42-04

Salam kepada warga FS. Kisah yang aku nak cerita ni lebih kepada pengajaran supaya kita lebih berhati-hati bila nak buat sesuatu keputusan dalam hidup. Kejadian ni berlaku beberapa tahun yang lalu, sekitar 3 atau 4 tahun yang lalu. Waktu tu aku masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di selatan tanah air. Waktu aku belajar kat sana, banyak jugak peristiwa mistik yang berlaku sama ada berlaku ke atas aku atau pun roommate yang lain.

Daripada kisah saka, kisah roomate aku tersepak anak bunian dalam bilik air sampai dia kerasukan dan seluruh keluarga diraja bunian perkenalkan diri masing2 pada kami sampai ikhtiar berubat, dengan gangguan ilmu silat dan sihir, macam2 lah. Cuma cerita yang satu ni, aku ingatkan diri sebagai pengajaran. Yang lain tu under control, roommate aku bukan sengaja sepak anak bunian tu sampai mati, dia manalah nampak, kalau nampak takkan nak buat macam tu, ye dak?

Satu hari, aku baru balik dari class, class habis lambat sekitar 7 petang. Sampai je dorm aku, dah maghrib, aku ni tengah hari tak sempat makan, jadi balik dari class tu memang kebuluran yang amat, so aku buat keputusan nak jamah makanan dulu sebelum aku mandi dan solat. Roommate aku semua ada 7 orang termasuk aku. Masa tengah makan tu, adalah 2, 3 orang roommate aku yang temankan aku melantak sekali. Masa aku tengah pelahap makan nasi lauk kentang goreng dengan ayam kicap, tiba2 aku terdengar orang berlari sambil menjerit dekat depan koridor dorm aku. Terdetik lah marah sikit dalam hati aku sebabnye waktu maghrib kan. Hormatlah sikit waktu maghrib ni, kenapa nak berlari lari kat koridor sambil menjerit-jerit.

Aku teruskan makan. Tapi ada pulak sorang roommate aku ni nama Ina rajin nak pergi tengok apa yang berlaku, lalu dia pun bukak pintu dapur (dorm ada dua pintu, pintu depan dan dapur, tapi pintu dapur tu sekadar keluar untuk jemur pakaian kecik aje) kemudian dia tanya pada jiran dorm sebelah ape yang berlaku. Ada pulak sorang ni yang jawab, “rumah hujung tu ada budak kena histeria, dia kejar Tania, nak cekik Tania, sebab tu Tania lari sambil jerit2” lepas tu “bamm!!” Aku dengar pintu dorm jiran aku tertutup kuat, Ina roommate aku ni terkejut, dia pun tutup jugak pintu dapur tu kuat2 sambil pandang kami yang tengah melahap makanan, tapi dah stuck sebab ape yang berlaku.

Aku pun tanya Ina, “kenapa tutup pintu kuat2?”. Ina jawab dengan muka pucat “budak yang kena tu ada kat tepi rumah kita, tadi dia pandang aku dengan budak budak nih, mata dia merah. Aku terkejut sebab tu tutup pintu terus”. Habis je ayat akhir Ina, pintu depan dorm diketuk dengan kuat, macam nak roboh, kami syak budak yang kena histeria tu yang ketuk, muka masing2 dah pucat, apa nak tunggu lagi, semua pakat lari tinggal makanan pergi masuk bilik. Dorm aku ni macam apartment ada 3 bilik, bilik utama besar sikit, so semua kumpul satu bilik. Cuma aku sorang aje terkapai-kapai kat luar fikir nak basuh tangan dulu ke macam mana.

Pintu rumah terus-terusan kena ketuk cuma dia tak pulas tombol pintu aje. Aku pulak memang betul-betul depan pintu. Aku cuba bawak bertenang, aku pergi basuh tangan dulu kat singki, lepas tu aku masuk bilik aku, tak masuk bilik yang roommate aku semua tengah berkumpul. Serius aku takut, aku cuma berlagak cool, aku ambil towel, aku niat nak mandi dan solat, lepas tu bunyi ketuk pintu dah hilang. Dengar pulak bunyi hempas pintu dan jeritan tak tau dekat dorm yang mana. Aku mandi dan solat, lepas solat aku zikir, kemudian ada rasa ada orang datang kat aku, masa tu roommate aku semua pakat nak solat jugak sebab keadaan macam dah reda tapi dorang takut takut lagi.

Budak tu datang pada aku dan bisik “kak, Tania minta tolong akak datang dorm nombor 42, ada budak kena histeria”. Aku tak jawab, aku cuma angguk. Tania exco rohani kat asrama aku, jadi apa-apa kes histeria ke bacaan yassin ke dia yang akan handle, dan aku selalu bergandingan dengan dia menangani isu2 histeria kat  block asrama kiteorang ni. Tania ni agak pandailah jugak bab bab rukyah ni sebab dia dah biasa duduk asrama, sedangkan aku cuma bergantung pada bekalan semangat yang cuba aku kuatkan walaupun kadang-kadang gigil kepala lutut ni sister oii. Habis solat, aku pergi ke dorm nombor 42 tu. Aku tengok Tania ada situ dengan sorang lagi aku punya classmate, nama dia Mas. Aku pun tanya, “mana budak yang kena histeria tu?”. Mas jawab ada dalam bilik utama.

Dia tutup pintu. Semua tak berani bukak, housemate dia semua dah keluar sebab takut. So aku pakat lah dengan Tania dan Mas nak buka pintu bilik utama tu sama-sama sebab nak tengok keadaan budak tu. Aku tak ingat nama dia, tapi aku panggil jelah dia Senah ye. Aku orang yang dipertanggungjawabkan untuk pulas tombol pintu bilik utama. Tania dan Mas sekadar menemani, kalau kena terkam, aku kena dulu. Aku baru nak pegang tombol pintu, aku dengar suara Senah ketawa, mula-mula perlahan lepas tu makin kuat. Aku cuak jugak lepas tu dia kata, “kalau kau berani, kau bukak lah pintu tu”. Kalau korang? Berani tak? Haha.

Terketar-ketar jugak tangan aku kat tombol pintu. Semangat yang konon macam berani tadi terbang melayang sepoi-sepoi tinggalkan aku. Aku pandang Tania dan Mas, Mas kata, “alah bukak je”. Ciss, bukan dia yang nak bukak, aku jugak yang kena. Kalau lari pun diaorang yang lari ke depan aku kat belakang, dan masih lagi aku teragak agak. Lepas tu Senah ketawa lagi, dia ejek aku. Dia kata, “ingat kau berani sangat, bukak lah, kau nak tengok aku kan”. Aku start rasa tercabar, tak tahu kenapa mungkin aku ni ada berdarah pendekar melayu kot yang pantang dicabar, kah! So dengan penuh semangat aku pulas tombol pintu dan tolak pintu sekuat hati aku.

Aku nampak Senah duduk atas lantai, dengan kaki bersila betul-betul depan pintu sambil perhati aku Tania dan Mas. Dia sengih, part paling aku rasa seram bukan cara dia sengih, tapi dia bersila bukan atas lantai, dia seolah olah terapung! Dan dekat tangan dia ada gunting. Dekat kain batik yang dia pakai penuh dengan darah, bau hanyir menusuk nusuk rongga hidung. Okay, kali ni, aku takut. Aku tak tau dah rupa apa lah si Senah ni. Aku cuma terpaku depan dia sambil ditemani Mas dan Tania. Mana datang darah melimpah dekat kain dia? Dan macam mana dia boleh terapung sambil duduk??

Tiba tiba dia merangkak. Kami bertiga masih terpaku, nak lari, tapi tak lari. Tak tahu kenapa, kami cuma mampu tengok apa yang berlaku. Senah merangkak seolah-olah seekor harimau. Dia cium-cium bau darah dia sendiri yang meleleh atas lantai, lepas tu dia pandang kami sambil senyum. Otak aku memang freeze waktu tu. Aku tak baca sebarang ayat. Aku macam tak boleh nak berfikir apa nak buat, aku cuma mampu tengok perlakuan Senah. Aku rasa Mas dan Tania pun sama macam aku, kami blurr tak tahu pasal ape.

Okay, lepas Senah senyum dia kembali pandang darah yang banyak tu. Baru aku perasan darah tu keluar dari celah kaki dia, maknanya darah tu mungkin dari private part dia. Dia hidu lagi darah tu, perlahan-lahan dia jelir lidah dia. Aku tengok sebolehnya dia cuba jelir lidah dia sepanjang yang boleh sampai aku dengar bunyi macam batuk tersekat sebab cuba paksa lidah dia terjelir dengan panjang, cuba korang try buat, hehehe. Okay, jelir bukan sebarang jelir, ada tujuan lain kenapa dia jelir lidah dia.

Lepas sesi jelir menjelir dengan rakusnya, Senah jilat darah dia sendiri yang ada kat lantai tu! Aku tak tahu nak buat apa, macam yang aku kata, aku cuma mampu tengok, makin lama makin laju dia jilat darah sendiri, siap bunyi hirup lagi macam sedut kuah tomyam panas-panas. Ngeri, memamg ngeri! Tapi mujur, ada ustaz sampai waktu tu, dia terus suruh kami ke tepi dan mengucap bila tengok ape yang Senah tengah buat. Ada ustaz dan dua orang pensyarah lelaki kat situ, ada felo aku jugak tapi sebab felo aku penakut nak mati, dia tak nak duduk situ, dia pun lari menyorok kat dorm sebelah.

Ustaz terus laungkan azan. Bila sebut aje nama ALLAH, Senah terus menggelupur. Dia menggelupur kat situ jugak. Korang bayangkanlah situ lah dia nak menggelupur, situ jugak lah tempat bertakungnya darah dia yang lagi tadi memang tak henti mengalir, so badan dia pun dah dipenuhi darah. Geli weyh, darah pulak bau busuk ya ampun. Lepas azan tu baru aku bertiga macam sedar sikit dari terkaku. Ustaz minta tolong kami untuk  tutupkan aurat dia yang terdedah. Aku capai towel siapa tah, tak tahu lah, aku nak tutupkan rambut dia, tapi dia tepis towel tu.

Senah kembali dengan posisi duduk, tapi duduk pahlawan. Dia silang kaki dia macam orang-orang silat duduk tu (boleh gugel duduk pahlawan macam mana). Lepas tu mengekek-ngekek dia gelak sambil jari telunjuk sebelah kanan dia, main main dengan takungan darah sekitar dia. Masa ni ustaz suruh kami berzikir dalam hati tanpa henti. Ustaz teruskan bacaan rukyah dan dibantu oleh dua orang pensyarah lelaki tadi. Maka bermulalah sesi dialog di antara hantu yg ada dalam badan Senah dan ustaz.

Ayat biasa, ustaz tanya, “kenapa ganggu budak nih?”. Jin tu pun terus terang dengan apa yang berlaku, jin tu cakap dengan loghat Indonesia,  “aku memang sudah dipuja oleh anak ini (Senah), aku punyai perjanjian dengannya”. Ustaz pun tanya, “perjanjian ape?”. Jawab jin tadi, “anak ini lagi sedang hamil 3bulan. Perjanjiannya ketika dia hamil 4 bulan, aku bisa mengambil janin bayi dalam kandungannya, dan dia akan menjadi dara semula. Tetapi, ketika usia kandungannya 3 bulan, dia telah kehilangan bayinya maka aku cuma mahu menuntut hak ku, aku mahu mengambil janinnya.. Seperti mana perjanjian kami”.

Okay part ni seram, patutlah dia jilat darah dia sendiri tadi. Ustaz tak tunggu lama, dia terus rukyah sampai Senah pengsan dan macam tersedar. Sepanjang rukyah tu memang Senah mengamuk habis, suara dia pun bertukar jadi jantan. Bila dia dah lemah ustaz call ambulans datang, sebab nak bawak Senah ke hospital. Ambulans sampai je, kami letak Senah atas tilam single sebab tu lah satu-satunya cara nak bawak Senah turun dari aras 4 ke bawah. Senah pun separuh sedar, masa angkat tu, serius aku cakap Senah memang berat gila! 7 orang pegang tilam tu bawak turun termasuk ustaz dan dua orang pensyarah lelaki tapi tetap gunakan sepenuhnya kudrat kami. Lepas tu Senah pun di bawa ke hospital. Maka selesai semuanya hampir menjangkau pukul 11.30 malam.

Selesai semua, ustaz panggil sorang roommate Senah untuk cerita apa yang berlaku. So roommate Senah cerita lah yang waktu maghrib tadi Senah masuk dalam bilik air untuk mandi. Tiba-tiba dorang dengar macam bunyi jatuh dalam bilik air, kuat sangat. So dorang agak Senah ni tergolek dalam bilik air, tapi bila dorang tanya, Senah jawab dia okay jee. So roommate ni tak syak ape ape lah. Tak lama lepas tu Senah keluar dari bilik air, masa tu Senah start lain macam.. Dia jeling-jeling semua orang dan halau semua orang keluar dari bilik sambil marah-marah. Mata Senah merah masa tu, roommate dia takut, terus panggil Tania, Tania datang cuma baca ayat Qursi, tapi Senah terus ambil gunting dan kejar Tania, so sebab tu Tania lari lintang pukang.

And lastly roommate Senah yang paling rapat dengan dia bukak cerita. Dia kata dulu Tania ni budak baik dan pandai, baik dia tu sampai dia tak pernah ada hubungan dengan mana-mana lelaki pun walupun sekadar kawan. Dia pakai purdah dan memang bertutup litup habis lah orang kata. Kemudian dia dapat sambung belajar dekat Mesir, beberapa bulan dekat Mesir, dia kena rogol dengan orang Arab. Dia malu, dia rasa down sangat dan tak boleh teruskan belajar. Dia minta pada ayah dia untuk dia berhenti dari belajar kat Mesir dan lanjutkan pelajaran dia cuma dalam Malaysia. Ayah dia setuju dan dia pun balik ke Malaysia. Dia tak bagitahu sorang pun ahli keluarga dia atas ape yang berlaku pada dia kat Mesir sana, sebab dia terlalu malu dan down nak cerita semuanya, lagi lagi ayah dia seorang imam di kampungnya. Dia takut kalau orang kampung tahu, ayah dia akan dapat malu.

Balik Malaysia dia makin tertekan, dan dia jadi liar, dia rasa diri dia sangat kotor lepas kena rogol dan rasa dia dah takde maruah dan harga diri lagi, maka dia pun start berfoya foya dengan ramai lelaki hingga dia mengandung. Bila dah mengandung, bf dia ni bawak pergi jumpa bomoh konon nak gugurkan janin sebab takde duit nak gugurkan janin dekat hospital. Tok bomoh tu bagi perjanjian macam tu dekat dia, kena tunggu sampai baby 4 bulan, nanti dia akan gugur sendiri. Tapi malangnya waktu kandungan Senah 3 bulan, dia jatuh bilik air dan tumpah darah. Sebab tu jin tu makan darah dia. Ustaz bawak Senah ke hospital untuk cuci perut dia, takut ada sisa uri ke yang terlekat yang boleh bawak maut pada Senah.

So macam tu lah ceritanya. Waktu tu ustaz tak bagi kami sebar cerita tu. Kata ustaz kalau ada orang luar yang tahu, maknanya semua dari mulut kami. Esoknya aku dapat tahu dari roommate Senah, ayah dan mak Senah datang hostel. Diaorang ambil semua barang barang Senah dan berhentikan Senah belajar. Muka ayah Senah seolah-olah menangung kesedihan yang amat sangat sebab tak sangka semua tu berlaku pada anaknya. Pada aku, banyak kesilapan yang Senah buat dalam menentukan hala tuju hidup dia. Well nasi pun dah jadi bubur.

Melalui cerita aku ni, marilah sama2 kita ambil ikhtibar. Konklusinya harap korang dapat fikir sendiri dengan naluri hati korang. Aku ada konklusi aku sendiri, tapi tu pandangan aku dan aku tak nak share. Sorry cerita panjang berjela. Semoga bermanfaat..

Mawar
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

13 comments

  1. Allahu Rabbi… kenapa la hukum diri mcm tu.. yg dh trjd tu biarla.. dh takdir.. tp jgn hukum diri sampai langgar ajaran agama.. mdh2an kita tk termasuk dlm golongan yg kufur.. Nauzubillah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.