Cerita Yang Terakhir

Assalamualaikum dan terima kasih admin kalau cerita ini di terima , ini sambungan cerita first “Dapat kawan masa hiking” di mana aku berjumpa dengan lelaki bunian dan sambungan kedua “hampir gila selepas hiking” , hampir genap setahun cerita tu di publish dan genap 3 tahun benda ni berlaku tapi masih segar di ingatan.

Sejujurnya sepanjang setahun ni aku masih di hantui cerita ni dan kalau nak di terangkan memang agak payah jadi aku memilih untuk berdiam diri dulu tapi korang jangan risau sebab aku dah ada jawapan untuk semua tanda tanya yang bermain di fikiran sebab tu lah aku menulis cerita ni untuk kali terakhir Tanpa berlengah mari kita start.

Selepas aku alami tekanan kecil lepas tu aku terasa nak pergi ke gunung tu balik tapi aku tak ajak kawan-kawan aku yang tahu pasal kisah ni , aku ajak seorang kawan aku (Aku nama kan Ina) ,kami pergi berdua. Bila dah bincang dan plan kami pon pergi ke gunung tu dengan niat aku nak berjumpa dengan “dia” (aku nama kan dia Azraq). Sepanjang hike ina cuma sebok ambil gambar dan tak ambil peduli pasal aku sangat, ni lah sebab aku ajak dia sebab dia boleh buat kerja sendiri haha jadi aku cube biarkan ina jalan kedepan dulu ,aku nak jalan sorang-sorang sebab bila kita seorang benda ni mudah nak tunjuk kan diri.

Sampai di tengah gunung aku dah start rasa lain macam ,rasa di perhati , rasa angin sepoi2 tapi yang pelik angin ni macam berjalan keliling aku je, dia lalu kat semak-semak lepastu hilang. Banyak kali terjadi sampai aku berhenti sebab penat ,aku duduk rehat dan dalam hati aku memang nak sangat jumpa Azraq, aku cari sampai ke dalam-dalam hutan sikit seorang diri ,dalam hati ni rasa rindu sangat kat dia dan asik sebut nama dia je ,aku tak minta pon ada rasa rindu kat makhluk jin ni huhu. Aku give up , aku penat , aku terduduk sambil menarik nafas dalam lalu hembus.

Tiba-tiba aku rasa meremang dan angin sepoi-sepoi tu datang balik sergah tubuh aku, sejuk sangat. Betul-betul sebelah telinga aku terdengar hembusan nafas yang sangat jelas macam betul-betul ada orang bisik padahal keliling aku tak ada orang, yang ada hutan je , aku takut tapi aku gembira sangat masa tu tapi aku tak pandang dulu , aku cuba dengar apa yang dia nak cakap. Masa dia nak mula bersuara tu tiba-tiba ada suara aunty cina dari arah bawah tengah berbual dengan geng-geng dia, adehh p****g stim betul lah. Jadi azraq hilang macam tu jela sebab ada manusia lain yang berdekatan, sampai puncak angin tu duk teman aku jalan sorang-sorang walaupon aku rasa aku bukan keseorangan, si ina jalan dengan budak-budak student mereka baru kenal dah rapat, bila sampai puncak pula lagi ramai manusia huhu memang tak dapat jumpa lah , so cerita tu habis macam tu je.

Memang susah nak jumpa untuk kali kedua malah rasa mustahil pon ada dia muncul lagi, silap-silap kalau muncul lagi sekali aku takde dah kat alam ni, dah pi ikut dia duduk alam sana terus, jadi Allah masih lindung aku sampai aku sedar macam sekarang ni (benda ni jadi beberapa bulan lepas) . Lepas 2-3 bulan macam tu aku dah berhenti bersedih walaupon masih di ganggu, aku berdoa dan mengaji dekat kan diri dengan Allah. Kalau korang ingat di cerita lepas aku ada cerita pasal lelaki kulit sawo matang yang bermata kuning bercahaya tu, lelaki tu sebenarnya bukan Azraq tapi dia bunian yang dari kecil ada dengan aku (aku nama kan dia Abdul Khaliq) ada seorang pengubat ni nampak dia asik ada sebelah aku je ,ada sekali aku tidur dengan anak perubat tu dan masa tengah malam dia terbangun nampak Khaliq tu baring sebelah aku sambil tenung aku tidur.

Esok die cerita kat mak dia dan mak dia selamber cakap “itu la bunian yang ada dengan Aisya dari kecil” . Oke tu satu tanda tanya dah terjawab ,mungkin Khaliq muncul sebab nak bagi aku confuse antara dia dan Azraq. Biasa la jin kan suka bagi manusia confuse. Sekarang aku masih confuse pasal lelaki yang ajak aku pergi gunung tu pula, lelaki yang aku bebel sebab dia ajak tapi tak bagi duit minyak tu hahaha. Mungkin kah itu Azraq? Untuk pengetahuan korang, lelaki tu berkulit putih pucat dan muka nya agak nakal (aku nama kan dia Luth supaya senang nak cerita) sebelum aku tulis cerita yang kedua tu aku ada mimpi Luth , dalam mimpi tu aku berada kat gunung ***** dan masatu aku berjumpa dengan Luth di tempat bermula nya aku dan kira masuk ke alam tu.

Masa aku masuk ke alam tu memang semak samun & banyak pokok merimbun yang menutupi jalan yang sempit, feeling dia masatu memang seram & rasa ada orang ikut kat belakang then baru lah sampai di kawasan yang cantik dengan pokok yang meninggi kemas & tanah luas yang rata (aku describe balik sebab aku baru tahu tu lah pemulaan kami masuk alam lain & berjumpa azraq dan kawan dia) .Okey back to story masa aku mimpi luth tu kat kawasan pokok meninggi dengan kemas tu lah, masa tu luth peluk aku dari belakang and bila aku pusing aku nampak luth senyum2 gatal macam minta kene lempang , aku nampak muka dia gatal sangat sebab tu aku jadi takut. Kat belakang luth ada beberapa kawan2 dia berjubah hud hitam menutupi kepala dan wajah mereka, lagi tambah takut aku. Luth cakap “Jom la ikut aku masuk alam ni ,duduk sini dengan aku, nak?” Sambil sengeh2 aku cuma geleng kepala sebab luth seems not nice , luth cuba lagi pujuk aku tapi aku makin melangkah kebelakang dan cakap “Takpela, tak mau” tapi aku tolak sambil senyum. Lepastu luth kata “Okey taknak tak pe” lepastu luth panggil geng2 dia suruh tangkap aku, memang tanjat gegel lah tiba2 ramai yang muncul dari macam2 arah ,aku lari lepastu aku terus berbangun dari tidur,berpeluh2 dahi masa bangun tu. Siapa luth ni ? Tak kan azraq macam tu? Kalau azraq jahat macam tu , aku tak kan selamat masa tolak lawaan azraq untuk ikut mereka 3 tahun lepas. Boleh saja azraq halang dan cuba sesat kan kami masa tu tapi sebalik nya azraq biar kan kami pulang dengan selamat.

Beberapa bulan kemudian aku masih teringat kan Azraq tapi tak teruk macam sebelum ni, hati aku masih rindu dan mengharap dapat jumpa dia. Hari-hari mimpi kan gunung tu , terasa sebak kalau nampak gunung tu dari jauh dan rasa macam aku di takdir kan duduk sana tapi aku memikir kan keluarga aku dan amaran atuk aku supaya tak ke sana lagi . Sana sangat bahaya untuk aku. Aku akur dan biar kan hari berganti hari aku sakit menahan rindu.

Satu hari aku dapat berita dari kawan aku yang nama nya Hira (dia ada masa jumpa Azraq 3 tahun lepas) ye gadis yang pendiam dan pemalu tu. Hira bagitau aku semalam dia di rasuk oleh jin yang nama nya Azraq, alang kah terkejut nya aku ,Kira dan Anim masa dengar berita ni (untuk pengetahuan korang Hira ni memang selalu di rasuk) . Mak Hira memberitahu Hira dan kami bertiga apa yang Azraq cakap semasa Hira di rasuk, Azraq memberitahu yang dia tidak suka dengan Aisya (aku) dan dia tidak mau nama nya di seru seru lagi. Aku rasa nak pitam bila dengar berita ni tapi aku cuba kawal walaupon aku rasa macam kene plot twist gila.

Sejak tu aku mula benci dengan Azraq dan aku mula move on, kawan-kawan aku semua tak sangka sangat sebab Azraq nampak berminat kat aku sorang , malah Azraq lebih highlight kan aku dalam semua hal masa jumpa tu. Entah la, mungkin aku sorang je yang bertepuk sebelah tangan sebelum ni. Aku biar kan cerita ini terkubur seketika dan cuba terima hakikat, masa pon berlalu dan aku dah jumpa orang yang aku sayang sekarang ni dan dia seorang manusia hahaha. Aku harap dia lah jodoh aku sampai syurga nanti, korang doa kan kami supaya di mudah kan urusan kami berdua ya hehe. Mesti korang tak puas hati kan sebab kene plot twist macam tu hahaha, tenang, siapa kata cerita ni dah tamat ? .

Ingat tak lelaki halimunan dalam cerita sebelum ni? Lelaki yang tarik cincin dari jari aku, lelaki yang halang aku supaya pergi ke gunung tu, lelaki tu Azraq. Dia halimunan kan diri dia supaya aku tak jadi lebih rindu pada dia, selama ni Azraq yang lindung aku dari si Luth tu , Luth jin bunian yang tinggal di gunung tu juga tapi dia berniat jahat. Dia lah jin yang bersama kami berempat masa bertemu Azraq dan kawan-kawan nya tu cuma kami tak nampak Luth masatu. Azraq cuba halang aku dari pergi ke sana sebab risaukan niat jahat Luth ni.

Di sebab kan aku masih berdegil mahu ke sana, Azraq terpaksa rasuk dan cakap macam tu, mungkin itu je cara supaya aku boleh move on. Dan sebenarnya Azraq dah berkawan dengan atuk aku , mungkin atuk yang suruh Azraq buat macam tu dan Azraq pon terima sebab dia sedar manusia tak boleh bersatu dengan jin dan aku pon dah sedar sekarang. Alhamdulillah Allah masih lindung aku. Rantai yang pernah hilang tu dah di pulang kan balik kat aku dulu sebab atuk aku suruh ( aku ada cerita sebelum ni) tapi beberapa hari lepas die pulang kan tu aku beli lagi 1 rantai yang sama design jadi aku ada 2 rantai. Lepas sebulan lebih 1 rantai hilang lagi sekali ,kali ni aku biar kan je. Baru-baru ni Azraq datang dalam mimpi aku ,
dia tak berkata apa cuma terukir senyum di bibir nya, dia keluar kan rantai kepunyaan ku sambil hayun perlahan depan aku. Aku tengok tepat ke mata dia dan aku pegang rantai yang aku pakai.

-Aisya-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Aisya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “Cerita Yang Terakhir”

  1. Beraninya awak..klu saya xakan naik dah ke Gunung *****. Byk kali sy hiking di gunung ***** drp bawah hingga ke puncak, melalui lubuk naga yg dikatakan perkampungan mereka..beberapa kali sy terlihat kelibat mereka berpakaian putih semuanya, sewaktu kali terakhir saya hiking awal tahun 2019. Sy sgt berhati2..

    Reply
  2. omaigoddd..lama giler story ni sampai xle nak recall da..nak kena repeat baca dari 1st & 2nd stories bila free 😉 btw, citer memang best..rasa macam fantasi pun ada, sad ending pulak tu tp bagus la awk cpt sedar yg kita ni mmg berbeza dgn dorg..may Allah protect u always..all the best in your new relationship 🙂

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.