#kamenrider: Kolej UKM, Bangi – Kisah 1

Salam semua, aku Nadey peminat #kamenrider (gelak jap). Petang tadi FS beritahu kisah rentetan BANGI BANDAR BERHANTU Part 2 sudah di publish, terima kasih admin. Aku tahu aku ada ulangan part Mat sedara si Timah berubat bedah batin tu, cumanya Part 2 adalah sambungan kerana ramai yang nak tengok gambar jin yang dalam botol tu. Gambar tu ada dalam blog Biawak Goweng Nadey. Maaf aku tak berapa baca komen-komen, kalau berminat nak bertanya boleh email aku ataupun mesej aku.

Kali ini seperti yang dijanjikan aku akan cerita tentang pengalaman aku semasa menuntut di UKM, Bangi. Ramai juga komen, “aku duduk Bangi ok je”, itu kau, untunglah tak kena kacau. Aku hanya ceritakan pengalaman aku je. Pengalaman ini bukan melibatkan aku sahaja malah rakan sekeliling aku. Sepertimana yang aku nyatakan di post sebelum ini, aku mempunyai banyak pengalaman sejak dari kecil melihat, merasa perkara-perkara misteri ini dan aku selalu berdoa agar Allah tutupkan hijab mata aku sebab aku memang penakut. Sekarang menulis pun, aku rasa cuak tapi acah-acah berani pasang lagu K-pop.

Aku graduan UKM budak Zoology, sesiapa yang tahu makmal haiwan jauh nun dalam hutan UKM. Eh, sabar Nadey, post kali ini aku just nak cerita tentang kolej dahulu. Disebabkan berpuluh-puluh pengalaman misteri aku di UKM, aku akan buat part by part. Satu post satu cerita. Kisah pertama adalah tentang bilik aku di kolej pada tahun pertama, tahun 2009, blok 11 bilik 506 ke 516 (haha siapalah penghuni bilik ni sekarang). Bilik aku macam corner lot, menghadap court bola tampar. Belakang court bola tampar ada hutan. Malam-malam memang gelap ya. Satu bilik dua orang, roommate aku Jihan. Jihan ni jenis slumber, berani dari aku dan dia adalah kawan baik yang susah senang. Tiga tahun kami bersama gaduh, gelak sampai sekarang kami masih berhubung, dia dah beranak dua dan aku pula masih mencari jodoh.

“Jihan, aku ni penakut tau. So aku minta jasa baik kalau aku nak pergi tandas malam-malam please teman aku”, ini ayat wajib aku sejak aku duduk matrik lagi. Syukur sangat Jihan jenis memahami, dia tak pernah merungut selama tiga tahun jadi roommate aku. Kami berdua aktif kelab di kolej, aku kelab Teater Sanggar Mas dan Jihan kelab sukan. Walaupun kami balik lewat, penat macam mana mesti berteman pergi tandas. Bilik kami selang sebuah bilik dengan tandas, maka kami selalu terserempak dengan jiran kami terus jadi BFF gitu. Mereka selalu lepak bilik kami, gosip gelak-gelak.

Satu hari, jiran datang bilik kami teman study katanya. Semuanya diam fokus, tekun belajar (padahal masa ni aku layan cerita anime) atas katil. Kiranya atas katil, ada laptop, buku Biology Campbell, ada kertas, ada kamus, memang berselerak. Cadar aku pula berwarna hijau askar material nylon. Malam tu panas sangat, dan kami jarang sangat jatuhkan langsir, biasa aku puntal dan ikat langsir supaya angin malam masuk seperti aircond. Bila lama-lama duduk atas cadar rasa rimas berlengas, aku alihkan laptop atas meja depan tingkap menghadap permandangan luar. Alihkan semua buku-buku atas meja dan tetiba ade satu titis darah jatuh dari syiling batu tepat atas cadar depan aku (celah mana batu konkrit keluar darah?). Merebak kat katil aku sebesar 50 sen. Aku terkejut, “Jihan….wehhh mende ni?”. Semua bangun tengok.

“Erkkk siapa datang bulan ni?”, semua menafikan. Siap cek seluar lagi.

“Nadey kaki ko berkudis ke? Cer tengok berdarah kot”, aku selak kaki aku depan tiga orang saksi, masing-masing telek tiada kesan darah terpalit. Kami berempat tarik cadar tu, tinggal tilam bogel. Kami periksa mana tau aku terpijak pepijat kenyang ke? Tiada. Ok darah siapa? Mungkin hantu tu period lupa pakai pad. Masa ni meremang habis, kami berempat diam seribu bahasa hanya berbalas pandangan.

Ah sudah, macam mana aku nak tidur ni? Jihan tak nak bagi aku takut, gigih dia ambil air kesat sampai hilang kesan darah. Sempat lagi dia hidu, memang bau darah. Jiran kami dah cuak, masing-masing ke bilik. Jihan ajak aku solat dan tidur awal. Jihan tahu aku takut, tapi dia buat bodoh je. Malam tu kami pasang ayat Al-Quran sehingga subuh. Kami tak jatuhkan langsir sebab panas sangat.

Selang beberapa hari, selepas solat Isyak, aku sambung ulangkaji di meja. Kes tilam tu aku buat-buat lupa. Malam tu Jihan nak tidur awal. Tengok Jihan guling-guling atas katil sambil tengok drama korea, aku pon macam tergoda tapi aku ada beberapa bab lagi nak dihabiskan. Rasanya dalam sejam dua atas meja mata aku dah panas, aku berhenti rehat pandang ke luar. Sebenarnya aku tak berani pandang kat arah hutan tu, aku cepat alihkan mata aku pandang tempat parking motor kat bawah. Tiba-tiba mata aku seperti tertarik nak tengok juga arah hutan tu. Aku tak tahu aku nampak apa tapi macam menda hitam lari-lari kat court bola tampar tu, aku terus rasa meremang. Tidak semena-mena angin kuat masuk ke dalam bilik seperti nak hujan.

“Jihan, nak hujan ni. Syok la kita tidur”, aku terus tutup buku, susun ketepi elok-elok dan melompat atas katil. Jihan bersorak sebabnya sudah beberapa hari kami tidur bermandi peluh. Jihan bangun terus tutup lampu, namun bilik kami masih terang dengan pantulan lampu jalan. Selepas beberapa minit tutup lampu bilik, aku dan jihan baru je nak lelap tetiba bunyi buku yang tebal jatuh kat lantai “Gedebukkk” bunyi itu memang betul-betul tepi aku. Aku dan Jihan terkejut lalu kami buka lampu study tepi katil. Buku Biology Campbell yang tebal gila tu jatuh tergolek tepi meja aku. Tak logik sebab buku tadi aku susun tengah-tengah meja.

Aku pandang Jihan, dan-dan pula cermin solek Jihan yang bercangkuk gantung pada almari jatuh. Bersepai kaca. Sumpah pelik cangkuk cermin tu bukan jenis mendatar tapi melengkung. Bila cermin tu bergantung kat cangkuk melengkung ni kena ade stail untuk sauk masuk dan sauk keluar. Bukan mudahlah untuk cermin itu jatuh kesimpulannya. Jihan terus cakap “dah Nadey diam, esok cite”. Malam tu kami tidur biarkan lampu terbuka.

Hari ni Sabtu, ramai yang balik. Lepas solat subuh aku pandang Jihan, “Jihan, jom kita usha bilik atas? Bilik kosong, aku nak tukar tilam ni. Takutlah tilam ni”. “Jom!” laju Jihan balas. Kami ni budak nakal, banyak perangai haram kami buat bersama. Kami keluar jalan-jalan naik tingkat 6 tengok bilik kosong sambil bawa tilam berdarah tu. “Bestnya bilik atas ni, angin kuat”, Jihan ambil feel macam scene Titanic. Tiba-tiba bilik yang kami lalu tadi berdentum tertutup. Melatah aku. Darah sejuk naik kepala terus. Jihan tercengang. Dengan pantas kami masuk bilik sebelahnya ambil tilam dan campak tilam yang berdarah tu atas katil tak susun pun, takut. Kami gigih berlari sambil heret tilam curi tu (tolonglah bayang macam mana aksi kami masa tu). Macam haram.

Sampai je bilik, aku spray tilam tu dengan air yasin dan masukkan cadar. Kami duduk termenung, mengenangkan perihal misteri yang berlaku dalam bilik kami. Menurut Jihan, dia dengar orang cakar dinding selepas cermin tu jatuh, bukan itu sahaja. Jihan mula buka cerita dia selalu terjaga malam sebab tombol pintu tu macam ada orang nak buka banyak kali, ada juga orang ketuk pintu bilik pukul 2 3 pagi tapi tengok aku tidur lena dia pun buat-buat tak dengar je. Ada satu hari aku pergi latihan teater, Jihan kata laptop aku ter on tiba-tiba. Dia malas nak cerita detail sebab aku ni penakut. “Kita tukar bilik nak?” Jihan beri cadangan macam ni. Kan aku beritahu, Jihan ni jenis berani, bila dia sebut macam ni aku terus gelupur nak buat aduan dan minta pindah bilik. Esoknya kami jumpa felo, buat aduan.

Muka kakak felo masa ni, tak terkejut. Dia kata bukan kali pertama kes aduan macam ni. Dia akan beritahu pihak Jaksa. Dia minta kami bertenang dan kembali ke bilik seperti biasa. Selepas isyak, ketua Jaksa datang bilik kami dan bacakan ayat (mungkin pagar bilik). Kami lihat dari luar je. Ketua Jaksa keluar dan berikan kertas dengan potongan ayat-ayat yang perlu kami amalkan. Dia nasihatkan, jangan takut. In sya Allah dia tak kacau kalau kamu jaga bilik ni dengan ayat suci al Quran.

Lepas Ketua Jaksa dan felo keluar dari bilik, ada rakan dari bilik lain beritahu yang Jaksa bukan datang bilik kami je. Ada beberapa buah bilik lagi kena kacau juga. Ada yang kena rasuk, katanya saka keluarganya mengamuk. Kami yang dengar ni terus rasa tak sedap hati. Apa dah jadi dengan kolej ni? Rupanya bukan kes kami je, syukur kami tak nampak apa-apa hanya kena kacau sahaja.

Tak lama selepas kejadian bilik tu, rutin lepas magrib aku ke GLAM makan malam bersama Solehin sebelum ke latihan teater. Tetiba kecoh dengan van ambulan dan banyak kereta parkir depan GLAM. Tetiba seorang kawan aku yang dari bilik jaksa beritahu tadi ada seorang perempuan kena rasuk sampai terapung-apung. Beberapa orang lelaki pegang dia pun tak kuat nak lawan kudrat budak tu. Tak ada pilihan panggil Allahyarham Harun Din tolong. Masa ni arwah dah sakit-sakit tapi sanggup juga datang. Menurut kawan aku, bila ditanya suara perempuan tu bertukar jadi garau. Katanya saka famili, nak buang tapi saka tu mengamuk. Sebenarnya ada sebab lain kawan aku beritahu tapi aku dah lupa. Sambil dengar gosip tengok orang ramai kerumun bilik rawatan, kueh teow aku habis. Sudah sampai masa untuk latihan teater. Maka kami naik meninggalkan tempat kejadian dan menunggu gosip mendatang.

Al fatihah hadiah pada Allahyarham Harun Din, sesungguhnya Allahyarham banyak membantu orang sekeliling aku termasuk orang taman aku merangkap kawan sekolah aku di Gombak. Yelah, rumah aku dekat dengan Markas Pas. Selalu juga berjumpa dengan beliau, ayah aku heret satu famili dengar ceramah pas Allahuakbarrrr!! Tapi aku tidur je.

Sekian untuk kisah pertama segmen kolej UKM seperti yang dijanjikan. Untuk spoiler kisah kedua, tahun kedua gangguan semakin hebat. Aku dah start kena ganggu dari segi penampakan kelibat, Jihan masih watak utama dan ada watak baru. Semua dalam cerita ini adalah kisah benar dan cerita dikongsi mewakili saksi-saksi kejadian. Jika kelapangan seperti malam ini, aku akan terus menaip. Semuga aku mimpi indah malam ini (rasanya malam ni aku tidur tepi mak aku) dan bagi yang muslim jangan lupa baca surah al-mulk.

Demi nak post cerita ini, aku skip tengok kamen rider. Salam Henshin! (terima kasih admin letak gambar Kamen Rider Kiva pada post sebelum ni)

44 comments

  1. Akak grad UKM 2009 dik. Ko duduk kolej mana ni? cerita tu boleh tak bagi details tempat. boleh akak mengimbau kenangan. Kat Pusan ko takde kena kacau ke? Scary gak tempat tu walau siang pun. hahaha

    1. sbnrnya sy batch 2007-2010, kat atas tu sy tersalah taip 2009 (gelepar tangan menaip semlm) hehe. Saya kolej keris mas…. Pusanika tu memang seram lagi-lagi kat tepi longkang besar tu yang bersambung dengan lab kimia (sekarang sy tak pasti jadi tempat apa)

          1. hahaha warga KKM plg fames time tu…

            btw, tadi mneyelinap Blog Biawak tp xperasan kat mna tepek gambar botol tu?

            oh ya, den dlu Warga Pembukitan

  2. Kolej mn tu ye..keris mas ke…Huhu..Alhamdulillah masa dok kolej rahim kajai 08/11 xda apa yg mnganggu…Bab1 byk la kt sana

    1. Banyak kolej ade hutan ni. KKM, Za’ba, tapi yang paling angker kolej Amin. Ada dengar cerita kakak cantik terbang malam.

      1. serius la amin?saya duk amin tiga tahun tak pernah nampak pon la..heee.tapi alhamdulillah tak penah nampak.kahhhhh

    2. KKM, kajai tu ya Allah jalan hala ke stadium dekat dengan bgunan pusat siswazah tu, siap kene kejar ngan kak lang lagi. Babi besar kancil pon penah kami terjumpa pas balik dari mamak.

          1. tak pasti la pulak sekarang dah jadi ape. dah lama tak masuk ukm.
            tp kawasan tu dulu kalau lalu akan nampak gazebo kat kawasan lapang tu. takde sape pun penah pegi lepak kat situ. dah kenapa nak letak gazebo cantik kat situ dik non oiii.

            lagi satu, dulu kalau driver bas berenti area situ, buka pintu tapi takde orang naik/turun, korang takyah la tegur, paham2 je la sapa yang ada dalam bas masa tu. hahaha

          1. kat kolej amin tu dekat tangga panjang tu…. situ byk sgt cerita termasuk kes bangla rogol student tu…. haaa ni pon satu hal gak

  3. akak pun dok keris mas dulu join sanggar mas…lepak glam paling best tp masa tu blok depan2 tu masik blok kosong which is construction yg terbengkalai…sampai akak grad tahun 2004 masih terbengkalai…pernah gak duduk bilik menghadap hutan…alhamdulillah xde apa…

  4. Sis nadey duduk area Markas Pas dekat Taman Melewar ke? Hehe. Saya pun duduk Gombak juga, area situ. Mana tahu kenal. Huhu! Btw, cerita best sis! Please sambung! 😁

      1. Laa yeke. Hahaha! Lagi dekat, Taman Selaseh fasa berapa? Kohkohkoh! Berjiran ler gamaknya. Haha! Senang ni teruih datang rumah sis Nadey suruh story depan2 je. Hohoho!

          1. Kohkohkoh! Yep! Budak semerbak juga. Ahahahaha! Berjiran laa kita ye plus sekolah yang sama. Hahaha! Ke ntah2 kenal? Hihihi! 😂

          2. wakakakak wehhhh tah2 sedawe kite wakaka dan2
            ko batch mane
            budak batch aku kenai nadey ni sbb aku dulu budak nakai
            aku grad semerbak 2005 (tua dh aku ni)

          3. Ohh. Tak tak, aku grad 2009, hahahhaa. Senior aku ler ni. Hahaha! Aku duduk Taman Gombak, selekoh nak ke Taman Selaseh tu. Hahah! 😂😂

  5. Sies ak bayang wehh, aksi hampa curik tilam.macam haram.
    hahahhahahaha lawakk,
    aku dah minat dengan cerita hang Nadey,
    keep share, aku follow #kamenrider

  6. best2…tetibe terimbau balik kenangan mase duk kkm lu..sy batch 2009-2011, duk kkm gak..hehe..terkejut gak bila bace post ni, bile plak ade harun din dtg..ooh upenye batch 2007…hehe
    hai senior..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *