kipas tu dari dapur rumah sebab kat depan dah penuh dengan pc dan radio kitorang..
Sunyi seekjap pastu, takde sape becakap, tiba-tiba Man mencelah mungkin extnsion ni tak elok kot dah, barang kat makro bukan semuanya elok, aduh aku tau sangat la ayat sedapkan hati tu.. Man gerak gi dapur nak tengok suis tu mmng off ke on, tapi sah dah off, ada la yang offkan tu kalau pikir logik.. argh, aku masa tu dah pikir macam-macam, Man yang tadi duk positif pon dah semacam. Dia cadangkan malam ni semua tidur kat ruang tamu, biasalah dia cakap rumah tingal/rumah baru macam ni lah..
Takde apa-apa pastu sampai lah jam 11.30 mlm, pintu dapur di ketuk berkali kali menyebabkan semua kaku macam tak bergerak dan bersuara.. sampailah 5 minit, barulah si Man sahut, assalamualaikum, sapa tu!!!.. sampai 3 x, tp takde sapa yang jawab. Aku dah risau semacam dah, duk pikir macam masa tu.. rasa happy masuk rumah baru dah takde, sampaikan mood raya aku pun dah hilang.. man pesan kat kitorang, kalau apa-apa hal malam ni jangan lari, lagi membuatkan aku kecut perut rasa nak terkencing.. aku nengok si man dah lelap, aku dengan si Wan pula tak leh sebab asik duk pikir je, aduh tak tau plak aku penakut tahap ni, padahal kat kolej dulu selamba je aku lepak sorang-sorang masa budak-budak lain balik kg.. Maklumlah kg aku jauh, kalau cuti seminggu 2 tu aku x balik, duk je la sorang-sorang kat hostel, rasa takut dan tutup keberanian aku..
Aku ngan Wan tak dapat tido borak-borak sambil pasang radio sayup-sayup je, ye la tk dapat nak buat apa lagi.. tido tak leh, siap Wan cakap aku tak yah tido pon tak pe, esok siang kite tido, aku iakan aje lah.. tengah layan isma halil Masa tu, dah jam 2pagi kot, tiba-tiba remote suis kipas yang pusing 0 ke 5 tu berpusing sendiri. Mata aku pandang je, tapi sambil baring kat tilam.. pusing-pusing kejap ke 2 kejap ke 5 kejap ke 0, sudah aku tak tau nak buat apa dah..
Tapi kaki aku sibuk sepak-sepak si Man yang sedap tido sampaikan dia celik la nengok sendiri kes tu. Yang aku tak tahan tu si Man gi jerit HOI!, aduh… baru la berenti, tak pasal-pasal dia pon tak leh nak tido. Berjaga la kitorang masa tu sambil dengar radio sayup-sayup, tak sempat si Man call family dia cerita, pastu bapak dia janji nak datang esok tengok-tengokkan rumah tu.. legalah hati kitorang masa tu sebab harap-harap ni adalah terakhir sebelum esok abah si Man datang untuk menghalau gangguan dalam rumah ni…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
pada March 14, 2017 cerita ini dah disiarkan, perenggan pun diubahsuai…. alahai…
Udah²ler mmbongakk!!org lainyer citer nko claim citer nko😏