Assalamualaikum, kepada admin dan followers FS.Sekali lagi aku perkenalkan diri…,aku NANA.Dan ini karya siri aku yang keempat selepas DIEKORI PONTIANAK, BERTEMU BUKU DENGAN RUAS dan SANGGUPKAH ENGKAU?Aku tulis tajuk-tajuk tu senang untuk kalian cari dekat Google.Dan kali ini, aku hendak kongsikan kisah aku,abah dan emak,ketika umurku dalam lingkungan 7 tahun,mungkin…(tak berapa nak ingat umur).Kisah ini bukan rekaan atau fantasi anak kecil.Ini adalah kisah benar yang aku lihat sendiri secara’live’ didepan mata kepalaku sendiri.
Tidak sama seperti cerita yang pertama,kisah “sidia”yang menumpang abah, tetapi kisah yang ini….,”sidia” hendak menumpang tetapi muatan sudah penuh.Seakan cliché bunyinyakan, tetapi percayalah…,kisah ini berlainan dan kisah ini didalam versi aku pula. Aku sendiri tidak menyangka apa yang aku lihat itu rupa-rupanya PONTIANAK dan LANGSUIR.Tetapi peristiwa itu memang tidak dapat untuk aku lupakan,masih segar dalam minda dan ingatan.Dan ini kisahnya….
KISAH SATU-PONTIANAK….
Dalam tahun 90an,waktu itu aku dan emak mengikut abah pulang kekampung,agak sudah lama abah tidak menjengah kedua orang tuanya.Ketika cuti sabtu dan ahad inilah abah mengambil kesempatan untuk pulang kekampung, memandangkan ini giliran cuti abah ditempat kerjanya.Tetapi pulang kekampung kali ini,giliran abah pula yang harus tidur dirumah bapa mertuanya(bapa emak)emak dan abah satu kampung(Sabak Bernam). Rumahnya tidaklah jauh,adalah dalam setengah jam perjalanan kalau dengan menaiki motosikal.
Kami tiba lewat sedikit dikampung dari jangkaan awal, kerana kami hanya menaiki bas sahaja untuk pulang kekampung.Sebelum pergi kerumah atuk sebelah emak,abah ingin singgah dahulu dirumah arwah atuk dan opah pada petang itu,”Kita duduk dulu kat sini sampai malam ye,malam karang lepas makan malam, baru kita pergi kat rumah atuk sana,boleh?”Pujuk abah padaku, sambil membelai rambutku yang berikat dua. Aku hanya mengangguk tanda setuju, tidak kisah rumah atuk yang mana patut didahulukan,tiada beza pun padaku.
Emak hanya diam, kemungkinan setuju.Selepas makan malam abah berbual-bual tentang banyak perkara dengan arwah atuk dan aku hanya menyelit ditepi abah sambil mendengar topik yang dibincangkan tanpa menyampuk sedikitpun.Jarum jam sudah menunjukkan hampir pukul 12malam atau mungkin lebih.Sunyi sepi suasana malam itu,sesekali kedengaran bunyi cengkerik memecah suasana kesunyian.Abah masih lagi ligat bersembang dengan arwah atuk,langsung tidak menyedari hari sudah pun lewat,embun jantan pun sudah mula membasah,emak mula gelisah..
Sesekali dikerling matanya kearah abah,lalu dicuit peha abah untuk mengajak abah pulang kerumah orang tuanya.Abah memandang emak tanda mengerti,lalu abah meminta izin pada arwah atuk untuk pulang kerumah bapa mertuanya.Abah juga meminta izin dari arwah atuk untuk meminjam motosikalnya dan berjanji akan memulangkan semula keesokan harinya.Emak mendiamkan diri sahaja dari tadi,mungkin tanda protes.Kerana faham benar emak dengan sifat abah, kalau bersembang,memang memakan masa yang lama,letih menunggu.
Sewaktu dalam perjalanan inilah peristiwa itu terjadi.Motosikal honda kapcai atuk abah lenjan,membawa anak dan isterinya pulang membelah kepekatan malam.Didalam kedinginan embun jantan dan meredah laluan di kepekatan malam itu,hanya berlampukan cahaya motorsikal,bulan dan beberapa lampu jalan yang melimpah dalam kesamaran disetiap perjalanan. Dengan berhati-hati abah membawa kami,takut terlanggar lopak atau lubang, memandangkan jalan yang bertar tidak sekata.Aku cuba untuk lena didalam pelukkan emak, tetapi posisi aku ketika itu duduk mengadap emak.
Cuba untuk memejamkan mata tetapi terjaga disebab kemungkinan abah terlanggar lubang kecil dijalan. Tiba-tiba….sewaktu aku cuba membuka mata….,mata aku tertumpu pada bahu kanan emak(bukankah aku tidur mengadap emak)terkejut aku sebab aku ternampak ada satu TANGAN PUCAT dan panjang sedang memegang bahu kanan emak.Bulat mata aku memandang tangan yang entah datang dari mana sambil memaut kemas dibahu emak.
Terkejut tak usah diungkap lagi.Jelas kelihatan kulitnya yang putih pucat dan jarinya yang panjang dan tirus,serta menampakkan tulang bersalut kulit tanpa isi tebal dijarinya.Bila difikirkan semula, mustahil tangan emak,sebab tangan mak sedang memeluk erat badan aku.Kemudian aku cuba tinggikan sedikit kepala, untuk mengintai dibelakang emak,difikiran ku kemungkinan tangan misteri itu mempunyai badan.Ya….memang tidak dapat disangkal lagi,menjengah sahaja kepalaku kebelakang…,terlihat satu LEMBAGA menyerupai seorang perempuan, dengan rambut panjang sehingga ke jalan dan mengerbang.
Warna rambutnya hitam, tetapi masih menampakkan uban dan matanya terperosok kedalam,lompong…!!!Langsung tidak kelihatan bebola mata hitam dan putih.Bajunya berwarna putih lusuh kelihatan ada tompokan tanah dimerata kain.Apa yang aku terlihat, elok sahaja dia memegang bahu emak,kemungkinan hendak menumpang,tetapi muatan sudah penuh.Keadaannya berdiri statik sahaja, langsung tidak jejak bumi.
YaAllah…..,mahu aku tidak TERPERANJAT….!!!Tiba-tiba ada mahkluk lain sedang mengikut dibelakang, meluncur laju sahaja”sidia” mengikut kelajuan motosikal yang ditunggang abah, sambil MEMEGANG BAHU EMAK. Sudahlah satu bayangan kenderaan pun tidak kelihatan, ditambah dengan suasana gelap gelita.PASRAH sajalah.
Yang paling aku terperanjat,emak langsung tidak menyedari ada “gadis jelita”sedang memegang erat bahunya.Aku cuba merenung emak untuk berkata sesuatu,tetapi emak memandang aku semula,”KENAPA DIK…..,TIDURLAH…” Ketika itu mulut ku langsung terkunci untuk memberitahu.Aku lihat abah masih tenang sahaja membawa motosikal,hanya diam dari tadi.Tidak terfikirkah abah saat itu motosikal yang dibawanya berat atau ada sesuatu yang mengikut dibelakang, perkara itulah yang cuba aku fikirkan saat itu.
Tidak lama kemudian sampailah kami dirumah arwah atuk (bapa emak),rumahnya hanya ditepi jalan sahaja.Berhenti sahaja motosikal dihadapan rumah arwah atuk,aku lihat mahkluk itu sudah pun tiada,berdebar perasaan aku ketika itu apabila memandang sekeliling yang gelap gelita,difikiranku ketika itu…, janganlah”sidia”berada disebelahku. Tetapi mak ada juga mengadu, bahunya yang sebelah kanan terasa sakit.Emak kata seperti memikul satu benda besar.’Hai emak…benda tu dah terbang entah kemana,baru nak terasa sakit’.
Namun selepas itu,aku terdengar abah bercakap sendirian selepas menongkat motosikalnya,tetapi dalam nada suara yang kuat dan tegas, “ENGKAU DAH TUMPANG…,BALIK TEMPAT KAUUU….!!,JANGAN MASUK DALAM RUMAH AKU,KACAU ANAK BINI AKU DAN KELUARGA AKU….PERGI KAUUU…..!!!”Sambil mengambil tanah yang dipijak abah,lalu dikepalnya tanah tersebut sambil membaca beberapa potong ayat rukyah lalu dihembus pada tanah tersebut, kemudian terus abah lemparkannya keudara.Aku dan emak hanya memerhati sahaja tanpa mencampuri,menandakan kami memahami dan mengerti apa yang sedang abah lakukan.
Jelas abah malam itu cik pontianak itu tidak kemana-mana,”dia” sudah abah “tambat” dan”ikat”dipokok manggis betul-betul dibelakang rumah arwah atuk.Dan jelas abah lagi sebenarnya…..”dia” hendak berkawan dengan aku…WHAT.!!!?Tidak ada hantu lain ke yang boleh dibuat kawan!!?Tetapi keadaan dan situasi dapat dikawal oleh abah pada malam itu,ini kerana menurut kata abah lagi,abah tidak akan membiarkan dia bersenang lenang menumpang teduh dipokok manggis itu,”sidia”pasti akan dibuang ketempat lain pada keesokan harinya.
Begitulah alkisahnya…,bukan sahaja pontianak hendak berkawan,malah pernah juga dulu hantu PENANGGAL hendak berkawan dengan aku,sanggup”dia” mengikut(terbanglah kut)aku sampai ke Perlis,kebetulan aku melawat pakcikku di Padang Besar.Itupun abah mengetahui melalui ilmu batinnya dan abah memberi amaran keras pada penanggal itu jangan sesekali mengikut aku atau kacau aku.Tetapi kalau dia berdegil juga atau tidak mahu pergi,maka…..,”dia”akan mendapat akibat dan balasan yang lebih buruk..!!Jadi…, alhamdulillah buat masa sekarang ni,tiada lagi gangguan yang sedemikian,malah aku sendiri pun tidak tahu,manalah datangnya si PENANGGAL tersebut. Dan satu lagi, rupa-rupanya abah memang sudah mengetahui bahawa ada”benda”yang mengikut kami pada malam itu,sebab itu sepanjang perjalanan diatas motosikal,abah hanya diam membisu sahaja….., menunggu masa sahaja untuk bertindak…!!
KISAH DUA-LANGSUIR….
Kisah ini berlaku dalam tahun yang berikutnya selepas kejadian diatas.Buat pertama kali aku melihat LANGSUIR sepanjang hidupku,juga ada satu kisah lama yang menyayat hati, yang telah berlaku disebalik kisah langsuir tersebut yang akan aku ceritakan kemudian,harap kalian tabah membacanya.Malah….aku juga tidak pasti sama ada, kisah yang ingin aku ceritakan nanti, ada kena- mengenakah atau tidak dengan langsuir tersebut atau hanya kebetulan sahaja,nanti kalian nilaikanlah sendiri.
Ketika itu umat islam sedang menyambut hari raya Aidilfitri, dalam 1 Syawal tetapi berlaku pada malam harinya.Ia berlaku dikampung aku juga,Sungai Tiang,Perak. (Sebenarnya ibubapa emakku sudah bercerai dan masing-masing sudah berkahwin lain,jadi hari raya waktu itu giliran emak,dan emak aku teringin hendak menyambut hari raya bersama emaknya, begitulah alkisahnya).
Rutin kami sekeluarga, sebelah siang kami memang akan duduk dirumah untuk menyambut tetamu,saudara-mara dan jiran tetangga yang hendak bertandang dan beraya dirumah,jadi kami sekeluarga terpaksa mengambil keputusan untuk beraya selepas waktu maghrib nanti.Usai maghrib, dalam pukul 8 malam…,kami sekeluarga pun mula keluar dari rumah menuju kedestinasi seperti yang telah dirancangkan sebelum ini.
Betapa gembiranya saat itu apabila dapat berhari raya bersama dengan arwah nenek,atuk tiri dan emak usu.Hanya dengan berjalan kaki beramai-ramai sambil menikmati lampu raya yang tergantung meriah dan berwana-warni disetiap dinding rumah orang kampung,sudah cukup membuat diriku terasa puas dan bahagia disamping keluarga tercinta,walaupun menyambutnya dengan penuh kesederhanaan. Sesekali terperanjat kami kerana terkejutkan bunyi meriam buluh, diselang-seli bunyi letupan mercun memecah suasana hening malam raya itu.
“OPOCOTTT…!!!EMAK KAU….!!!TERPERANJAT AKU..!!”Arwah nenek terkejut sehingga terkeluar ayat latahnya,sambil mengurut-ngurut dadanya,membuatkan aku dan mak usu tidak kering gusi ketawakan gelagat nenek.Kemudian….selesai sahaja kami beraya dibeberapa buah rumah saudara mara,beransurlah kami untuk pulang,tambahan pula malam semakin larut.Apa tidaknya kalau orang-orang tua bersembang,banyaklah alkisah dan topik yang hendak diceritakan, tidak termasuk lagi bila hendak bermaaf-maafan,perlu menyusun sepuluh jari dan menyusun ayat.
Dan dikepekatan malam itu kami berenam berjalan meredah langit malam untuk pulang, hanya bertemankan cahaya sang rambulan dan lampu torch light sahaja.Sungguh sunyi malam itu,tidak seperti diawal-awal perjalanan kami tadi,bunyi meriam dan mercun yang sejak dari tadi bergema disetiap ceruk,kini langsung tidak kedengaran. Pelik…,tetapi perasaan itu aku simpan dalam-dalam.Aku amati wajah arwah nenek,atuk,emak dan mak usu, masing-masing diam seribu bahasa, tidak kelihatan seperti tadi…,ceria, bergelak ketawa.
Hanya wajah gelisah sahaja yang nenek dan emak pamerkan,mungkin takut dan mungkin juga ingin segera sampai kerumah.Ini kerana hanya kami berenam sahaja yang sedang berjalan pulang dan berada disepanjang laluan itu.Emak dan yang lain-lain sudah berjalan kedepan, manakala aku dan abah sahaja yang berjalan dibelakang.Sesekali mataku meliar memandang sekeliling,sebelah kiri ada beberapa buah rumah kampung, manakala sebelah kanan tidak ada sebuah rumah pun,hanya hutan dan tumbuhan meliar dan semak samun setingggi pinggang orang dewasa,kemudian aku mendongak memandang bintang yang berkelip-kelip terbentang dihamparan langit yang luas.
Tiba-tiba……sebaik sahaja selepas mata aku ralit memandang bintang ciptaan Allah yang sungguh indah diatas langitraya itu,mata aku dengan tidak sengaja terpandang satu sosok tubuh disebalik sebatang pokok tua yang besar dan merimbun lebat, berada ditengah-tengah pohon-pohon renek dan rimbunan semak samun itu.Aku cuba untuk amati sosok tersebut,untuk mendapatkan kepastian,APAKAH yang aku sedang lihat itu?Bila aku cuba hendak pastikan…,”dia” mula menunjukkan wajahnya yang sebenar…., HODOH..,BURUK..,PUCAT.., dengan rambutnya yang panjang…, sehingga ketanah, mengerbang kejung kebelakang.
Tetapi rambutnya dipenuhi dengan uban,bukan sedikit tetapi semua.Baju putih lusuh diselaputi dengan tanah,sempat dia mempamerkan mulutnya yang ternganga sehingga menampakkan gigi taring halus berceracak dan matanya yang merah menyala, semerah biji saga.Aku TERDIAM dan TERGAMAM…!!Sebenarnya lebih kepada TERPERANJAT..!!Aku pandang semua ahli keluarga aku termasuklah abah,mereka semua seperti tidak nampak, sedangkan aku nampak dan dia berdiri betul-betul disebelah kanan disebalik pokok besar itu,terapung-apung.Sumpah…!
Kali ini juga mulutku seakan terkunci untuk beritahu tentangnya kepada abah. Sedangkan kami berjalan paling belakang sekali.Sekali lagi aku cuba mengerling kearah mahkluk itu,”dia” masih lagi berdiri statik di situ,tidak berganjak sedikit pun.Aku cuma melihat dia hanya terhuyung-hayang seperti badannya terapung-apung.Lalu aku memandang abah, dia hanya diam,tumpuannya hanya pada jalan sahaja.Emak dan yang lain didepan masih tidak tahu apa-apa,syukurlah….Bila sudah berjalan kedepan sedikit,aku cuba menoleh semula kebelakang,aku lihat mahkluk itu sudah tiada,ghaib entah kemana, kawasan itu gelap gelita semula.
Ini kerana apabila aku melihat mahkluk itu tadi,kawasan tempat dia berdiri itu termasuklah kawasan sekitarnya,seakan-akan macam terang seperti ada cahaya putih yang berbalam-balam.Entahlah…,saat itu aku terfikir…,pelik…,takkanlah baju putihnya boleh mengeluarkan cahaya.Tetapi mungkin juga pantulan dari cahaya bulan, mungkin….
Sampai sahaja dirumah,abah bertanya kepadaku,”ADA NAMPAK APA-APA KE TADI…?”Tentulah aku jawab ‘ADA’….”TAPIKAN BAH,NAPE MACAM ADA CAHAYA PUTIH KAT BENDA TU..?”.Abah hanya tersenyum…seolah-olah mengerti pertanyaan kanak-kanak seperti ku. “ITU BUKAN CAHAYA,BADAN DIA LUT SINAR, BOLEH TEMBUS NAMPAK SEBELAH SANA…,TAHU TAK APA BENDA YANG ADIK TENGOK TU…?”Abah bertanya lagi kepadaku,aku hanya menggelengkan kepala menandakan tidak tahu.
“ITULAH LANGSUIR…..”Melopong mulutku mendengarnya…’APA’….!!!Aku bermonolog didalam hati.Lagipun kata arwah nenek tempat tu sememangnya keras dan menurut kata nenek lagi,sebelum itu kawasan tu biasa-biasa sahaja tidak ada sebarang gangguan makhluk. Kemudian terjadilah satu peristiwa tragis yang telah berlaku dikawasan itu dan ini adalah berdasarkan kisah benar…..Mari kita mengimbau sedikit kejadian tragis itu……
Didalam sekitar penghujung tahun 60an,dikawasan yang aku lihat langsuir itu…, ada sebuah rumah kampung,yang diduduki sepasang suami isteri dan berserta dua orang anak perempuannya yang berumur 7 dan 9 tahun.Waktu itu dihujung bulan Ramadhan,mereka sekeluarga membuat persiapan hari raya memandangkan Aidilfitri jatuh pada keesokan harinya.Rumah yang mereka diami itu jenis rumah tinggi, jadi mereka sekeluarga bercadang hendak memasak juadah raya diluar rumah sahaja iaitu dibahagian bawah rumah yang lapang.
Sisuami sibuk mencari buluh lemang ditempat lain,cadang mereka hendak memasak juadah lebih sedikit untuk dijamu pada tetamu yang datang dan juga untuk diberi pada jiran-jiran tetangga.Manakala siisteri dan anak-anak perempuannya sibuk merebus ketupat,tetapi……, inilah KESILAPAN mereka,dikawasan bawah rumah tempat mereka memasak itu,ada sebiji BOM zaman jajahan jepun dahulu yang masih aktif tertanam betul-betul ditanah bawah rumah mereka,bom itu cuma timbul sedikit.
Sudah tentulah mereka tidak menyedari bahawa benda yang bulat itu adalah BOM dan juga langsung mereka tidak menyedari apa yang bakal mereka hadapi.Usai sahaja merebus ketupat didalam periuk yang masih panas,si isteri pun dengan penuh kudrat dan tenaga, mengangkat periuk panas tersebut lalu diletakkan keatas BOM yang mereka sangka “BATU” itu. Lalu…..terjadilah perkara yang tidak disangka,bom itu…MELETUP…!!!Lalu terpelantinglah anak-anak dan isteri lelaki tersebut.Letupan itu sungguh kuat sehingga mengejutkan orang-orang kampung yang sedang seronok membuat persiapan hari raya dirumah masing-masing.Peristiwa itu memang tragis,si suami menangis semahu-mahunya seperti orang hilang akal,sambil ditenteramkan oleh orang-orang kampung.
Mayat anak-anak dan isterinya bergelimpangan, darah merah diserata tempat manakali daging dan tubuh badan mereka bersepai disana sini.Bau hanyir darah memenuhi ruang udara dan rongga hidung.Masing-masing cuba untuk mengawal emosi hati. Tiada apa yang boleh orang kampung lakukan,hanya cuba mententeramkan sisuami dan hanya menyaksikan peristiwa akhir ramadhan yang sungguh menyayat hati…..
Seminggu kemudian,orang kampung langsung tidak melihat kelibat sisuami,selalunya mereka melihat dia merayau-rayau seperti orang gila sambil memanggil nama isteri dan anak-anaknya,meratap hiba…,menangisi mereka yang telah tiada.Tidak sampai hati pula orang kampung hendak menyambut aidilfitri dengan bersuka ria,cukuplah bersederhana sahaja,mereka juga menanggung kesan yang mendalam. Memandang orang kampung langsung tidak melihat kelibat si suami,lalu mereka pun mencari sisuami,dikubur arwah isteri dan anak-anaknya,langsung tiada…Kemudian mereka mencari dibekas tapak rumahnya yang musnah itu, juga tiada.
Akhirnya mereka berputus asa untuk mencari.Akhirnya,mereka berpakat untuk pulang sahaja, tetapi apabila mereka berjalan melalui kawasan semak ditepi rumahnya yang hampir rebah itu,akibat dari kesan letupan bom yang kuat,disitu ada sebatang pokok,pada mulanya mereka tidak mengesyaki apa-apa,tetapi….serta merta salah seorang dari mereka menjerit lalu terduduk ketanah sambil tangan menunjuk kearah pokok itu,alangkah terkejutnya mereka…., sebab melihat sisuami itu mati dengan leher terkulai dan lidah terjelir keluar dari mulutnya disebabkan jerutan tali yang melekat kuat dilehernya. Ya….,lelaki itu mati dengan menggantungkan dirinya didahan pokok itu,rasanya pembaca boleh mengagak pokok yang manakah, bukan….?
Selepas kejadian tragis itulah…, bermacam-macam penampakkan yang dilihat oleh orang kampung. Tiba-tiba sahaja nama langsuir menjadi buah mulut orang kampung saat itu. Orang mati membunuh diri, sudah tentulah berdosa besar,malah Allah melaknat perbuatan tersebut, sebab… tugas mencabut nyawa ini bukan tugas manusia tetapi disebabkan manusia itu lemah iman dan jiwanya sudah kosong, maka…..terjadilah perkara tersebut. Lalu…si syaitan dan iblis laknatullah pun bertepuk tangan, bersorak sakan dan bergembiralah mereka,kerana ada umat nabi Muhammad yang telah memilih untuk mati dalam kesesatan dan mati didalam hatinya yang telah kerapuhan iman,serta didalam jiwanya yang sedang sarat dengan dugaan hebat…Minta dijauhkanlah kita wahai pembaca sekalian dengan sifat-sifat begitu.
Itu sahajalah kisah yang sempat aku kongsikan pada kalian,harap-harap kalian SERAMlah apabila membacanya.Sampai seru lagi aku akan kongsikan kisah abahku semula….*Kisah dia tertumpangkan POCONG BETINA (terkejut..!??Serius..,memang pocong betina),diganggu hantu BAJANG, dihalang HANTU GALAH ketika pulang mengubat orang,mengejar PENANGGAL,dikejar HANTU BUNGKUS(bukan pocong,tapi ia sebesar buah kelapa dan hanya bergolek),dikejar BEBOLA API ketika mengayuh basikal,terserempak BUNIAN sewaktu mendekut burung wak wak,berlawan dengan HARIMAU JADIAN (orang yang jadi,bukan jelmaan)*.InsyaAllah….aku akan ceritakan satu persatu nanti bila ada kelapangan dan masa yang sesuai… SEKIAN….
aku insan biasa..,
NANA
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Respect abah u, sejak I baca cerita u “bertemu buku dgn ruas”… Legend !
Tolong sambung lagi ye sis
Pengalaman u mmg lain daripada yg lain
Lima bintang..!! tepuk tepuk tepuk..!!
Saya nmg tggu sis smbung lg critee..bestt
admin fs.. rasanya cara page fs sebelum ni lagi baguslah..
thumbs up…cerita best ni..tk saba nk tggu setrusnya..
Kesian lelaki yg bunuh diri tu. Tak boleh nak salahkan dia juga sbb bunuh diri. Dia pun dah hilang kewarasan akal mungkin sbb tak boleh terima kenyataan bini & anak2 dia mati. Apa2 pun, cerita you mmg best. Sambung lagi ya.
Alah..kenapa fs dh ada ruang iklan?? X de feel baca
nice one sis.. kipidap..
sian laki tu. anak bini mati time nk buat persiapan raya..
nice lah. mohon sambung. btw, kampung kita sama. (sabak bernam)
ok..ceritanya lurus,,bukan lurus bendul…lurusnya senang untuk di fahami…the best nanananana…
nanananq
Minta maaf…Rasanya kedua dua cerita diatas ni admin dah pernah pos sebelum ni…Tapi x ingat tajuk apa…jalan cerita 100% sama…
“sebab itu sepanjang perjalanan diatas motosikal,abah hanya diam membisu sahaja….., menunggu masa sahaja untuk bertindak…!!”
Dalam ertikata lain MENAHAN SABAR…
mesti abah mendidiiiihhh jer nk tgu smpi umh tu…
X sabar nk fire tambat kat pokok…
Semoga Allah mengampunkan si suami yg membunuh diri tu dan semoga rohnya mendapat ketenangan dan diberkati…
Ba kate Cikgu kat atas ni, bile manusia terlalu tertekan akan buat hilang pertimbangan dan kewarasan…
Sambung…mcm menarik cite semua yg ko nk cite. Dahsyat ayah ko. Bljar mana?
Kalau baca dari awal tahulah belajar kat mana,kalau setakat baca cerita yg ni memang terpinga -pingalah…kena baca dari awal,penulis dah khabarkan abah dia belajar kat mana.
bagus penceritaannya. tkde lawak2 bodo, tkde kononnye ade ‘sixthsense’, tkde melarat…
Best
cerita yang best…
bnyk kali bace pun tak bosan.
memang tragis..anak2 dan isteri insyaALLAH ke syurga sebab umur masih muda dan meninggal di bulan mulia..dia ke simpang berlawanan, nauzubillah…tragis kat situ je.
harap2 masa si suami buat tu dalam keadaan dia betul2 gila..orang gila perbuatan dia tak dikira, masuk syurga