(3 in 1) Koleksi Kisah Seram – Ep1

KISAH 1

Cerita ini baru je berlaku kt aku. . Tak silap aku dua hri lepas…cerita dia mcm ni…aku stay umah kwn aku….aku student lg tapi x stay asrama atas sbb asrama jauh dgn tmpt kerja aku…kawan ak pernah cerita la yg umh dia ni keras sikit…dia pun x brni stay umh sengsorang…
Nak dijadikan cerita pnh sorg tukang baiki elektrik kt umh dia pnh kena sergah mase baiki elektrik yg kt atas siling umh dia…kan atas siling tu kan ad ruang….mase tu waktu mgrib…mak dia dh ckp kt org tu suruh smbung esok tapi pkcik tu kate sikit lg nak siap..lepas kena sergah tu terus pakcik tu bla mcm tu je…
Kes aku pulak…malam tu parents dia kua…dia pun kua jugak g umh nenek dia…aku x ikut sbb aku nak siapkan assigmnt….aku assume x de pape la kan..tp ak lupe ak tgh period….tgh2 ak bt assigmnt tu ak ase berdebar2…tak tahu knp…ak abaikan je la…sbb ak pikir ala mainan perasaan je tu…ak perasan ad byng2 melintas dpn aku…ak abaikan..tp sampai satu tahap aku ase ak dh xleh teruskan bt kerja..
Aku stop tulis then ak bring atas sofa dpm tv umh dia….aku cuba pejam mata…ase mcm lain mcm dh…dlm hti ase menyesal pulak tak ikut mak dia kua td…
Aku pejamkan mata sekejap tibe2 ak dgr bunyi mendengus…kau mesti tahu kan bunyi mendengus mcm mana mcm kite mrh kan org…aku dh berdebar giler mase tu…aku pun try bce ayt kursi…terus bunyi tu hilang…aku ase nak menangis dh mse tu..takut weii…dh la.umh dia besauuu..
Aku tgk jam kul 10.30 mlm…ntah mcm mne aku trtdor…sedar2 je mak dia dh balik…dlm kul 11 lebih mcm tu…
Aku ckp lam hti ni last la aku stay umh dia sengsorang…scary nak m**i…bg ak pengalaman cukup bt ak x nk duduk sengsorang…nasib x de org sergah ak mcm pakcik tu kena…kalau x…ak kua terus dri umh dia..


KISAH 2

Amar menggosok-gosok kedua matanya. Berpinar-pinar. Terasa seperti kealam lain seketika. Dia mencapai telefon bimbit ditepi katilnya.

“Hm, dah pukul 10 malam. Lama jugak aku tidur.”

Ya. Itulah Amar. Suka tidur petang. Sekali lagi dia jeling ke arah skrin telefonnya. Ada mesej. Tapi Amar mengendahkannya. Tidak dibaca. Kedengaran bunyi televisyen diruang tamu. Amar mengambil tuala, lalu melangkah ke ruang tamu. Kelihatan ibunya sedang berehat sambil menonton televisyen.

“Ibu, mana ayah?”

“Ayah kau keluar. Ada mesyuarat kat dewan kampung tentang kenduri lusa nanti.”

Sebut saja kenduri, Amar teringat tentang kenduri kahwin anak Pak Ali lusa nanti. Amar melangkah ke bilik air, membersihkan badan setelah puas tidur.

Selepas 5 minit, Amar selesai. Segar sekali badannya. Dia menuju ke biliknya. Ibunya masih lagi menonton televisyen diruang tamu.

Setelah siap berpakaian, Amar menuju ke dapur untuk mengisi perut. Sesekali dia mengalihkan pandangannya kepada ibunya. Masih leka menonton televisyen.

Setelah selesai makan dan mencuci pinggan, Amar duduk ditepi ibunya.

“Amar, meh baring dekat ibu.” Pelawa ibunya sambil menepuk peha.

Amar menurut saja. Rambutnya dibelai lembut. Terasa senang dia dimanja sebegitu rupa.

“Ah sekali sekala. Apa salahnya. Lagipun aku ni anak tunggal.” Amar bermonolog didalam hati.

Selepas 10 minit, telefon bimbitnya berdering. Tertera “ayah” pada skrin.

“Assalamualaikum Amar. Ni mak ni. Telefon mak habis bateri. Mak dengan ayah baru habis mesyuarat kat dewan ni. Lepas ni kami nak jenguk Pak Lang kejap. Mungkin kami balik lewat sikit. Mak dah ‘SMS’ Amar tadi. Tapi Amar tak balas. Kat dapur tu ada lagi nasik dengan lauk. Okay Amar. Assalamualaikum.”

Panggilan tamat. Jantung Amar berdegup kencang. Tubuhnya mulai menggeletar. Tangan ‘ibu’nya masih lagi membelai rambut Amar.

” Kenapa Amar? Ibu dengan ayah pulang lewat yaa?”


KISAH 3

Salam perkenalan admin. Saya Siti berumur 20 tahun. Kisah yang saya ingin kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan percayalah yang ia bukan cerita rekaan. Kisah ini terjadi ketika saya menyewa sebuah rumah sewa di Perak.

Saya yang berumur 18 tahun ketika itu merupakan salah seorang pelajar di kolej berhampiran situ. Pihak kolej memang tidak menyediakan hostel kepada pelajar. Jadi rumah sewa adalah satu-satunya pilihan yang ada. Pada mulanya saya menyewa sebuah rumah yang perlu dikongsi dengan pelajar lain namun sewa rumah tersebut agak mahal jadi selepas sebulan, saya mengambil keputusan untuk berpindah ke sebuah rumah lain.

Harganya memang murah. Cuma RM 100 sahaja sebulan(seorang) malah lengkap dengan astro full package serta bil air dan elektrik yang ditanggung oleh tuan rumah. Rumahnya memang besar. Dalam rumah itu ada 12 orang penyewa termasuk saya. Pada mulanya kami tidak mengalami gangguan.

Tapi pada suatu malam, saya terjaga kerana ingin ke tandas dan dalam masa yang sama saya tak boleh tidur kerana cahaya lampu di luar. Saya berasa sangat marah kerana sebelum tidur selalunya saya akan tutupkan lampu tersebut.

Tapi siapa pula yang buka? Keesokan harinya saya ketika kami semua sedang menonton tv(hari cuti), saya sempat bertanya kepada housemate² saya. “Semalam siapa yang buka lampu luar? Tau tak aku tak boleh tidur.” Mereka pandang satu sama lain. “Mana ada orang buka pon lampu tu lagipun semalam semua tidur awal la” jawab salah seorang. Kami dah mula rasa lain macam. Makin lama gangguan makin teruk.

Bab lampu tiap² hari jadi. Lepas tu ada sorang ni pulak mengadu selimut ditarik. Ada sekali tu, saya tidur awal. Tepat jam 12 malam roomate saya panggil saya bangun. Rupanya kali ni ‘dia’ main volume radio pulak. Kami sengaja tak tutup radio sebab tak nak bagi rumah sunyi. Tapi tak sangka jadi macam tu pulak. Dah la pintu bilik saya memang terbukak. Bilik saya yang paling depan jadi dari dalam bilik memang boleh nampak radio dengan tv semua. Kawan saya minta saya jenguk keluar tapi saya malas sebab mata memang tengah mengantuk. Kawan saya bukak ayat² suci dalam fon dia. Volume tiba² jadi perlahan. Tapi bila bacaan ayat suci dah habis, volume jadi kuat balik. Last² kami tertidur macam tu jer. Gangguan macam tu jadi setiap malam sampai kami jadi lali.

Kebetulan ada pensyarah bagitahu kami memang ada student lama yang pernah mengadu terkena gangguan. Malah ada yang mendakwa ternampak ‘tuan rumah’ main lampu. Jiran² pulak kalau baru kenal kami dan tahu kami menyewa rumah tu mesti riak muka berubah. Bila kami tanya pasal rumah tu, memang mereka tak nak bercerita. Sampai la housemate yang lain dah tamat pengajian, tinggal la saya bersama housemate lagi sorang. Masuk je student baru, gangguan macam tu jarang berlaku..

Tapi ada satu malam, satu taman blackout. Jadi saya dengan junior² lain lepak dekat luar sembang² dengan jiran sebelah. Tengah sembang tiba² saya nampak ada seorang(tak pasti lelaki/perempuan) yang memang tinggi tengah berdiri berhampiran pintu masuk rumah jiran. Saya yang tak sedap hati terus ajak junior masuk. Masuk dalam ada junior tanya saya “ada nampak jugak ke?” Ahh sudah.

Esok saya tanya jiran saya. Diorang cakap mana ada diorang berdiri dekat pintu masa tu. Lagipun masa saya nampak tu diorang baru je masuk dalam rumah. Lagipun tak ada pon salah sorang dari mereka yang tinggi macam galah. Namun alhamdulillah saya menyewa sampai habis sem. Tak ada kemalangan jiwa yang berlaku. Saya dapat tahu sejurus saja selepas saya dan roomate saya tamat pengajian, junior² berpindah ke rumah lain. Itu sajalah kisah saya. Hidekan profil saya admin. Terima kasih.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

 

Yin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 2.8]

8 thoughts on “(3 in 1) Koleksi Kisah Seram – Ep1”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.