Hampir Gila, Selepas Hiking

Assalamualaikum admin dan semua warga fiksyen shasha,terima kasih kalau cerita ni di terima oleh admin. Aku nak cerita pasal pengalaman aku berjumpa dengan bunian masa pergi mendaki gunung, actually ni cerita kedua, cerita first tajuk dia (Dapat kawan masa hiking).

Aku ingat benda ni dah habis bila aku balik rumah tapi aku silap dah setahun lebih benda ni duk teman aku,betullah orang cakap kalau terjumpa bunian ni lepas kita sedar mesti kita jadi gila atau kurang waras tapi aku tak teruk sangat pon cuma rasa nak terjun bangunan,rasa nak bun uh orang,rasa nak ikut “benda” tu ke alam dia je. hahaha ye aku tau benda ni kedengaran kurang waras tapi ini yang aku alami tapi bukan semua orang akan jadi gila lepas jumpa depa ni,ada je yang elok cuma aku ni mungkin tak kuat iman & kepercayaan,jahilnya aku.

Ok so nak di jadikan cerita masa 6 bulan selepas jumpa “mereka” tu aku okey lagi cuma si dia dah mula tunjukkan kehadiran dia macam tiba2 cawan dalam bilik aku beralih ke dalam almari! Aku pelik lah siapa nak letak cawan dalam almari? Setahu aku tak ada siapa yang nak masuk bilik aku semata mata nk buat prank bodoh ni tapi aku decide untuk tak nak layan, banyak lagi lah tanda2 awal dia nak tunjukkan diri tu macam barang2 beralih tu biasa je tapi kalau cerita semua jenuh nak menaip panjang noh. Tanda2 barang beralih dah banyak, sekarang ni bayangan/kelibat pulak, punya try hard benda ni nak suruh aku notice dia.

Kelibat,memang banyak kali aku nampak dia melintas atau stay kat satu tempat(selalu kat pintu bilik aku) sambil tenung aku tapi aku cume nampak dari hujung mata aku je, selalu nya rupa dia…warna kulit sawo matang,tinggi2 sederhana dan kadang2 dia cuma kelibat hitam je.

Aku jadi susah tidur malam sejak2 tu & kadang tak tidur sampai subuh baru lelap sebab “benda” niĀ  macam tak kasi aku tidur kalau aku mula nak lelap nanti “dia” gosok tilam aku laju2 sampai aku terkejut & terus segar atau pun rasa ada orang duduk kat katil sebalah aku (katil aku queen tapi tidur sorang).Bilik aku pulak jangan cakap ah memang rasa ada yang perhati je. Ada satu hari tu aku tidur kat ruang tamu sebab tak selesa duduk bilik,aku rimas dengan rantai aku ni jadi aku buka & letak kat tepi bantal dan aku terus tidur, bila aku bangun aku cari rantai aku hilang! Aku cari satu ruang tamu tak ada! bawah tikar ,bawah kerusi semua tak ada.

Aku tanya family aku semua kata tak tau & tak nampak pon(actully cerita rantai ni ada kat story 1)Aku dah bengang dah tapi masih fikir positif maybe kucing bawak lari kot. Tapi masa aku pergi jumpa atok aku yang berkebolehan tu aku cerita kat dia pasal rantai aku yang hilang,kelibat dan barang2 yang beralih tu ,atok aku senyum je sambil cakap “Dia nak main2 & ajak kenal tu” atok aku juga halang aku pergi ke gunung tu lagi sebab “mereka” masih menanti.

Mimpi,dalam kisah aku ni memang banyak mimpi. 3 hari lepas jumpa atok aku tu pada malam aku bermimpi aku berada kat kawasan yang putih,langit putih ,lantai putih dan tiba2 dari jauh aku nampak sosok lelaki tua yang amat aku kenal,atok aku! Dia macam tengah berinteraksi dengan sesuatu benda yang aku tak nampak,cuma suara yang didengari. Aku mendekati mereka dan tiba2 atok aku beri peluang suruh benda tu bersuara untuk beritahu aku sesuatu “Aku tak mau dengan kau ” suara lelaki kasar di dengari dari arah langit yang putih tadi, aku dan atok hanya memandang satu sama lain dan tiba2 aku tersedar dari tidur dalam keadaan berpeluh peluh, aku teringat mimpi tadi dengan jelas tapi aku masih bingung lalu tidak mengendahkan nya.

Esoknya masa aku nak siap2 pakai tudung aku cari pin kat bakul kecil yang aku simpan barang2 kecil macam pin/cincin dll,masa aku raba2 tu aku ternampak seutas rantai milik aku yang hilang tempoh hari “Eh sini rupanya kau duduk,puas aku cari kau tau bertuah punya rantai” tapi aku dapat rasakan yang “dia” memulangkan rantai tu sebab atok dah “slow talk” dengan dia mungkin hahaa. (Dia ada curi pakaian dalam aku tapi disebabkan aku malu nak cerita dengan atok jadi “dia” tak pulang2 sampai sekarang).

Selepas kene warning dengan atok si dia dah tak kacau secara terangan dah tapi dia kerap masuk dalam mimpi, tiap2 malam aku mimpi pasal lelaki yang sama berkulit sawo matang, tinggi sederhana,mata berwarna kuning2 terang yang bersinar ,aku kenal sangat dia kalau pandang aku mesti dalam keadaan kepala dia menunduk dan mata dia je yang naik pandang aku sambil senyum yang agak scary.Yep tu dia lah tu,asik dia je yang muncul.

Ada masa aku baru lepas p****g rambut malam tu dia datang dalam mimpi dan usap ubun2 dan rambut aku cakapĀ  “cantiknya rambut” sambil senyum scary tu, agak menakutkan tapi dia sweet hee..masa kaki aku sakit sebab terseliuh bila malam dalam mimpi dia muncul sambil pegang2 kaki aku (urut) & esoknya alhamdulillah berkurang sakitnya. Sejak dari situ aku ada simpan perasaan suka dekat si dia & hari2 berjumpa dalam mimpi tapi aku masih tak kenal lagi siapa gerangan lelaki ni, mimpi pon ingat sikit2 je yang pasti bila bangun tidur aku happy walaupun rasa lemah sangat badan.

Kawan aku yang tahu semua pasal mimpi2 ni selalu nasihatkan aku supaya jangan ada perasaan suka dengan benda2 macam ni nanti mereka lagi sanggup buat apa saja untuk dapatkan kita tapi aku ni degil, bukan apa aku ni single tak pernah ada pakwe dari kecil jadi aku keseorangan dan nak rasa di sayangi, dengan family kan lain rasanya nak di banding dengan “kekasih” sendiri.

Lama kelamaan si dia berani balik untuk tunjukkan kehadiran dia di dunia nyata, kalau dia hadir nanti badan aku akan rasa di tiup angin yang sangat sejuk macam angin air cond yang lembut menyergah dari rambut sampai ke kaki, ada satu masa tu aku tidur kaki menghala ke dinding. jadi aku membelakangkan ruang solat,masa tidur kepala aku pusing mengadapkan ke arah dinding belah kiri tapi badan masih melentang, sedang aku nyenyak di buai mimpi tiba2 aku berpeluh dan separuh sedar aku dapat rasa ada seseorang yang berjalan kat ruang solat tu mendekati aku.

Aura nya sangat kuat sampai aku takut.Tapi gatal nak pusing kepala nak tengok siapa. Tapi aku tak boleh gerak & macam ada suara yang bisik kat aku “jangan pandang nanti kau takut” aku masih separuh sedar dan lemah jadi aku tak larat nak meronta2 untuk gera. Yang pasti aku berpeluh2,nafas & jantung aku jadi laju berdebar debar,si dia duduk sebelah kepala aku sambil tenung lama wajah aku agak lama tiba2 ada satu tiupan lembut ke arah ubun2 aku yang angin nya sama sejuk macam aku terangkan tadi.(Sebelum ni memang banyak kali ubun2 aku rasa di tiup angin sejuk tu tapi waktu aku tengah berkemas atau buat kerja).

Dekat 3 bulan aku hadap mimpi2/kejadian pelik ni & aku dah start suka termenung sorang2 kat mana2 pon aku termenung tapi tempat paling aku suka duduk termenung dekat belakang rumah aku yang ada hutan kecil,aku akan duduk kat bangku tepi semak tu sampai jam 7:15pm baru aku masuk rumah.

Family aku tak syak apa2 pon sebab mereka jenis tak percaya benda2 mistik ni,aku cerita dengan mereka pasal mimpi2 ni pon buat tak tau je jadi aku malas nak cerita apa2 lagi.

Aku akan menangis tanpa sebab bila malam sampai ke subuh baru aku lelap & benda ni jadi rutin aku setiap hari setiap malam,aku jadi tak suka bercakap dengan orang kadang boleh kira berapa patah aku cakap dalam sehari padahal sebelum ni aku seorang yang agak extrovert tapi sekarang aku hanya menjauhkan diri dari manusia.

Aku lebih suke hidup dalam alam mimpi aku berbanding dunia nyata, aku mula stress sebab aku kene hidup kat dunia ni,aku mula plan nak bun*h diri banyak kali & ada satu masa tu aku nampak ada gunting besar yang tajam depan aku, tangan aku memang geram je nak capai nak cucuk siapa ada depan aku tapi aku tersedar cepat2 aku istighfar.

Aku cerita dengan kakak aku pasal ni, kakak aku terkejut sebab aku ada rasa nak membun*h,dia mula ambil sirius pasal aku dan decide suruh aku makan ubat doktor(mental) aku pon dengar je kata dia jadi aku makan ubat tu sebab aku sendiri confuse dengan diri aku sama ada aku mental or sebab “benda” ni. Kawan aku nasihatkan aku banyakkan zikir/baca quran/ Buat amalan,aku buat semua tu tapi Allah masih nak uji aku jadi tak ada perubahan.

Aku makin kerap menangis dan tiap2 malam aku nak ikut si dia pergi ke alam dia, nak ikut tapi yang aku pelik si dia memang nak suruh aku ikut tapi macam ada benda yang halang aku supaya jangan pergi sana(gunung tu) aku bermimpi lagi, dalam mimpi tu aku meronta2 nak pergi ke arah gunung tempat si dia tinggal tapi ada seseorang yang menarik kedua tangan aku lalu mengheret badan aku menjauhi gunung sambil dia berbisik “Jangan pergi sana,sana bahaya” .suara lelaki kasar yang sama macam masa aku jumpa atok tu.

Aku tak dapat tengok siapa gerangan dia sebab dia halimunan sama macam mimpi dengan atok aku tu,boleh bayang tak halimunan seret kau?haha.Aku masih meronta2 & menangis macam selalu tapi dia tetap heret aku sampai ke rumah aku dan dia mengambil cincin dari jari aku.

Aku sedikit keliru dengan perbuatan si dia ni, si dia seboleh2 suruh aku ikut dia tapi dalam masa yang sama dia tak kasi aku ikut dia? Kenapa aku cakap dia suruh aku ikut dia!sebab dalam mimpi sebelum2 tu dia ada cakap “awak pergilah gunung tu ,bukannya jauh sangat pon,saya tunggu awak tau” ni lah yang dia cakap kat aku sambil tunjuk ke arah gunung ***** .Masa dalam mimpi tu aku panas juga dengan dia sebab tak bagi duit minyak apa semua tetiba suruh aku gi sana,ingat guna daun ke!haha, masa aku duk bebel kat dia pasal duit tu dia bagi aku senyuman scary tu je sampai aku tersedar sendiri(maybe penat bebel dalam mimpi haha).

Aku keliru/buntu semua perasaan ada “dia tak suka aku ke?tapi kenapa asik lawat aku & ajak aku ke sana?siapa yang tarik aku supaya jangan pergi sana?” Macam2 bermain di fikiran tapi tiada tempat untuk aku mengaju kan semua soalan ni. Dah panjang kot ni,penat aku menaip dari siang tadi haha actually aku letak tajuk lain sebab tak nak kenalan aku yang tau tajuk sebelum ni baca yang kedua ni, aku tak nak mereka tau apa yang aku lalui ni,agak memalukan kan.Nanti ada masa, aku akan tulis lagi pasal benda ni.ok.Assalamualaikum.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Maya

3 thoughts on “Hampir Gila, Selepas Hiking”

  1. Ada 2-3 org gak writer dlm fs ni yg alami benda sama mcm awk. Search word kekasih xsilap. Benda2 jin ni mmg tunggu masa je nk amek kesempatan atas kelemahan manusia. Kembalilah pd fitrah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.