Dapat ‘kawan’ masa hiking

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers .Terima kasih admin kalau up cerita saya .Pertama saya nak minta maaf kalau cerita ni tak seram mana dan penulisan tak menarik sebab saya masih newbie dalam penulisan ni.
Kisah yang saya nak kongsi ini adalah pengalaman saya sendiri yang terjadi pada tahun lepas dimana saya dan rakan pergi hiking di gunung P .

Biar saya bahasakan diri saya sebagai AKU dan watak2 nya Anim,Kira dan Hira, Sampai di gunung kami mulakan pendakian pada jam 8 am dan anggaran akan sampai puncak pada jam 1230pm sebabkan kami jenis slow hiker jadi mungkin agak lewat kami naik ,pada awal pendakian semua ceria2 belaka tapi bila sampai di pertengahan gunung kami mula terpisah sebab aku dan kira lambat sangat manakala anim dan hira bertubuh kecil jadi amat mudah bagi mereka untuk memecut .

Okey dah masuk part seram ,masa aku lalu satu kawasan ni laluan dia gelap sebab ditutupi pokok kanopi yang agak tebal dan jalan disitu sangat curam dari yang sebelum ni tapi yang pelik jalan kat sini tar dia masih elok dan hitam macam baru di tar (lupa nak bagitau kami lalu jalan tar ) tapi aku tak fikir apa2 lah masatu ,fikir nak sampai puncak je pastu balik nak tengok iflix .Tiba2 terdetik jugak dalam fikiran ni kenapa dari tadi tak jumpa sorang manusia pon sedangkan masa awal2 tadi ramai je bertembung dengan manusia ,masa aku fikir tu tiba2 aku dengar ada suara kat belakang aku ,aku toleh belakang aku nampak ada 3 orang jejaka tampan yang baru keluar dari semak samun tepi2 jalan tar ni .

Dalam hati ni rasa nak usha je tapi kalau dia tengok rupa aku yang tengah barai and hidung kembang kuncup amik nafas ni rasanya dapat friendzone je .Mereka bertiga lalu sebelah aku dan salah seorang dari mereka bagi salam kat aku ‘Assalamualaikum’ sambil menoleh kearah aku dan senyum ,dia pakai spek mata hitam dan cap hitam yang aku ingat .

Pelik juga sebab mereka bertiga daki bukit curam tu tanpa lelah dan peluh walau setitis pon sedangkan aku dan kira sampai minta nyawa kat tuhan.Sekali lagi aku dan kira ditinggalkan bila mereka berlalu dengan pantas.

Akhiranya kami sampai di puncak tapi masih tak jumpa anim dan hira lagi ,ada satu lorong di puncak yang di situ ada pencawang ,aku dan kira decide nak teruskan naik sebab yelah buat apa nak masuk kat lorong pencawang tu .Di depan sedikit dari lorong tu kami jumpa dengan 3 orang jejaka tadi ,mereka seolah buntu lalu menanyakan kira ‘Kak ,Gate kat atas tutup ye?’ Kira menjawab ‘Entah ek tapi saya ada lagi 2 orang kawan dah sampai atas tapi dia tak cakap apa pon’ .

Jejaka2 bertiga itu seolah terkejut bila tahu yang kami ada kawan lagi di atas so bukan berdua lah .Tiba2 dari atas kedengaran suara anim teriak mengatakan ‘Kak aisyaa n kiraa !!Jangan naik!! Gate atas tutup !’ Sambil berlari turun dan menghala kearah aku (kak aisya tu aku) ,Anim melintasi 3 jejaka tadi tanpa memandang mereka dan terus menuju ke aku ,tercungap2 anim mengatakan yang gate kat atas tutup jadi tak boleh tengok view ,anim dan hira mengatakan mereka hanya duduk depan gate sambil tunggu kami .

Aku masih tercungap2 ambil nafas dan hanya berdiam diri seketika ,Anim mengajak turun dan kami memulakan langkah untuk turun pula. Masa aku dan kira tercungap2 ambil nafas jejaka berspek mata hitam itu menanyakan umur aku dan Kira tapi aku yang jawab dan dia menanyakan tempat tinggal aku. Aku hanya beritahu nama tempat tapi tak berani pula beritahu alamat. Mereka hanya ‘ouhhh’ sesama sendiri dan terima jelingan maut aku sebab ajak borak time hidung aku kembang kuncup .

Bila nafas aku kembali elok aku terus balas cakap anim ‘Wei abis susah payah je hike sampai puncak tapi tak dapat tengok view ‘ dan salah seorang dari jejaka tadi cakap ‘Sini ada view cantik’ sambil tunjuk kearah lorong pencawang tadi.

kami berempat setuju untuk ikut mereka dan biar mereka meredah masuk ke lorong itu dulu , kami ikut di belakang bila kami sampai di depan ada gate dan di dalam gate ada pencawang dan aku nampak 3 jejaka tadi dah ada di seberang gate. Aku pelik macam mana mereka lepasi gate jadi aku jerit ‘Weii macam mana korang masuk ?’ Rupanya mereka tunjuk ada laluan tikus di tepi2 gate tu jadi kami pon ikut jelah sampai di seberang gate kami nampak ada view cantik sangat jadi mulalah sesi ambil gambar .

Mereka bertiga pon tak lepas peluang nak ambil gambar siap ada monopod weh..untung lah haha .Salah seorang dari mereka yang memakai spek mata hitam dan cap itu pergi ke aku dan meminta ambilkan gambar tapi aku menolak sebab tangan aku menggigil akibat pegang hiking stick lama sangat (alasan) hahaha betul lah tak tipu . Kira yang ambil kan gambar mereka ,bila mereka minta izin nak beredar dari situ aku serba salah sebab tak ambil kan gambar jadi aku ramah2 kan mulut aku nak borak2 sikit .Aku tanya ‘Korang selalu ke lalu jalan trek (hutan)?’  Salah sorang menjawab ..
”Haa selalu juga lah”
‘best ke lalu jalan trek?’
‘Best ..Jalan trek boleh rilek2 ,tak penat sangat ,Cepat sampai, Redup pon redup ,Matahari pon tak ada ,Nak ikut ?’ (Nada suara nya macam ada lenggok orang dulu2)  Soal mereka pada aku dan mereka bertiga hanya pandang aku seolah tunggu jawapan dari aku .

Aku hampir setuju tapi bila terkenang balik kem yang pernah aku lalui dulu tak lah se-rilek yang di katakan ,hampir patah juga kaki aku masa itu jadi dengan sedikit trauma aku menolak ajakan mereka ‘Tak apalah..jalan tar pon dah nak patah kaki saya ni ‘ sambil gurau aku menjawab ,mereka hanya senyum dan mengangguk kan kepala dan berlalu pergi .

Kami mengambil satu keping gambar lagi dan berkemas untuk turun ,peliknya rasa macam tak ada lah lama sangat kami ikut beredar tapi tak terserempak pula dengan mereka .6 bulan selepas kejadian ini aku mula dapat ‘kunjungan’ dari satu makhluk hitam dan rantai aku juga hilang bila aku ceritakan pada atok angkat aku (atok ni pandai mengubat) dia kata mereka bertiga sebenarnya manusia ghaib dan datang sebab nak berbual2  ,mungkin rantai aku di ambil buat kenangan (gittuwww) dan kawan aku ada cakap kalau mereka menanyakan tempat tinggal tu maksudnya ‘dia’ nak datang bertandang sebab itu lah rumah aku yang jadi mangsa ,jadi itu saja cerita aku ,sebenarnya aku ada dapat sakit2 juga tapi tak penting pon dalam story ni ,aku ada pergi gunung tu lagi sekali tapi aku tengok jalan tar tu tak adalah curam sangat dan tar nya lusuh dan banyak lubang2 tak seperti sebelum ni ,aku dapati jalan yang aku lalu semua lain dan anim cakap dia tak jumpa pon 3 jejaka tu dekat gate puncak padahal kalau ada orang lalu memang boleh nampak , anim tak jumpa mereka tapi 3 jejaka tu boleh tau gate tutup ! Terima kasih sudi baca cerita aku ni ‘Assalamualaikum’ (senyum) .

-AisyaBella-

AisyaBella

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4]

24 thoughts on “Dapat ‘kawan’ masa hiking”

  1. just nak ckp, tak perlu la intro tu ada ayat “saya akan membahasakan diri sebagai aku”. banyak jugak penulis yg buat mcm ni. tbh, it’s annoying. if nak guna aku, aku je dari start sampai habis. nak guna saya, guna la. dah kalau kau selesa aku, tak payah la bersaya2. it’s really unnecessary.

    Reply
  2. Mcm x rasa pelik. Rasanya dorang pn manusia biasa je. Mayb selalu g sana tu yg dorang taw selok belok hutan.
    Btw stori bestπŸ‘ nnti share lg yer😊

    Reply
  3. Newbie tapi blh dipuji. Penceritaan yg bagus, penggunaan tatabahasa yg betul, dan tidak menggunakan bahasa rojak. Ada kesilapan sikit2 tu blh dimaafkan. Sama2 kita memartabatkan bahasa melayu spt yg dikehendaki oleh pentadbir. Abaikan komen2 lucah kerana mereka tu kekurangan satu wayar di kepala. Wayar hijaunya dah terputus. Teruskan bercerita. πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.