2506

Assalamualaikum semua, pengalaman yang menyeramkan ini terjadi pada tahun 2010. Masa ni aku tengah menuntut di sebuah kolej swasta di Pandan Indah Ampang. Kolej aku menyediakan penginapan di kondominium yang berdekatan dengan kolej. Disebabkan aku ni student under sponsor KKM tapi ditumpangkan belajar di kolej swasta jadi aku tak banyak soal pun pasal penginapan walaupun kadang-kadang rasa macam di anak tirikan oleh KKM. HEHE. Tapi bila fikir balik dah dapat fully support dari KKM pun aku dah bersyukur sangat.

Kisahnya bermula bila aku dan kawan-kawan ditempatkan di unit 2506. Kisah pertama yang menyeramkan berlaku masa cuti hujung minggu tinggal aku dengan dua orang je lagi kawan aku. Dua orang kawan aku ni duduk master bed room, aku pulak duduk di bilik kedua tapi disebabkan bilk aku tak ada orang , aku pun menumpang la bilik dia orang malam tu. Malam tu dia orang layan cerita korea kat laptop masing-masing, aku pulak tak minat korea jadi aku layan lagu Tok Ti kat you tube jelah. Earphone aku sumbat kemas-kemas sebab tak nak dengar suara mamat korea bercakap sesuatu yang aku tak faham.

Tengah syok-syok layan lagu wajah kekasih tiba-tiba dua orang kawan aku tu menerpa ke arah aku, terus suara siti aku bertukar jadi suara waghih ko jolobu sebab terkejut. Potong betul lah dia orang ni. Bila terpandang je muka mengalahkan ju on tercekik tulang yang dia orang tayang kat aku, aku dah start tak sedap hati. Sebab risau aku pun cabut earphone dan tanya kenapa. Shikin tanya aku ada tak dengar orang ketuk pntu bilik tadi. Aku mesti la tak dengar. Tengah-tengah suspen tu tiba-tiba dengar orang tarik kerusi kat ruang tamu diselang seli dengan bunyi seakan akan barang dihempas ke lantai.

Kali ni aku pulak macam meriam harum sundal malam tersedak sambal sotong. Mak aii..kuat kot bunyi tu mustahil dari rumah jiran. ‘Ada housemate kita balik kot’ Faten yang tadi diam bersuara. Aku dengan pantas menggeleng. Aku dah selak (kunci) pintu dari dalam kot. Memang main door tak boleh bukak dari luar. Dia orang nak masuk ikut mana? nak panjat balkoni? memang tak la, tingkat 25 ni kak. Dalam lima minit bunyi kat luar hilang, suasana jadi sunyi. Masing-masing dah pucat, mulut pulak terkumat kamit baca ayat suci al quran yang kami tahu.

Shikin memandang aku dan Faten. Cuak aku time tu wehhh, kalau Shikin kena rasuk mati la aku dengan Faten. Aku tahu Faten pun fikirkan perkara yang sama. “korang, kita kena keluar tengok apa yang jadi” Shikin ajak kami buat benda gila bagi aku. Aku tak nak. Aku takut tapi malangnya Faten pulak buat kacau nak follow idea Shikin tu. Takkan aku nak duduk sorang-sorang dalam bilik pulak kan. Tak fikir panjang aku pun follow dia orang. Shikin mengetuai kami orang, tombol pintu dia pulas aku pulak pejam mata sambil pegang baju Faten. Taraaaa…. tak ada apa, ruang tamu kosong and kerusi pun tak ada yang bergerak. Semua tersusun kemas.

Malangnya, DUMMMM… Pintu bilik kami tertutup dengan kuatnya macam kena pukul ribut, terlompat-lompat la kami bertiga sebab terkejut sangat. Jantung rasa macam dah luruh ke lantai, muka masing-masing pun dah pucat macam mayat. “korang nak masuk bilik?” Shikin bertanya.”Macam mana kalau benda tu tunggu kita dalam bilik?” Faten pula menambah. Kau memang gila Faten, statement kau memang boleh buat aku mati berdiri. Jadi malam tu kami pun decide untuk tidur di blik kedua iaitu bilik aku. Laptop yang tak off kami abaikan demi kesejahteraan kami malam tu. Maka berHUHU la kami bertiga malam tu.

Korang ingat lepas dengar bunyi-bunyian tu cerita aku habis? Tak, ada lagi tapi bukan hari yang sama dan kejadian kedua ni aku alami bersama roommate aku di bilik kami. Kejadian kedua yang aku alami ni jadi masa aku dalam sem 4. Aku setahun ade tiga sem sebab short sem, kira sem 4 ni sem 1 tahun 2 aku lah. Masa ni study week, semua duk pakat tak tidoq malam sebab nak menghafal nama tulang, otot, saraf bagai. Malam tu Wani dari bilik no 3 nak pinjam laptop aku sebab dia tak siap lagi assignment.

Aku on je, tengah malam baru dia start buat kerja. Aku dah nak hanyut dah time tu. Dah nyenyak tidur dalam pukul 4 pagi macam tu aku tersedar sebab ada bunyi macam orang mengemas. Aku tak syak benda lain dah mesti Wani la tu baru siap buat assignment. Aku sambung tidur semula, baru lima minit aku terlelap semula aku rasa macam ada orang himpit aku dari sisi belah kiri, aku tak sedap hati. Macam nak panggil Wani tapi tak terkeluar suara. Aku baca ayat kursi dan himpitan tu hilang. Alhamdulillah, nasib baik lepas tu senang aku nak lelap semula. Bangun pagi tu aku tengok sorang roommate aku termenung atas katil. Aku pelik la jugak sebab jarang tengok dia termenung jauh macam tu.

Aku tanya dia kenapa dan dia pandang aku tajam, seriously kakak takut dengan pandangan dia. Dia tanya aku apa yang aku intai tengah malam semalam dari atas katil aku. Ohh, lupa nak bagitau aku tidur katil double decker tingkat atas. Dapat imagine tak macam aku jenguk kawan aku kat katil bawah. Satu lagi nak bagitahu, rambut aku time tu panjang, paras pinggang korang. Jadi aku dapat bayang macam mana yang member aku nampak tu tapi, sumpah aku tak jenguk apa-apa. Nak jengok apanya, kawan aku yang katil bawah tu bukan ada pun, amoi tu bali melaka.

Yang buat salur darah aku nak tersimpul bila kawan aku cakap dia tengok la apa yang ‘aku’ jengukkan tu, bila dia pandang je kat katil yang sepatutnya kosong tu dia nampak ada orang baring atas katil tu. Posisi pula mengiring menghadap dia. Muka tak nampak la sebab bilik dah gelap tutup lampu semua. Aku dapat bayang apa yang dia rasa tapi dia patut tahu yang aku tak jenguk pun. Korang…maksudnya himpitan yang aku rasa tu ‘aku’ yang nombor dua la kan. Makin kemas pulak rasa simpulan salur darah aku. Wani masuk bilik sambil menyanyi-nyanyi. Ewah.. kau mek klate, seronok nampak. Haaa.. kena tanya dia ni.

Wani tak puas hati dengan pandangan aku dan kawan aku sorang lagi tu. Dia tanya kami orang kenapa. Kami orang pun cerita la semua yang terjadi semalam. Wani pulak dengan slumber bagitahu yang dia da tidur time tu. Dia cakap dia tidur awal dan tak siapkan pun assignment dia sebab dia nampak ada sweet candy berdiri sebelah locker. Berani batul dia ni boleh tak menjerit. Actually dia cakap dia pun ketaq lutut tu yang tarik selimut terus tidur. Kalau betul wani tidur awal siapa pulak yang aku dengar mengemas barang semalam? Lepas peristiwa tu Wani tak tidur dah dalam bilik aku sampai habis belajar. Trauma, fobia semua dia dah dapat kot. Hehe.

Peristiwa kedua tu betul-betul bagi kesan kat kami orang. Habis semua housemate takut. Kami cerita dekat warden pasal ni, actually bukan aku saja yang alami semua ni tapi hampir semua housemate aku terganggu dengan pelbagai gangguan. Cuma tak terdaya la aku nak cerita semua. Warden cakap kat kami orang yang tak ada apa yang perlu ditakutkan. Ewahhh kau Pak Husin, duduk semalaman tengok jadi apa. Dalam tak ada apa tu tiba-tiba dia bawa ustaz untuk ‘pagar’ rumah kami. Alhamdulillah, tu la yang kami harapkan sebenarnya. Gangguan tak ada untuk seminggu dua, berkat ayat rukyah ustaz.

Tapi dalam tiga bulan lepas tu terjadi lagi gangguan. Kali ni advance sikit sebab ada yang kerasukan. Sebulan lepas tu kami dipindahkan ke unit 2208, rendah la sikit. HEHE. 2506 dijadikan stor. Korang bayang la satu unit kondominium dijadikan stor untuk simpan barang-barang hostel. Kaya weh kolej aku. Tahun terakhir aku dekat kolej aku dapat tahu satu kisah yang terjadi dekat tingkat 25. Mungkin ada kaitan dengan unit 2506 tapi nanti la aku cerita, dah panjang sangat ni. Assalamualaikum semua.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

5 comments

  1. “Kau memang gila Faten, statement kau memang boleh buat aku mati berdiri.”

    Hahahahaaa…
    Lawak ar citer ni…
    Seram komedi nih…
    Cepatlah sambung…
    Ape cer yg telah terjadi…????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.