SIHIR CINTA ( LAST)

Okay ni sambungan kisah sihir cinta tu, ya.

———-

SIHIR BHGN 6.

SENYUMAN yang disunggingkan oleh Efy sedikit-sebanyak mencurigakan jua hati Afiq.

Dia yang penat serta panas hati terus duduk. Dan Efy pula langsung ke dapur. Terkibas-kibas dada bajunya dengan wajah kelatnya masih lagi terukir.

Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, tubuh rasa amat berbahang. Bukan saja itu kelainan yang Afiq sudah perasan, tidurnya juga sering tidak lena.

“Apalah malang nasib aku ni. Ke perempuan tu yang pembawa malang? Tapi tak mungkin pula. Ni mesti malang si Ika. Tengoklah aku dah ceraikan mak kau pun…ada saja malang yang menimpa aku. Aish!” Omelnya yang masih lagi terkibas-kibas.

“Aku mesti minta Pak Karto hantar hantu pada perempuan yang dah buat aku rugi. Aku tak peduli. Kau cabar aku sangatkan,” ujarnya lantas mendail nombor Pak Karto.

Efy yang sudah pun berada di belakang sofa. Mencuri dengar perbualan tersebut tanpa ingin membuat sebarang bunyi mahupun pergerakkan.

‘Karto namanya. Aku memang dah agak kau, guna-gunakan aku selama ini. Kau juga buat benda yang sama pada perempuan lain. Apa sebenarnya yang kau nak, hah jantan? Patutlah aku sakit-sakit…’

“Ya, baiklah,” jawab Afiq lalu dia menurunkan telefon pintarnya dari terlekap pada telinga. Masa itulah, Efy berjalan ke arah meja dengan dulang berisi gelas minuman.

“Kenapa tengok abang begitu? Macam ada yang tak puas hati saja? Malam ni, tak payah tunggu abang. Abang nak keluar ada hal,” ujar Afiq lalu mengambil gelas.

Baru saja dia menyentuh pinggir gelas terus meretak. Krek… krek… bunyinya.

Efy juga tergamam. Benda berlaku di depan matanya. Afiq semakin panas hati. Efy juga makin di landa keterkejutan apabila tanpa amaran rambutnya dicekak oleh Afiq.

Langsung terlepas dulang dari dalam dakapan.

“Ap… apa ni bang? Lepaskan. Sakit…” Pinta serta soal Efy yang menanggung perih pada kulit kepala.

“Kau cuba nak bomohkan aku kan? Ni… ni…apa? Macam mana gelas tu boleh retak dengan sendiri?” Tengking Afiq sambil menarik-narik lagi rambut Efy.

Efy tetap meronta mahu rambutnya itu dilepaskan. Dia sakit.

“Bila masa pula I nak sihirkan you. I dok kat rumah saja ni. You juga yang tak bagi I bekerja. Segala kunci kereta I pun you yang pegang!” Herdik Efy lagi.

Memang benar, segala-galanya dalam kawalan lelaki durjana itu sehinggakan Efy juga langsung tidak dibenarkan untuk ada, sebarang akaun media sosial.

“Jangan-jangan… ilmu you tu, yang makan you balik!” Efy bukan saja menyangkal kata-kata suaminya itu malah menambah bara api lagi.

“Argh!” Afiq memekik . Hanya sekali henyakkan rambut Efy terlepas dalam keadaan Efy yang hampir-hampir nak mencium meja nasiblah kedua belah tangan, menegak.

Afiq berlari ke arah tangga dia ingin naik ke atas untuk mandi. Panas sangat dia rasakan badannya.

Genangan yang cuba dipertahankan, akhirnya menuruni jua di lekuk-lekuk pipinya. Efy mengebam bibir menahan rengsa kedukaan hati.

Masih lagi dia ingat pertemuan pertama mereka. Lelaki itu sedikit pun tidak menunjukkan sikap sebegini. Malahan Efy pula yang jatuh kasihan bila mendengar segala kisahnya.

Kononnya hubungan di antara dia dengan bapa amat renggang dek kerana pilih kasih. Namun pabila lelaki itu membawa dia pulang ke kampung, tidak sedikit pun bapanya itu memaparkan sikap sepertimana yang Afiq ceritakan.

Memang pada mulanya Efy sekadar ingin berkawan tetapi siapa sangka sehingga berkahwin pula.

“Bodohnya kau, Efy…” Gumamnya lagi sambil menyeka kasar linangan airmata pada pipinya itu.

“Patung apa pula ni? Dari mana datangnya? Efy… kau keluar juga, ya di belakang aku? Dasar perempuan sundal! Kau betul-betul nak aku ikat kau dengan ilmu aku bersungguh-sungguh ni, nampak gayanya!” Bentak Afiq dengan patung yang dipegang dia menghentak-hentak kaki ketika berjalan ke arah luar kamar mereka.

“Hoi, betina! Jantan sial mana pula ni bagi you patung? Kau memang nak cari nahaskan dengan aku?!”

Bertebaran segala ingatan serta lamunan
tatkala dijerkah oleh sang suami. Terdongak Efy pabila nampak langkah pantas Afiq menuruni takah tangga.

Efy juga nampak patung yang baru tadi dia dapat dari sahabatnya sempena hari jadinya yang Afiq tidak ingin mengingatinya.

Efy tidak sangka juga rakannya itu berani juga datang, walau dia pernah mencuri hantar mesej menggunakan telefon pintarnya dan berpesan kepada rakannnya itu agar tidak datang ke rumah.

Dan inilah nasib Efy. Apa sahaja yang dia lakukan serba tak kena. Itu tak boleh. Ini tak boleh.

“Ooo… tahu pula cemburu? You think I tak sakit hati when I read all the mesej- mesej sex you with your sundal scandal? Semua you sebatkan? Bini orang pun jadi. You ingat, I tak sakit hati tengok you naik hotel dengan skandal?”

“Hei perempuan! Aku tanya lain. Aku tanya siapa yang bagi patung ni pada kau?” Herdik Afiq seraya mencampak teddy bear dalam pegangan ke lantai lalu dipijak-pijak.

“Yang kau nak persoal benda lain dah kenapa? Mestilah aku cemburu. Kau tu bini aku. Hak aku tau tak?”

“Then I juga sedang tanya you ni… patung tu pun you nak cemburu ke? Habistu I ni? Tengok video-video tu semua?”

“Itu semua duit. Kau apa tahu. Aku buat duit dengan macam-macam cara. Dah mereka yang offer, takkan aku nak diam, kut? Aku cuma nak berseronok je!”

“Wait? Kau tengok phone aku?” Soal Afiq kian mendekat namun Efy sudah laju bangunnya. Sama-sama merenung tajam. Hati keduanya di huni amarah yang kian marak.

“Itu semua you tak perlu tahulah. Oh, seronok, puas? I see… so, no wonder lah kan
drebar lori macam you, ni… mampu bawa kereta mewah. Huh! I bersyukur bila perempuan-perempuan you tu, ceritakan segalanya pada I. I tak salahkan mereka pun, kalau you tak mulakan dulu, mereka tak melayan. You suakan harapan pada mereka. Nak jadi isteri konon… habistu, I ni you nak campak mana? Seriuosly, kalau I tahu begini. I will let you suffer, before this lah. I takkan tolong you. You memang lelaki zalim, Afiq! Tak cukup you lied to me. You menipu orang lain pula!”

“Hei, kau diam sekejap betina. Ya,memang aku jahat. Aku suka enjoy! Aku anak derhaka. Aku
juga pengikis. Tapi untuk siapa? Untuk kau jugak perempuan!” Afiq yang rasa makin terancam juga tetap dengan benang basahnya itu.

“Are you think I hadap? Are you think I tak mampu? Or you, yang rasa tercabar? Don’t you ever dare say my name to cover up your kesalahan ok!”

“Lagipun I masih mampu nak sara kehidupan I. And I not like you, melarat macam…”

Pang!

Buat sekian kalinya, layangan tamparan Afiq singgah lagi di pipi Efy kerana kelancangan mulut.

Sambil memegang pipinya yang pijar, tanpa terus ingin berpaling semula pada lelaki tak guna itu.

Di temani esakan, Efy terus berlari keluar dari rumah, tak sia-sia dia dapat mencuri kunci keretanya kembali. Sempat juga dia tarik songkok dari atas kepala Afiq.

“Munafik!” Pekik Efy seraya berlari. Di rumah mama Afiq bagaikan seorang imam
sejadah, tak lepas dari tikar

Tapi hakikat?

“Hoi! kau nak lari, hah? Kau ingat, kau dapat lari dari aku?Segala barang dari tubuh kau ada pada aku. Kau dah ‘ambilbarang’ itu, kau ingat kau boleh selamat?”

“Ni Afiq lah! Kalau aku tak dapat kau cara baik. Akan aku guna cara kotor. Efy. Efy!”

“Haha! Selagi kain kapan itu berapungan di muara yang aku sendiri pun tidak pasti sudah sampai muara mana. Selagi itulah, ilmu aku tu takkan pudar, takkan ada sesiapa pun
yang dapat meleraikan belenggu aku itu.”

***

“Angkatlah bodoh. Argh!” Jahanam punya betina. Argh!” Telefon pintar di tarik secara
kasar dari telinga, lalu dihempaskan dengan kuat.

Pemanduan agak kelam-kabut. Sehingga ke waktu ini, Efy tidak dapat di kesan.

Manakala Efy pula, dia mahu atau pun tidak terpaksa bersembunyi
di salah sebuah hotel kos sederhana di ibu kota.

Dia mahu pulang ke Jb dan takkan tinggal lagi di bandar ini. Dia sudah bernekad. Walau apapun yang terjadi.

Bukan dia tak cinta, bukan juga tak sayang.
Tapi Efy sudah tidak
sanggup lagi untuk meneruskan kehidupan
macam itu.

“Tidak. Aku takkan
bahagia. Aku tak cintakannya tapi aku adalah mangsa guna-gunanya juga…”

“Aku kena balik. Dah banyak Kak Mira mesej. Cuma aku saja takde kesempatan nak balas. Di kampung nanti, aku nak call dia. Mesti dia tahu banyak lagi kisah suami dia. Drebar lori rupa-rupanya. Habistu Persona tu dia tekan dari siapa? Tak guna punya laki. Selama ini, aku ingatkan kau betullah engineer. Off shore bagai tapi drebar je?”

“Mesti dia tahu tentang tangkal yang aku dapat ni!” Ujarnya dan terus memecut lagi keretanya.

Walau apa pun, Efy perlu pulang ke JB secepat yang mungkin. Dia mahu berubat. Jika mama dan papa bertanya nanti, tahulah apa dia nak jawab.

***

“Baik, aku ke sana se karang. Terima kasih…” Afiq hanya tersenyum setelah berujar pada handsfree di telinga sambil melencongkan arah pemanduannya.

Dia sudah pun mengetahui di manakah keberadaan
Efy. Sudah dia katakan, Efy takkan mungkin boleh berpisah dengan dirinya.

Kini keretanya berhenti di petak parkir. Sambil merenung tajam ke arah bangunan tersebut, seat belt yang membelenggu dirinya itu, direntap sahaja. Kunci juga ditarik dengan kasar. Lantas dia membuka pintu dan keluar.

Setelah itu, daun pintu Proton Persona dihempaskan. Setibanya dia di muka pintu kaca hotel, sambutan dari bell boy sedikit pun tidak menarik minatnya.

Afiq yang tahu bilik Efy diami berjalan ke arah kaunter. Kad kecil, dia hulurkan di temani kenyitan mata pada gadis manis penjaga kaunter.

Yang menerima pula, tersenyum malu alah. Setelah mengucapkan terima kasih beserta huluran kad bisnes. Afiq bergerak ke arah lif untuk naik ke tingkat yang menempatkan suite Efy.

Efy masih lagi tidak tahu siapa yang sedang mengetuk pintu. Dan dengan
langkah longlai, dia menapak ke pintu.

Pabila sudah tiba, tanpa ingin melihat terlebih dahulu melalui lubang yang ada di permukaan pintu, dia langsung menarik rantai kunci.

Efy yang terkejut dengan kehadiran figura itu, cuba untuk menutup pintu kembali, namun tangan Afiq lagi pantas menahan dan terus menolaknya.

Efy terlentang kini. Pun begitu, dia tetap bangun dan mengengsot untuk menjauh.

Semakin dia mengengsot ke belakang, Afiq semakin laju ke arahnya. Setelah dia mengunci pintu.

Kini, Efy terperangkap!

***

SIHIR BHGN 7.

“KAU nak lari ke mana? Kan aku dah kata. Kau takkan boleh lari dari aku. Mana barang aku? Bagi pada aku balik!” Sambil tersenyum sinis, Afiq menyoal.

Dia semakin maju. Efy kian ke belakang lalu tubuh belakangnya pula terhempas pada sofa berbentuk L yang sememangnya tersedia dalam suite.

Sungguh, Efy pucat lesi kini. Dia benar-benar tidak percaya, lelaki durjana itu boleh mengesan di mana tempat tinggal sementaranya.

Sebenarnya, Efy alpa bahawa ‘informer’ Afiq ramai diluar sana dek kerana Efy terburu dalam membuat keputusan.

Hempasan pouch bag Afiq ke lantai, makin meresahkan jiwa Efy. Memang ternyata Afiq, bukan calang orang.

‘Oh tuhan, bagaimana aku boleh bersama dengan manusia ini?’ Desis hati gundah Efy. Dia sudahlah terperangkap.

“Hoi perempuan! Dah pandai sekarang ya? Oh, ada hati nak lari?Kau ingat aku bodoh?Kau fikir, aku tak dapat trace engkau walau engkau tak jawab setiap panggilan dan juga mesej aku. Oh…mungkin, kau dah lupa ya? Tentang kain putih yang kita buang sama-sama di muara? Kau nak leraikan benda tu, tak semudah yang kau sangkalah bodoh!”

Makin tersentak jiwa Efy di saat terpaan lelaki itu. Dia yang lalai akhirnya dapat juga dicengkam rambutnya. Malahan setelah dapat mencekak sambil menengking, sengaja Afiq angkat-angkatkan lagi cengkaman rambut tersebut, biarpun Efy makin azab di ketika itu.

“Lepaslah! Aku
sakit. Ya, memang aku nak lari dari kau. Puas hati!” Sahut Efy masih
mencuba melepaskan dirinya.

Lelaki itu, benar-benar tiada
perikemanusiaan langsung. Yang dia tahu, ikut nafsu syaitannya sahaja!

“Ikut aku!” Arah Afiq dengan menarik rambut Efy sehingga Efy yang rasa seperti nak tercabut kulit kepalanya itu, bangun secara terpaksa dan penuh kesakitan.

Makin dia melawan. Makin Afiq menunjuk sikap dominant. Dia seolah-olah suka dan puas melihat wajah Efy dalam kerengsaan dari perbuatannya.

Dia juga bingkas bangun namun tangan pada rambut Efy, masih lagi tidak dilepaskan. Malahan diheretnya wanita itu, supaya mendekati pintu biarpun, telinganya
di cemari pekikkan Efy
yang teramat sakit,
diheret dalam keadaan rambutnya sebegitu rupa.

Hampir sahaja tangan Afiq pada tombol pintu. Efy dengan sekuat hati menolak tangan Afiq. Afiq juga tidak berdiam diri.

Efy menolak, dia menepis manakala tangan lagi satu memulas tombol. Niatnya hanya satu, mahu memalukan wanita itu, supaya mereka yang lalu untuk ke bilik melihat sandiwara mereka berdua.

“Lepaskan aku. Kau memang nak cari pasal. Buat pengetahuan kau, aku dah report polis pasal kau cuba bunuh aku!”

“Bro,sabar… bro! Dia perempuan…” Celah satu suara tatkala
penampar Afiq lagi sekali mahu hinggap ke muka Efy yang kini tersembam jua ke lantai akibat tolak-menolak yang berlaku dalam beberapa minit itu.

Sakit tapak tangannya. Sakit dahinya momentum dentuman pada lantai luar hotel. Pintu sememangnya lapang ngangaannya.

“Kau siapa, yang nak sibuk-sibuk hal aku?” Soal Afiq seraya menunjuk genggaman buku limanya ke muka seorang lelaki yang mahu ke biliknya itu.

Namun dek kerana tidak sampai hati melihat wanita itu menjadi mangsa pukulan, dia terpaksa
mencelah di tengah-tengah perbalahan suami isteri tersebut.

Efy yang mendongak bersegera mengengsotkan tubuhnya itu, agar makin menjauh ke belakang sebelum dia kelam-kabut
bangkit.

Dia tidak mahu melepaskan peluang yang ada, di saat Afiq ralit bertikam lidah dengan lelaki asing tersebut. Efy tanpa ingin berpaling lagi, dia langsung membuka langkah seribunya.

Pintu lif yang terbuka secara tiba-tiba itu, seakan-akan
berpihak padanya, Efy terus berlari masuk ke dalam dan menekan punat dalam keadaan terkocoh-kocoh.

“Perempuan tak guna kau nak lari mana, hah!Nanti kau!” Pekik Afiq tanpa mahu mengendahkan lelaki asing yang kelihatan terpinga-pinga itu.

“Suami apa macam ini. Berkasar dengan perempuan, huh!” Kecam si lelaki asing itu dan terus menuju ke arah pintu suitenya semula.

Sementara itu, Afiq lebih sanggup berlari di tangga kecemasan untuk sampai ke parkir underground. Nasiblah aras yang Efy duduki itu tidaklah terlalu tinggi.

Terbuka saja pintu, Efy terus berlari ke arah keretanya dia tahu Afiq sedang mengejarnya dari belakang. Tangkal masih ada dalam tas tangan sling bag nya itu.

“Aku kena balik JB terus nampak gayanya. Lantaklah. Malam sampai pun malamlah. Aku yakin, mesti Afiq akan call lagi spy dia!” Ujar Efy termengah-mengah membolosi ke dalam kereta.

“Hoi!” Suara pekikkan Afiq bergemaan di ruangan sepi itu sewaktu kereta yang dipandu oleh Efy melalui tepinya. Dia juga terus berlari ke arah Personanya.

“Dasar sundal! Kau memang nak tengok gila aku kan?” Hamun Afiq menarik tali seat belt dengan kasar dan tanpa mahu membuang masa lagi, kereta terus meluncur keluar dari parkir bawah bangunan.

Dia yang pada mulanya ingin parkir kereta Proton Persona nya itu di parkir depan bangunan, tidak jadi malahan terus saja dia masuk semula dan memandu ke arah parkir bawah bangunan.

Pemanduannya juga menjadi tidak stabil dek menahan amarah yang digambarkan melalui genggaman kejap, pada stereng.

Dari jalan besar, dia akan memasuki pula ke satu lorong kecil. Tiada lagi, aspal bertar hanya
jalan tanah merah yang sana, sininya berlopak.
Lokasi tersebut tiada
siapa ketahui waima, Efy sekalipun.

Hanya dia yang tahu.
Pak Karto yang sedang bersila di atas pangkin yang terletak di tepi sebuah perigi buta, hanya memandang tanpa berkelip.

Asap dari rokok daunnya saja yang berkepul-kepul. Puntung yang tinggal separuh itu, ditarik dari celahan bibir lalu dicampakkan ke tanah.

Pak Karto bingkas bangun dengan melompat dari atas pangkin. Blangkon
yang sedikit senget
kepalanya dibetulkan semula.

Afiq dengan wajah masam mencuka tanpa salam, terus meminta
sesuatu. Sesuatu yang akan membuatkan Efy makin terseksa.

Soal ‘pengeras’ yang dipinta, sedikit pun tak membuat Afiq rasa tercabar. Dia sanggup. Poketnya sentiasa penuh.

“Aku tak mahu dia
pergi dari hidup aku. Aku mahu kau, buat dia
merasa erti seksa yang sebenar!”

Pak Karto tersenyum-senyum. Manakan tidak, setelah seharian tiada pelanggan petang ini saja dia dapat pulun habis.

“Yuk, masuk ke dalam rumah. Apa yang kau ingin aku lakukan?” Pak Karto menyoal dengan sesekali matanya mengarah ‘sesuatu’ di hadapan rumahnya itu agar pergi.

Afiq pula tetap dengan reaksi mencukanya itu. Dah pelbagai dia lakukan pada Efy. Tapi, kedegilan gadis itu
tetap membuatnya rasa
tercabar.

Semua benda dari tubuh Efy dah diambilnya seperti rambut, kuku dan juga darah bulanannya. Dia jugs sanggup mencuri barangan dalaman wanita itu untuk diserahkan pada dukun Tanah Seberang itu.

Gambar Efy pula dah
berkali dia lalukan
di bawah celahan kakinya. Supaya ilmu
itu bertambah ampuh.

“Aku mahu kau halang dia dari balik ke kampung. Dia sekarang sudah lari dari aku. Aku tak benarkan dia ke sana. Dia cabar ilmu aku!!!”

Apa saja akan
Afiq lakukan, supaya Efy tak menjauh. Dan ini yang membuatkan Efy tertanya-tanya.

Jika benar sayang?
Kenapa layan dan tidur dengan perempuan lain?

Alasan yang seringkali dan hampir jelak Efy dengar, adalah kerana duit!

Apakah selama ini, Efy tidak membantu?

Efy yang baru keluar dari balai kini merasa sedikit lega. Dia menapak semula ke
arah keretanya.

Termasuk kali ini, hampir tiga kali dia tebalkan muka ke balai polis. Sehingga ada yang menyindirnya.

‘You’ re not in my
shoes!’ Itu saja yang termampu hati Efy gumamkan tatkala menerima sindiran pegawai penerima laporan.

Efy juga terpaksa jalan terhenjut-henjut
kerana kedua belah
kakinya sakit, kesan
hantukan kuat di atas
lantai saat ditolak
secara kuat oleh Afiq.

Adamasanya, dia
mendesah dan paling kerap Efy mengaduh
sakit secara sendirian
saat mahu memijak, pedal minyak.

Jalan untuk ke JB masih lagi jauh, namun entah kenapa perutnya
tiba-tiba merasa senak serta pedih.

“Ya Allah,takkan sakit gastrik aku muncul semula? Aku
nak cepat keluar dari sini…”

Kereta yang dipandu oleh Efy makin perlahan, sebelah tangan mengawal stereng manakala
yang lagi sebelah pula menekan-nekan perut yang semakin
sakit.

la terlalu menyucuk- yucuk. Bukan itu sahaja, dahinya juga mulai berdenyut- denyut. Penglihatan seakan kabur.

Dalam saat yang sama juga, meskipun apa yang dilihat berbalam-balam tetapi Efy yakin serta nampak keretanya sedang
dikelilingi sekumpulan
kabus tebal.

“Allah!” Stereng terlepas dari genggaman.

Bilamana kedua-dua belah telapak tangannya menutup muka kerana dia di saat itu, merasa
teramat takut untuk memandang hadapan.

la berlaku hanya pada pandangan Efy sahaja. Efy nampak pula satu wajah yang amat buruk sedang merenung tajam dari arah Iuar cermin hadapan.

Hakikatnya keretanya merempuh tiang elektrik. Penangan rempuhan itu, Efy yang menutup mukanya terus terhantuk dan tersembam atas stereng kereta diiringi bunyi hon yang nyaring.

***

“Kamu tahu di mana wanita itu tinggal? Aku juga mendapat firasat yang wanita itu bukan sembarangan orang. Tapi aku juga merasakan dia kini di dalam bahaya.”

Kata-kata dari pengamal perubatan itu membuatkan Mira dengan bapanya saling berpandangan.

“Apa yang saya tahu bekas suami saya memang sudah bernikah dengan dia…” Sahut Mira teringatkan akan gambar yang Afiq sengaja tunjukkan pada dirinya sewaktu di mahkamah tempoh hari.

Sengaja ingin menambah luka di hati. Pengamal perubatan itu hanya mengangguk.

“Menurut apa yang kamu ceritakan pada saya. Bekas suami kamu itu mengamalkan ilmu hitam yang kuat. Bukan sebarang dukun dia berjumpa itu. Tapi walaubagaimana pun tetap tak dapat menandingini Kekuasaan Allah Swt.”

Di rumah Pak Karto pula. Pak Karto terhempas ke dinding dengan tidak semena-mena selepas dia berjaya mencelakakan Efy.

Manakala Afiq pula entah tersepak apa. Dia juga lalu tersembam ke tanah. Rasa berbahang kembali semula namun dia tetap bangkit.

Dia tetap ingin pergi ke tempat yang di nyatakan oleh informer nya. Dia yakin kes kemalangan itu adalah Efy.

***

Last…

SIHIR BHGN 8.

BERKUMAT-kamit mulut dukun dari Tanah Seberang itu melawan dari tempatnya.

Dia juga ada jurus-jurusnya. Mantera Jawa Kuno semakin kuat dengan Afiq di luar pula terpaksa berlari semula ke rumah Pak Karto dek tubuhnya yang terasa seperti sedang duduk di atas bara api.

“Argh!” Tengking Pak Karto lalu kedua-dua belah tapak tangan tegak ke lantai papan reaksi setelah menghempuk lantai. Wajah semakin merah-padam.

“Panas! Panas Pak Karto!” Afiq memekik dan terus terjelepuk ke lantai mendepani alatan pemujaan dukun tersebut.

“Goblok! Ngapain kamu tidak khabarkan pada aku tentang bekas isteri kamu? Kamu tahu nggak dia sedang melawan kamu dari tempatnya!” Tempik Pak Karto dalam keadaan mata putihnya saja yang kelihatan.

Kedua-dua belah tangan serta jari-jemarinya membengkok seakan ingin mencakar lantai saja. Sesekali wajah itu, menyeringai garang pada Afiq yang terpinga-pinga dalam kepanasan.

“Aku tak tahu, tok. Sumpah! Aku memang tak ambil kisah langsung!” Jawab Afiq ternganga-nganga mulut dek kekeringan tekak. Berpeluh-peluh badannya.

“Brengsek! Mereka tidak tahu siapa kulo lagi. Nggak papa. Serah saja pada kulo!” Ujar Pak Karto lantas mendongakkan muka menyeringainya ke atas.

Manakala pandangan Afiq pula semakin berbalam-balam. Jenuh dia menenyeh-nenyehkan matanya namun pandangannya tetap tidak jelas.

“Tak guna kau, Mira. Kau pula cuba nak lawan aku ya? Argh! Efy pula di sana. Argh! Bangsat sungguhlah. Mesti dah ada orang yang selamatkan dia ni. Sial sungguhlah panas badan aku ni!” Bentak Afiq seraya teringatkan tentang Haji Saufi yang rapat dengan keluarga bekas mentuanya itu.

“Ini mesti kerja dia. Aku tak syak orang lain. Tengok! Habis kulit tangan aku melepuh-lepuh. Aduh! Aduh!” Afiq selepas saja selesai berleter sambil merenung kulit tangannya yang seperti terkena siraman air panas saja, dia beraduh pula dan bingkas bangun.

“Tok! Pak Karto! Tolong aku. Aku sakit ni!” Afiq yang tidak tahan memekik, memanggil namun dukun berdarah Jawa itu sedang beradu di satu lagi alam dengan si lawannya.

Afiq bukan saja dalam kepanasan. Dia juga terpaksa menahan sakit di celahan kakinya. Dia juga tidak tahu mengapa. Namun ia teramat menyakitkan.

***

Manakala Efy pula dalam perjalanan ke hospital. Dia bernasib baik ada sekumpulan remaja bermotor membantunya.

Efy tetap nampak dan dengar segala soalan mereka walau ia samar-samar dek rasa memusingnya serta lelehan darah di dahi.

Merekalah yang menelefon pihak ambulans. Dan mereka menemui nombor Mira jadi dari situlah Mira dapat tahu.

Hanya Mira tidak mampu nak bersuara kerana di ketika itu, Haji Saufi sedang ‘berlawan’ dengan Pak Karto di satu alam yang lain.

Haji Saufi hanya berpeluk tubuh tetapi lidahnya dibasahi zikirullah selain ayat-ayat ruqyah.

“Pak, mak… Mira nak ajak adik ke hospital. Ada orang hantar mesej katanya Efy kemalangan kini dalam perjalanan untuk ke hospital,” bisik Mira akhirnya.

Bapak dan juga emak Mira menitipkan pesan agar berhati-hati. Berat juga mereka nak mengizinkannya tetapi demi rasa prihatin mereka merelakan.

“Kalau Ika terjaga. Emak cakap ya ke mana Mira pergi,” pesan Mira setelah si adik sudah bersedia dengan kunci kereta. Emak pun mengangguk.

Kini tinggallah mereka berdua menemani Haji Saufi yang sedang dalam melakukan pertarungan batin.

Di rumah mereka semuanya berada di dalam keadaan aman tetapi tidak di rumah Pak Karto yang bingit dengan pekikan.

Pak Karto mencakar. Bukan saja mencakar-cakar lantai papan malahan tangan berjemari bengkoknya itu tergawang-gawang pula.

Tangkal yang berada di dalam kereta Efy terbakar dengan sendiri sewaktu azan maghrib berkumandang.

Hanya telefon bimbit dan kad pengenalan saja yang sempat di selamatkan setelah kereta itu terbakar. Total loss.

Tidak ada saksi kejadian. Hanya sekumpulan remaja itu saja yang membuat laporan polis.

Akhirnya pihak polis dapat mengesani kereta itu milik siapa berdasar nombor plat. Dari situlah mereka tahu Noer Effina yang seringkali membuat laporan ugutan bunuh oleh suaminya itu.

Kini mereka dalam usaha menjejaki kereta Proton Persona yang dipandu oleh Afiq Abdul Rahman.

***

Afiq akhirnya jatuh pengsan tatkala ‘busut’ nya meninggi tanpa mahu menurun tanpa sebab-musabab.

Manakala Pak Karto pula masih lagi berlawan dengan Haji Saufi. Air takungan dalam batil tembaga juga berkocakkan.

Kesemua belaan-belaannya juga huru-hara dengan tidak semena-mena.

Haji Saufi terbuka matanya. Dia juga kepenatan. Berpeluh-peluh padang dahinya sambil diperhatikan oleh kedua-dua orang tua, Mira.

“Kamu ikut aku. Kita ke muara,” ujar Haji Saufi dan terus bangun. Kedua-dua pasangan veteran itu saling berpandangan buat seketika.

“Nak buat apa kita ke sana, Aji?”

“Di sanalah permulaan pada apa yang berlaku ini. Aku nak leraikan. Mira pula ke mana?” Soal Haji Saufi yang perasan tentang Mira.

“Tadi ada orang buat panggilan telefon. Katanya Efy kemalangan dan dalam perjalanan ke hospital,” jawab bapak Mira yang juga sudah bangun.

“Allah… dari tadi aku memang dapat rasa sesuatu terjadi pada perempuan ini. Tapi aku doakan dia selamat. Marilah cepat kita ke sana…”

“Aji, bagaimana pula dengan tadi? Afiq dengan dukun Jawa itu?”

“Yang itu, nanti kau lihatlah…”

***

Berselang beberapa hari, Mira hadir dengan kedua ibubapanya dan juga Haji Saufi.

Ada beberapa soalan yang Haji Saufi kemukakan pada Efy. Efy dengan tenang menjawab. Namun dia meminta maaf kerana tidak sempat nak bawa keluar sama tangkal milik Afiq.

Haji Saufi hanya mengangguk.

“Assalamualaikum, siapa Noer Effina?” Sapaan satu suara memalingkan ke semua yang ada di situ ke arah pintu.

Ada dua orang pegawai polis berpakaian preman saja. Efy bersuara. Lalu mereka ingin mengambil keterangan dari wanita itu mengenai penemuan kereta Afiq di sebuah rumah usang.

“Dan awak adalah Mira?” Soal salah-seorang pegawai itu. Mira mengangguk dan menjawab iya dia adalah bekas isteri kepada Afiq.

“Ni memang Proton Persona yang Afiq bawa,” ujar Efy setelah melihat gambar.

“Baiklah. Menurut siasatan kami. Kereta ini sudah beberapa hari tersadai di depan rumah yang para penduduk di situ nyatakan sebagai sebuah rumah penuh misteri. Apa yang kami dapati dalam rumah itu ada banyak alatan pemujaan selain penemuan mayat seorang lelaki yang salah-seorang pemuda di situ katakan sebagai dukun. Punca kematian masih dalam siasatan.”

“Cuma yang menjadi persoalan adalah mengenai Afiq. Kami tidak menemui dia.”

Efy dan Mira saling berpandangan. Efy merupakan insan yang paling takut mendengarnya. Walau Haji Saufi mengatakan semuanya sudah dia leraikan namun saat mendengar akan kehilangan Afiq secara auto perasaan resah itu kembali hadir.

“Tapi cik puan berdua tidak perlu khuatir. Kami tetap akan menjalankan siasatan memandangkan selain Puan Efy, ada beberapa lagi laporan mengenai penipuan yang Afiq lakukan. Sudah pastilah kami tidak akan duduk diam.”

***

Sehingga kini, saya sebagai penukil kisah Kak Efy ini masih lagi ingin tahu akan kes tersebut.

Sekiranya kakak ada terbaca kisah ini. Kakak mesti tahu siapa saya. Hubungilah saya.

– Tamat-

TINTA KELAM.

TQ SUDI BCA.

TINTA KELAM

1 thought on “SIHIR CINTA ( LAST)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.