Sayang Dah Tahu?

Thanks admin kalau story aku yang tak seberapa ni disiarkan. Lepas baca kisah akak yang kena kacau dengan budak yang panggil dia time mandi tu terdetik pulak nak tulis kisah aku ni. Hampir sama, kena kacau time berdua dengan anak. Heheh.

Okay macam ni, malam tu aku berdua je dengan anak aku, suami aku keluar main futsal. So, aku berkira2 la nak tidur awal dengan anak aku sebab badan pon macam penat sangat. Tapi mata tak mengantuk pulak. Sambil susukan anak, tangan capai phone. Aku scroll fb, malas nak baca FS sebab aku takut. Kalau ada suami kemahen lagi baca sampai 2-3pagi, hahaha. Out fb sebab takde yang menarik, bukak pulak whatsapp. Nak whatsapp suami, sah sah la dia tak reply, tengah berfutsal lah katakan.

Tengah aku syok2 baring, aku tarik selimut nak tutup badan anak aku, then aku terasa ada benda aku terpegang and berbunyi loceng. Benda tu dalam selimut. Untuk pengetahuan korang, aku ada belikan patung kucing yang kecik ada bunyi loceng. Patung kucing ikea tu, kalau yang selalu shopping ikea mesti tahu heheh. Tapi aku letak atas rak benda alah tu. “Oh, jatuh la ni kot. Tak pon adik main tadi lupa nak simpan balik”, aku cakap sorang2 untuk sedapkan hati. Maklumlah semenjak jadi mak mak ni, memang makin berat betol kes pelupa aku ni. Adoi! Tangan aku meraba raba nak cari kucing tu. Siap suluh dengan flashlight phone lagi. ‘Eh takde pulak!’

Dalam bilik pulak memang gelap, actually tak lah berapa gelap mana sebab ada lampu tidur, suram suram gituu. Tapi dekat rak tu gelap sikit so aku tak boleh nak tengok sama ada kucing tu ada ke tak.
Aku terus buat tak tahu pasal tadi tu even dalam hati aku rasa lain. Selupa lupa aku ni kengkadang naluri aku ni betul. Cewahhh. Otak aku ligat fikir yang tadi memang anak aku tak main benda tu, plus aku ni boleh dikategorikan pesakit OCD. Tak tahu? Sila google. Hehe. Malas? Okay, OCD (obsessive compulsive disorder) ni banyak jenis. Ada yang jenis was-was, means ragu2 setiap kali buat something. Contohnya nak keluar rumah, berulang kali check tingkap dah tutup ke belum. Asyik buat benda yang sama je sebab perasaan was-was tu berlebihan. So di kira OCD la tu.

Macam aku pulak jenis yang nak nampak benda kemas teratur je semua benda, especially dalam bilik. Aku suka susun barang2 atas rak, ikot sedap mata aku memandang. Kalau dekat kanan susunan dia, jangan lah ubah ke kiri ke belakang ke depan ke, memang aku boleh perasan ok! And bermula lah leteran padu 200km/j. Dekat siapa lagi kalau bukan suami ku si tukang sepahkan barang haha. Penat tau ada sakit ni. Automatik mata jadi sakit tengok serabut2. Ok dah. Astaghfirullahalazim, panjangnya melalut. Korang ada ke yang OCD jugak? Ok kita geng! Eh tak habis lagi melalut heheh. Maaf naa mulut dah biasa berleter cenggini la katakan haha.

Sampai mana tadi? Haa. Lepas dah betulkan posisi tidur anak aku, selimutkan dia, aku bangun nak ke toilet then terdetik pulak nak tengok patung kucing tu ada ke tidak. Dengan harapan patung tu tak ada or jatuh. Seram sejuk tetiba bila aku tengok patung tu elok je landing tempat dia. Allah. Tapi tadi? Aku pulak memang jenis korek telinga tetiap hari, mana mungkin aku salah dengar disebabkan taik telinga tebal. Korang jangan memandai ye cakap aku salah dengar. Hmmm. Lepas je aku perasan kucing tu ada dekat atas rak tu, terus aku dengar orang masuk rumah. Dengar derap kaki. Dalam hati aku leganya suami dah balik. Tapi, dia mana bawak kunci rumah!

Rupa-rupanya setakat bunyi loceng tu ‘dia’ nak intro je rupanya. Haishh! Aku dah start keras kejung. Hah sudah mahkluk mana pulak nak memain malam ni setelah sekian lama tak kena ‘usik’. Aku baring sebelah anak aku, mata pejam tapi telinga still dengar. Nak gugur jantung bila tombol pintu dipulas2 macam orang nak masuk, tapi aku tak kunci pintu! Kalau betul suami aku, confirm dia dah masuk dengan sekali pulas je tombol tu. Perasaan masa tu tak tahu nak terang macam mana. Dalam hati doa tak berhenti biar suami cepat balik. Aku risau anak aku bangun menangis lagi haru aku di dibuatnya.

Tak lama tu bunyi tombol kena pulas tu, diam dah. Cecepat aku cari phone. Aku whatsapp suami tanya, “tak balik lagi ke?”. Tak kena reply. Tak lama tu dia reply, “sayang lepak minum kejap ye dengan kawan2”. Sah memang bukan dia dekat luar tadi tu. Habis tu siapa? Korang rasa?? Aku terlelap sampailah tersedar suami aku call suruh bukak pintu. Masa tu tengah mamai, aku terus keluar bilik, tak ingat dah pasal tadi haha. Aku bukak pintu nampak suami, dia senyum kelat je. Penat la tu berfutsal tadi.

Aku terus aku pusing balik nak masuk bilik semula, konon nak tidur balik. Tapi pelik sebab suami aku tak masuk2 bilik. “Ke mana pulak pakcik ni?”, aku ngomel dalam hati. Aku keluar balik tapi korang tahu apa aku nampak? Pintu rumah terbukak. Suami aku tak ada, YES! TAK ADA! Dalam tengah takut tu, aku cecepat tutup pintu, risau jugak karang penyangak pulak yang datang. Nauzubillahiminzalik. Aku lari masuk bilik, tutup pintu. Kunci! Tingg! Tiba2 suami aku whatsapp, “sayang dah tidur ke? Sorry lewat, b tolong member tadi, motor dia pancit”.

DEMM! Habis je aku baca tu, dengar suara ‘suami’ aku dekat luar pulak, “sayang dah tahu ke?”. ALLAHUAKBAR. Nak pitam rasa. Nak nangis tapi air mata tak nak keluar. Aku kalut godek phone cari surah2. Allah. Time macam ni pulak lah tak jumpa, tangan shaking gila. Masa ni anak aku macam nak terjaga pulak, nak susu. Dalam hati aku janganlah benda tu usik anak aku. Aku angkat anak aku, aku peluk dia sambil zikir, baca ayat 3qul sampailah dia lena balik. Suara yang dekat luar pon memang tak ada dah. Alhamdulillah, mungkin sengaja nak usik2 aku. Hmmm.

Aku whatsapp suami suruh dia balik cepat. Dia just jawab 10min sampai. Leganya rasa, harap2 kali ni suami aku yang betul lah. Tak nak dah macam tadi! Hahaha. Oh ya, aku tak tahu kenapa benda alah tu nak kacau aku malam tu, wallahualam. Mujur tak nampak. Seram oii! Dah lebih 5 tahun dah aku tertutup hijab, kesnya lepas kena histeria teruk. Mak aku bawak aku berubat dengan sorang pakcik ni. Lepas pada tu lah dah tak boleh nampak dah. Just suara2 je boleh dengar. Masa tu sebelum kahwin dengan suami aku lagi. Hehe. InsyaAllah kalau rajin, aku share pasal tu pulak. Itu pon kalau rajin nak taip, ni pon taip tengah malam buta sebab time ni je yang free. Okay thanks baca . Adios!

-KakMAS-(MakAnakSorang)

Leave a Reply

30 Comments on "Sayang Dah Tahu?"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Berlenggang dia berjalan, si gadis desa yang manja, jelingan, yang manja, datang seorang pemuda di tangannya penuh bunga di hati, penuh cinta
Berlenggang dia berjalan, si gadis desa yang manja, jelingan, yang manja, datang seorang pemuda di tangannya penuh bunga di hati, penuh cinta

Kak, alang alang kak ada OCD tu kan, tolong kemaskan bilik saya skali kak.. Sy kerja je manjang tak dan nak kemas bilik.. hehehehe

King of Kong

Aku percaya kau OCD Kak.
Sebab gaya kau tulis ni, tanda bacaan, mana nak kena guna huruf besar semua.. Memang cukup rasalah ???

Sambung lagi Kak,
Aku tunggu.

Mia

Seram mmg seram.
Tapikan ni lagi kategori suka diagnose diri sendiri. Org yg d diagnose oleh dr psychology OCD ni adalah bila melakukan pbuatan berulang2 kali shingga mganggu aktiviti harian and myebabkan kecelaruan melampau. Rasanya akak ni just xsuka bnda bsepah and suka bnda teratur. kan?

Kak Yulie

Kaaannn…
Sbb org yg OCD selalunye akn do something smpi org keliling rase rimas dan bengang, hahahahah…
Klu dr segi menyusun, menaip tu selalunye lbh ke arah habit+disiplin…
Mcm akak camtu gak, bkn OCD tp CEREWET…
Sidai kain baju setiap anak ampaian yg berlainan, baju dan seluar sidai asing2 bhgn, baju plak asing ikot jenis tshirt/gaun/warna, jenis hanger ikot jenis pakaian/penyimpanan…
Tu br bab sidai kain…kdg2 asben/anak2 mmg x dibenarkan sidai sbb x ikot full spec,hahahaha…

Mia

ahaaa tu dia kak yulie dah muncul. mmg ckup rajin la akak mnjemur camtu. tapi xpe asalkan diri sendiri puas hati kan.

Kak Yulie

Penat sebenarnye jd org CEREWET ni…
Mau idoknye, konon mcm nk soh org tlg tp kang x ikot spec nk kena membebel, buat semule sdri, stress sensorg…
Udahnye, ku relakan jiwa tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatiku…
Ehhh silap…ternyanyi plak…
Ku relakan tenaga selagi mampu…
Gituuuu…

xy

i feel u kak.. sy pon jns sidai baju ikut specs.. 1line tu kain batik je, 1 line lps tu seluar dh selesai part bwh, line seterusnya baju tshirt kolar, pastu tshirt kolar bulat, pastu seluar bdk, pastu bju budak pastu yg dalam2.. tp biasa yg dalam2 ni sy buat kt tgh sbbnye malu tayang kt org.. ahahhaa.. pastu klu 1brg kesayangan tu rosak, nk ganti baru, nak exactly the same… laki pon pnt layan pastu die jns kaki nyepah.. 1hr tu pnh sy mlskan diri, butakan mata, die buat sepah sy diam xngemas.. pnt thn perasaan.. hahahaha…

che

alamak kak, apa yg akak sebut tu mcm kena kat batang hidung saya pulak.

Kak Yulie

Awat…????
Ni mmg ocd ke atau CEREWET…???
Hahaahaha…
Tang mane yg tercalit terpalit terkena tu????

eikorina

selalu nampak nama kak yulie… hehe… mmg peminat setia FS ler… apa kata FS bukukan kisah2 dlm blog ni?? ala2 buku creepyposta… mesti best… ???

apid

pergh gila lah…siap tegur lagi ea….tabah lah kak… kak yulie belum komen lag ni …sah dia belum baca…malas letew byk sgt popup..klw x kemahen lagi

Kak Yulie

Dh bacelah pkol 2pagi td sesambil menjahit sensorg kt blk…
Seram wooo risau jer tetbe asben bgn tdo pastu tanye soalan camtu, haruuuu…
Sbb tu just bace tp x komen sbb dh cuak…

apid

den teringat cite hari tu kak,,,ngah mandi ada org panggil rupanya xde org kt luar …sorang2 je kat rumah….parah…

Kak Yulie

Tu mesti suara laki kan…
Klu suara pompuan mau ekau kuor toilet g carik kan kan kaaannn…

apid

hahahahaha hampeh…..tau ajer

Kak Yulie

Masterji kaannn…
Nek moh plak tuuu…
Haruuusssler tau dan PAHAAAMMMM…
Hhmmmm…

apid

hahahaha nak lawan xleh nek moh ni nant terkene sumpahan

Kak Yulie

Nak melawan…????
Cubelaaaahhh…
Kot2 nk merase tulah kaklong kawasan nih…

BungaMerahPunya

serammmm…

N

mak aii..taff betol jiwa ko kak bangkit bukak pintu pulak tuu…haru betol..

Karipap Kentang

Ini memang dah tahap melampau. “Kau” panggil KakMas tu sayang??? “Kau” siapaaaa? hoihh penumpang je kot. Cemana ler dia tau tengah berwassap dengan En. Husband kan? Teror tu wei, kalah bill gates. Duhai KakMas, tahap keberanian kau sangatlah tinggi.

apid

tu kira ok la KK dia tau tengah wasap dengan en husband…kalau dia tau kak mas share cite kat FS camne…pastu dia tau plak kita dok komen2 acaner…fuh tinggi imiginasi ku…ni semua kak yulie lah

Kak Yulie

Sat g die tanye plak…
“kawan2 FS syg dh tau ke…??”

Ceeehhh…salahkan akk plak…
Akk ni polos naif nerd skema tau…
Hahahahha bluweeekkk…

apid

choi….ni yang buat den rasa berehat sebentar daripada baca FS ni

Kak Yulie

Janganlah camtu…
Janganlah nk berehat2 sebentar plak, x bujang aarrr…
Alang2 nk rehat tu baik pencen terus…
Hahahahha…!!!

Tulip Putih

Berani kakMAS ni. Kalau den la kak, dah teriak2 call laki den balik jam tu gak.

Kak Yulie

Kaannn….
Die mcm tenang2 redha suami blk lmbt g ngeteh bagai…
Klu hakak tu mau siap call polis soh heret suami blk…
Hahahaha hoveeeerrrr…

gadis

Seram la aiii…

Ai

Kental betul hati kak Oii, kalau situasi sy kena mcm tu, siap keluar umah dah, cari suami suruh balik.

qies

patt hantu tu tanya ‘sayang dah tahu ke’ pherghh serammmm

wpDiscuz