4 DERIA DISENTUH

Assalamualaikum. Selalu dah baca ceta di fiksyen shasha ne terbuka hati pulak mau share pengalaman masa study d satu ipta di Sabah hujung tahun 2008. Memang sebelum ne dah banyak dengar ceta pasal si “M” tu siap ada movie lagi kan hehe. Tapi nasib aku tak pena terserempak lah dengan dia tu. Tapi yang aku pernah alami lain sikit. Jengjengjengg, hehe cerita ku ne xda la seram mana well aku pun tak pandai sangat nak ceta tapi memang ada beberapa kali aku ditegur oleh benda2 tu sama ada dari segi deria sentuhan, pandangan, pendengaran, dan bau.

Yang pertama dari deria sentuhan. Kami baru masuk daftar hujung tahun 2008, so antara assignment yang kami kena buat ialah pelihara ayam. Dipendekkan cerita, sebab kami x mau ayam kami kena curi oleh senior, kami bergilir2 bermalam di bilik dekat kandang ayam tu. Kami tido beramai2 ada dalam 6-8 orang rasanya. 3 pompuan dan 5 lelaki kot. Bilik tu luas dan aku tengah buat assignment di laptop jadi tengah buat tu tiba2 dengar bunyi macam orang lempar2 batu atas zink bilik kami tu terus yang kawan2 lelaki cek kalau ada orang nak curi ayam tapi xda sapa2 di sana. Kami pun buat bodoh ja la, sambung buat assignment dan tak sedar terlelap di meja. Tengah sedap tido tu tiba2 aku rasa kena tolak dengan kuat dari belakang sampai aku nak terjatuh dari kerusi tapi bila aku tengok kiri kanan xda sapa2 pun semua pun dah tido. Aku memang pelik lah, cepat2 aku tutup laptop n join tido dengan kawan2 pompuan aku. Fuhh itu lah teguran pertama dari antara “benda2” tu.

Kedua, deria pandangan. Masa tu musim exam so memang logik lah stay up study kan? Sama lah jugak macam kami ne, study sampai dekat jam 3 pagi terus kepala pun macam nak pecah sudah. Ok, kami 3 sahabat pergi berus gigi d tandas, nak tdo dah kunun lepas tu. Tengah berus gigi ne, datang satu macik tua cleaner bongkok2 sudah ne dia p pungut sampah. Tau sampah apa dia pungut? Sampah modes (pad) ja ya. Terus kami berpandangan sesama kami ne. Dalam hati ada ka cleaner pungut sampah modes jam 3 pagi? Kami pun buat2 sopan la kan bceta la sama macik tu, “awal jugak ya macik pungut sampah?”. Senyum ja dia ne. Hmmm sampai sekarang benda tu misteri, sebab xpena kami nampak macik tu sudah haha. Kamu rasa logik ka pungut sampah pagi2 lepas tu modes ja yang diambil?? Pelik pelik.

Ketiga, deria pendengaran. Masa tu dah habis exam semua pun dah berbalikan pi kampung masing2. Aku ja yang tak balik sebab kami ada pertandingan di Kelantan so kena praktis dulu. Bayangkan satu blok tu xda sorang pun yang x balik suma dah balik tinggal aku sorang. Tapi aku rilek ja sebab aku sepanjang hari kami praktis balik bilik untuk tido ja. Masa mandi malam tu, aku dengar ada orang mandi jugak di shower sebelah, dalam hati ku ehh ada jugak yang belum balik rupanya. Tapi bila aku kuar xda sapa2 pun dan air pun xda berpasang. Hmm pelik, lepas tu ada pulak bunyi2 selipar lalu2 tapi aku x berani la mau buka pintu. So aku bagi ceta dengan kawan aku dorang bagitau di level bilik aku tu ada family bunian kunun tinggal sana tapi tak mengacau. Jadi aku pun bersyukur la dorang xda kacau aku fuhh.

Last sekali deria bau. Lecturer kami nak buat kelas ganti pada sebelah malam dan bas pulak xda disediakan jadi mau nda mau kena jalan kaki dari hostel ke kelas. Mau ke kelas tu kalau ikut jalan raya punya jalan memang jauh gilak la, so kami ikut shortcut jalan hutan. Dengan berbekalkan lampu handphone, kami 5 orang perempuan jalan kaki ikut shortcut tu. Disebabkan memang dah selalu lalu sana so xda la pikir ada “benda” yang ikut ka apa ka kan. Jalan punya jalan, terhidu bau serangga yang busuk tu (kalau korang tau yang kaler hitam kecik ja tu tapi busuk nya bukan alang2) dan aku ne mulut pun celupar lancar ja tegur, “ee bau insect busuk” kawan2 aku semua diam xda yang mau respon. Aku pun heran lah kenapa dorang x respon. Then, tiba2 bau insect busuk tu bertukar pegi bau bangkai yang busuk sangat. Masa tu aku dah terdiam dah xmo tegur da tu hehe.

Dalam 10min jalan ikut shortcut tu bila nampak dah lampu2 bangunan kami semua pun berlarian mo cepat2 sampai sebab dah feel lain macam kan haha. Masuk dalam kelas tu aku masih heran lagi kenapa kawan2 aku ne semua terdiam xda pulak banyak cakap macam biasa. Aku buat dek ja la. Selesai dah kelas jam pun dah jam 10 malam lebih, lecturer kami offer hantar kami balik ke hostel (macam tau2 ja kami ne seram sejuk da mo ikut shortcut lg balik hostel) sampai di hostel kami singgah dulu di cafe block B makan2 dulu.

Selesai makan dekat jam 11 mcm tu, kawan2 aku dah nak balik bilik dah semua. Bilik kami semua di blok A tapi aku pulak mo singgah bilik kakak ku jap d blok B ne so aku cakap, “kamu balik la dulu”. Then dorang pun ok chaw. Aku stay2 di bilik kak ku lepak2 ceta2 the tengok jam dah jam 12 tengah malam lebih da. “Uii kak, adik balik la dulu malam sudah ne ada kelas pagi lagi”, then bila otw balik tu jarak antara blok B dengan blok A tu boleh tahan jugak jauh nya kalau berjalan sendirian ne haha. Ntah kenapa waktu otw ke blok A tu aku sibuk tengok bangunan blok B yang kosong (belum ada student di bangunan tu) yang aku tau memang sana xda student tinggal sana.

Tapi dari tingkat dua sampai tingkat empat aku nampak ramai “orang” yang besar2 badan semua yang besar betul macam gemuk sangat then semua pun warna hitam tengok aku jugak. Setahu aku kalau bawah cahaya lampu xkan la x nampak warna baju kan. Tapi macam pelik la kalau semua pakai baju hitam. Time tu masih xpikir apa lagi. Sampai bilik dalam 12.30 tengah malam macam tu, roommate aku c cakap, “weh kenapa time di shortcut tu ko tegur bau insect busuk? Ko tau ka aku nampak benda putih panjang melintas laju time kita sana?”. Wohh rupanya tu yang bikin dorang terdiam xbanyak cakap. Aku pulak x nampak apa2 (syukurlah) then aku pun ceta kan benda yang aku nampak tadi time otw ke bilik. Dorang pun terus mm ok jom tido la. Hahaha

Sekian cerita aku sepanjang menuntut d sana. Maaf lah kalo cerita xbest ya hehe tq sudi membaca.

.

Deyla H
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.