Rumah No.23

Dalam sebulan ni,tak tahu kenapa hati ni gatal nak pindah rumah baru.Kononnya nak rumah lagi besar lagi luas.Maklumlah tahun ni anak aku baru je bertambah lagi.Jadi macam tak cukup space belum nak muatkan barang untuk 4 orang kat apartment kami sekarang.

Lepas breakfast kat Kedai Nasi Ayam Man Chongkram tadi,aku dengan suami pun menuju lah kearah Taman Samudera.Kat situ acah-acah heart of KL kan,lagi pula dekat pula dengan office husband.Dan yang pasti,still dalam area KL.

Rumah kat sini takde lah baru sangat tapi ada facilities agak bagus,plus,guarded services.So,acah-acah selamat la kononnya bila nampak ada guard.

Pusing punya pusing,sampailah kat Seksyen A.Seksyen B yang paling hampir dengan sekolah tapi malangnya takde yang UNTUK DIJUAL.Bila sampai kat guard Seksyen A ni,husband aku pun turun gi borak sambil tanya.Dalam 3minit gitu,husband datang kereta sambil tersengih-sengih.Masuk jer kereta punyalah excited dia bagitahu ada 3 buah rumah yang nak dijual.Rumah kat Lorong 5 ada 2 buah dan sebuah lagi kat Lorong 6.Guard tu angkat palang bagi kami meneroka taman tu.Maka mencari lah kami ikut nombor rumah yang guard tadi dah tuliskan kat sekeping kertas.
Rumah kat Lorong 5 ni majoriti Chinese.

Tadi aku nampak ada 1 je rumah Melayu.Tu pun pasal dia ada ukir Bismillah besar-besar kat pintu pagar.Yang lain aku cakap Chinese pasal aku nampak tanglung dan kain selempang merah atas pintu rumah masing-masing.Tu yang aku terlebih yakin atas penilaian aku tadi.2 buah rumah kami tengok tadi saling bersebelahan.Agaknya owner rumah ni memang dah pakat nak pindah sama-sama kott.Rumah nampak gaya macam baru lepas cat dan jenis intermediate.Aku kurang berkenan jenis intermediate.Rasa lemas pun ada sebab aku rasa macam cahaya tak masuk.Tingkap pulak ada kat belakang dan depan je.Lama-lama aku boleh berkulat kat dalam tu.

Mulanya aku dan husband ingat yang Lorong 6 ni sebelah Lorong 5.Tapi sebenarnya kami silap.Lorong 6 actually selang dua lorong dari Lorong 5.Kat sini nampak ada 3 buah rumah Melayu.Sampai ke hujung jalan,tak pulak aku nampak signage RUMAH UNTUK DIJUAL.Cuma perasan kat hujung lorong ni,ada sebuah rumah kosong.End lot seperti yang dicari.Halaman dia pulak ada extra dari rumah jiran sebelah memanjang je kedepan.Muatlah keta 4 buah.Garage pun ada dua.Pagar dia bukan main cantik lagi tapi agak tertutup.Tengok nombor kat kertas,haa..memang confirm-lah rumah yang ni.Nombor 23.

Menghadap dengan rumah ni,pun ada sebuah jugak rumah macam rumah kami nak tengok ni.Punyalah besar rumah ni beserta halaman,tapi aku nampak kereta Kancil jer parking kat bawah garage?Low profile sungguh bakal jiran ni.(Dan-dan mengaku jiran padahal dalam rumah tak tengok lagi.)

Makanya,husbandku mulalah buat U-Turn nak kembali ke guard tadi.Bila sampai sana,rupanya,gate rumah tu tak berkunci.Tapi guard tu dengan baik hatinya follow kami ke rumah tu sekali lagi untuk tunjukkan kawasan sekitar.
Ok.Sampai kat bahagian,korang boleh abaikan kalau rasa cerita ni terlaampau cliche atau bohong pada hemat korang.Tapi,aku cuma nak cerita pengalaman aku yang langsung tak ditambah drama atau olok-olok untuk dijadikan penyedap cerita.

Waktu aku melangkah keluar dari kereta,at first place aku tak rasa apa-apa yang pelik.Sampai lah aku langkah masuk ke kawasan rumah.Lepas jer pagar tu,aku dengar suara gagak bertempik.Anak aku yang nombor 2,masih agak lena kat pangku husband aku.Anak aku yang nombor 1,macam biasa,sentiasa active.

Untuk mudah korang bayangkan,kawasan rumah tu dah agak terbiar.Rumput dengan lalang pun dah bercampur aduk.Kata guard Nepal tu,rumah tu baru 2 bulan kosong.Tu kata dia.Tapi kalau tengokkan gaya,macam dah berbulan-bulan gamaknya.Bila aku toleh ke muka pintu,pintu depan tu memang dah ternganga.Mungkin husband aku perasan aku duk pandang pintu tu,so dia terus cakap yang pintu rumah ni memang tak tutup dan tak kunci.Terus lepas dia cakap camtu,laju je dia jalan arah pintu sambil ajak guard Nepal tu tengok dalam rumah pulak!

Dan pada masa yang sama,bunyi gagak tu still berbunyi tanpa henti hoccay!
Aku terus ikut dari belakang.Lama-lama kat luar ni,terasa rimas pun ada.Tambah pulak dengan suara gagak yang duk memekak dari tadi.

Dalam rumah biasa-biasa jer.Kat bawah ni,ada satu ruang tamu yang agak spacious,tak ada sawang tapi kat lantainya penuh dengan tahi kelawar dan tahi cicak.Ruang tamu tu bersambung dengan satu bilik makan.

Setentang dengan bilik makan,ada sebuah bilik yang di cat dengan warna soft green.Sebelah bilik makan ada sebuah dry-kitchen yang boleh memuatkan 5 orang dalam satu masa.Bilik langkah ke dapur yang sebuah lagi (wet-kitchen),punyalah aku dan husband terpegun.Mana tak terpegun korang weii..dapur dah macam examination hall!Cuba korang bayangkan macamana lah agaknya kalau peti ais hujung belah kanan,then stove plak duk hujung belah kiri.Mahu nya hangus kuali tu kalau time buat nasi goreng,korang terlupa nak ambil telur dari dalam peti ais.Hurm..

Bila tengok dapur,hati aku dah auto-set yang aku tak berkenan.Tapi sekali lagi,laju jer husband aku menonong naik ke tingkat 2.Anak alu yang first tu dah terjerit-jerit geli dengan lantai kotor tadi.Aku sambar tangan anak lelaki aku yang sulung ni sambil slowly panjat tangga ke tingkat atas.Baru separuh langkah kami memanjat,hidung ni tercium bau hanyir dan tengik.

Aku pusing belakang,nampak guard Nepal tadi pun ada kat belakang.Sah!Ni mesti bau si Nepal.Aku laju-laju pimpin anak aku.Sampai kat second floor,kat sini ada 3 bilik.Belah kanan aku,ada 2 bilik medium size.Kat sebelah kiri pulak,master room yang saiznya sama dengan 2 bilik medium tu.Oh ya!Sampai saat dan ketika ini,bunyi gagak ni makin galak pulak tau kat telinga.Macam dalam group yang besar dan saling menyahut pulak.

Tapi,ada something yang buat aku rasa lain macam kat atas tu bila aku masuk salah satu bilik medium kat tingkat ni,aku ingat lagi,bilik tu warna biru awan.Tingkapnya dua dan ada kesan baru disimen tanpa dicat.Bila aku pandang ke sekeliling bilik,entah kenapa mata aku tertancap kat jam dinding kat bilik tu.Terlampau jelas jam tu m**i.M**i tepat pada pukul 4.Tapi tak pulak aku tahu samada dia m**i pada pukul 4 pagi atau 4 petang.Rasa seriau datang tiba-tiba.Maybe pasal pengaruh TV atau aku sebenarnya banyak baca novel Tamar Jalis.

Bila aku kebilik master,tak semena-mena anjing dari rumah depan(yang bawah garage) ada kereta kancil)tadi,menyalak-nyalak.Dari tingkap bilik aku memang nampak dengan jelas dia menyalak sambil berpusing pada tiang yang duk tambat tali kat leher.Dari bunyi gagak,sekarang bertambah pula bunyi anjing rumah sebelah.Masa ni aku dah fikir camana nak tinggal kat sini kalau bunyi binatang ni je dah mampu buat telinga bingit.Memang jawabnya tak tidur siang la anak aku nanti.

Alang-alang dah kat tingkat atas ni,aku teruskan kaki ke tingkat paling atas.Husband aku dah berangan nak jadikan tingkat 3 ni bilik stor kami.Kononnya..tapi memang aku akan gunakan kuasa veto teragung seorang isteri untuk tidak merealisasikan angan-angan dia.So,bila naik tingkat paling atas ni,mata aku melilau-lilau lah nak cari apa bahan aku boleh argue dengan husband aku nanti untuk reject segala proposal yang akan dia kemukakan…pergh!

Kat atas ni aku takleh stay lama-lama.Rasa tak selesa sebab dah tak suka kott.Atau sebenarnya memang aku pasti bagai ada yang member hati dan mengekor je.Atas ni ada 2 bilik lagi.Aku rasa benci tengok cat kat dinding ni.Anehkan perasan tu?Padahal dinding cuma warna biru.Bilik yg belah belakang memang langsung aku tak jengah.

Tapi bilik yang belah depan menghadap ke rumah yang ada anjing tu aku masuk bila aku nampak suami aku dah sampai ke perut bilik.Ada tandas yang di dalamnya ada sebuah vermin besar,catnya warna biru dengan tingkapnya tinted.Kat dinding masih bertampal gambar-gambar dan kad ucapan penghuni yang sebelum ni tinggalkan.Oh!Poster motivation pun ada tau.hahaha.

Waktu aku lalu depan bilik air,aku terpandang wajah aku sendiri kat cermin bilik air tu.Tak tahu kenapa,samada pembawakan suasana atau memang aku nampak wajah aku yang kusam dengan mata menjeling dalam cermin tu.Pastu,eh..ada pulak bau tengik muncul.Aku grab tangan anak sulung aku sambil melangkah ke tangga.Sampai tangga,bau tu dah jadi bau bangkai!Gila busuk sampai aku rasa loya.Husband aku boleh pulak still melilau kat dalam bilik tu dan lagi aku geram bila dia tiba-tiba tanya, “eh!Dah turun?Taknak tengok 1 bilik lagi?” Buat hal dia ni tauuu!!

Bila nampak aku laju turun sambil perang tangan anak,husband pun ikut sama.Mujur.Sampai floor paling bawah ,aku meluru keluar dari rumah.Tangan anak tak jugak aku lepas kan.Bila kaki ni dah langkah keluar dari pagar rumah tu,barulah aku bernafas termengah-mengah.Tangan anak aku pun dah aku lepaskan.Dengan gelojoh aku masuk dalam kereta.Husband aku?Dia borak-borak jap sambil ambil no.phone owner rumah.Eiii..sempat lagi?!

Husband masuk je dalam kereta,aku terus tanya pendapat dia pasal rumah tu.Sambil pusing kereta dia dengan muka bersungguh-sungguh cakap taknak.Dia kata rasa seram.Then aku menyampah la pasal bunyi bising burung dan anjing.

Macamana anak nak tidur.Dan aku terus bercerita sampai aku tak perasan husband aku pandang je muka aku..semacam.Bila aku tanya kenapa,dia cuma kata pelik.Pelik sebab sebenarnya dia tak dengar dan tak bau pun apa-apa yang macam aku cerita!Tambah husband aku lagi,kalau ada bunyi dan bau macam aku cerita mesti anak kami dah sibuk tanya itu ini.

Aku confuse jap.Tapi demi Allah,aku memang alami semua tu!

NSR

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 3]

14 thoughts on “Rumah No.23”

  1. First thing first, yeahhh rasa “belagaknya dia ni”. Second wave, ” erm not bad story mory dia”. Third wave, “wowww she has something to share”. Fourth, “ermmm seram hokay!!!”. Don’t forget to share more and more.

    Reply
    • tang mana yg berlagak tu? sy tak perasan pun, lancar je baca sampai penghujung cerita. bagus lah penulis dah dpt sign awal2. penulis ni berkerja atau suri rumah? kalau suri rumah, banyak masa dihabiskan dalam rumah je kut, bayangkan kalau tak dapat apa2 sign…. jeng jeng jeng….

      Reply
  2. Ini story yg 1st ke? Sy start baca Di tgh2 cerita.. da habis patah balik pulak yg awal.. tunggang langgang dah jln cerita ni sy baca.. hehe start Dr mak sedara smpai SIL pastu Baru baca Bab Sara… Sesapa Ada link yg awal x? Thanks..

    Reply
  3. Cek mai sini pasai nak dengaq cita hantu bukan nya pasai nak beli rumoh 2/10

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.