Rumah Mewah Sewanya Murah

Hi followers FS dan admin juga. Saya namakan saya sebagai Eya berumur 30++. Mula mengikuti FS plus minus 2bulan lepas dan rasanya sudah menghabiskan semua kisah dalam FS ni. Ok selesai mukadimah kita kembali kepada cerita kita. Kisah ini dialami sendiri oleh saya ketika sedang mencari rumah untuk disewa.

Agak terdesak mencari rumah setelah penat berulang alik ke tempat keje buatkan saya agak ringan mulut bertanya samada virtual atau face to face dengan kawan alam maya dan kawan lepak semua. Dipendekkan cerita, dalam pencarian ni, terjumpa la seorang kawan lama.. lama kami tak jumpa so decide la g lepak jap coffee house aka kedai hipster. Dalam dok bergelak tawa segala cerita itu dan ini gossip semua keluar, saya pon story la yang saya tengah cari rumah sewa. And guess what uols?

Dia stay sorang dekat rumah baru dia semi-D 3 tingkat dekat kawasan perumahan elit (rahsia ok) dan agak dekat dengan tempat kerja saya. Buntang dan cerahlah mata saya memandangkan da x larat sangat nk ulang alik ni. So dengan confident level yang mencecah awan ni tanya la sewa berapa segala tu kan ( maklomlah kita ni seram jugak dengan kawasan rumah dia tu, elitlah katakan) dan dia cakap, “terpulanglah pada u nk bayar berapa as long as i ade kawan. I tak kesah pasal rental fee”. Maklumlah kat kawasan tu still x ramai lagi yg moved in.

I was like” ok selesai masalah”. So keputusan pon dicapai maka berpindahlah saya dengan rasminya ke rumah beliau. Rumah dia sangat cantik. Tak tipu. Kami stay di tingkat 2 manakala tingkat 3 dia buat studio memandangkan dia suka melukis etc. Layout rumah dia dari main entrance terus nampak tangga. Once mengadap tangga ke kiri is living hall while terus menuju ke dapur. Ada sedikit ruang sebelah kanan yg boleh memuatkan meja konsol dan cermin besar. Rumah ni berada di sebelah kiri dan the other part belum berpenghuni. Naik tangga sebelah kanan bilik dia menghadap bilik saya dan tengah tengah ade bilik kecil yg sentiasa berkunci. Tangga ni kena da rest pastu belok than naik lagi terus menghadap bilik kecil tu. Dan pusing lg untuk naik ke tingkat 3. Bilik ini berada di sebelah kiri saya dalam posisi saya keluar dari bilik.

Kiranya semua bole bayangkan hows the layout look like kan? So kita teruskan je ke part yg semakin mendebarkan gittew.

Nak dijadikan cerita, saya kerja x jauh by 6.15pm memang da ada kat rumah da. Manakala dia selalu balik midnight. Ada perkara yg pelik yg saya perhatikan selama dah 2 minggu tinggal di sini. Setiap kali sebelum azan maghrib, saya akan terhidu bau seakan akan benda hangit. Everyday. Saya pula mempunyai habit suka angkat kain di jemuran waktu tersebut. Bersangka baik, since perumahan tu baru so maybe orang bakar sampah etc la. So saya buat macam biasa je lah setiap hari sampai lah satu hari ni.

Sebelum tu pernah juga tanya tapi dia kata tu perasaan saya je. So hari tu saya dalam keadaan super stress balik dari kerja terus naik dan tertido. Selalunya mandi and solat dulu. Sedar sedar dah gelap. Asar is missed then kain belom angkat. Memang hari tu rasa agak lebih gelap dari hari hari biasa. Lampu pon x dinyalakan lagi. Kelam kabut ambil bakul. Bau hangit macam biasa tapi kali ni ade tambahan bau lain iaitu bau bangkai dan hanyir sikit. Tapi kepala tengah tingtong tidur time maghrib terus bukak pintu.

Tu diaaaaaaaaaa nak habaq.

Saya terpaku kat depan pintu bilik sebab di sudut kiri saya dengan jelas pintu yg sentiasa berkunci tu terbuka dan ada susuk yg sangat kurus sedang berdiri sambil bergerak ke arah saya. Dalam remang cahaya senja tu saya nampak dia macam mana. Dia pompuan tua yg xde mata. Kurus kering sampai tulang pipi dia begitu tajam. Rambut panjang sampai meleret ke lantai bergumpal gumpal dengan tanah. Berbaju putih koyak rabak ada kesan tanah dan kesan reput. Kuku jari panjang sampai dia seret. Jari dia pon panjang.

Dan ye dia lalu melepasi saya yg dah keras kejung kat situ taktau nak buat. Punya lah lambat pergerakan dia. Ketika tu just berharap jangan la kau berpaling tepat ke muka aku masa dia lintas tu. Saya rasa macam masa terhenti. Masa ni kapur barus pon kuat gila baunya. ( i is meremang even dah bertahun berlalu). X malu nk mengaku yg saya terkencing masa tu. Dia terus perlahan lahan berjalan. Kurusnya dia masa dia melintasi sy, sy nampak tulang belakang dia seakan akan terkeluar dari badan cuma cover by skin je. Bayangkan masa di rest area kat tangga tu, dia perlu buat belok untuk turun dan dalam masa yg sama dia akan menghadap saya. Saya hanya mampu tutup mata dan terduduk di situ sampai azan isyak.

Lepas azan habis baru saya berani buka mata. Dan masalah lagi satu ialah suis lampu berada di ground floor yg mana saya perlu turun dan ke living area. Hanya mampu buka lampu bilik dan lampu kawasan saya terkencing tadi. Seterusnya ya atau tidak saya perlu turun dan buka lampu bawah dan syukur dia sudah takde. Saya terus berkurung dalam bilik sambil menunggu kawan saya balik dan guess what? Dia tak balik, call tak angkat sms tak berbalas (masa ni whatsapp segala belum dilahirkan lagi).

Saya ambil keputusan menelefon mak saya di kampung sambil menangis dan menggeletar saya ceritakan apa yg jadi. Ibu meminta saya tunaikan solat dulu dan baca ayat kursi. Alunkan ayat ayat suci sebanyak mungkin. Selepas solat saya buat keputusan keluar dan cari hotel bajet sementara menunggu pagi dan respon dari kawan saya. Subuh esoknya, mak saya yg saya panggil ibu call dan meminta saya meninggalkan rumah itu dalam kadar segera sebabnya benda tu dah mula masuk dekat dengan saya. Ibu minta saya balik dan tengok dalam semua almari yg ada kat rumah tu dan buka bilik yg sentiasa berkunci untuk observe apa sebenarnya yg ada.

Saya amek EL semata mata nk selesaikan semua. Di rumah tu, saya terus check dalam almari. First yg saya jumpe, dalam almari kasut ada patung kayu yg dibalut dengan kain kuning dengan tulisan merah. Dalam kabinet dapur, ada bunjut bunjut dalam kain kuning dengan pisau yg bertulis huruf kuno. Ada juga gumpalan gumpalan rambut berserta dgn kemenyan dan kapur barus. Kemudian saya naik ke bilik kecik yg berkunci, saya pecahkan tombol dan ye.. ye saya da tahu kenapa benda tu datang dari dalam bilik tu.

Dalam bilik tu ada cermin besar dengan ukiran ukiran menakutkan dewa dewa Bali. Saya andaikan semua ukiran itu adalah watak hantu semasa perayaan Nyepi di Bali. Ade lilin lilin yg separuh cair. Ada tempat letak air tapi sy dapat rasa itu adalah d***h. Ada bermacam macam lagi elemen elemen memuja. Saya mula menyumpah diri sendiri kenapa saya tak perasan semua tu selama sebulan saya tinggal di sini. Tanpa berfikir panjang saya terus amek semua barang yg mampu saya bawak dan tinggalkan rumah tersebut.

Tapi tidak semudah yang dijangka sebab beliau yg ada dalam bilik kecik tu seakan tak mahu melepaskan saya. Time tu lah juga hujan ribut, pagar x boleh buka, pokok tumbang semua saya lalui masa tinggalkan rumah tu. Tp alhamdulillah saya berjaya lepaskan diri dengan bantuan ibu dan ayah yg x henti henti buat solat hajat kat kampung. Saya tinggalkan rumah berkenaan namun kawan saya tak pernah bertanya atau menelefon saya untuk bertanyakan mengapa.

Rupa rupanya bukan saya seorang yg terkena. Saya dapat tahu mengenai ni masa saya pergi berubat. Ustaz berkenaan bagitahu, kawan saya tu da lama terseksa sebab itu ialah saka keturunan yg dia kene terima sama ada nak ke taknak. Dan dia lega bila saya masuk, saka dia berkenan dengan saya dan dia dalam proses nak pindahkan saka tu pada saya. Selalunya saka tu cemburu jika ada orang menyewa dan dia akan ganggu orang tu tanpa memunculkan diri tp dengan saya dia tunjukkan diri dia yg sebenar. Kawan saya terpaksa memuja dan bagi makan supaya saka tu tak makan diri dia.

Selepas dari kejadian tu, saya pernah pergi dan lalu depan rumah tu, tp nampaknya rumah tu sudah dijual sebab ada banner untuk dijual. Saya xtau di mana dan ape khabarnya kawan saya tersebut walaupon sudah lama kejadian ni berlalu. Jika beliau still ada dan membaca kisah ni, tolong lah hubungi saya. Awk masih boleh diselamatkan.

Dan saya, selepas kejadian itu, selalu diganggu yang akan saya ceritakan di post yang akan datang.

.

Empat Penjuru
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

15 comments

  1. Interesting …
    Respect u sis , walaupun kawan u nk buat cam tu kat u , u still nk selamatkan dia . God bless u

  2. Weyh dahsyat dowh cite ko sbb slalu org kene kacau mcm² tu je ni saka tu berkenan kat ko pula, yg lagi advance dia mcm suspen tau yg bila mak ko kata dia dah makin dekat tu.
    Anyway, Den kesian jg kat kawan ko tu. Harap dia boleh di bantu sbb dia kan x nak kan benda tu tapi terpaksa. Tapi den lagi kesian dngn ko lepas kes ni pun kene lagi. Tabah la ya nak…

  3. Tu laa..asal boleh je ko ni..nasib la dia jenis jalan pelan2..kalo dia berlari kat ko adehhh cirit berdiri la weyyy..

  4. Bersungguh bebenor memujanye tu…
    Siap bilik khas bagai kooo…
    Seb bek ko dpt detect awal ekk, dan naseb baek ko terpikir nk call ibu cerita semua…
    Sbb kdg x paham dgn org yg kerap diganggu pastu diam2 simpan dgn alasan xnak kecoh2…
    X ke makan diri namenye tu…

  5. Seramnyeeeeeeeee……boleh plak describe how its looks likeee….mau terkincit kalau jmpe depan mate..alhamdullillah nsb baik sempat kluar..kalau lame2 tktow la ape jdi kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.