#JannaNick – Akibat Ketip Kuku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih sekali lagi kerana sudi untuk menyiarkan kisah aku. Seperti biasa aku Janna Nick tapi sekadar nama pena untuk menulis di sini. Kembali kepada kisah dan pengalaman yang ingin aku kongsikan kepada korang semua. Kali ni merupakan pengalaman aku sendiri. Kisah ini mungkin tidak terlalu seram tetapi bagi aku yang mengalami situasi ini, peristiwa ini sangat-sangat menakutkan dan memberi impak kepada aku sehingga sekarang.

Korang pernah dengar tak nenek-nenek atau mak-mak kita dulu selalu pesan jangan ketip kuku pada waktu malam? Mereka kata kalau kita ketip kuku pada waktu malam, nanti ‘kakak cantik’ akan datang. Kiranya dengan cara mengetip kuku pada waktu malam seperti memanggil dan menarik minat ‘kakak cantik’ untuk datang. Dan kita selalu anggap perkara itu cuma omong kosong yang hanya nak menakut-nakutkan kita. Yelah, kalau kita fikir secara logik akal, sekiranya kita ketip kuku pada waktu malam takut terketip isi dan bukan kuku kerana gelap. Orang zaman dulu kan cuma gunakan pelita untuk menerangi rumah sebelum adanya elektrik seperti sekarang.

Peristiwa ini berlaku semasa aku masih bersekolah di sekolah rendah. Pada masa tu kita masih muda, d***h remaja membuak-buak. Apa yang dilarang itulah yang disukai. Aku masih ingat lagi, ketika kejadian itu berlaku, aku berada di rumah nenekku kerana pada musim cuti sekolah aku biasanya akan tinggal bersama nenek. Rumah nenek aku merupakan sebuah rumah kampung yang mempunyai halaman yang luas. Rumah nenek dikelilingi dengan pelbagai jenis tanaman dan pokok. Terdapat sebatang pokok ciku betul-betul berada di hadapan tingkap bilik nenek aku. Nenek aku tinggal bersama dengan paksu aku dan kebetulan masa kejadian ini berlaku, paksu aku telah keluar daerah atas urusan kerja.

Untuk pengetahuan semua, aku ada satu tabiat yang mana aku tak boleh lihat kuku aku panjang. Walau panjang sikit pun aku tak boleh, pasti tangan akan gatal untuk ketip kuku. Aku lebih selesa sekiranya kuku pendek. Pada suatu malam tu, aku sedang menonton tv di ruang tamu dan tiba-tiba aku terperasan yang kuku aku panjang. Mulalah aku rasa tak selesa dan gatal tangan nak mengetip kuku aku ni. Nenek aku pula masa tu berada di biliknya sedang melipat baju. Waktu itu jika tak silap aku dalam lingkungan jam 9 lebih malam. Secara senyap-senyap, aku mengambil pengetip kuku dan pergi ke beranda depan rumah nenek supaya nenek tak dengar aku mengetip kuku. Selesai saja mengetip kuku, aku terus masuk ke ruang tamu dan menonton tv seperti biasa. Jam 11 malam aku sudah masuk ke bilik nenek untuk tidur. Aku memang tidur sebilik dengan nenek.
Aku tak pasti sekitar jam berapa, tiba-tiba aku terdengar bunyi seperti bunyi seseorang sedang mengetip kuku. Bunyinya seperti jauh tapi aku memang dapat dengar dengan jelas. Aku rasa pelik, siapa je yang nak ketip kuku malam-malam macam ni. Tetapi yang lebih menakutkan aku, bunyi itu bukan datang dari dalam rumah nenek, tapi bunyi tu datang dari luar rumah. Bunyi ketip kuku itu masih ada diselangi dengan bunyi seperti suara orang “humming”. Mendayu- dayu suaranya. Jantung aku masa tu berdegup laju. Aku mulai rasa seram dan takut.  Aku pusing ke sebelah aku, nampak nenek sedang tidur. Aku memang rasa takut tapi jiwa muda aku masa tu bergelodak untuk mencari siapa yang membuat bunyi tu. Masa aku nak bangun dari katil, nenek aku bersuara tiba-tiba,
“Jangan layan bunyi tu. Buat tak tahu je. Dah, pergi tidur sana. Jangan degil cakap nenek.”
Aku telan liur dan cuba menyambung tidur tanpa mengendahkan bunyi-bunyi yang aku dengar. Pusing kiri, pusing kanan lagaknya aku seperti kelaparan tidak dapat nak tidur. aku paksa juga diriku untuk lelap. Akhirnya aku terlelap semula mungkin kerana terlalu takut.

Keesokan harinya, semasa sedang bersarapan nenek terlebih dahulu membuka mulut mengenai kejadian malam tadi. Nenek bertanya sama ada aku ada mengetip kuku pada waktu malam atau tak. Aku mengaku yang memang aku ada mengetip kuku malam semalam.
“Kan nenek dah pesan, jangan sesekali ketip kuku waktu malam. Sekarang sendiri dah nampak sebabnya kan? Nasib dia tak kacau kau tau. Lain kali orang tua cakap, jangan bantah. Mesti ada sebab dan akibatnya.” Panjang lebar nenek saya mengigatkan saya.
Sejak kejadian tu aku cukup serik untuk ketip kuku pada waktu malam lagi. Seboleh-bolehnya aku akan melakukan perkara itu hanya pada waktu siang saja. Kita jangan sesekali menganggap remeh pesanan orang tua kita. Sebab apa yang dilarang pastinya ada sebab dan akibat.
Terima kasih.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Janna Nick

9 thoughts on “#JannaNick – Akibat Ketip Kuku”

  1. Sama juga dulu masa kecik2 org2 tua larang cuci baju.. terutama bunyi berus n baju yg dihempas2 tu. Dulu xda mesin basuh. Sama juga kes mcm ni xikut ckpnorg tua. Jd cucilah baju guna berus zip zap zip zap.. mlm tu tido tibaw sayup2 bunyi sperti bju tgah diberus xkuat tp denga. Masih sekolah rendah masatu jd igt mimpi ke salah denga tido balik.

    Reply
    • Masa saya kecik2, emak selalu basuh baju waktu malam selepas semua ahli keluarga mandi. Takde apa2 berlaku pun. Ini kali pertama saya baca pasal pantang basuh baju waktu malam.

      Reply
  2. Kalau ko baca story “cerita EL” ko tahu la mcm mana mondus operandi jin2 ni. Pantang2 tu dia yg reka utk sesatkan umat islam. Ko p****g kuku waktu mlm, dia dtg utk kukuhkan teori ko n ko percaya dan terus percaya.

    Reply
  3. Di Jepun pun ada kepercayaan tak boleh p****g kuku waktu malam. Ada benda lain dari alam lain yang akan datang dan tertarik.

    Reply
  4. Teringat masa zaman kanak-kanak dulu kalo nk berak tetengah mlm emak pesan pastikan jangan bising sangat kalo tengah sembelit..nnt ada yang ngintai..zaman ni jamban kat luar rumah..

    Reply
  5. arwah nenek aku pon tak bagi p****g kuku mlm2. Bila tanya kenapa, dia cakap tak elok. Aku pon fikir bena yg sama lah. Maybe sebab time dulu2 kan takde lampu tu yg bahaya kalau p****g kuku.. Tapi aku degil. Aku p****g je mlm2 sampai skrg. Elok je takde apa.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.