Hai assalamualaikum….. terima kasih kepada fs jika kisah aku disiarkan . Nama aku Adira sebelum aku mulakan cerita aku mintak korang sedekahkan al-fatihah kepada kawan baik ku Diyana . Okay cerita ni terjadi time bulan Oktober 2019 aku , Yana ( nama singkatan ) dan Syuhada. Kitaorang ni kawan dari sekolah rendah sampai kitaorang habis belajar ..
Terus kepada cerita….
Masa tu kami tengah siapkan bunga semua untuk persiapan wedding Syuhada yang berlangsung pada bulan November. Lepas je siap Yana cakap dekat kitaorang yang dia nak keluar dengan boyfriend dia kejap, sebab ada hal. Jadi kitaorang dua pergi la bilik masing-masing nak kemaskan barang yang berselerak, maklumlah orang bujang hahah.
Sedar tak sedar dah malam dalam pukul 11 macam tu baru Yana balik, kitaorang terkejut la sebab sepanjang 3 tahun duduk dengan dia mana pernah lambat macam ni. Dia dengan selamba masuk bilik tak tegur kitaorang terus tidur dengan tak mandi nya.
Jadi pagi tu nak solat subuh aku dengan Syuhada kejut Yana nak ajak solat subuh. Dia bangun dengan buat muka marah cakap dia ****od, aku tanya la bukan baru seminggu yang lepas ke dah kene. Dia terus sambung tidur, dan aku dengan Syu terus solat,
Masa kitaorang solat aku rasa macam ada yang perhati je dan tiba-tiba pulak yana menjerit dalam bilik cakap panas la. Bila habis solat tu terkejut aku nampak Yana buat muka seram gila hanya Allah je tahu perasaan aku masa tu. Aku marahla dia, terus dia lari keluar rumah tak pakai tudung dengan baju dia yang tak tukar tu haih . Aku nak kejar dia masa tu tapi Syu halang Syu tunjuk kat aku chat Yana dengan bf dia .. Bf dia ajak jumpa dekat rumah bf dia, aku pun macam gelabah lah sebab seingat aku bf dia tinggal bertiga dengan kawan2 dia ..
Aku dapat rasa something wrong yang tak kena dengan yana. Seminggu kemudian aku bagitahu parents Yana pasal benda ni yela takkan nak diam nanti makin terus kang . Sepanjang seminggu tu perangai Yana mula berubah dia tinggal solat dia marah bila aku pasang ayat suci Al-quran dan macam2 pantang larang dia, sampai lah satu masa dia bakar semua tudung dia sebab nak free hair. Ya Allah hancur gila hati aku masa tu “).
Kitaorang panggil sorang ustaz ni dia kenalan bakal suami syu, so dia ubatkan yana. Dia cakap yang yana kena sihir masa dia nak date dengan bf dia. Kitaorang terkejut dan tanya ustaz tu siapa yang hantar, dia cakap Yana tak date pun dengan bf dia, yana sesat kat jalan kecil ni mula2 dia kena rasuk pastu okay sikit terus balik. ( Yang ni kami ceritakan semua mengenai Yana sebelum yana kena sihir tu sampailah dia kena benda tu )
Dalam badan dia ada 3 ekor jin yang kawal dia, ustaz tu cakap bf dia hantar benda ni sebab dia jeles yana keluar dengan sepupu dia jalan2 sebab da 12 tahun tak jumpa rindu kot .. Parents Yana datang nak peluk Yana tapi ustaz tu tak bagi. Kalau tak nanti mesti mereka cedera . Ustaz cakap kalau jin ni keluar Yana akan terus m4ti, time ni aku memang menangis weh dari umur 7 tahun sampai 23 tahun kitaorang kawan.
Mak yana cakap dia memang tak sanggup. Ustaz cakap kalau ustaz tu keluarkan, Yana pergi dengan tenang kalau tak dikeluarkan yana pergi dalam keadaan hidup I mean dia dha pergi tapi jin tu kawal dia supaya dia hidup macam biasa. Ayah Yana cakap pula kalau tu yang terbaik dorang izinkan.
Utaz mulakan bacaan nya dan simbah air yasin kepada Yana, maksudnya renjis terhadap Yaa. Yana masa tu memang menjerit kuat sangat . Lepas ja sesi rawatan terhadap Yana, ustaz akhirnya berjaya. Yana pula okay semula dan dia cakap terima kasih mama ayah jaga Yana , terima kasih “Syu, Adira sudi kawan dengan aku.
Lepas dah semua bersua dengan Yana, Yana kelihatan seperti tidak bermaya saat itu. Tidak lama dari itu, ayah dia ajar dia mengucap, dan dalam 2 minit macam tu terus dia meninggal. Aku terus keluar rumah menangis, sakit ya Allah sakit sangat kehilangan kawan baik .. Kehilangan sekejap pun da sakit inikan pula hilang selamanya. Allah aku rindu Yana sangat2. Syu masa tu pergi kat aku cakap “aku janji takkan pergi dari hidup kau, aku janji kita akan stay sampai bila2” ..
Tidak lama dengan itu, datang pula lagi satu masalah, yang mana wedding Syu dengan bakal suami dia cancel sebab bakal suami dia curang, banyak betul dugaan kami masa tu. Sekarang kitaorang dah pindah tapi barang2 Yana masih ada dengan kitaorng. Kadang2 rindu tu sampai bawa ke mimpi, dan aku harap Yana ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman amiinn..
sekian tu sahaja dari aku Adira. Maaf kalau ade salah silap terkasar bahasa, sekali lagi nak mintak korang doakan untuk Yana .. sekian assalamualaikum ..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Ya allah sedih saya baca kisah nie
Peliknya ….
Buang benda merasuk,terus m**i ….
ajal maut ditangan Allah swt ..
sudah Qada’ dan Qadar …
Sedih sangat cerita ni..alfatihah untuk arwah yana
😭😭😭😭😭🤤🛶🛶