Rumah Berhantu Di Kelantan Part 3

Assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsikan kisah yang bertajuk RUMAH BERHANTU DI KELANTAN PART 3.Ini merupakan kisah sambungan kepada kisah yang aku pernah hantar dulu.Okay ,..

Kisah Kesepuluh
Nak dijadikan cerita,.. aku dan angah tengah buat hal masing-masing. Kitaorang berdua je dalam bilik angah yang aku pernah ceritakan tu dulu. Masa ni dia belum kahwin lagi jadi kitaorang 4 adik beradik perempuan kongsi satu bilik (bilik angah). Waktu tu aku tak pasti waktu siang atau malam tapi tak silap aku tengah hari kott hahaha ingat-ingat lupa pulak.

Okay, tengah kitaorang layan diri masing-masing tu tiba-tiba telefon along aku tu terbuka sendiri. Masa ni kitaorang sama-sama pandang telefon tu, terkejut jugak la sebab telefon dia betul-betul kat depan kitaorang tapi takde la terfikir benda-benda negatif masa tu. Kitaorang endahkan aje pasal tu, terus sambung kerja yang tergendalai tadi.Lebih kurang 2 minit macam tu terjadi benda yang sama tapi lebih pelik jugak la. Telefon along aku tu terbuka means ternyala tapi aku dan angah ternampak macam ada orang tengah main slide lockscreen telefon along. Along aku ni letak pattern slide lockscreen yang air tu.Tah la nak terangkan camne tapi korang tau tak yang lockscreen alunan air tu? kalau kita tap sekali, sekali alunan air ade dekat lockscreen tu. Ha macam tu la. Maaf kalau ade yang tak paham sebab aku sendiri tak tahu nak explain hahaha.

Back to the story, telefon along tu banyak kali dia punya tap tap tap tu ,…macam main-main je nak bukak telefon tu. Nak kata ada orang lain memang tak la sebab aku dan angah je dalam bilik. Notification pun takde. Aku dan angah dah saling berpandangan ,… tak tunggu apa lagi kitaorang terus pecut keluar tinggalkan bilik. And also, sebelum ni masa aku kecik dulu aku dan kakak aku yang sorang lagi tu tidur dalam bilik angah. Masa ni along dengan angah berada di universiti. Jadi, kitaorang berdua je la tidur dalam bilik angah. Kakak aku ni ada terdengar waktu malam orang tengah type laju-laju di keyboard komputer dia tapi dia tak nampak gerangan. Bilik tu, aku dan dia je takde orang ketiga. Dia hanya terdengar je dalam gelap. Waktu tu semua orang dah tidur, tapi siapa yang tengah typing dalam bilik aku dengan kakak aku tu?

Kisah Kesebelas
Kisah ni bagi aku lebih ‘interested’ sikit berbanding yang lain (tak sangat). Macam yang aku pernah ceritakan, kitaorang satu family ni suka jadikan ruang tamu kitaorang tu tempat tidur. Jadi, pada satu malam tu macam biasa la yang lain tidur awal, aku sorang je jadi burung hantu. Bukan kerana main telefon tetapi sukar nak lelapkan mata ni. Pusing menghadap ke kanan pastu ke kiri, memang tak boleh langsung nak tidur. Aku tak tahu apa yang difikirkan masa tu sampai gelisah sangat. Last tu, aku termenung sorang-sorang dalam gelap, nak tunggu terlelap la katanya. Hampehh,’dia’ tahu yang aku tak boleh tidur.

Masa tengah angau tu, aku terdengar bunyi derapan tapak kaki budak tengah berlari tap tap tap tap tap kat tepi tingkap, aku pulak tidur tepi tingkap. Ha baguih la. Terkejut jugak malam-malam buta ni bunyi budak berlari. Nak kata anak jiran memang tak sebab rumah jiran kiri kanan tu sunyi dan gelap gelita hanya bertemankan cahaya bulan je. Aku takut jugak masa tu tapi aku gagahkan diri bangun nak tengok yang lain terdengar jugak ke tapi takde sorang pun.Dengan hampehhnya aku terus selubung.Tapi ada faedahnya jugak usikan ‘dia’ tu boleh buat aku terlena betapa kecutnya aku hahaha…

Kisah Kedua Belas
Yang ni, sebenarnya agak sensitif la bagi aku sebab melibatkan kitab suci al-quran. Kott yela, nak kacau aku ke apa suka hati la camne tapi aku tak suka sampai jatuhkan al-quran aku macam tu sekali. Dan mungkin salah aku jugak sebab dah lewat malam baru nak mengaji al-quran.

Kisah dia camni (harap korang paham sebab plot twist dia…….) aku mengaji al-quran lewat malam tu puncanya kerja sekolah aku kerap kali menyerang/berlambak maklumla calon spm tahun ni. Aku tengah siapkan kerja sekolah dalam bilik, sedar tak sedar dah pukul 11 dah nak hampir angka 12 lewat malam. Dengan menggelabahnya aku kemas, memang tak terurus betul baca al-quran belum lagi solat isyak pun tak lagi (haihh teruk).

Lepas je solat isyak, aku baca al-quran, masa ni okay la.Lepas siap baca, al-quran tu aku letak atas meja tapi posisi dia tu belakang. Kiranya kat sini, stabil la al-quran takde la nak jatuh ke apa. Kat depan al-quran tu ada jam tangan aku dan barang-barang perhiasan. Dah takde pape lagi, aku terus tidur kat ruang tamu tu memandangkan semua dah tidur (aku sorang je belum tidur masa tu). Esok paginya tu, masa aku nak simpan tilam dalam bilik, alangkah terkejut aku al-quran aku jatuh atas lantai dalam posisi muka hadapan kat atas. Cuba fikirkan balik, kalau al-quran jatuh sebab permukaan meja tu licin akan jatuh sekali ngan barang-barang perhiasan aku tapi tak jatuh pun. Dan takkan jatuh berlipat-lipat, sebab apa pulak tu? Nak kata orang pinjam takde la aku sorang je tidur lambat dan bangun awal pagi, orang lain tengah tidur lagi. Hmmm I’m speechless. Wallahualam.

Kisah Ketiga Belas
Kisah ni aku tak rasa ianya berkaitan tetapi mampu menakutkan aku. Kisahnya, pada waktu pagi ketika aku nak ke sekolah. Aku ada terpandang seekor kucing hitam, besar jugakk la ukuran badan dia. Kucing tu macam pandang aku semacam je, dia macam nak lari daripada aku. Aku endahkan je, kucing pun bukannya apa memandangkan aku mengantuk lagi pffft…Lepas tu, masa aku naik kenderaan, aku ada la terpandang kucing tu balik tapi dari jarak jauh .Kucing tu still pandang aku macam tadi. Aku pandang kat tempat lain, tapi aku toleh sekali lagi nak pandang kucing tu.

Aku tengok kucing tu dah takde. Weh, aku tak tipu sekejap je aku pandang kat tempat lain dah takde. Dan lagi satu, masa maghrib waktu rumah aku tak ‘dipagar’ lagi tu. Aku tengah santai termenung di luar rumah melalui sliding door. Pintu ni memang jelas lah kan kalau nak tengok ‘pemandangan’ luar. Tiba-tiba, aku ternampak kucing hitam besar sangat-sangat badan dia. Waktu tu tengah azan tak silap aku.

Saiz kucing tu memang besar, lagi besar dari kerusi batu dekat halaman rumah aku tu. Belum pernah aku jumpa kucing sebesar tu, dan setahu aku takde pun kucing hitam dan besar kat area rumah atau kucing jiran. Kucing tu tengah hidu sesuatu dekat tanah. Punya terkejut sampai bergegor suasana dengan suara aku pada waktu maghrib tu.

Kisah Keempat Belas
Waktu ni, aku berada di rumah maksu aku. Aku dengan anak perempuan dia je dalam rumah tu. Semua family maksu tinggalkan kitaorang, dorang keluar nak ke KB. So, aku yang lebih tua ni kena la bertanggungjawab jaga anak maksu tu. Aku tengah ambil wudhuk dalam bilik air. Dalam suasana sunyi tu, aku terdengar semua dah balik. Expecially paksu aku, sebab aku terdengar seseorang letak kunci kereta atas meja yang selalunya paksu aku lakukan tu. At the same time, aku terdengar anak maksu aku jerit ‘abahhh!’. Jadi, aku rasa lega dorang dah balik. Tapi rupa-rupanya, tu semua khayalan je. Dorang takde pun, tak balik lagi. Sepupu aku tu pun tengah syok layan televisyen. Aku dah tak terkata dan tak nak kata apa-apa memandangkan masa tu maghrib, aku takut jugak la fikir macam-macam so aku buat bodoh je.Chill gitchuw..

Kisah Kelima Belas
Kisah ni terjadi kat rumah aku. Dan teka waktu tu waktu apa. Yess maghrib. Betul la orang tua dahulu kata syaitan memang berkeliaran dan aktif masa maghrib tu. Korang tengok la, banyak kejadian kat rumah aku ni berlaku masa maghrib dan semestinya di bilik. Aku tengah otw nak solat tapi tertinggal telekung aku kat ruang tamu. Masa ni aku guna bilik hujung belah sana, jadi nak ke ruang tamu kena guna laluan pintu masuk utama (sliding door). Sebelum tu, masa aku berada dalam bilik hujung tu, aku terdengar ayah aku keluar ke masjid macam kebiasaan yang ayah selalu buat dan aku dengar sliding door ditutup.

Yang tak bestnyer, masa aku lalu dekat sliding door tu, terbunyi la dumpp! dumpp! larian marathon atas atap zink rumah macam yang aku ceritakan sebelum ni. Alah, macam biasa la rutin ‘dia’. Aku dengan sengajanya pergi pandang dekat hujung ‘dia’ mendarat tu melalui sliding yang tertutup rapat. Takde pape je, seusai dah ambil telekung aku nak ke bilik balik. Jadi kena guna laluan tadi, masa aku lalu tu, aku terpandang kat sliding door ….BAPAK AHH PINTU SLIDING TERBUKA LUAS BEBENOR. Aku kaget disitu sedetik. Aku terkejut sebab aku baru je menapak kat ruang tamu lebih kurang jarak dia dekatlah dengan pintu masuk utama tu. Kiranya, kalau sesiapa keluar aku boleh dengar dan nampak. Tetapi, takde sapa pun, bunyi pintu pun tak. Sumpah, tak kelakar kalau cakap benda ni tak seram.

Kisah-kisah tu sedikit sebanyak menjadi pengajaran kepada hidup aku. Yelah, belum terjadi kepada kita belum kita berpengalaman. Aku tidak taksub dengan benda-benda mistik tapi bagi yang tak percaya dan tak pernah kena atas nasib baik korang tu, tolong percayakan kami sebelum korang terkena atas keceluparan mulut korang.

Pengajaran yang aku dapat ialah kita sesekali jangan bising sampai nak bergegor rumah masa maghrib sebab masa tu lah syaitan cari tempat nak berteduh daripada azan berkumandang. Seboleh-bolehnya, sebelum maghrib atau ambil waktu untuk tunggu dulu selepas azan berkumandang kalau hendak ke bilik air atau tandas. Okay, disitu saja perkongsian saya kali ini. Maaf jikalau ayat sedikit membangla pfft…Assalamualaikum semua.

Hantar kisah anda : fiksyeshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
punnA

1 thought on “Rumah Berhantu Di Kelantan Part 3”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.