Salam admin FS. Lama tak berkongsi cerita di sini. Harap kali ini, kisah aku disiarkan untuk dikongsi bersama dengan peminat FS dan aku sendiri dapat mengimbau kenangan di rumah kampung tersayang aku tu. Antara kiasah-kisah ni sebenarnya aku dah pernah share dalam FS sebelum ni. So jangan terkejut kalau kisah ni nampak familiar…
Kisah bermula bila aku sekeluarga pulang menetap di kampung setelah sekian lama merantau. Ketika itu aku di tingkatan empat. Kebetulan tempat kerja baru ayah aku pun tak jauh dari kampung kami, jadi ayah mengambil keputusan untuk terus membina rumah sendiri di tanah pusaka keluarga. Jemu agaknya dah terlampau lama menyewa dan asyik berpindah-randah.
Sementara menunggu rumah baru siap, kami menumpang di rumah atok yang terletak dalam beberapa ratus meter dari tapak rumah kami yang sedang dibina. Untuk ke tapak rumah, kami ada dua pilihan iaitu menggunakan jalan depan yang perlu melalui rimbunan pokok buluh yang teramat besar atau jalan belakang yang semak dan lecak. Atas faktor keselamatan (walaupun taklah berapa nak selamat sangat. Nanti korang tau la kenapa) dan keselesaan, ayah aku decide untuk jadikan jalan di tepi pokok buluh ni sebagai laluan masuk utama ke kawasan rumah kami.
Waktu tu, memang dah jadi kelaziman untuk kami melawat tapak rumah ni setiap petang selepas semua pekerja balik. Satunya sebab ayah nak periksa progress kerja mereka pada hari tu manakala aku dengan adik-adik excited nak tengok layout rumah dan bilik masing-masing. Dalam seronok melawat tapak rumah ni, ayah sebenarnya dah pesan jangan gatal nak pi sorang-sorang ke tapak tu terutamanya kalau dah lewat petang sangat. Tapi biasa la, budak-budak kan keras kepala. Mana nak dengar pesanan orang tua sangat. Padahal sebagai orang yang kekadang senang ‘nampak’, aku patut dah faham kenapa ayah bagi larangan tu.
Kisah pertama :
Satu petang, aku saja degil pi ke tapak rumah tu walaupun dah nak masuk maghrib. Aku sendiri tak ingat kenapa aku gatal kaki nak ke situ walaupun hari dah makin gelap sebenarnya. Mungkin sebab nak tengok matahari terbenam agaknya sebab di tapak tu, ada satu spot yang cantik untuk tengok matahari terbenam. Rumah atok aku tak ada direct access ke spot ni sebab kena lalu tanah orang (tanah ni tak berpenghuni tapi siapa pun tak berani nak pi disebabkan sejarah tuan punya tanah yang ‘membela’ hantu raya. Aku sendiri pernah nampak belaan dia tu beberapa kali). Cantik sebab dari tapak ni, ada denai ke kawasan belakang yang ada sawah padi yang luas dan di penghujung sawah tu, kawasan berbukit bukau. Boleh kan bayangkan matahari terbenam di sebalik bukit dan dikelilingi sawah padi. Satu nikmat yang tak terkata bila tengok pemandangan tu.
Bila kaki aku yang gatal ni melangkah masuk rumah yang ketika itu 70% siap, aku sebenarnya dah terasa seram. Tapi disebabkan perangai keras kepala aku ni, aku buat tak tau je dan terus meneroka ruang-ruang dalam rumah dengan suasana yang semakin gelap di luar. Hinggalah sampai ke ruang yang sepatutnya menjadi bilik aku. Aku terhenti melangkah bila tengok ada satu longgok benda hitam di atas lantai simen di satu sudut bilik. Rupanya longgok tu lingkaran ular hitam yang sangat besar. Aku sendiri merasa pelik bila tengok warna ular tu yang teramat hitam tanpa ada secalit pun warna lain.
Bila ular tu memanggung kepala ke arah aku, ntah kenapa terlintas di kepala aku yang ini bukan ular biasa. Walau pun terasa macam orang bodoh ketika itu, aku cakap kat ular tu “ jika kau bukan ular biasa dan tidak berniat buruk, sila lah keluar dari rumah aku. Dan jika kau ular biasa atau berniat buruk pada aku, aku b***h kau di sini”. Nampak macam ayat dalam drama kan? Gamaknya kalau ular atau benda yang menyamar jadi ular tu serang aku pun, belum tentu aku tau macam mana nak lawan. Bodoh betul masa tu. Maybe sebab terpengaruh dengan drama kot. ( Tapi sebenarnya itu adalah pesanan atok aku kalau terjumpa ular dalam rumah.)
Dan dalam sekelip mata, ular tu hilang daripada pandangan aku. Betullah tekaan aku yang ular ini bukan ular biasa. Mungkin jelmaan jin atau benda lain yang aku sendiri tak tau. Bila aku balik ke rumah dan bercerita kepada ayah, memang teruk aku kena marah dengan ayah. Siapa suruh degil kan? Padan muka aku. Korang rasa aku ulang buat benda tu lepas tu? Memang taklah.
Kisah kedua :
Ketika ini kami baru beberapa bulan berpindah masuk. Orang kata bau cat rumah pun tak hilang lagi. Salah satu perangai buruk aku ni, aku suka mengepam angin tayar basikal ketika hari dah malam. Konon sejuk lah skit, taklah bahang sangat macam time siang. Time pam angin pula pukul 9 malam ke atas. Ni disebabkan kes bertangguh le ni tapi akhirnya tetap kena pam jugak kalau tak terpaksa la aku jalan kaki ke sekolah esok. Masa aku keluar pam angin tu, orang lain semua ada dalam umah. Aku je yang terkodek-kodek mengepam tayar kat porch rumah tu.
Tengah elok mengepam tu, tetiba aku rasa macam ada yang memerhati. Aku pun mencari kalau betul ada yang sedang memerhati aku buat kerja. Nampaklah kelibat baju putih sedang mencangkung sembunyi belakang pokok bunga kertas mak aku. Instead of perasaan takut, aku tetiba naik angin. Dalam hati aku dok mengomel perangai buruk bebudak laki kampung abah aku yang suka mengendap aku dan adik (perasan lebih time tu). Aku ingatkan dia tak puas hati sebab baru petang semlm je kena ligan dgn mak aku tapi malam ni dia buat pula lagi perangai buruk tu.
Dengan bercekak pinggang, aku pun merenung ke arah lembaga putih yang aku sangka budak laki bernama Nizam tu. Disebabkn gelap, aku memang tak nampak mukanya. Cuma nampak rambut kerinting sahaja. Dalam hati aku kata sah si nizam sebab dia sorang je budak laki kampung tu yang rambut kerinting. Aku rasa hampir 5 minit juga aku merenung dia. Akhirnya, si dia tu pun bangun dan berpusing ke arah jalan masuk umah aku (ingatkan pokok buluh besar yang aku mention awal-awal tadi?) tanpa menunjukkan mukanya. Aku tetiba hairan melihat si Nizam ni. Macam mana boleh jadi sangat tinggi, rambut pun panjang dan apa ke hal dia pakai jubah putih mak dia tu? Extreme benar effort dia nak mengendap aku. Dah la cara dia pusing tu nampak pelik. Cara jalan pun pelik. Smooth aje dan lepas skit dari pokok buluh rumah tu, dia terus hilang.
Aku bertambah hairan macam mana dia lari laju sangat sampai aku tak nampak dia lari. Lepas dia hilang, aku pun sambung operasi mengepam tayar macam biasa. Perasaan marah aku dah berganti dengan rasa pelik tapi aku buat tak tahu je la dan aku pun tak ceritakan kejadian tu pada kat mak sebab malas nak panjangkan cerita. Ye, aku tak tau sebenarnya time tu aku baru sahaja melihat makhluk unseen yang kemudian aku namakan sebagai cik putih. Naïve sungguh time tu.
Kisah ketiga :
Kisah ni terjadi 2-3 malam lepas aku nampak lembaga putih di belakang pokok bunga mak aku tu. Dan malam tu baru aku tau rupanya yang mencangkung tu bukan si Nizam. Pada malam kejadian, kebetulan aku stay up sampai pukul 4 pagi untuk study sambil tengok bintang kat luar umah. Aku stay up sorang-sorang, yang lain semua dah sedap tidur di bilik masing-masing. Ketika merenung bintang kat langit tu, aku tetiba perasan ada benda terawang-awang kat bawah pokok buluh tu. Baju putih macam si Nizam pakai dan cara jalan sebijik macam si Nizam jalan malam tu. Cuma time tu baru aku sedar yang dia bukan jalan tapi melayang!!!
Dan kali kali ni, aku tak nampak rambut kerinting dia tu. Dia seolah-olah berkelubung dengan kain putih sehingga nampak mukanya sahaja. Cuma muka dia bukanlah sesuatu yang kita ingin lihat. Aku nampak muka seolah-olah tengkorak dan tersenyum sinis. Aku pun tak tau la nak explain macam mana ngeri dia punya mata dan senyuman tu. ( Sampai sekarang kalo ingatkan makhluk-makhluk ni, aku dah lupa rupa diorang tapi bab mata diorang tu memang aku tak boleh nak lupa). Makin lama makin dekat dengan tingkap tempat aku berdiri.
Kali ni, aku sememangnya terkejut hingga aku terjerit kecil (BIG MISTAKE) sebelum aku berlari masuk ke bilik dan berselimut hingga siang. Kenapa BIG MISTAKE??? Kesilapan besar sebab aku dah terlanggar pesanan arwah tok aku dulu yang melarang keras untuk menjerit bila ternampak makluk-makhluk ni. Katanya lagi kuat menjerit, lagi seronok dia menyakat orang. Dan jangan sesekali kau bercakap besar dengan makhluk ni, takut kau sendiri tak tertanggung akibatnya nanti.
Selama sebulan lebih, aku setiap malam diganggu cik putih sehingga aku sendiri takut untuk duduk berhampiran dengan tingkap pada waktu malam. Sebabnya dia akan ketuk atau gegar tingkap yang berhampiran dengan aku. Sampaikan saudara aku sendiri takut untuk datang bermalam di rumah aku. Parent aku ketika ini masih relaks lagi mungkin sebab mereka anggap gegaran tersebut disebabkan angin. Dan akhirnya aku sendiri hilang sabar dengan cik putih.
Satu malam ketika tingkap sedang digegar, aku terus buka tingkap tu dan jerkah dia untuk henti kacau aku (nasib baik dia tak terpacak depan aku). Jangan tanya kenapa aku ambil tindakan macam tu. Bila datang angin kus-kus aku tu, memang benda yang tak terjangka aku buat. Nasib cik putih memang terus berhenti mengetuk atau gegar tingkap lepas insiden aku jerkah tu.
Kisah keempat :
Selepas cik putih kena jerkah, baru aku tau kewujudan cik putih yang kononnya penjaga kampung. Macam mana aku baru boleh tau selepas 2 kali ternampak dia? Well, kali ketiga aku jumpa cik putih, keadaan dia agak extreme bagi aku. Malam tu, aku terjatuhkan selak tingkap di luar rumah. Nak tak nak, aku kena keluar juga la untuk ambil. Kalau tak ternganga pula tingkap rumah aku. Lepas aku buka lampu di tepi rumah, aku terus keluar berseorangan untuk ambil selak tingkap yang jatuh tu.
Ketika aku menunduk untuk kutip selak tu, dari hujung mata aku ternampak kelibat sesuatu yang putih tak berapa jauh dari belah kiri aku. Bila aku toleh ke arah tu (belakang rumah), aku nampak cik putih yang baru nak landing atas dahan pokok mengubah haluan ke arah aku. Dia terus melayang turun dari pokok dan macam laju je menghala ke arah aku. Memang aku lari tak cukup tanah time tu. Bila masuk rumah, memang aku terus hempas tutup pintu sambil tercungap-cungap.
Kemudian baru aku pi cari parent aku di dapur dan cerita yang aku baru kena kejar dengan hantu. First time kot kena kejar dengan makhluk unseen ni, mau tak cerita kat orang tua. Lepas tu baru lah mak aku bagitau yang dia pun selalu nampak lembaga tu mengelilingi rumah ketika tengah-tengah malam (mak aku suka menjahit tengah-tengah malam) tapi disebabkan lembaga tu tak mengusik, dia pun buat tak tau je la. Lebih-lebih lagi bila ayah kata benda tu memang dah lama ada dan dianggap penjaga kampung. Sejak tu aku terus bagi nick name ‘cik putih’ pada lembaga tu. Tapi sekarang ni, bila difikirkan balik, aku tak rasa apa yang aku nampak tu makhluk yang sama dengan kisah-kisah sebelum ini.
Kisah kelima :
Ketika aku sedang tidur di bilik aku. Tiba-tiba aku terasa seperti ada sesuatu yang menyuruh aku bangun. Dalam gelap, aku terdengar bunyi tapak kaki berjalan mengelilingi katil aku. termasuk dari arah headboard katil yang sememangnya terletak rapat ke dinding. Ahhh..sudah. bala apa yang nak datang ni. Aku kelam kabut buka lampu bilik. Memang jelas tiada apa-apa tapi bunyi tapak kaki tu bersambung menghala ke ruang tamu rumah yang gelap sebelum terus hilang. Akibatnya beberapa bulan aku tidur dalam keadaan lampu terbuka. Aku tak pasti adakah itu cik putih atau spesies lain. Tapi yang pasti aku kena bebel dengan ayah aku sebab bil eletrik melambung lepas tu.
Kisah keenam :
Ini kisah adik lelaki aku. dia termasuk dalam golongan kacang hantu, suka melepak bersama kawan-kawan di port mereka hingga lewat malam. Jadi tidak hairanlah jika pukul 2 pagi pun dia akan ke dapur untuk mencari makanan selepas pulang dari sesi lepak. Untuk makluman, dapur basah rumah ni terletak di luar dan hanya separuh dinding dan separuh lagi grill. Memang jelas nampak luar.
Selepas makan di ruang tamu, adik aku pun bawa pinggan kotor ke dapur basah untuk dibasuh. Ketika sedang memabasuh, dia terdengar bunyi cakaran di atas bumbung tapi tak mengendahkannya disebabkan dia mengagak bunyi tu kerja cik musang yang memang suka naik atas bumbung rumah tu. Tapi tiba-tiba dia ternampak juntaian rambut yang panjang mula turun dari atas bumbung sebelum cik putih menunjukkan dirinya dalam keadaan berjuntai di awning dapur (kepala bawah, kaki atas). Terus adik aku masuk ke dalam rumah tanpa tutup lampu.
Kisah ketujuh :
Adik yang sama. Kali ni kejadian berlaku lebih awal. Ketika itu hanya ada dia di rumah dan ahli keluarga yang lain entah ke mana ketika itu. Ketika dia sedang membasuh pinggan di dapur basah, dia terada ada sesuatu yang memerhatikan dari arah belakang. Bila ditolehnya ke belakang, memang cik putih sedang berdiri di belakangnya dengan keadaan kepala tergeleng-geleng melihat adik aku. Terus adik aku berjalan masuk ke dalam rumah namun sempat dimakinya cik putih yang telah mengejutkannya.
Kisah kelapan :
Terjadi pada kami sekeluarga ketika adik bongsu aku masih di bawah umur setahun. Time ni, baru setahun masuk rumah baru. Ketika sedang sibuk menyuruh anak-anak yang lain masuk rumah ketika hari hendak menjelang maghrib, adik bongsu aku telah ditinggalkan tidur bersendirian dalam rumah. Bila semua dah masuk, baru sedar si kecik tu telah tiada di tempat tidurnya. Jenuh kami mencari dalam rumah tapi tiada langsung kelibat si kecik.
Pencarian diteruskan di luar rumah pula. Mana tau dia berjalan keluar mencari mak. Tapi tiada langsung kesan walaupun namanya telah dipanggil banyak kali. Mak dan ayah aku bingung sehinggalah mak seolah-olah dapat merasa adik ada di sekitar pokok buluh yang terletak beberapa puluh meter dari rumah. Bila dicari sekitar pokok buluh tu memang tiada kelibat si kecik. Bunyi menangis pun tiada. Tapi selepas azan dialungkan beberapa kali, baru lah terrdengar dia menangis. Tau di mana si kecik tu berada? Di celah rumpun batang buluh yang amat tak logik untuk dia menyelinap masuk kerana mak dan ayah sendiri perlu menetak batang buluh untuk mengambil dia keluar.
Adik aku sendiri tiada kesan calar atau cedera walaupun kawasn tu penuh dengan duri buluh. Menangis sampai merah mata mak malam tu sebab risau dengan gangguan tu. Tu tak kira lagi dengan teguran budak-budak kecik yang ikut parents diorang melawat rumah aku. Boleh kata majoriti budak-budak kecik ni suka duduk depan pintu grill rumah aku yang mengadap pokok buluh ni. Terutamanya time lewat petang. Ada yang siap bagitau mak diorang ada ‘antu’ kat pokok (sambil tunjuk kat pokok buluh tu). Ko rasa???
Itu lah antara kisah-kisah yang terjadi di dalam dan di persekitaran rumah kampung aku. Sampai sekarang, masih ada lagi gangguan walaupun taklah ekstreme. Bertabahlah adik dan mak aku yang duduk di situ. Kenapa tak buat sesuatu? Aku pun tak tau kenapa. Mungkin sebab dah terbiasa dan tiada gangguan yang serius sehingga mengancam keselamatan keluarga kami agaknya.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit