Asrama Puteri

20.04.2024
Assalammuaikum dan selamat sejahtera. Nama aku Ain. Terima kasih FS sekiranya menyiarkan cerita aku. Sejujurnya aku memang minat sangat baca kisah seram even aku sendiri seorang yang penakut. Kalau tengah malam aku terjaga dan rasa nak terkucil, aku lagi rela pilih untuk sambung tidur. Gasak lah kau!

So… aku tinggal di asrama sekolah pada form 2 (2014), form 3 (2015) dan form 5 (2017). Tiga tahun ni dah terlebih cukup untuk aku kumpulkan kisah seram. Sampaikan aku masuk form 6, aku lebih rela ulang alik dari rumah daripada duduk asrama. Bangunan Aspuri (Asrama Puteri) ni cantik, bangunan baru lagi. Baru je dibangunkan tahun 2000+++. Bangunan ni tertutup, so tak ada masalah sekiranya keluar dari dorm tak bertudung. Semua tingkat dibuka (ada penghuni dorm) kecuali tingkat 4! Alasannya, tingkat 4 memang keras. Memang dah jadi kawasan larangan bagi semua penghuni Aspuri. Tingkat 1 (ground floor) semua bilik full, tingkat 2 pun full, dan tingkat 3 pulak hanya ada 3 dorm je ada penghuni. Pada hujung tahun 2015, 1 bilik di tingkat 3 ditutup. Creepy! Nanti aku cerita. Let’s start. Aku akan ceritakan yang mana aku ingat.

1. 2014, aku duduk dorm 10 di tingkat 2. Dorm paling hujung, sebelahnya ada tangga. Kami susun katil 2-2. Aku tidur di sebelah Siti. Waktu tidur, kami akan tidur kepala di kaki katil sebab situ arah kiblat. Kami tidur menghadap tingkap. Aku agak dalam 2-3 pagi aku tersedar. Masa nak tutup mata aku dengar suara macam menjerit/mengilai? “EEEEeeeeeeeeeee…” Suara tu keras tetapi halus. Aku rasa 6-7kali jugak aku dengar. Aku tutup mata kejap then buka balik. Guess what? Aku nampak kelibat hitam di tingkap. Terus aku selimut satu badan. Tak lama tu aku tertidur. Esok pagi aku cerita pada roommate, rupanya Siti pun nampak!

2. 2014 juga, malam selepas prep (study). Kalau tk silap, hujan renyai masatu. Aku dekat area luar dorm maybe nak turun bawah. Tetiba, satu bangunan Aspuri ni blackout. Gelap. Aku terjerit sebab terkejut dan tutup mata. Then, aku rasa bahu aku macam kena langgar, slow je. Bila aku buka mata, aku nampak ada patung-patung berpakaian gaun pengantin dekat setiap penjuru. Dalam 5 saat macamtu dan hilang. Dan-dan pulak, bekalan elektrik ok. Aku terus masuk dorm dan tak bagitahu sesiapa sehingga aku type disini. Aku taktahu la betul ke apa yang aku nampak. Ke imaginasi aku je?

3. 2015, aku dorm 11. Bersebelahan je dengan dorm lama aku. Aku satu dorm dengan Kak Biah. Kak Biah ni memang setiap malam sebelum tidur akan gosok gigi. Bilik air kami ditengah-tengah antara 2 dorm (kongsi bilik air). Bilik air ni memang besar. Lorong depan, ada 5 tandas. Tengah, ada 5 shower yang berhadapan dengan sinki. Hujung, ada sinki untuk basuh baju dan ampaian. Malamtu, maybe dalam 10-11pm aku ke sinki depan shower untuk basuh muka. Tengah aku bilas muka, Kak Biah ni lalu pergi ke bahagian ampaian. Dia pandang aku dan senyum.

Selesai tu, aku masuk dorm. Nohhh, aku nampak elok je Kak Biah duduk atas katil tengah borak. Aku pelik macamana dia boleh masuk dorm cepat sangat dan aku tak nampak pun dia lalu masa aku masih dekat sinki. Then aku tanya la dia. Dia jawab “Mana ada, Kakbi tak basuh muka lagi. Kejap lagi kot baru nak basuh. Kenapa tu?”. Hareyy betul lah. Terkena pulak aku…

4. 2017, aku dorm 10. Sepatutnya, semua form 5 dorm bawah tapi sebab aku masuk lambat, dorm bawah full. Aku selalu ke dorm 5 di tingkat 1. Boleh kata, setiap hari tidur sana. Satu hari, aku tidur dengan Hidayah. Ya, satu katil yang sama. Warden memang arahkan susun katil 1-1, tak boleh susun 2 atau 3. Malam tu, aku terjaga. Panas… Baru aku tahu, kawan aku ni tak suka berkipas. Katil dia ni rapat ke dinding, dia tidur sebelah dinding. Aku pun pandang lah katil hujung sana. Aku nampak something tapi tak berapa jelas sebab still mamai.

Seminit dua something tu still ada, kaku je. Bila aku dah cam something tu, aku terus berselimut sampai kepala then aku siku kawan aku ni. Dia bangun dan aku suruh on lampu. Bila dorm dah terang, aku buka mata tengok katil tadi. Hilang. Aku nampak perempuan duduk peluk lutut, kepala pandang bawah. “Kenapa ni suruh bukak lampu?”, Hidayah tanya aku. “Panas, bukakan kipas.” Esoknya, baru la aku cerita. “Agak dah mesti nampak pape, muka pucat semalam.” Selamba eh, kawan aku ni memang jenis rileks je. Baik budaknya, rajin solat, mengaji.

5. 2017, cerita ni berlaku pada kawan aku iaitu Mekda. Time ni famous dengan lagu Didi & Friend – Bam Bam Gajah Hebat, “Macamni gajah jalan, macamni gajah jalan”. Petang tu, Mekda dan Tasha galak menyanyi lagu ni. Malam tu, Mekda terjaga. Dia nampak atas katil Siti di hujung kaki ada si setan tu. Duduk, peluk lutut dan humming lagu gajah. “Hm hm hm hm hm”. Terus Mekda sambung tidur. Sejak hari tu, kami tak nyanyi dah lagu tu.

6. 2017, musim SPM. Aku dah pindah bilik bawah. Kawan-kawan bawak phone, aku je tak. Diorang masih tak tidur lagi sebab sibuk dengan phone. Malam tu, aku tidur atas katil Teha, seorang. Teha pulak dekat katil Siti, sakan main phone. Tak lama tu, badan aku rasa berat, tak boleh gerak. Puas aku baca surah tapi tak jalan. Last, aku diam dan Alhamdulillah badan dah ringan. Aku pun panggil Teha mintak teman tidur. Masa Teha datang, aku terus ambil phone dia dan type “Aku kena tindih”. Terus dia terkejut. “OK, tidurlah. Aku teman”. Aku pun lena lagi. Sekali lagi aku ditindih. Kali ni aku nampak bentuk badan dia. Macam badan lelaki tapi besar lagi, hitam, berbulu. Banyak kali aku takbir Allahuakbar baru la dia hilang. Aku terus menangis. Teha terus buka lampu, then bagi isyarat esok je cerita. Then, kami tidur. Aku memang selalu kena tindih. Kadang tu sampai aku taktahu samada betul ke kena tindih atau aku mimpi?

7. Oh yaa.. pasal 1 dorm di tingkat 3 ditutup. Actually, aku tak berapa faham dan tak berapa ingat.. setahu aku dorm tu alami gangguan yang teruk. Penghuni dorm memang kena kacau kaw-kaw punya. Seolah, benda tu taksuka dorm tu ada penghuni lain. Yang aku dengar, sampai ada berdarah-d***h. Tak pasti d***h tu dari mana, samada d***h h**d atau d***h yang tiba-tiba ada. Korang percaya tak.. Warden kami sendiri, melayu agama Islam.. Dia sendiri tak percaya ada gangguan di blok Asrama Puteri ni. Dia selalu deny apa yang kami cerita. Entahlah, samada dia percaya ataupun saja pura-pura tak percaya. Kalau korang nak tahu, any gangguan biasanya exco yang settlekan. Exco ni macam wakil pelajar? Ada ketua exco, penolong exco, exco sukan, exco makan dll.

8. Ada satu tahun…. aku lupa. Waktunya selepas supper around 9:30pm – 10:00pm macamtu. Tiba-tiba je exco jerit, “Semua Aspuri beragama Islam, turun ke surau Aspuri sekarang! Yang bukan Islam (Orang Asli) turun bilik prep sekarang!” Bila semua Aspuri Islam dah semua turun, ketua exco terus tutup pintu surau. Kemudian, dia bercakap dengan exco lain (Orang Asli) dekat luar surau. Maybe cerita apa yang berlaku dan minta tolong jagakan Aspuri yang lain di bilik prep. Kami yang dalam surau ni dah banyak sangat dah persoalan. Maaf, sebenarnya aku tak berapa ingat details kejadian ni. Yang aku ingat… Yana sekelas aku, dia dirasuk. Dia duduk kaki melunjur, kedua tangan dia pula kebelakang untuk menampung badan.

Yang aku ingat, setan ni marah sebab ada budak batch aku ada buat perjanjian di tingkat 4, tapi dia langgar. Aku tak pasti la perjanjian apa kan… Then ada sorang dua jugak ‘dia’ attack. Kes apa, aku lupa. Maaf… Sesi attack ni memang lama korang, sampailah last sekali… Badan kawan aku ni terangkat ke atas dan kami semua tarik dia kebawah. Sambil tu, akak exco kami ada la baca baca sikit sampai lah reda. Warden? Dia taknak masuk campur pun, semua exco yang settlekan. 1-2 pagi baru lah kami boleh balik ke dorm masing-masing. Alhamdulillah…

Sekian dari aku, terima kasih FS <3

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 29 Average: 4.4]
Ain

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.