Certot Pengalamanku

Hai. Thanks kalau cerita ni tersiar. Just nak share certot pengalaman seram aku.

Rumah Moyang

Rumah moyang aku terletak di suatu kampung yang kecil di daerah KS. Rumah tepi jalan besar. Dulu masa kecik rasa seram sebab rumah moyang jenis rumah kayu lama, tandas kat luar, pakai perigi and pakai dapur kayu lagi. Tak lama lepastu rumah kayu nyang dirobohkan, and buat rumah kecik je sebab senang nyang nak gerak.

Nak jadi cerita aku selalu ditugaskan teman nyang kalau cuti weekend atau cuti sekolah sebab nyang tinggal cicit dgn cucu je. Aku pulak jenis memang kuat bergaduh dengan nyang so bayangkan cicit paling kuat gaduh tapi terpaksa teman dia selalu. So, ada satu malam ni aku memang selalu tidur lewat sebab nak tengok drama Jepun. Lampu semua dah tutup, nyang atas katil dah nak tidur. Nyang aku ni ada satu tabiat suka pasang radio ngaji kuat-kuat before tidur tapi time tu aku layan je tetap tengok tv tapi volume slow la. Ala tengok subtitle kan. Tiba-tiba boleh pulak dengar pontianak mengilai dekat belakang rumah. Time tu rase jantung aku dah kat luar badan okay. Korang nak tau nyang aku buat apa, dia buat bodo je sambung tido biarkan aku. Aku terus berdesup tidur sebelah dia. Lama jugak and kuat cik pon tu mengilai. Patutlah nyang pasang radio ngaji tu.

Esoknya bila aku tanya kat nyang, memang time tu banyak kali cik pon tu buat hal. Usik mengilai gitu je la. Huishhh trauma jap aku tau.

Pokok Belakang Asrama

Asrama mana takde cerita seram. Semua ada kan. Ni antara yang aku paling ingat sebab first time nampak makhluk tuhan yang sorang ni. Nak jadi cerita, time tu hari Sabtu. Kalau Sabtu malam kat asrama selalunya time tengok tv atau buat aktiviti sendiri. Waktu tu aku Form 3. Dekat musim nak PMR dah. Makanya malam tu konon nak study kt prep room kat aras bawah.

Tapi apakan daya, study di hari Sabtu ni kecundang sebab tiba-tiba tertidur. Bangun-bangun tengok jam pukul 2 pagi. Nasib prep room dekat je dengan tangga nak naik bilik dorm aku. Masuk bilik dorm aku tengok lampu terbukak lagi. Dengan pintu ternganganya. Ish ish ish.

Aku pun letak barang kat locker semua and nak sambung tidur atas katil. Katil aku ni mengadap tingkap. Tingkap pulak bahagian menghadap padang sekolah and banyak pokok besar. Kebetulan ade tingkap yang lopong tu. Dengan gatalnya aku pergi jenguk and jengggg boleh pulak nampak benda putih rambut hitam panjang kat pokok tu. Muka tak nampak. Terus aku tutup suis lampu bilik and baring kat katil. Nauzubillah betul. Kebetulan ada kawan aku tak tidur lagi, terus aku ajak teman tidur sebelah aku. Esok paginya baru aku cerita. Terus aku pasang cermin baru kat tingkap bolong tu. Ala tingkap jenis ada bilah tu. Aku lupa nama dia.

Berbelas tahun kemudian, ada yang kata benda tu ada lagi kat situ.

Akibat Addicted Dengan Fiksyen Shasha

Masa 2017 aku memang fasa addicted baca kisah seram. Terutamanya FS. Satu malam tu, aku tengah tidur lepas tu macam terjaga sebab rasa kena tindih. Bila aku bukak mata aku nampak ada benda putih tengah berdiri tinggi kat sebelah aku. Mula mula tak nampak muka. Bila aku celik balik, hurmmmm cik gula gula besar rupanya. Tinggi weh. Muka hitam. Nampak biji mata je. Tangan aku try kejutkan husband aku tapi dia tak sedar. Aku baca doa macam-macam pun tak lut. Last last aku sebut camni je, aku tak takut dengan kau. Time tu aku bukak mata balik benda tu takde dah.

Terus aku stop baca kisah seram 3 bulan tau. Tapi pastu baca balik tapi limit la. Hehe.

Sorry kalau tak seram. Ni first time share kat FS. And sorry kalau campur bahasa sikit.

Kalau admin publish aku try improve and share lagi certot pengalaman aku okay.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “Certot Pengalamanku”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.