15 jam dan Siapa Suu?

Aku sepatutnya balik ke kelantan dengan keluarga aku. Tapi di sebabkan ada hal aku terpaksa balik dua hari lambat. Lepas dah bincang dengan family aku. Aku pun pilih keretapi untuk perjalanan ke kelantan. Aku naik dari Johor. Dalam pukul 9 lebih dan aku ambik tempat duduk berbanding katil sebab nak tengok view luar.

Aku naik tengok dekat gerabak aku tak berapa ramai. Aku pun duduk dekat seat aku. Nasib baik kosong jadi selesa sikit. Keretapi ni pun bergerak. Dah dalam 2 jam perjalanan aku tengok jam nak dekat pukul 12. Tiba-tiba ada tangan halus sentuh aku dari tepi. Aku pun terkejut. Bila pandang, eh ada orang duduk. Tak perasan pula. Lagipun aku pandang cermin keretapi tu kalau ada orang mesti nampak reflection. Aku pun cakap sorry sebab aku letak tangan dekat seat dia. Aku cubalah nak pandang, tapi tak nampak muka . Tapi dari segi barang dia ada beg tangan dan scarf dengan perfume dah jangan perempuan.

Aku asyik check jam rasa macam lambat betul waktu berjalan. Sampai lah gadis sebelah ni tegur aku. “Nama siapa?” Aku blur kejap. “Eh saya? Nama saya Aman,” aku jawab. Dia sekadar mengangguk. Lepas tu dia alihkan scarf dari muka dia. Dia keluarkan air dari dalam beg dia. Aku ni tiba-tiba macam terpukau. “Nak ke?” Pelawa gadis tadi aku reject cakap tak haus.

“Cuba tengok dekat sana,” kata dia. Aku terpinga kejap. Sana mana? Aku pun pandang dekat seat hujung depan aku. Kosong seat tu. “Ada budak perempuan dari tadi perhati kita. Awak tak nampak tapi saya nampak. Awak ke yang bawa budak tu?” Aku dah rasa tak sedap hati. Dia ni boleh nampak hantu ke? Aku pun straight to the point, “awak boleh nampak makhluk halus ke?” Dia gelak kejap, tapi dia jawab “ya”. Dia siap cakap yang gerabak kita duduk ni kosong dari mata kasar. Tapi dari mata dia, penuh dan padat.

Aku takut juga. Tengok jam baru 1 lebih. Nak pergi tandas pun aku fikir panjang. “Tadi saya duduk belakang. Tapi saya nampak seat awak sorang je kosong. Benda tu pun duduk sebelah awak. Benda tu tak elok jadi saya duduk sini dia tak kacau awak.” Panjang lebar dia bebel. Aku tanya dia benda yang duduk sebelah saya ni ada lagi ke. “Ada dekat depan awak.” Aku pandang depan aku dengan pandang sekeliling.

“Awak tahu tak setiap tempat yang kita lalu setiap kali tu juga ada benda ikut kita. Kita lalu kilang benda dari kilang ikut. Kita lalu kawasan rumah lama, benda dari situ pula ikut. Kita masuk tandas benda dari situ pula bergilir ikut.” Kiranya benda tu berganti ganti macam 4 × 400 ke? Aku saja nak cuba buat lawak. Dia angguk perlahan. “Macam mana awak boleh dapat ‘kebolehan’ untuk nampak makhluk makhluk ni?”

Dia explain dekat aku katanya dekat kampung dia. Kampung dia nk memang pedalaman. Ada satu upacara. Dan lagi satu diorang ni melayu tapi perkampungan tu rata rata bukan islam. Aku tanya kampung mana dia tak jawab. Katanya setiap anak-anak perempuan yang genap umur 18 dan lahir pada tarikh (dia tak kasi beritahu), ada satu upacara kasi nampak makhluk halus untuk berkawan dengan diorang dan jaga kawasan diorang. Tapi bukan semua dapat. Ada yang gila sebab tak sanggup. Ada yang b***h diri. Tapi kampung dia tu bukan semua rakyat dia pendalman. Ramai je anak muda yang belajar luar kawasan diorang masuk u semua. Maknanya ramai dari kampung diorang yang boleh nampak.

Dia tanya aku, tak takut ke? Aku jawab tak. Dia dulu pernah cerita benda ni dekat stranger yang dia jumpa. Tapi semua terus pindah tempat duduk. Aku mulanya nak teka dia dari negeri mana. Tapi dari cara percakapan dia memang total bahasa bandar atau KL tak ada slang bahasa negeri. Tengah aku termenung pandang sekeliling keretapi tu kosong. Dia tepuk tangan aku. “Benda depan awak tu rasanya dah lama ikut awak. Kalau baru ikut dia tak akan pandang lama, dia cuma tenung sekejap.” Aku telan air liur kejap. “Saya tak perasan selama ni ada yang ikut dah lama atau baru” dia keluarkan buku nota kecik. Dia suruh aku tulis nama aku bin kan nama mak aku bukan ayah aku.

Aku tanya dia, syirik ke tak ni? Dia gelak je sambil dia cakap, “cepat…” aku pun tulis Aman bin Aminah nama mak aku. Dia baca nama aku lama aku nak pandang dia suruh aku tidur. Aku pun penat tengok dah 3 pagi gitu. Aku pun tidur. Aku bangun dalam pukul 8. ETA sampai kelantan 15 jam. Aku dah 4 kali naik train dari jb ke kelantan biasanya 15 jam. Aku bangun pagi tu. Tengok dia ni atau dia suruh aku panggil suu dia tengah tidur. Hari dah cerah jadi aku berani sikit pandang keliling. Dalam hati, “fuh, selamat sikit.”

Suu ni pun bangun. “Benda tu pendinding awak atau peneman,” kata Suu ni, benda tu dari keluarga aku suruh benda tu jaga aku. Bila aku tanya saka ke. Dia jawab dari akar saka tapi pangkal pendinding. Katanya benda ni setakat tolong perhati aku dan lindung dari benda luar lain. Dia tak tahu siapa yang kasi benda ni. Katanya keluarga aku. Bila aku tanya rupa benda tu macam mana. Katanya rupa dia lawa dia tenung aku semalam sebab suu ni kacau aku. Tapi lepastu suu ni turun. Aku tak ingat dekat mana. Pahang rasanya. Dan pejalanan aku terus sorang diri.

Dia siap pesan jangan takut. Yang teman aku dia “baik” aku sepanjang perjalanan tu rasa takut. Tengahari aku sampai stesen dan turun pakcik aku ambik. Sebelum keluar train tu sempat juga aku toleh kiri kanan depan belakang. Aku tak tanya keluarga aku pasal “peneman” tapi aku hairan macam mana suu ni dia tahu benda tu ikut aku dari mana semua. Benda tu misteri aku ada juga cuba cari facebook berminggu nak jumpa suu tu. Tapi tak jumpa. Aku cari dekat google pasal kampung suu. Ada yang hampir tempat dengan ciri ciri yang dia cerita tapi aku tak berapa pasti.

Aku harap boleh jumpa dengan Suu tu lagi. Kejadian ni 2 tahun lepas tapi sampai sekarang aku musykil. Aku rasa macam suu ni pun hantu.banyak kali aku tengah baring ke duduk aku dengar suara suu ni. Bau perfume dia pun sama. Ada sekali aku baring teringat suu ni. Datang bau perfume dia. Waktu tu juga aku duduk dan cakap “suu ke tu”? Tapi entahlah misteri yang mungkin sampai bila bila aku tak dapat selesaikan.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

A***
FB Penulis
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

20 comments

  1. Ayat patut diperbaiki. Susah nak faham kalau ayat tunggan-langgang macam ni. Perhatikan tanda noktah kena letak mana. Nama khas kena mula dengan huruf besar.
    Belajar rajin-rajin.

  2. Tidu 3 pagi bangun pukul 8..anak ada bangun semayang subuh tak..?klu tak bangun si suu pon 2×5 jugak laa tak tolong kejutkan..hai laaa…
    Ralat sungguh makcik

  3. Korang ni nak buat cite tu buatla betul2. Ni titik, koma hilang ghaib. Kena baca ayat yg sama 2 3 kali baru paham ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.