Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada FS sekiranya cerita saya disiarkan. Sebelum saya memulakan cerita, saya nak tegaskan di sini saya tidak menggunakan nama sebenar dalam cerita ini, oleh itu saya perkenalkan diri saya sebagai Fira.
Saya mempunyai keluarga yang besar dan kami berketurunan Jawa. Adik beradik saya ada 7 orang, Along (lelaki), Angah (lelaki), Kakrin, Kakdah, Kakcik, Kakta dan saya.
Mulanya keluarga saya agak senang, ada perniagaan sendiri, tanah pusaka yang banyak dan keluarga kami bahagia. Sehinggalah ayah saya meninggal sewaktu saya berumur 14 tahun. Lepas ayah meninggal, mak jatuh sakit. Tapi bukan sakit yang teruk tu, Cuma sakit dada, susah bernafas dan darah tinggi.
Kami sekelurga tidak syak apa-apa waktu ni, tapi tahu yang keluarga kami pernah terkena gangguan yang dihantar orang lain akibat dengki dengan keluarga kami. Kemudian lepas saya habis semester satu di matrikulasi, Along meninggal sebab kencing manis. Lupa nak bagitau yang ayah pun meninggal sebab kencing manis dan dah potong sebelah kaki. Lepas Along meninggal, Mak makin tenat sebab rasa bersalah suruh Along potongkan pokok bunga depan rumah dan kaki Along tercucuk duri bunga tu. Dari situ kaki Along makin teruk dan luka tak sembuh dan lepas tu Along meninggal.
Tidak lama lepas tu saya dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti jauh dari rumah dengan 8 jam perjalanan pergi sahaja. Selepas siap semua persiapan yang mak berkeras nak beli awal, 2 minggu sebelum hari pendaftaran mak meninggal. Mungkin dia dah tau yang dia akan pergi kemudian. Kami langsung tak menjangka yang mak akan pergi. Tetapi malam itu mak mula buang air besar darah dan Nampak semakin tenat. Mak pergi semasa kami semua sedang tidur.
Semasa saya sedang menjalani peperiksaan akhir semester pertama, saya dapat panggilan daripada keluarga memberitahu Kakrin meninggal. Saya pun bergegas pulang ke rumah menaiki bas pada jam 11 malam, tiket paling awal. Sampai di rumah urusan pengebumian dijalankan.
Kami mula syak yang ahli keluarga kami meninggal kerana dibuat oleh orang kerana 3 orang meninggal dalam satu tahun. Selepas saya habis menjalani peperiksaan semester pertama, kami sekeluarga pergi berubat dan betullah sangkaan kami.
Ada seseorang yang nakkan tanah rumah yang kami tinggal. Kemudian baru kami tahu yang adik kandung ayah yang buat keluarga kami. Ustaz yang kami berubat tu cakap dia hantar melalui makanan dan sentuhan (salam tangan dia). Selepas itu kami terus memagar rumah dan putuskan hubungan dengan dia.
Belum habis lagi, lepas kami tahu dan dia (Bikyah) datang menyerang kami di rumah, ada pelbagai gangguan lain yang jadi di rumah kami. Kakak saya ternampak kelibat nenek tua lalu di luar tingkap depan singki semasa sedang membasuh pinggan waktu malam, anak buah saya yang boleh nampak makhluk halus ternampak nenek tua tunggu di depan pagar rumah nak masuk tapi tak boleh semasa dia balik lewat malam, bunyi binatang berlari di atas atap bumbung lepas tengah malam dan macam macam lagi.
Pengakhirannya, dia dapat juga sebahagian tanah keluarga kami yang sepatutnya bukan milik dia. Kami berdoa yang usaha dia akan berhenti disini saja.
Terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca walaupun tak seseram mana. Saya Cuma nak kongsikan ketamakkan manusia yang sanggup membunuh demi harta dunia.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
putus silatul rahim x cium syurga
Agak-agak so called ustat tu ada saham sekali tak sampai buat diorang putuskan silaturrahim?
jangan cepat menghukum orang.kita xda kat tmpt dia..kalau bende mcm tu boleh memudaratkan dr dia dan keluarga???nak suruh seluruh ahli keluarga dia hilang bru nk amik tindkan..
betul2.
Pertama saya ucapkan takziah pada awak dan semoga semua ahli keluarga awak yang meninggal terkena sihir tu di tempatkan dalam syurga.. InsyaAllah…
Kematian itu sudah tertulis. Ini asbab kematian semua ahli keluarga penulis. Redhakan la.
Mashaa Allah, tabahnya awak menghadapi ujian yg berat ni.. semoga ganjaran syurga buat awak dan keluarga 🙂