POCONG

POCONG
Nukilan : Novelist Nasa Yusof

*****************

“Amin….”

Semua orang mengaminkan bacaan yassin di kuburan arwah Pak Awang. Iman dan Hisyam antara anak muda yang paling banyak terlibat dengan aktiviti kampung itu. Pendek kata, walaupon tidak berpelajaran tinggi, sikap dan tingkah mereka lebih beradap.

Beberapa anak muda lain yang turut hadir cepat-cepat pulang kerumah. Banyak urusan untuk hari esok yang perlu mereka lakukan

“Sudah jom balik.” Tegur Pakcik Hassan yang membantu kedua anak muda tadi mengemas tanah di tepi kubur.

“Sikit lagi pakcik.” Iman meratakan tanah di atas permukaan.

“Tahu… tapi dah malam ni, jom balik.” Tegas Pakcik Hassan

Arwah Pak Awang merupakan seorang pengubat yang dikenali di kampung. Siapa tak kenal dia? Paling handal! Tapi ada satu perkara yang orang selalu sebut tentang dia. Dia guna ilmu salah dalam pengubatan.

Katanyalah…

Pak Awang ditemui meninggal di bilik air rumahnya. Memandangkan dia tidak bercampur dengan orang lain sangat. Mayat dia dijumpai lepas tiga hari. Itupun sebab ada orang nak datang berubat.

“Betul eh pakcik?” Tanya Hisyam sambil perlahan-lahan melalui tepian kubur untuk pulang ke rumah. Lampu suluh yang di bawa, membantu langkah setiap mereka.

“Kata orang lah… pakcik tak pernah berubat dengan dia.” Sambung Pakcik Hassan.

“Dia tak rasa bersalah ke?”

“Ish! Manalah pakcik tahu. Mungkin dia rasa apa dia lakukan tu betul. Lagipun, banyak orang yang pulih lepas berubat dengan dia.”

“Tapi pakcik, matlamat tak menghalakan cara.” Sebaik habis bercakap, Iman terjatuh melutut.

“Ko dah kenapa?” Tanya Pak Hassan sambil menyuluh lampu ke arah anak muda di belakangnya. “Jalan tu baik-baik.”

“Mana saya nampak pakcik… gelap ni. Pak cik suluh depan, saya di belakang.” Bebel Iman. Dia bangun dan terus melangkah.

“Kenapa diaorang buat laluan kubur ni tak sekata. Kan senang kalau ada laluan di setiap tempat ni.”

“Dah jangan banyak cakap. Jom kita balik. Dah pukul 10 ni.”

“Kenapa tak kebumi siang je.” Tanya Hisyam

“Mayat dia dah reput. Dah berbau. Kene uruskan malam ni juga.” Pak Hassan melangkah laju. Diikuti oleh dua anak muda tadi yang terkedek-kedek membontoti.

“Ingat… lepas ni balik, mandi, kamu berdua tu baru lepas menguruskan mayat. Mayat ni pula…” Pak Hassan tidak menghabiskan kata-kata.

“Kenapa pakcik?” Serentak Iman dah Hisyam menjegil biji mata.

“Tak ada apa, kamu balik mandi… ingat tu!” Pak Hassan menghidupkan enjin kereta dan terus berlalu. Meskipun Iman dan Hisyam sudah dewasa, namun banyak benda yang perlu dia ingatkan. Kadang-kadang ‘blur’ diaorang tak boleh bawa bincang.

Sebab itu jugalah, dan kerana sifat itu jugalah mereka berdua di senangi. Sangat ramah, suka membantu, lurus bendul. Cuma kadang-kadang, anak muda lain akan mengambil kesempatan dengan kebodohan mereka berdua. Pak Hassan lah yang banyak membantu kalau mereka dibuli.

Melihat kereta Pak Hassan berlalu pergi, kedua anak muda tadi cepat-cepat menaiki motor dan beredar.

Laluan kampung pada malam itu agak sunyi. Hanya bunyi motor Iman sahaja yang kedengaran. Hisyam yang dibonceng di belakang lebih banyak diam. Sesekali mereka berborak, tapi bunyi angin menganggu. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk diam sehingga rumah.

“Aku peliklah…”

Iman menoleh ke arah rakannya sebaik motor diparking dan enjin dimatikan. Mereka sudah sampai. Kedua keningnya diangkat.

“Aku peliklah… masa kita pergi tadi, bukan ke kita bawa beg?”

Iman menoleh ke dalam bakul motor. Kemudian menoleh ke arah rakannya kembali.

“Kau fikir tak apa aku fikir?” Tanya Hisyam

Pap! Iman menampar kepala rakannya.

“Tak payah fikir! Memang tertinggal!” Marah Iman.

“Habis macam mana?”

“Kita ambil esok!”

“Tak boleh! Kau tahu kan? Ayah aku dah dalam perjalanan balik sini. Aku tak tahu nanti dia sampai bila. Macam mana nak ambil dia?” Marah Hisyam

“Aduh….” Iman meraup wajah. “Habis tu nak pergi balik ke?”

Hisyam mengangguk “Pak Hassan kata tadi kene mandi dulu lepas balik kubur.”

“Yelah kita mandi dulu, lepastu kita pergi balik kubur, lepas balik kita mandi lagi.”

“Kenapa tak buat sekali je?” Pelik Hisyam dengan cadangan rakannya

“Pak Hassan dah beritahu, kene mandi tadi kan kalau balik?”

Kedua mereka setuju!

******************

“Beb! Bawak ke kain semua?” Daud meletakkan beg yang mereka curi dari Iman dan Hisyam sebentar tadi.

“Bawa… ada ni ha, aku rembat dari ampaian Mak Cik Senah.” Jawab Bad.

Mereka berdua berjalan perlahan ke arah kubur, kain putih yang dibawa tadi kemudian diletak tepi. Beg yang dicuri, diletak di tepi kuburan arwah Pak Awang.

“Kau rasa diaorang akan datang balik tak?” Tanya Bad

“Mesti datang…. mesti punya. Handphone ni penting, lagipun si Hisyam cakap ayah dia balik hari ni pagi. Tak tahu pukul berapa. Mesti bapa dia nak call.”

“Macam mana kau tahu?”

“Aku dengar diaorang berbual dekat kedai makan petang tadi.” Jawab Daud yakin.

“Haaaa bagus, kali ni kita kenekan diaorg.” Bad ketawa mengekek. Tak tahu apa yang lucu tapi jadi rutin bagi mereka untuk mengusik kedua pemuda tadi. Lagipon perkara tu benda biasa yang mereka buat.

“Panjang tak kain putih ni?” Daud mengibas-ngibas sebelum disarung di badan.

“Cukup panjang…” Bad mencorakkan kain tersebut mengikut bentuk tubuh rakannya seperti pocong.

“Klishe.”

“Habis tu nak buat hantu apa?”

“Yelah-yelah.” Marah Daud. Dia impikan kalau dapat jadi hantu yang lain dari lain. Dah alang-alang.

“Beb! Pocong je lah yang menakutkankan.” Bad mengikat lebihan kain di kepala rakannya.

“Ikat sekali kat dada dengan kaki. Jadi macam betul-betul pocong!” Tawa Daud suka.

“Nanti susah nak lari…” tegur Bad. Namun dia mengikut juga.

“Apa yang susah? Bukan kita yang lari diaorang yang lari!”

Kedua mereka ketawa terbahak-bahak.

“Siap!!” Bad berdiri melihat rakannya. Betul-betul macam pocong. Mereka berjaya. Kain satu lagi hanya disarung menutupi tubuhnya sahaja. Cukuplah Daud seorang sahaja yang memainkan watak utama. Lagipon mereka tak berniat untuk berlama-lama.

“Mana diaorang ni. Hampir satu jam dah. Panas dah ni…” Daud berdiri tegak sambil menunggu. Kedua mereka memyanyi kecil.

Dari kejauhan terlihat dua lelaki berjalan perlahan ke arah kuburan di mana Daud dan Bad berada.

“Bangun! Bangun!” Bad menepuk rakannya yang sudah hampir terlelap.

Daud membuka mata, terkelip-kelip dia.

“Aku kat mana.. aku kat mana!!” Daud meracau. Dia ingat sudah m**i.

“Hei!!! Shhhhhhh!!!” Bersembur air liur Bad cuba menutup mulut rakannya. “Diamlah.. nanti diaorg dengar. Mereka berdua mengambil tempat untuk mula mengusik kedua pemuda tadi. Mereka hanya memerhatikan sahaja Iman dan Hisyam dari jauh.

“Beb!” Bad menampar nyamuk yg hinggap diwajahnya.

“Apa..” daud bermalas malasan.

“Kau tak pelik ke? Diaorang datang naik apa? Mana motor?”

Daud melilau pandangan. Ya! Dia tidak nampak motor yg biasa dinaiki oleh kedua lelaki itu.

“Aku tak sedap hati pula… mana lampu suluh? Berani diaorg jalan ke kubur malam-malam macam ni.”

“Habis kita ni!” Marah Daud. “Kita pon tak ada lampu suluh.”

“Yelah… yelah…” Bad memerhatikan kedua lelaki itu yang semakin hampir.

Kedua pemuda yang sepatutnya mereka tunggu itu berdiri tegak dia kuburan Arwah Pak Awang. Tidak bergerak. Hanya menunduk sahaja.

“Jom takutkan diaorang.” Daud tidak sabar.

“Nanti!”

“Apa lagi..”

“Kau tak pelik ke? Budak berdua tu penakut!” Marah Bad dengan suara perlahan.

“Ye! Sebab tu lah kita plan nak takutkan diaorang lagi…” sengih Daud dengan membulat mata.

“Aku tengok kau dan pocong tak ada beza.” Kutuk Bad.

“Dah lah jom.”

Kedua mereka berjalan perlahan menghampiri dan sebaik hampir sampai barulah Daud melompat lompat selari dengan hantu yang sedang dia lakonkan..

“Imannnnnn…. Hisyam….” Daud menyeru perlahan. Bad pula mengibar-ngibar kain di belakang rakannya.

“Hihihihihihihi….” tawa kedua mereka

Pemuda yang berdiri di kuburan arwah Pak Awang tadi menoleh… kedua mereka berwajah serius. Sebaik Bad dan Daud melihat wajah mereka yang putih seperti kehilangan d***h. Kedua mereka terdiam…

“Allahuakbar!!!!!!” Bad berlari laju meninggalkan Daud yang melompat-lompat.

“Tolongggg tolong…” Daud bersusah payah. “Tolong….” Daud tidak mampu mengeluarkan kata-kata kerana terlampau takut

Bad berpatah balik apabila melihat Daud yang terjatuh. Dia menarik lebihan kain di kepala Daud lantas menyeret tubuh itu kasar.

“Sakit… sakitt… aduhh” Daud meronta cuba melepaskan ikatan. semakin lama semakin jauh sehinggalah mereka berdua melalui sebuah jalan raya dan sebuah kereta melanggar mereka yang sedang tergopoh gapah…

“Bang!! Tolong bang!! Bang kami bukan hantu!” Bad melambai tangan sebaik pemandu itu keluar dari kereta dan berlari ketakutan sambil menjerit terpekik

“Ish!” Bad membantu rakannya yang sudah tertonggeng. Dia terhincut-hincut sakit.

****************

Iman dan Hisyam sampai di perhentian bas. Hisyam menunggu ayahnya yang dikatakan akan pulang. Mereka datang naik grab dan mengambil lelaki itu juga menaiki grab.

“Kenapa tak Hisyam yang pergi sorang aje? Boleh naik moto, tak payah naik grab.”

“Alaaaa Iman nak ikut juga yah..”

Pak Mail tersenyum. Memang dari kecik kedua mereka bersahabat dan dia suka dengan Iman yang sentiasa merendah diri tidak sombong.

“Dah selamat kebumi dah?” Tanya Pak Mail.

“Dah semalam kami kebumikan arwah. Ramai orang datang juga yah.”

“Mudahan amalan arwah diterima. Amin.”

Kedua lelaki tadi turut mengaminkan. Sambil mengeluh.

“Kenapa?” Pak Mail hairan.

“Semalam kami tertinggal beg kami di kuburan arwah.”

“Lepastu…?”

“Kami jumpa hantu yah! Tapi kami ingat apa cakap ayah dulu. Jadi, Kami guna alternatif yang kami pilih sendiri.”

“Apa yang kamu buat??” Pak Mail terkejut mendengar cerita anaknya

IMBAS KEMBALI….

“Kenapa perlu pakai bedak sejuk nak pergi kubur?” Iman tetap mencolet wajahnya dengan bedak sejuk Yang mereka sering pakai sebelom tidur. Katanya boleh memutihkan wajah.

Mengarut!

“Ayah aku kata, syaitan ni suka dekat dengan orang baik, dia kacau orang baik. kalau perangai kita macam syaitan, penampilan kita pon macam Syaitan, diaorang pun malas nak ganggu.” Kata Hisyam

Mereka melihat wajah mereka di dalam cermin yang putih melepak. Cara dan alternatif untuk menghalau dari diganggu hantu katanya.

“Haah, macam Syaitanlah…” kata Iman mengangguk

Hisyam mengiyakan. Sebaik selesai mereka pergi menuju ke kubur.

“Kenapa parking jauh-jauh ni. Penat nak jalan kaki.” Marah Iman

“Yelah, supaya setan tak tahu kita datang sini. Kalao dia nampak motor ni, dia tahulah kita manusia.” Tambah Hisyam

Iman mengangguk dan membontoti Hisyam dari belakang. “Gelap lah Syam, kenapa kena jalan menunduk?”

“Kalau bawa lampu suluh nanti setan perasan kita, lagipon menunduk ni kan bagus. Supaya kita tak pandang depan, kita tak tahu depan ada apa.”

“Yelah… yelah… tapi betul eh, hantu, syaitan semua tak perasan?” Iman hanya mahukan kepastian.

Mereka tiba di kubur arwah Pak Awang yang baru dikembumikan. Beg yang tertinggal masih ada di tepi tanah yang masih merah.

“Eh! Nanti baca doa dulu, kita dah sampai kubur ni.” Iman menegah. “Dah sampai kubur kita kene baca doa.”

“Kan tadi dah baca… kira bacaan tu untuk hari ni. Esok baru baca lagi.” Bebel Hisyam

“Yelah… kita baca al fatihah je cukup.” Jawab Iman lemah

Kedua mereka berdiri sambil membaca surah itu di dalam hati… ketika itu juga mereka terdengar nama mereka dipanggil namun Iman menegah Hisyam daripada memandang kebelakang. Mereka meneruskan bacaan.

Sebaik suara itu semakin mendekat, mereka berdua menoleh kebelakang. Alangkah terkejutnya kedua mereka melihat pocong yang berdiri tegak diikuti dengan kain yang mengerbang. Tidak ada bicara selain mereka berdua kaku tidak bergerak

Tapi!

Tidak sampai seminit pocong tadi merayu meraung malah meminta tolong. Kedua mereka agak hairan melihat pocong tadi ditarik oleh seekor lagi hantu yang berpatah balik.

“Ish! Kenapa pula tu?” Tanya Hisyam yang memang kaget.

“Entah… “ Iman menjongket bahu. Timbul rasa kasihan melihat hantu tadi kelam kabut.

“Jomlah ambil barang. Kita balik.” Arah Hisyam perlahan. Dan kedua mereka berlari balik.

PAK MAIL menepuk dahinya sebaik mendengar kedua anak muda itu bercerita. Pemandu grab tadi menoleh

“Itu hantu ke orang???” Dia menyampuk

*****************

Daud dan Bad duduk di katil bersebelahan. Kaki Daud patah manalala Bad pula teralih tulang p******g.

“Sebabtu kami panggil kau ni Hisyam, Iman… kami minta maaf pada kamu berdua.”

Iman dan Hisyam berwajah tegang. Mahu beritahu perkara sebenar rasa serba salah.

“Kami memang tak buat lagi.” Tambah Bad

“Kalau kamu nampak hantu tu, memang menakutkan! Wajah mereka sama seperti kamu berdua.” Daud menceritakan detik-detik cemas.

Iman dan Hisyam berpandangan

“Errrr… kamu berehatlah ya. Kami okay, kami tak marah, kami maafkan.” Iman tersenyum

“Kami balik dulu ya…” Hisyam cepat berdiri dan bersalaman.

“Hati-hati tau!” Bad melambai dengan wajah penuh kekesalan.

-TAMAT-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 41 Average: 4.9]
Nasa yusof

4 thoughts on “POCONG”

  1. Tula nk kena kn org tgk dlu kte brani ke x..psti ada ilmu d dada klu nk m,nakutkn org..kn x psal2 sna sni patah..yg dua org tu wlaupn pn lurus tpi bijak jg ea👏…aku suka crita ni👍..nk trgelak kuat2 kn nti trkejut plk laki aku kt sbelah..🤣🤣🤣🤭😂😂

    Reply
  2. Tula nk kena kn org tgk dlu kte brani ke x..psti ada ilmu d dada klu nk m,nakutkn org..kn x psal2 sna sni patah..yg dua org tu wlaupn pn lurus tpi bijak jg ea👏…aku suka crita ni👍..nk trgelak kuat2 kn dh pg tkot org lain trkejut plk dgr suara pontiank mna gelak kuat2..🤣🤣🤣🤭😂😂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.