BAHANA MULUT CELUPAR

Cerita yang aku nak kisahkan di sini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Berlaku di negeri Kedah, sekitar tahun 2013 yang lepas.

Hari Sabtu malam, selepas menghantar pulang kawan aku, Mazlan atau nama manjanya Lan pulang ke rumahnya di Kota Sarang Semut, Kedah aku pula dalam perjalanan pulang ke rumah aku di Langgar. Seperti biasa, jalan yang terdekat di kawasan tersebut mesti lah akan melalui Pendang-Tanah Merah-Titi Haji Idris. Sesiapa yang pernah melalui jalan tersebut, mesti akan perasan satu jalan lurus yang di kiri kanannya adalah sawah padi dan tepi jalannya pula ditanam pokok cengal.

Sebelum pulang, kawan aku sudah mengusik yang suruh berjaga-jaga kalau lalu jalan tersebut. Tapi seperti biasa aku punya keberanian adalah setaraf dengan Uncle Seekers yang hilang entah ke mana sekarang. “Alah Lan, entah ‘benda’ tu yang akan terkencing kalau dia nampak aku nanti, relax ahh”. Tepat 11.45 malam, ketika melalui jalan tersebut yang sememangnya sudah m**i sebab memang gelap, takde lampu jalan aku dah mula rasa something.

Pertama, kereta dah terasa berat sampai aku terpaksa tukar dari gear 5 ke gear 3. Kedua, lampu pulak kejap terang kejap malap. Bila dah okey sikit, aku pun terus speed sampai meter cecah 110 km/j.
Tiba-tiba, aku terasa seperti terlanggar SESUATU! Terus aku brek mengejut, kereta terberhenti dan sudah tentu tayar berasap. Korang nak tahu apa yang aku langgar? Memang jelas yang aku nampak tadi aku terlanggar SEKUMPULAN MANUSIA BERBAJU PUTIH SEDANG MENGUSUNG KERANDA melintas jalan dari arah kawasan sawah padi menghala ke arah sebuah masjid lama.

Memang jelas dengan lampu tinggi kereta aku nampak dalam 10-15 orang mengusung keranda kayu lama melintas jalan untuk ke masjid tersebut. Secara logiknya, siapa lah yang usung jenazah malam-malam gelap pulak ni. Terus aku keluar kereta untuk make sure takde apa-apa yang buruk jadi. Pelik, tiada kelibat seorang pun di kawasan tersebut malah kereta aku bahagian depan pun takde kesan langgar or calar sekalipun. Cuma bau brek kereta je masih kuat. Bila lihat sebelah kanan jalan terpandang sebuah masjid kayu lama yang gelap cuma disinari cahaya lampu jalan sahaja. Malas nak tunggu lama-lama, terus aku blah.

Tidak sampai lima minit drive, aku kena lagi. Kali ini aku terlanggar ‘benda’ lagi. Korang tahu apa pulak aku langgar kali ni? SELADANG. Ya, memang aku nampak dengan jelas benda yang aku langgar tu seladang. Seladang sebesar gajah, bermata merah. Yang peliknya, kawasan tu hanya boleh jumpa lembu dengan kerbau sahaja.

Dari mana datangnya seladang di kawasan bersawah padi ni. Macam tadi jugak, aku turun kereta nak make sure takde pape yang buruk jadi. Pelik, memang takde apa-apa yang jadi jugak. Cuma kali ini, ‘dia’ nak main sikit agaknya. Terus terbau hanyir macam bangkai binatang yang sangat-sangatlah busuk. Aku pun risik-risiklah kot-kot ada binatang yang aku langgar tadi dan memang takde. Kali ni, memang aku dah terasa seram semacam sebab aku dah risau apa lagi yang nak jadi di depan sana. Jam pun dah tepat 12.00 tengah malam.

Serik nak drive laju-laju, aku cuma maintain dalam 60 km/j sahaja. Dari kejauhan aku terasa lega sebab nampak jugak ada sebuah kereta yang lalu di arah bertentangan. Sebaik nak menghampiri je kereta aku dengan kereta tersebut, tiba-tiba kereta tersebut bagi lampu tinggi banyak kali kat aku. Ingatkan aku terbagi lampu tinggi kat dia, tapi rupanya tidak. Semakin dekat dia bagi lagi lampu tinggi banyak kali.

Ahh sudah, benda apa pulak menumpang kereta aku ni. Takkan nak turun tengok lagi. Sampai je satu lokasi yang ada rumah orang, sebab aku fikir kalau jadi apa-apa boleh aku lari pergi rumah orang kampung. Aku stop kereta tepi jalan nak tengok apa yang ada atas kereta aku. Keluar je kereta, hmm. Aku nak pengsan boleh tak? Rupanya atas kereta Myvi aku tu ada KERANDA macam yang aku tengok awal-awal tadi.

Kali ni aku nekad, aku nak blah terus dari tempat tu. Kali ni aku mengaku memang aku nak nangis and sifat berani macam Uncle Seekers tadi dah hilang entah ke mana. Dari tadi radio yang aku on HotFm dah memang buat aku rasa panas dah. Terus aku cari mana channel yang baca al-quran tapi tak dapat. Bukan tak dapat, lupa yang mana satu.

Ok last, sampai je satu selekoh sebelum traffic light, kereta aku steering dah macam kena tarik. Betul-betul selekoh tu dia tarik nak bagi aku langgar tiang elektrik kat situ, tak kena tiang elektrik memang kereta aku masuk ke sawah jawabnya. Terus aku tarik handbrake and kereta stop on the spot kat selekoh and sikit je lagi nak langgar pokok. Dalam kepala aku, memang ada benda nak main dengan aku and lastly aku give up nak drive dah. Terus aku call abah aku datang ambik kat sini. Abah aku pulak suruh drive pergi restoran relax2 depan tu sementara nak tunggu abah aku datang dalam masa lagi setengah jam.

Mungkin kali ni aku diselamatkan, nak start je kereta tiba-tiba aku nampak kereta peronda polis datang. Mungkin sebab syak something terjadi sebab kereta tiba-tiba stop tengah jalan polis tu berhenti kat aku. So polis tu suruh parking tepi jalan sikit and aku pun cerita lah dari awal sampai habis. Polis tu cakap “minggu ni dah dua orang kena main tapi adik ni nasib sikit, sebab minggu lepas ada lelaki cina accident belakang sana.

Dia cakap dia nampak budak-budak main bola atas jalan, dia nak elak terus terlanggar pokok”. Aku pun dah bagitau polis tu yang aku tunggu abah aku datang sebab aku dah tak boleh drive. Polis tu suruh abah aku tak payah datang sebab diorang akan escort hantar aku balik. Aku yang memang dah lembik lutut, pucat tak boleh drive dipelawa untuk naik kereta peronda manakala polis seorang lagi drive aku punya kereta sampai ke rumah.

Dalam kereta, keluarlah macam-macam versi cerita dari polis tu yang buatkan aku dah serik nak lalu situ malam-malam, apatah lagi kalau mulut dah celupar cakap main lepas.
Selamat sampai rumah, cerita semua benda kat family aku terus aku tidur. Esoknya, terus demam 5 hari sampai warded. Pengajarannya mudah je, MULUT JANGAN CELUPAR. Terima kasih.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 5]
Kawan Lan

9 thoughts on “BAHANA MULUT CELUPAR”

  1. Assalam… peringatan utk kita seme
    klu g memana smpi tgh2 mlm, make sure berteman.. sblm mulakan perjalanan, baca ayatul qursi n klu leh bukak channel or cd ngaji2… xleh nk hu ha hu ha sgt huhuh

    apa2 pn, semoga penulis amik pengajaran dr pengalaman..

    klu sy kt tpt awak, mmg dh pengsan kt situ hahahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.