Aircraft Ghost

Hai semua. Ini first time aku hantar kisah seram dekat Fiksyen Shasha. Selama ni jadi pembaca setia je sampailah terjadi beberapa kisah seram (yang mungkin tak berapa seram). Mintak maaf in advance kalau bahasa pasar sangat atau ayat berbelit ke apa. Aku tulis cerita ni dekat airport. Terfikir nak share sebab baru je lepas sembang dengan crew lain pasal hantu. Sebelum tu, aku kenalkan diri dulu. Nama aku N, pramugari di sebuah airline yang bukan di Malaysia. Pernah naik kapal terbang? Jangan tak tahu, kadang-kadang kapal terbang ni ada tersimpan seribu cerita. Lagi-lagi kalau aircraft tu dah lama. Dah berbelas tahun. Dah macam-macam kes terjadi. Contoh; kes kematian on board (sebab sakit jantung, etc.).

Dipendekkan cerita, flight aku pada hari itu hanyalah flight deadheading. No passenger. Flight yang hanya crew sahaja yang ada dalam aircraft. So, crew boleh berehat atau tidur dekat mana-mana seat. Waktu tu flight malam. Cabin memang gelap gelita. Ada lampu dekat aisle. Macam biasa, aku akan tidur dekat zone belakang, which is dekat ekor kapal. Sebab kalau tidur depan, terganggu sikit. Kadang-kadang crew lain tak tidur. Diorang akan sembang-sembang. Ada 2 lavatories (tandas) dekat zone belakang. Masa aku kemaskan seat yang nak digunakan untuk tidur, tiba-tiba lavatory call bell berbunyi. Selalunya call bell berbunyi dan berlampu kalau passenger tekan button yang ada dalam lavatory tu (sekiranya ada emergency). Kadang-kadang, ada juga passenger tertekan tanpa sengaja. Biasalah, tandas dalam kapal kan kecil, so yang badan sado tu kadang-kadang tertekan atau tersiku button tu. Lavatory call bell ni crew memang kena alert, sebab takut-takut ada passenger sakit atau pengsan dalam tandas. Aku dah pelik dah, sebab aku pasti tak ada siapa-siapa yang tidur zone belakang melainkan aku. Tapi aku pergi check juga, kalau-kalau ada crew lain yang aku tak perasan. Aku ketuk tiga kali, senyap. Lepas tu, terdengar pula bunyi air dekat sinki. Bunyi orang basuh tangan. Aku assume ada crew lah tu tengah guna lavatory. So, aku balik dekat seat, sambung kemas dan aku duduk. Aku stay alert, in case crew dalam lavatory tadi keluar atau perlukan bantuan. 30 minit berlalu, masih tiada sesiapa yang keluar. Aku pergi semula, ketuk pintu dan request for response. Senyap. Aku buka pintu. Nobody was there. NOBODY!

For your information, nak pergi lavatory tu memang kena lalu seat yang aku nak tidur tu. Kalau ada crew member yang nak prank pun mustahil. Aku takut gila kot sampai clueless. Tapi entah kenapa aku terus je tidur dekat seat tu. Masa tu aku baru lagi jadi crew. So, aku ingat ada kesilapan teknikal kat mana-mana. Tak terfikir pun kena ganggu.

Kisah kedua terjadi masa deadheading flight juga. Waktu malam juga, tapi hari lain. Waktu tu, aku tengah kemaskan galley (dapur) lepas buat air teh untuk diri sendiri. This time, phone dekat crew seat pula berbunyi. Aku terus angkat. Tak ada bunyi apa-apa. Tapi sayup-sayup aku terdengar hissing sound. Waktu tu memang meremang bulu roma. But still, boleh berlagak tenang lagi. So, aku letak phone dan melangkah untuk masuk ke galley semula. Saat kaki aku baru nak melangkah, aku ternampak dari ekor mata aku, ada sesusuk tubuh tengah duduk sebelah kanan. Betul-betul sebelah aku. Jelas! Sangat jelas ada orang duduk. Aku tak berani nak pandang terus. Aku pusing badan ke kiri, tak jadi nak masuk galley. Aku terus capai beg, uniform and segala barang. Aku angkat kaki melangkah ke zone depan. Tak lama lepas tu, aku dapat tahu dari senior crew, aircraft yang aku guna masa tu pernah ada kes histeria. Ini aku dengar dari mulut ke mulut sajalah. Kadang-kadang ada passenger bawa belaan masuk dalam kapal. Kemudian, belaan tu ditinggalkan dalam kapal. Betul atau tidak, wallahualam.

So far, aku malas nak rasa takut lepas kejadian-kejadian tu. So, aku selalu positifkan diri yang itu semua imaginasi sahaja walaupun benda tu memang jadi. Tak semua kapal ada cerita seram. Dalam 1000 kapal maybe 1-2 jelah kot? Tapi kat mana2 pun benda tu akan ada. Rumah, sekolah, asrama and so on. Yang penting lepasni before masuk kapal, bacalah doa. Doa selamat pergi dan selamat balik. Bukan masuk kapal je, masuk kereta pun sama jugak. Sampai sini je kisah aku. Banyak lagi cerita seram atas kapal lagi2 cerita dari pilot and crews. Kadang cerita rekaan je sebab nak hilang bosan long flt. If aku ada masa, aku coret lagi. Itu pun kalau ada pembaca lah. Assalamualaikum.

Coffee or tea?
N.

N

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

23 Comments on "Aircraft Ghost"

avatar
Collins

i like this one.

Bob

Pls sambung…

el

coffee or tea?
milo pls.

hahaha..

abg sado,ko hado?

hahahahah

abg sado,ko hado?

hahahahah .xora baguih

pelurupuitis

👍

wpDiscuz