Assalamualaikum semua…
Kita sambung kisah ribut greg….
Kilang terpaksa cuti 2 minggu. Sepanjang tempoh itu juga semua yang turun bandar sebelum krismas mula balik berperingkat. Karl dan Luli? Mereka belum balik. Ibu bapa mereka pun tunggu. Bos dengan staf semua pun masih belum balik. Sebab kes Greg, mereka tunda flight. Aku? Selepas balik dari bandar tempohari terus serik nak ke.bandar lagi. Trauma.
Genap hari ke 17, terdengar ketukan pintu bilik. Terbangun pandang jam dinding. Adei…dekat 3 jam tidur siang hehehe. Dah jam 4 petang.
” tidur ka? Bangun bangun” ketukan tidak berhenti. Cam suara itu. Luli. Bingkas bangun buka pintu. Terpacul wajah Luli dan Karl. Automatik aku peluk Luli dulu, lepas tu Karl. Mereka terpinga.
” aku ingatkan korang berdua dah arwah” suaraku sebaik lepas pelukan. ” Amboi mulut” Luli sengih masuk bilikku. Karl turut masuk. Luli letak plastik yang dia jinjing. ” nah…ni saja dapat bagi….adalah daripada langsung tak ada kan? ” Luli sibuk buka isi plastik. Wah! Macam-macam kegemaranku. Coklat, keropok dan segala yang boleh hilangkan ngantukku. Last yang di keluarkan sekotak susu soya. Luli dan Karl memang tahu aku tak berapa gemar minuman bergas. Berbasa basi sambil kunyah segala apa yang dari plastik tadi.
” aku rindu korang. Sunyi la 2 minggu lebih korang tak ada” suaraku perlahan.
” tu la kau, banyak cewek sini kau tak nak hehehe” Karl gurau.
” hahaha bukan tak nak, diorang yang takut nak dekat dengan aku” aku gelak.
” eh selama kat bandar, korang kat mana? ” aku mula bertanya. Luli pindah sandar di sebelahku. Macam biasa, sedap sangat sandar di katilku ni. Karl masih sibuk mengunyah. ” kami tinggal rumah pakcik aku. Adik ayah aku” Luli bersuara. Sebut sekali lokasi. Aku angguk tahu.
” habis masa kejadian tu, korang macam mana? Ok tak semua?” Tanya lanjut.
Apa lagi mula pot pet mereka bercerita tak berhenti.
” jap jap….cerita satu satu. Aku tak tau nak dengar mana satu”
” ok ok…nak panjang ke nak pendek? ” Luli bertanya. Tangannya mula capai majalah kartun gila gila ku…bukan di baca dia belek saja.
” uish malam tu kau nak tau? Macam nak kiamat dah kami ingat. Sampai subuh kami tak tidur. Angin jangan cakaplah, aku keluar beranda rumah jam 3 pagi, pokok kelapa depan rumah macam nak tercabut!!” Bersemangat Karl buka cerita.
” ya, petir kilat tu semua datang pakej. Angin kuat lagi, hujan tu dari.pagi krismas memang tak berhenti” Luli bersuara. Topang dagu pandang aku.
” jadi pagi tu heboh tak?” Soalku.
” maunya tidak. Kami sempat ikut pakcik Luli pi sungai tu. Yang asalnya saiz parit tiba-tiba jadi seluas sungai” Karl sampuk. Karl ni memang jenis aktif sikit hehehe. Luli pula jenis gentlemen. Slow sikit hehe.
” aku heran la jambatan tu. Semua yang rempuh dia, dia buat biasa saja…semua lalu dia jadi macam keropok” Luli pandang aku. ” agaknya orang dulu-dulu tanam BENDA tu di situ?” Luli bisik aku. Pandang Luli dan Karl bergantian. Semua terdiam.
” lama korang kat situ? ” soalku lagi.
” taklah. Tak sampai 2 jam kami balik. Semua dah musnah. Kami pun bukan boleh buat apa, polis penuh sana sini” Luli sahut.
” aku ada dengar khabar angin yang ada orang tua perempuan minta air kan sehari sebelum tu? Tapi semua tak nak bagi. Yang bagi 1 rumah saja” aku mula bersila.
” ya kami pun dengar versi cerita tu. Sebelum dia gerak dari rumah yang bagi air minum tu, dia siap bagitau, pada semua rumah yang tak nak bagi air minum tadi dia akan bagi air sebanyak banyaknya!!” Karl merinding. Sapu tengkuk dan lengan. Aku jadi keras sekejap. Pandang Luli. Dia angguk saja.
Luli buka 1 lagi versi cerita tapi tidak sesuai ku ceritakan di sini, boleh google. Nanti dapat info tu. Malam sebelum kejadian. Agak sensitif sikit.
” aku ada turun bandar. Tapi sekejap saja. Tak larat tengok tu semua. Bandar lagi jadi bau semacam. Muntah habis tau” suaraku perlahan.
” Laaaa kenapa tak cari kami? Kau kan tahu mana aku tinggal selama di bandar?” Soal Luli.
” Manalah aku nak fikir tu semua bila lepas tengok mayat di sana sini. Macam zon perang” balasku. Luli angguk.
” Lagi pun aku tahu korang selamat sebab tahu area rumah pakcik kau tu jauh dari tempat kejadian tu. Ayah kau pun cakap dia yakin korang berdua ok” sambungku.
Spontan Luli hulur penumbuknya lagakan dengan penumbukku. Karl ikut juga.
” hope our friendship will last forever” suaraku.
” apa tu? ” tanya Karl
” oh…takde apa hehe” aku sengih cuma. Betul. Sampai sekarang kami still in touch walau dah berbelas tahun.
Apa pun, walau dah lama berlaku, aku ucapkan takziah dan belasungkawa pada semua mangsa yang terlibat. Sebab di sungai itu saja banyak mayat yang tidak di temui dan sungai itu menjadi kubur tanpa nisan.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
saya sgt suka bc cerita2 fozan hadi..bnyk btul pengalaman berguna dlm hdup. teruskan menulis dan share pd kami
Lepas awk hantar yg ep 1 tu terus saya cari kat google pasal ribut greg ni…. Hmmmm😔 sedihhh tengok…. Alhamdulilah kwn awk x apa ii…. Yg mana meninggal tu saya doakn yg baik ii je untuk korng😔
Usai baca, aku cepat2 google…menarik kisah ni
yup.. ada dengar kesah ni.. dan kesah yg berlaku pd malam sebelumnya..