Dia datang setiap malam

Aku masih tertanya-tanya kenapa masih ramai orang yang ada dalam rumah ini mesti aku juga yang kena. Aku tak tahu apa yang dia nak dan kenapa mesti aku orang yang dia tuju setiap malam.

Kejadian ini berlaku semasa akhir tahun 2020. Aku tak tahu nak cerita benda kat siapa sebab kalau aku cerita benda ini dekat adik atau mak aku, aku tahu yang benda itu akan marah dekat aku sebab aku cerita pasal dia.

Malam itu aku terbangun dalam pukul 3 pagi dan aku rasa haus gila. Jadi, aku pergilah dapur ambil air minum dan bawa sekali gelas tu masuk bilik. Lepas aku letak gelas tu dekat meja sebelah katil aku, aku pun duduklah atas katil dan masa aku nak duduk tu aku rasa cadar katil aku basah macam baru ada air yang tumpah banyak betul dekat atas cadar tu.

Aku ingatkan tu d***h aku sebab time tu aku tengah datang bulan. Tapi bila aku cuba hidu bau air tu tak pula bau d***h bau dia macam air biasa sahaja. Aku dah mula takut dan cepat-cepat aku tukar cadar aku.

Lepas aku tukar cadar aku, aku memutuskan untuk main handphone sekejap dan baru tidur. Masa aku nak tidur tu aku terdengar ada suara orang bernafas dekat belakang aku dan benda tu menghembus nafas dia kat leher aku banyak kali.

Aku baca apa yang patut dan apa yang aku ingat. Benda tu hilang dan tak sampai 10 minit benda tu datang balik tapi kali ini benda tu bukan muncul kat belakang tapi dia muncul dari bawah. Kenapa aku cakap dari bawah dan macam mana aku boleh pasti yang benda tu muncul dari bawah? Sebab aku rasa sejuk gila dekat kaki aku dan aku boleh rasa yang benda tu pegang telapak kaki aku.

Aku tak nak jadi apa-apa dan aku terus selimutkan diri aku. Aku baca ayat kursi dan surah-surah yang aku hafal banyak kali supaya benda tu hilang tak datang balik dekat aku. Aku tertidur semasa aku tengah membaca tu dan aku terbangun dalam jam 6:30 macam tu , terus mandi.

Aku rasa benda tu tak datang balik sebab dia tak kacau aku lagi. Jadi, bila dah masuk tahun 2021 ini aku rasa dah tak ada apa-apa. Tiba-tiba satu malam tu aku kena kacau lagi, masa tu tengah hujan tapi hujan tak lebat sangat. Masa tu aku tengah main handphone dan aku baru sahaja menonton podcast ini cerita seram dari channel ar vlogs danaku seramlah sebab baru dengar cerita hantu kot.

Nak dijadikan cerita, masa tu aku rasa benda tu tengah mengamuk kot sebab aku terdengar ada benda jatuh dari atas dan bunyi dia kuat gila seolah-olah benda yang jatuh tu benda yang berat. Aku tinggal rumah flat dan aku cakap dalam hati ”takkan jiran atas ni buang benda yang tak sepatutnya dibuang melalui tingkap.”

Tiba-tiba ada benda yang menghempas tingkap bilik aku macam benda tu nak masuk dalam tapi aku hiraukan sahaja. Bila dah sampai waktu aku tidur mungkin masa tu dalam pukul 10:35 macam tu. Aku dengar macam ada bunyi ketukan dari luar tingkap aku tapi bunyi ketukan tu bukan bunyi orang ketuk pakai tangan tapi pakai kuku. Kalau rumah aku ni ada kat tingkat bawah memang aku percaya ada orang ketuk tapi rumah aku tingkat 2 kot mana ada orang yang sampai nak ketuk tingkap bilikkan.

Jadi, benda tu datang setiap malam dengan cara mengetuk tingkap bilik aku menggunakan kuku dia dan sampai sekarang aku tak tahu apa yang benda tu nak dan aku ada buat salah ke dekat dia sampai setiap malam nak datang.

Wallahuallam…
Aku pun tak tau benda tu nak apa dan aku nak benda ni cepat berakhir dan cerita aku cukup sampai di sini sahaja..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3.3]
Amely

2 thoughts on “Dia datang setiap malam”

    • Dah kalau saka kenapa dia pulak kena cari perawat? Dia bukan sakit. Saka tu baru merisik. Belum akad lagi. Dia la kna amalkn pendinding jauhkn saka tu. Jaga solat. Baca Al-Quran. Bagi saka tu menyampah, panas.

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.