2 Wanita di Dapur

Assalamualaikum rakan rakan FS. Aku boleh dipanggil Haja.Aku ade banyak kisah tapi aku kongsikan kisah yang baru dan masih panas lagi.Tapi sebelum aku kongsi hat ni aku dah pernah kongsi juga cerita2 lain,entah kenapa fs hanya siarkan satu aje dan aku harap yang ini dia akan kongsikan.Begang la juga bile ko taip panjang-panjang tapi tak disiarkan,tapi aku tetap sayang fs ni sebab banyak kisah-kisah dan pengalaman kau orang aku baca seram dan tak seram pun ada.Jadi begini kisahnya ada dua tau aku kongsi yang da suam dulu.

Jam 8 malam suami aku gerak pergi kerja jadi tinggallah aku dengan anak-anak aku kat rumah. Anak aku dua orang je dan dua-dua lelaki. Hat sulung umur baru 4tahun dan yang kecil baru nak masuk 9bulan. Suami aku kerja bawa lori balak dan ada masa dia parking lori dalam hutan tu pun kalau ada member yang bawa kereta masuk hutan lah,ada masa die tidur dengan lori dalam hutan.

Kalau dia tidur dalam hutan tinggal kami 3beranak ni jelah kat rumah. Lepas bapak diorang ni pergi kerja anak-anak aku pun main lah sampai jam 11malam baru reti nak tidur. Masa tengah dok dodoikan sikenik dan siabang yang tidur ayam ni kat dapur bunyilah benda jatuh. Hah kau..dalam hati aku, anak aku yang sulung ni tanya aku”mama bunyi ape tu?”.. Aku “barang jatuh kat dapur,abang pergilah tengok” saja aku nyakat anak aku soh pergi tengok. “Tak nak,gelap yash takut” ish budak ni dah tau takut pi tanya lagi.

Untuk pengetahuan korang kami tidur diruang tamu sebab anak-anak aku tidur lasak risau kang jatuh katil jadi kami tidur berbekalkan tilam empuk diruang tamu. Aku pun bangun buka lampu dapur cari ape barang yang jatuh tu. Oh!! penapis santan yang jatuh.Aku angkat letak disingki dan yang hairan apa hal benda alah tu jatuh sedangkan dalam singki..kau rase..,untuk tak nak bagi anak aku takut aku diamkan aje dan angkat basuh sangkut.

Dah selesai…sape cakap dah selesai dia menyakat? Dia sambung kat luar rumah pula korang..lebih kurang setengah jam kejadian anak sulung dan sikenit dah lena diulik mimpi aku je masih kekal jadi jaga malam tu. Mula aku baring menghadap arah pintu dah rasa penat aku nak pusinglah meringin hadap ke arah anak aku kiranya mula tadi aku membelakangi anak aku dan sekarang aku nak membelakangi pintu pula. Baru aje gerakkan badan nak pusing bunyi payung jatuh.

Nak kata dahan rumah aku tak da pokok dah,dan bunyi pun tau bunyi payung jatuh macam mana. Terhenti aku baring secara terlentang lepas bunyi payung jatuh tadi hahhaha keras aku jap kat situ mana taknya, payung yang kau sangkut kat grill pintu jatuh? Mustahillah kecuali ada orang bagi jatuh.Siapa pula nak bagi jatuh rumah aku berpagar siap mangga hellok. Lepas otak aku berfungsi terus aku pusing hadap pintu balik tak jadi hadap anak aku hahaha. Dalam hati nak intai ikut cermin tapi risau kang ade mate intai aku balik nyudah situ juga aku jalan. Baca baca ayat hembus keliling terus aku pusing ke arah anak aku dan tidur dengan aman sampai subuh.

Ni kisah kedua, baru jadi pagi semalam masa tu suami aku kejutkan aku nak pergi kerja dan aku pun bangun salam semua. Dah laki aku pergi kerja aku pun baring-baring. Masa aku baring dengan anak anak aku tiba-tiba aku dengar bunyi orang masak kat dapur.Rumah tinggal aku dan anak-anak aku siapa pula nak memasak aku dekat ruang tamu.

Aku bawa anak-anak aku pergi dapur sekali intai dan aku nampak sorang perempuan kurus berdiri tengah masak dan ada satu kepala tengah jergah dari.luar rumah. Muka nya putih mata hitam menyeringai kearah aku seolah olah nak masuk kedalam rumah dan yang sekor lagi tengah masak pusing kearah aku dengan senyuman yang seram muka nya hanya tengkorak saja dan berambut pendek.

Lepas tu dua-dua hilang. Aku tak puas hati pergilah ke arah pintu dan nampak hat kepala yang nak masuk tu berjalan atas angin dengan perlahan masuk,mulanya hanya nampak rambut yang panjang dan jubah dia yang putih saja yelah dalam.gelapkan dan makin dia dekat makin laju dan cuba nak terkam aku yang berdiri kaku sambil mendukung anak kecil aku dan anak yang sulung menyorok dibelakang aku.

Syukur dia tidak dapat menyentuh aku dan dia keluar semula dan mahu mencuba lagi untuk menerkam aku dengan laju namun hasilnya tetap tidak berjaya. Dalam masa dia menghampiri aku untuk menerkam aku dapat lihat wajahnya sungguh hodoh. Wajah tepi kirinya hanya tinggal rangka dan bebola mara putih berdarah-darah dan giginya tajam. Manakala sebelah lagi putih tak berdarah.
Usai makhluk tu pergi anak aku yang sulung melangkah nak kejar terus aku menjerit jangan bimbang dia akan tarik anak aku dan bawa pergi.

Terus aku terjaga selepas aku jerit menghalang anak aku tu. Syukur aku bermimpi. Aku lihat jam tak jauh mana selepas suami aku keluar pergi kerja jam 5pagi dan aku terjaga dari mimpi tu jam 5.15pagi. Aku sentiasa berdoa semoga Allah memelihara keluarga ku ini dari gangguan iblis dan syaitan.

Sekian untuk kali ini.
Admin tolonglah post kan ye.

25 thoughts on “2 Wanita di Dapur”

  1. oke…akak baca cerita ni menarik sebenany..tapi sebagai pembaca pruff partime yang xbergaji, akak nmpk susunan ayat dalam cerita ni xkuat. Buat akak pening sekejap n feeling seram tu xsampai. Dengan typo, dengan penggunaan perkataan ‘ pasar’ yang keterlaluan menjadikan cerita ini sangat xformal.

    Ada beza bila kita bcerita secara lisan dengan tulisan. Akak xhairan kalau pihak admin xapprove sebab dia nk adik tulis dengan sistematik lagi. Penulisan yang matang x kan hampakan pembaca. Xsemestinya cerita yang panjang itu menarik, kadang2 yang simple itu pun sampai feeling kepada pembaca kalau betul caranya.

    Tulis lagi.Akak xjemu baca.. insyaAllah makin biasa menulis nanti makin mahir, maka makin kerap admin fs akan approve.. gud luck dearπŸ˜‰

    Reply
  2. kalao aku tahu yg engko dan anak2 engko.je tnggal msatu, aku akan datang komah kau tu.. Ada juga baiknye kn.. Maksud aku, aku datang n jumpa engkau.. biarkn anak kau sedap tdo dekat katil dan kita pulok sedap menyedap atas katil yea.. bukan ke ow yeah mcm tu dbandingkn buat cirer yg tak logik ni.lol.

    Reply
  3. Patut la admin xnk up cerita hg kak.. ak baca separuh jalan je ni sbb x best.. ni mst admin post sbb kesian kak dah tegur mcm tu dri awal..

    Reply
  4. Aku nak komen sikit berkaitan dengan ayat tu, aku kadang2 baca laju jadi ayat belakang yang patut ada “koma” jadi lain, contohnya ayat bawah2 tu ada yang kau cakap anak kau nak kejar hantu tu, “…terus aku jerit jangan bimbang dia akan…” yang ni aku terbaca jangan bimbang tapi apa yang cuba disampaikan oleh penulis ialah “…jerit jangan, bimbang dia akan…” tapi overall story is okay dan menarik. Kipidap

    Reply
  5. No wonder la admin FS tak publish cite ko.. ayat tunggang langgang.. koma, noktah semua ntah kemana.. Lepas ni tak payah hantar lagi cite ko la ya..

    Reply
  6. Cuba lagi kak…pening saya baca,koma kat lain,titik kat lain…hmm..x tau part seram nya kat mana…sorry kak..cuba lagi..dont give up..πŸ™‚πŸ™‚

    Reply
  7. OK Kak, saya bagi semangat. Don’t give up tau. Cerita dah menarik dah cuma gaya penulisan je perlu digilap lagi. Pedulikan kata2 hina mereka ni. OK! Good Luck.

    Reply
  8. Patut la semua citer yang share x pernah admin post…pening kepala baca ko nye ayat karang…nak karang ayat, ko xleh la guna pakai mcm cara ko bercakap. Memang mampus la org x paham.

    Reply
  9. Jalan penceritaan tu ada dah okay…cara nk smpaikan dlm bentuk penulisan aje yg kurang…xpe kak…teruskan jer menulis perbaiki ape yg salah…lama2 nnti akan lebih mahir…pastu leh kongsi pengalamam lain pulak ye…kipidap…

    Reply

Leave a Comment