Mak Lampir

Assalamualaikum. Ke hadapan admin dan adminah yg dikasihi. Tak lupa kpd para pembaca FS yg disayangi..ecehhh. Bersama ini dilampirkan cerita Mak Lampir utk keseraman korang huhuu. Cerita ni sekitar awal tahun 2016. Tah tak ingat bulan berapa. Bulan 1 atau 2.

Aku merupakan seorang businessman. Cewah. Sebenarnya peniaga makanan kecil-kecilan je. Tempat meniaga ada dua cawangan, cawangan A dan cawangan B, tapi aku menumpang sewa tapak kat restoran orang je. Budak-budak kerja yang jaga semua. Start meniaga dari pukul 530 petang sampai 12 tengah malam.

Aku sebagai big boss, tugas malam aku meronda ja tengok budak-budak kerja. Kadang-kadang melepak dengan tokey restoran. Sambil-sambil tu usha awek. Aku jaaa yang dok usha awek, tapi awek tak penah pon usha aku, wuwuu. Maybe muka aku tak sekacak Fattah Amin. Awek tengok muka aku pon fattah balik..fattah hati btol.

Sebenarnya aku pagi lagi dah start kerja. Ye la, kerja jual benda makan ni, pagi-pagi dah kena beli barang. Then prepare+masak untuk start meniaga petang nanti. Untuk tempat penyediaan makanan ni, aku sewa sebuah rumah. Kira rumah sewa ni jadi macam kitchen la. Rumah semi-D, aku rasa dibina dalam awal 70-an kalau nak diikutkan dari segi layout dan bentuk binaan. Sewa tak mahal tak murah, tapi agak berbaloi la sebab luas. Porch saja boleh parking 3-4 bijik kereta. Rumah lama-lama dulu kan luas. Aku memang minat rumah lama cam gini sebab luas. Tak macam rumah baru sekarang, semua sempit.

Rumah sewa ni masa aku mula-mula nak sewa memang berlalang dan horror jugak la. Ye la rumah lama-lama kan. Mengikut kata landlord dah hampir satu tahun penyewa lama keluar. Penyewa lama merupakan pekerja-pekerja kontrak warga asing Bangladesh & Indonesia. Masa nak masuk rumah tu, banyak gak la aku touch up sini sana nak bagi nampak rupa macam rumah balik, hehe. Kalau tak, sure orang ingat ni rumah hantu funfair. Pacak pondok tiket sbijik, boleh buat duit sampingan lak hahah.

Rumah sewa ni ada tiga bilik. Satu bilik aku buat jadi macam office siap letak computer, satu bilik solat, satu lagi bilik rehat untuk dua orang pekerja kitchen. Rumah ni kat tepi jalan main road kawasan taman je. Kalau siang memang sibuk, tapi malam kul 11 ke atas sunyi sikit la. Kedudukan betul-betul kat simpang tiga. Orang tua-tua cakap kalau rumah kat betul-betul simpang tiga, memang selalu jadi laluan benda-benda mistik lagi angker ni. Aku buat bodo je. Tak ambik serius sangat pon.

Sebelah kiri rumah ni jiran India. Sebelah kanan rumah kosong sebab owner tak duduk situ. Ada orang nak mintak sewa tapi dia tak bagi, kaya sangat dah kot. Sepanjang 5 tahun menyewa sini, jarang aku bertegur sapa dengan jiran India ni. Dah la jarang-jarang nampak diorang, bila terserempak diorang aku senyum la jugak, tapi diorang senyum macam tak ikhlas ja. Macam sombong sikit. Maybe gak sebab muka aku huduh, tak sekacak Fattah Amin…hmmmm.

Huiiii awat panjang sangat intro cerita angker aku ni. Melalut sampai ke lautan hindi dah ni. Atau korang nak aku lukis je? Hahah.

Cerita bermula bila aku balik dari meniaga dalam pukul 1 pagi. Okkkkkkk cerita baru nak bermula ye tuan puan. Padan muka korang baca intro panjang-panjang. Tapi kalau cerita pendek sangat, korang marah lak.

Lepas tutup stall kul 12, kemas-kemas semua, dalam kul 1pagi sampai la rumah sewa ni.

“Auk auk auk auk auk auk!” salak anjing jiran India aku ni. Geram betol aku dengan anjing ni.

“Halo dog! Dah 5 tahun kot aku jadi jiran hang, takkan tak kenal jiran kot. Diam lah” bebel aku kat anjing tu dengan harapan dia paham apa aku cakap. Tapi aku cakap slow je la, nanti tuan dia dengar. Mau kena cepuk kepala aku, hahah.

“wuk wuk wuk auk auk auk auk”

Ok harapan tinggal harapan. Memang sah anjing ni tak paham apa cakap huhu.

“Paaannnggg Paaanngggggggg Pom Pom Pom” dari jauh dah dengar bunyi ekzos moto 125z roadtax mati, lari kedai, milik budak kerja aku nama Mat San. Malam ni turn dia tolong aku unloading bekas barang-barang niaga daripada van.

“Sreeetttttt” bunyi tayar sotong moto Mat San buat emergency brake depan rumah.

Terkocoh-kocoh Mat San lari. Dengan helmet steng dia tertanggal ke belakang dah, harap ada tali keledar tu ja yang sangkut kat leher lagi. Moto pon dia pon tak sempat tongkat dah. Sandar kat tiang pagar ja.

“Hang pasaipa Mat San? Pondan kejar ka? Kahkahkah” soal aku.

“Weiiiii hareyyyyyyyy #*#$&*%#)*%#(#*$#(*()#&#%”

Hanya carutan kejian hina dina dan nista yang keluar dari mulut Mat San.

“Kena sergah tadi kat jirat hindu. Tadi on the way mai sini nampak ada roadblock. Aku u-turn la balik ikot jalan belakang. Time lalu kat jirat hindu tu. Bleh pulak dia lambai-lambai tahan aku tepi jalan. Lepastu terbang follow dari belakang #*#&$&%*(#$&$#((*&#@##“ kata Mat San sambil lutut dok goyang-goyang lagi.

Aku hanya mampu ketawa je la tengok gelagat Mat San. Sambil-sambil tu aku usha gak kat moto dia kot-kot ada yang menumpang. Tak pasal-pasal nanti dengan aku aku pon lari lintang-pukang. Gelak gelak gak, seram pon ada gak.

Jalan jirat hindu tu memang keras sikit. Dari dulu sampai sekarang macam-macam cerita angker orang dok kongsi. Tapi sekarang dia kacau tak sekerap 10-15 tahun dulu la. Mungkin sebab dah banyak pembangunan.

“Haaa dah dah, mai tolong aku angkat barang. Sambil-sambil tu baca la apa-apa yang patut. Aku rasa hang tak mandi wajib petang tadi. Sebab tu dia berani tahan hang nak tumpang. Haha” sakat aku.

Mat San mencebik bibir sambil buat muka bosan dia. Sebab muka bosan everytime all the time dia tu lah, aku panggil dia Mat San. Mat San terus tolong mengangkat barang sambil terus-menerus membosankan mukanya.

“Nah gaji hang. Potong lima hengget sebab mai masuk keja lewat hari ni”

Mat San memasamkan mukanya pulak sebab gaji kena potong. Dah la muka bosan, masam pulak. Huduh! Waktu ni kekacakan aku lebih terserlah berbanding dia.

“Sampai hati bos potong gaji. Dah la kena sergah tadi..wuwuwu. Dia mai kacau bos satgi baru bos tauuu” kata Mat San nak menyakat aku pulak.

Lepas Mat San balik, aku terus masuk rumah nak kira collection duit niaga malam ni. Siap aku kira duit dan tulis barang apa nak kena beli esok, aku terus ambik towel pi mandi-manda.

Malam ni entah kenapa aku rasa malas sangat nak balik rumah family aku. Walaupun 5 tahun aku dah sewa rumah ni, ada la 3-4 kali ja aku overnight tidur sini. Tu pon tidur dengan member-member sebab layan movie time semua dok balik cuti raya. Kiranya rumah ni memang kosong la lepas habis niaga.

Aku lepak ja kat sofa kat ruang tamu sambil main fon. Aku bukak lampu porch dengan lampu dapur ja. So kat ruang tamu tu memang kelam-kelam gitu la.

“Jam di dinding terus berdetak ahhhhhhhh” nyanyian menggeletis Ayda Jebat dari corong speaker fon aku.

Tengah dok sedap dengar lagu ala k-pop Ayda Jebat ni. Tiba-tiba..

“BANGGGGGG!!” kuat bunyi pagar luar rumah aku macam kena langgar.

Serentak dengan tu, anjing jiran menyalak sakan menenggelamkan suara seksis Ayda Jebat . Terkejut beruk aku. Terus aku bingkas bangun nak pi check. Aku pikir ni mesti ada mat motor kot terbabas kat simpang tiga ni. Tak sempat brek terus straight langgar pagar rumah aku. Naya. Sebelum ni dah pernah kena langgar dah dengan budak keja aku kes brek moto dia tak makan. Tapi kali ni kuat betul bunyi. Mesti dah roboh pagar ni. Huh jahanam jahanammm.

Aku meluru keluar. Tengok pagar aku normal tegak berdiri lagi. Still standing strong. Cuma ada bunyi goyang-goyang lagi tanda macam baru kena langgar. Aku pergi check dekat, takda apa apa yang pelik pon. Aku pikir maybe anjing kot langgar tadi. Aku jengok pagar rumah jiran kiri kanan aku pon takda apa apa jugak. Sambil tu aku sShhhh SshhhHH kat anjing tu suruh diam. Memekak tengah-tengah malam.

“Satu, dua, senyum manismu. Tiga, empat, lirik matamu. Dengan tawa tawa riangmu. Bikin hatiku jadi rapuh. Si pencuri hatiku. Kau pencuri hatikuuuu”. Aku terus lepak kat sofa sambil sambung layan lagu hits terbaru si AJ ni. Sedap pulak lagu ala k-pop ni. Catchy baq hang. Padahal selama ni aku memang pangkah habis k-popers. Entah bila aku bleh terlelap sambil sandar kat sofa tu….…

“Au Au AUUUUUuuuuu” Aku terjaga sebab terdengar salakan anjing yang panjang. Bersahut-sahut antara anjing jiran dengan anjing tah memana dari kejauhan. Dalam keadaan mamai tu, aku bukak mata. Rasa lenguh leher sebab tidur duduk. Pastu peluh rasa panas semacam ja, padahal kipas bukak no 5, siap sofa tu betul-betul bawah kipas.

Dengan mata still kelabu kabur-kabur, dalam cahaya kelam-kelam tu aku nampak depan aku susuk tubuh warna putih sedikit bercahaya. Terus terbuntang mata aku sebab terkejut ada orang depan aku. Jarak lebih kurang 8 kaki camtu. Nahhhhh kauuuuu!! Jelas nyata, baju putih, kaki sampai paras lutut saja, tangan kedut, kuku hitam panjang, rambut putih kusut masai tapi jarang jarang, muka kedut, mata putih bulat terbeliak, hidung takda, bibir hitam tersenyum panjang hampir sampai ke telinga. Aku gelarkan dia Mak Lampir lah.

YA ALLAH!!! Aku mampu kata dalam hati sebab tak terkeluar langsung suara. Kaki dan tangan aku dah kaku tak leh nak gerak langsung. Terus aku pejamkan mata. Jantung aku memang rasa nak pecah sangat-sangat time tu. Berdegup kencang sampai aku rasa boleh dengar degupan jantung sendiri. Nafas aku dah tercungap-cungap, rasa tak cukup oksigen.

Kedengaran anjing terus menyalak panjang. Aku taktau berapa lama aku pejam mata. Mungkin tak lama, tapi dalam situasi genting macam ni, seminit pon rasa macam sejam. Kemudian, salakan anjing tiba-tiba berhenti. Sunyi. Sepi. Hanya bunyi nafas aku sendiri ja yang kedengaran. Tapi badan tetap kaku tak boleh bergerak. Aku pikir “benda” tu dah pergi dah.

Aku buka mata semula. Benda tu tetap ada di depan aku. Kali ni dia mula buka mulut dia slow-slow. Sambil dia slow-slow melayang datang kat aku. Lampu di dapur berkelip-kelip sekejap menyala sekejap padam menambahkan keseraman. Anjing-anjing kembali galak menyalak. Aku terperasan ada seekor lagi benda jahanam tu, bermata merah, berbulu lebat hitam legam macam beruk. Mencangkung di belakang Mak Lampir tu. Air liur warna hitam meleleh-leleh dari mulut dia.

YA ALLAH! ALLAH! ALLAH! ALLAH!

Aku cuba membaca ayat-ayat suci namun semuanya aku lupa kerana ketakutan yang amat sangat masa tu.Mak Lampir semakin mendekat kepada aku, mulutnya makin ternganga luas. Kelihatan jelas rongga mulut dia. Hitam. Namun samar-samar kelihatan lidah berbentuk tirus tajam warna hitam bergerak-gerak dalam mulut dia. Bau busuk mula menerobos ke dalam hidung aku. Bau seperti air longkang yang busuk. Aku syak bau busuk ni daripada mulut Mak Lampir. Sebab semakin luas Mak Lampir ni nganga, makin busuk bau longkang tersebut. Cisss dah la muka buruk, mulut pulak bau longkang! Macam nak pengsan bau busuk mulut dia!

Mak Lampir semakin hampir dengan aku. Rahang mulut dia dah terbuka hampir satu kaki luas. Bunyi-bunyian hilaian tawa kedengaran dari seluruh rumah sewa ni. Aku dah pasrah time ni. Kejap lagi mesti tinggal tulang aku kena kenduri dengan Mak Lampir. Tragis. Air mata aku dah mula mengalir. Tiba-tiba aku teringat cerita daripada Abang Jep. Abang Jep ni merupakan tokey restoran kat stall Cawangan A aku. Baru semalam dok borak-borak dengan Abang Jep pasal ilmu-ilmu silat dan keagamaan.

Abang Jep cerita, dengan kalimah Bismillah sahaja dah boleh tumbangkan lawan yang berniat buruk kat kita. Setiap huruf dalam kalimah Bismillah jika dibaca dengan sepenuh hati dan yakin, pasti akan menghasilkan umpama aura yang tak dapat difikirkan oleh akal. Tapi hati perlulah bersih, yakin dan banyak amalan-amalan yang perlu diamalkan. Aku terus membulatkan tekad. Aku tawakal sepenuhnya pada Allah. Jin dan syaitan juga makhluk yang tak perlu aku takut. Hanya Allah yang aku perlu takut.

Dalam antara keluar tak keluar suara aku. Dengan bibir terketar-ketar. Aku pandang tepat ke mata Mak Lampir. Dengan perlahan-lahan dan penuh kekusyukan aku membaca..

“A’uzubillah himinassyaitonirrajim”

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.

“Bismillahir rahmanir rahim”

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

“La haula wala quwwata illa billahil aliyyil adzim”

Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Mulut aku melafazkan kalimah. Hati menafsirkan maksud. Fikiranku membayangkan setiap huruf yang dilafazkan. Di kala ini, aku terperasan yang Mak Lampir telah terhenti bergerak daripada terus mara ke arah aku. Kedudukan muka aku hanya dalam jarak 2 kaki saja.

Aku terus berdoa di dalam hati.

“Ya Allah yang Maha Berkuasa. Dengan kekuasaanMu aku berlindung. Kuatkanlah hatiku. Turunkanlah pertolonganMu ya Allah. Hanya kepadaMu aku berserah”

Di kala ini air mata semakin laju mengalir membasahi pipi aku. Bagaikan ada satu kekuatan baru. Terus aku menjerit dengan kuat..

“ALLAHU AKBAR!!”

Serta merta Mak Lampir yang berada di depan aku terus meruwap hilang macam asap. Beruk yang dibelakangnya terus melompat hilang di atas siling.

PANGGGGGGG!!

Kedengaran dari luar rumah bunyi yang sangat kuat. Umpama bunyi almari kayu besar yang terbalik.

PRAPPPPPPP!!

Seterusnya bunyi macam ranting kayu besar yang patah.

Terus keadaan sunyi sepi. Lampu di dapur pon menyala secara normal. Anjing pon telah berhenti menyalak. Hanya bunyi kipas ligat berpusing serta bunyi nafas aku yang termengah-mengah. Kaki dan tangan aku kembali dapat bergerak semula. Terus aku beristigfar berkali-kali.

Esakan tangis aku makin kuat. Pipiku makin basah dengan air mata.

Aku menangis kerana sayu dan gembira. Perasaan bercampur baur. Tanpa aku sangka doa aku agar dihantar pertolongan dan diberi kekuatan dimakbulkan Allah dengan segera. Allah..Allah..Allah. Betapa Dia menyayangi hambaNya. Mendengar rintihan hambaNya. Terutama hambaNya yang hina macam aku ni. Selalu lalai dan melupakanNya.

Terus aku bangun mengambil wuduk dan menunaikan solat isyak serta solat sunat tahajjud. Sejadahku basah dengan air mata. Tapi tu pon lepas aku google cara-cara solat tahajjud. Betapa jahilnya aku. Akhir kata, sentiasa dekatkanlah diri kita kepada Allah. Sempurnakanlah kewajipan kita sebagai hambaNya.

Sekian sahaja cerita daripada aku. Harap korang terhibur. Jangan kutuk karangan panjang aku ni. Berdosa..hehee. Komen-komen yang positif takpa. Wassalam.

-=Dee Fen=-

12 comments

  1. hang banyak melalut…..asyik2 dok fattah amin,fattah amin…hg ni pondan ka dok layan fattah amin….keseraman datang masa last2,tu pun kejap jer cerita dia…mukadimah tak ada kena mengena jer panjang

  2. Haha mmg melalut trok intro ko. Tp tak kesah la, kalau baca novel yg tebal2 mmg melalut jugak crita dorg.
    Kalau nak straight to the point, alamatnya cerita jd 80patah perkataan je.
    Apapon kipidap. Menghiburkan & ada unsur menginsafkan.

  3. Habes tu, sekarang masih menyewa ke dak? Kiranya dah tak bermalam seorangan lagilah pat rumah tu yer.. hang tak tau sejarah rumah tu ke? Takdak dengaq cerita ka pasai rumah tu?
    Sebab tu anjing tu dok melalak sakan sangat..

  4. cerita dh seram tp klau bleh kurang kan melalut ye, intro pnjang biasa la sbab nk story psl rumah tu kn tp yg mnyebab kn cerita ni jd xbest sbab bnyk melalut.. tu je ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *