AKU TIDAK SENDIRI
Jam menunjukkan pukul 7.30 petang. Perjalanan menaiki feri dari perkampungan Parapat ke Pulau Samosir mengambil masa 30 minit. Belum dikira dan dihitung perjalanan merentas bukit bukau dan gunung ganang dari Kualanamu, Medan melalui Berastagi dan Simarjarunjung. Kunjunganku kali ini bukanlah semata-mata untuk bercuti tetapi ditemani tugasan kampusku.
Aku sempat mengerling ke arah sekumpulan penduduk tempatan yang aku kira cukup biasa dengan lembut puput bayu Danau Toba. Destinasi yang dituju kian jelas dipandangan mata. Kedatangan aku disambut mesra dengan indahnya seni bina masyarakat di Sumatera Utara. Dari kejauhan dapat aku lihat deretan hotel dan rumah penginapan yang cukup berseni rekaannya. Aku tersenyum sendirian. Terus aku merakam sekeping dua foto kenangan untuk tatapanku di masa akan datang.
“Udah sampai ya mbak, horas mbak (ucapan selamat datang dalam bahasa Batak). Aku melemparkan senyuman, bingkas aku bangun bersama beg sandangku. Langkahku diatur berhati hati menuruni tangga kayu yang direntangi untuk dijadikan titi.” Terima kasih pak”, ucapku seraya menghulurkan wang tambang. Aku terus menuju ke sebuah hotel yang telah aku tempah melalui aplikasi pelancongan yang terkenal dilaman sesawang. Seorang gadis kecil molek menyambut kedatanganku lantas di bawa bersama baranganku. Aku dibawa ke kaunter pendaftaran. Sepanjang jalan menuju ke hotel, aku melihat banyak ukiran serta hasil kraftangan suku kaum Batak. Gadis molek itu terus menyiapkan dan menyemak semua maklumat berkaitan tempahanku. Dalam remang senja, dari kejauhan, di hujung pintu utama hotel mataku menangkap kelibat sesuatu dan secara tiba tiba dapat aku rasakan hembusan angin tidak lagi selembut tadi. Sedikit getar mula bermukim di dada serta benakku. “Ini kuncinya mbak”, ujar gadis itu bersama segugus kunci melenyapkan seketika debar di hati. Hulurannya ku sambut dan aku terus di bawa menuju ke bilik. Kami mendaki beberapa anak tangga serta beberapa buah bilik yang tidak berpenghuni.
Laluan ke bilikku hanya diterangi lampu yang malap dan serta merta perasaan tidak enak mula menyelubungiku. Hidungku menangkap bauan seperti bunga kemboja berselang seli dengan bauan colok. “Mbak ini biliknya ya mbak, lantai mbak ini tiada penghuni kerana masih bukan musim cuti, kalau ngak ramai sih yang liburan di sini”, penjelasan gadis itu hanya singgah di mindaku tanpa dihadam benakku. Aku ditinggalkan di hadapan pintu bilik yang sudahpun dikuakkan. Susun atur perabotnya ringkas, hanya terdapat sebuah katil bersaiz sederhana, sebuah sofa kayu yang berukir, almari televisyen yang kelihatan sudah usang serta sebuah televisyen di dinding. Aku segera menekan punat penghawa dingin dan meletakkan begku di sisi katil. Bilik itu aku tinjau dan tiba-tiba, Pang!!! aku lekas menoleh kearah pi tu tandas yang tertutup sendiri bagai dihempas oleh seseorang. Aku masih cuba berfikiran positif “relaks, relaks, tenang angin je tuh”, monologku memujuk hati. Aku perlahan-lahan berjalan menuju ke tandas, tetapi yang mengejutkan aku tiada laluan angin mahupun tingkap di situ, jika difikir logik bagaimana pintu tandas boleh terhempas kuat. Aku segera mengusir rasa gusar di hati, televisyen aku buka dan menaikkan suara pada televisyen. Aku terus mengambil tuala dan segera menuju ke tandas untuk menyegarkan badan. Hidungku sekali lagi diterjah bauan kemboja dan bauan colok, tetapi kali ini bersama bauan busuk.
Lantas segera aku keluar dari bilik mandi dan terus menyiapkan diri. Gangguan itu tidak berakhir disitu, televisyen yang dibuka olehku tiba tiba terpadam dengan sendiri walhal alat kawalan jauh masih berada diatas almari seraya itu hilaian halus aku dengari. “Allah, dugaan apakah ini”, aku mula berasa bahang panas walaupun suhu penghawa dingin mencecah 16 darjah celcius. Dalam keadaan ketakutan, aku melihat kain putih bergentayangan di tingkap sebelah pintu bilikku, serentak itu bunyi pintu tanda dihempas dan bauan yang tidak enak.
Telingaku menangkap bunyi alunan muzik gamelan serta bayang bayang tarian di dinding. Suara halus wanita mengalunan lagu jelas kedengaran, aku menggigil ketakutan. Semakin kuat alunan gamelan, semakin gemersik suara nyanyian dan semakin semerbak haruman kemboja. Tanpa berfikir panjang, aku terus keluar dan berlari tanpa menoleh sedikitpun ke belakang. Makin laju larian semakin kuat alunan gamelan, dan tiba tiba di hadapanku muncul jelmaan wanita siap berpakaian tarian. Senyumannya sinis memandang tepat ke wajahku, lututku menggeletar dan kakiku bagai terpasak dilantai. Wajah wanita itu semakin mendekati wajahku dan dia menyeringai. Aku cuba menjerit, namun suaraku bagai tersekat dikerongkong.
Angin mulai kencang, muzik gamelan semakin kuat, sedangkan aku masih terpacak. “Nyah kau dari sini, jangan digangguin mbak itu, mbak itu datang bukan untuk menganggumu”, nyaring teriakan seorang lelaki. Tanganku ditarik dan kami berdua berlari menuruni tangga menuju ke kaunter pendaftaran. Aku menghela nafas panjang, cuba menenangkan diri. Keadaan kembali tenang. Lelaki yang tidak aku kenali memberikan aku secawan air.” Minum mbak, ngak papa kasi kembali semangatmu, ini air putih ja mbak”, laju aku meneguk air. Beberapa detik barulah aku bersuara, “siapa tadi itu pak, apa yang perempuan itu mahu? Getar suaraku masih bersisa. Lelaki itu merenung tepat ke wajahku,” perempuan itu sudah lama disini mbak, penari khas disini namun telah d*****h akibat iri hati dengan kecantikkannya mbak”penjelasan lelaki itu membuatkan aku terpana.” Setiap tahun, perempuan itu akan mencari tetamu yang tinggal berseorangan dilantai atas untuk menemaninya mbak,” penjelasannya sekali lagi menerjah mindaku. “Bukan dia sahaja mbak, aku juga mencari pendampingku, suara lelaki itu diiringi dengan hilaian panjang. Aku segera membuka langkah seribu lari keluar dari hotel itu, dari kejauhan aku melihat perempuan dan lelaki itu menyeringai memandangku bersama alunan gamelan.
Entah berapa jauh aku berlari sehelai sepinggang tanpa telefon, wang dan sebagainya. Aku terus berlari dan berlari menuju ke sebuah gerai makanan. Aku duduk disitu melepaskan lelah. Keadaanku yang tidak terurus barangkali disedari oleh peniaga di situ. Peniaga itu terus menyapaku dan aku segera menceritakan perkara yang berlaku. “Mbak tinggal di hotel di pinggir itukah, yang sunyi tiada penghuni? Pertanyaan peniaga itu aku sambut dengan anggukan.” MasyaAllah mbak, mbak bernasib baik mbak, tempat itu angker mbak, ada kisah di sebaliknya, tapi ngak papa, mbak sudilah tumpangi rumahku yang tak seberapa. Malam itu aku berteduh di rumah peniaga itu. Aku tidak lagi mahu bertanya. Padaku, aku ingin segera mengambil barangku dan meninggalkan pulau ini walau aku tahu tugasanku masih belum selesai.
Subuh keesokkan harinya, aku segera ke hotel itu ditemani peniaga itu. Aku segera ke bilikku dan mengambil barangku, kunci aku letak di kaunter pendaftaran dan aku terus berlalu pergi dari hotel itu dan segera meninggalkan pulau itu. Saat aku berada di dalam feri, aku sempat mengerling ke arah hotel itu dan sempat mataku menangkap kelibat wanita itu dan lelaki di bangku hadapan bilikku itu. Dan alunan gemersik gamelan itu masih menghantui benakku. Sehingga hari ini, aku tidak tahu mengapa ianya berlaku, dan aku anggap bahawa ianya adalah satu kisah yang akn aku jadikan teladan dan akan terus tersemat kukuh diingatanku. Mungkin Allah ingin mengujiku dan memperlihatkan bahawa aku, kamu, kita bahkan kalian tidak bersendiri, kerana makhluk lain yang tidak dapat dilihat pandangan kasar turut berada di sekeliling.
Wallahuallam
….. TAMAT…..
Disclaimer : Ianya adalah coretan dari pengalaman dan kisah benar yang berlaku.
Pengembara Jalanan
Seram / Tak (2 marks) = 2
Gaya bahasa (2 marks) = 2
Penyampaian (2 marks) = 1
Real / Fake (2 marks) = 2
Whole story (2 marks) = 2
Comment : 9/10. Cerita yg simple tapi sangat menarik. Deserve 9/10. Penyampaian dapat 1. Sebab cerita nya agak laju, tak sempat sngt nak feel. Tiba2 dah habis. Alangkah cerita sebagus ini, di cerita kan slow2. Mesti gempak. Tapi memang terbaik. Tahniah.