5 Hari Menunggu Giliran

Assalamualaikumdan salam sejahtera buat pembaca FS dan terima kasih kepada admin sekiranya approve cerita ini. Cerita yang akan diceritakan oleh saya sebentar lagi diceritakan oleh seorang kenalan yang agak sedikit berumur. Tarikh yang diberikan juga sedkit teperinci. Cuma tahunnya sahaja yang tidak disebut. Entah mengapa dia mengingati tarikh kejadian berlaku saya pun tak tahu. Terpulanglah sekiranya anda semua mahu mempercayai ataupun tidak. Sekiranya tidak, anggap sahaja ianya sebagai hiburan semata-mata. Maaf sekiranya ada terdapat banyak kesalahan tatabahasa, ejaan dan sebagainya yang terdapat dalam nukilan ini. Sudah saya cuba kekalkan keaslian cerita seperti apa yang diceritakan kepada saya. Jumpa lagi sekiranya tiada aral melintang.

( 15 Dec 200X) (Amir)
“Nah ambil kucinya, kalau ada apa2 call saja pada nombor ni ya”. “Baik cik Nan, kalau ada benda yang hendak ditanya atau benda lain saya akan segera call cik ok”. Segera Amir membalas pertanyaan tuan rumah yang sedikit gempal berkulit sawa matang itu sebelum tuan rumah tersebut masuk ke dalam kereta saga bewarna merah dan meluncur laju keluar dari perkarangan rumah sewa yang agak usang itu. “ Tunggu apa lagi mir oi… mai masuk kaih tolong susun barang nih!”, suara Din yang bingit memaksa Amir bergerak memasuki rumah yang sebelumnya tercegat di depan pintu barangkali mungkin menunggu kereta saga merah lenyap dari pandangannya.

“Besar jugak rumah ni ya”, Epul bersuara kerana dia tidak hadir semasa teman-temannya yang lain hadir ke rumah sewa yang mereka baru sahaja diami untuk memantau, sebelum memutuskan pesetujuaan diantara bakal ahli rumah yang lain untuk menyewa rumah tersebut, baginya tidak kira keputusan apa yang dibuat dia hanya menuruti, janji dirinya tidak lekang jauh bersama lima sahabat karibnya itu. “Haha kenapa? Kau takut hantu ke? X pe kalau die datang.. kau boleh peluk aku… hahahha”, Man tertawa melihat muka Epul yang kelihatan sedikit cuak dengan keluasan ruang tamu rumah tersebut. Dibiarkan sahaja Man tertawa begitu, memang sudah masak Epul dengan perangai sahabatnya yang memang suka bercakap besar ini. Tetapi baik orangnya jika dikenali dengan lebih rapat. Cuma itulah, ada sifatnya yang tidak enak pada umumnya. “Dah dah.. jangan gelak sangat, ni aku duduk sebilik dengan kau dan Amir, Epul dengan Din duduk bilik depan tu.” Kata-kata Hadi menyekat kekekan tawa Man yang sebentar tadi menyakat Epul.

Dibawa semua perkakasan, beg pakaian dan sebagainya masuk ke dalam bilik masing-masing dan berkemaslah mereka seharian dan hanya tersedar tika senja hampir menjelma tiba. Segala tempat di dalam rumah sudahpun dibersihkan hanya tinggal sekitar kawasan rumah yang dipenuhi semak samun. Esok sajalah dibersihkan kawasan luar rumah yang penuh dengan lalang pada paras betis itu, lagipun hari sudah menjelang senja, Azan maghrib pun lagi beberapa minit sahaja akan berkumandang. Jam berganjak pukul 9. Kelihatan Amir mundar mandir mencari sesuatu, keresahan jelas terukir pada wajahnya, sudah lebih kurang 20 minit amir asyik keluar masuk keluar masuk biliknya dan ruang tamu seakan mencari sesuatu.

Epul yang sedang bersantai sambil membaca majalah di ruang tamu yang menyedari kelakuan Amir yang seakan kucing kehilangan anak itu lantas bertanya. “Apa yang kau cari mir? Dari tadi aku tengok kau mundar mandir ni?”, Epul bersuara. “Aku cari sweater akulah, tadi aku letak atas meja tepi tilam ni dalam bilik. Sekarang dah x de entah ke mana” .”Oh sweater kau tadi aku nampak ada kat luar tersangkut dekat tiang kawasan lapang belakang rumah tu. Aku biarkan sajalah sebab aku ingat kau tengah jemur”. Mukanya berkerut, bertambah pelik dia mendengar jawapan yang diberikan oleh Epul. Tidak langsung dia menjejakkan kaki di luar rumah pada hari itu dan seingat dia pintu belakang masih berkunci dari pagi.

Hanya dia yang memegang satu-satunya kunci tunggal yang diberikan oleh tuan rumah. Belum sempat dia membuat kunci pendua. Siapa pula yang pandai-pandai menyidai sweaternya pada tiang itu. Ah mungkin ada yang keluar dari pintu depan dan meletakkan sweater kesayangannya di situ, getus hati kecil Amir cuba membuang perasaan yang bercampur aduk dalam dirinya. “Tap” Dipetiknya suis lampu bahagian belakang rumah dan keluar ingin mengambil kembali barangannya itu. Belum sempat tangannya mencapai, matanya tertancap pada suatu benda putih pada pokok nangka betul2 diluar pagar kawasan rumah. Jaraknya tidaklah terlalu jauh tapi matanya mampu melihat dengan jelas kelibat itu.

Hatinya ingin sahaja mengatakan bahawa apa yang dilihat adalah karung guni yang digunakan untuk membaluti buah nangka supaya tahan lama dan tidak mudah rosak tetapi akalnya menyangkal sepenuhnya. Belum pernah dia melihat buang nangka yang besar dan sepanjang itu lagipun jelas kelihatan bentuk yg dipertunjukkan oleh makhluk itu dan kedudukannya juga melanggar hukum graviti. Bukannya benda putih itu lebih berat kearah bumi tapi seakan ringan mendongak ke langit. D***h mulai rasa membuak di kepala lantas dicapainya sweater dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Jarak yang hanya beberapa langkah masuk ke pintu rumah terasa beribu batu jauhnya pada tika itu.” Bam” bunyi pintu dihempas.

Terkejut Epul yang sedang membaca majalah di bahagian ruang tamu. Ditanya kenapa berkelakuan sedemikian oleh Epul. “Saje malam-malam ni nak test lari 4×400… Masih berbisa seperti dahulu x”, Amir mengelak dari berterus-terang. Tidak mahu dia menakutkan sahabatnya itu dengan penampakan sebentar tadi. Biarlah dia sahaja yang merasa kegembiraan bertemu jiran baharu. Mungkin harini sahaja pertemuan mereka ingin beramah mesra. “Brum..brum..brumm” bunyi 2 biji motor Honda ex5 membuatkan Amir dan Epul lupa pada perbualan mereka. Din, Man, dan Hadi pulang bersama nasi ekonomi yang dipesan mereka berdua. Memang tepat pada waktunya, hampir sahaja Epul yang kurus kering m**i akibat kebuluran jika mereka tiba lebih lewat sedikit. Perasaan lapar membuatkan Amir lupa pada apa yang terjadi pada dirinya sebentar tadi ditambah dengan letih pada siangnya mengemas rumah.

(16 Dec 200X) (Hadi)
“Cuti kan kau harini”, soalan ditujukan oleh Man kepada Hadi yang masih tidur diulit mimpi itu tidak berjawab. “Pup” dicepuknya kepala Hadi menggunakan batang penyapu entah dari mana tercapai dek tangannya ketika itu. ”Ye ape”, Hadi lantas memutar kedudukan badannya yang sebentar tadi sedang tidur meniarap. ”Kalau kau rajin, nanti tebas semak samun kat luar tu”, pada tangan Man masih lagi tersepit penyapu yang digunakan untuk memukul hadi sebentar tadi. “Yelah-yelah, nanti kalau aku rajin aku buatlah….”. “Weh kau pukul kepala aku gune penyapu ke? Kalau aku x kahwin nanti macam mane?”, Hadi sedikit berang apabila ternampak di tangan Man masih tersisip rapi sebatang penyapu. ”Alah, kau bukannye ade orang nak pon. Muke kau boleh buat pendinding untuk halau perempuan cukup dah, hahahha”, terbahak-bahak Man ketawa dengan lawak jenakanya sendiri. “Kurang ajar ye kau”. “Ala gurau-gurau, nanti kalau kau p****g semak samun tu aku upah 10 ringgit ok”, ujar Man yang cuba menyogok Hadi dari terus merajuk dek kutukan pedih yang menikam jiwa. ”Okay lah nanti aku buat la”, Hadi menjawab.

Kiranya cukuplah 10 ringgit untuk membeli kad tambah nilai. Sudah banyak nombor telefon disimpan olehnya yang diambil dari ‘bus stop’, hanya menunggu masa sesuai untuk mencuba nasib. Bahkan nombor telefon yang tercatit di tandas-tandas awam pon dirembatnya. Ye lah kita hanya usaha dan cuba tapi tuhan yang tentukan. Itulah prinsip yang diamalkan oleh Hadi. Terbayang-bayang wajah perempuan yang bakal ‘didating’ olehnya sambil mengingat nama-nama yang dicatit. Minah sepi, fauziah solo, mawar kedah, ain janda. Macam-macam nama panggilan yang terpahat pada memorinya dan dia terus mengelamun dibuai mimpi basahnya dan hanya tersedar sekitar jam 1.30 tengahari. ”Uish dah pukul brapa ni, baik aku siapkan cepat apa yang Man suruh. Kalau x, terbantot plan aku nanti”. Hadi bingkas bangun dari tidur dan terus ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Usai mandi, Hadi sarapan pada ‘lunch hour’ dengan berlaukkan telur goreng dan kuah sup nasi ekonomi yang dibelinya semalam.

Pintu stor dibuka digeledahnya mencari sabit untuk membersihkan kawasan rumah. “Ha ni dia”, dicapainya sabit yang terletak di atas rak di dalam stor dan terus keluar meninjau dari manakah patut dia mulakan kerjanya pada hari itu. “Uish banyak pulak semak dengan lalang ni”, getus Hadi. Dirinya sedikit pelik dengan suasana rumah. Penuh dengan semak samun dan lalang yang tinggi. Padahal semasa meninjau kawasan rumah tempoh hari semak dan lalang tidaklah sebegini banyak. Dia juga seakan baru tersedar struktur rumah yang didiami ini seakan pelik binaanya. Hendak dia katakan ada unsur British tidak pula nampak ciri-cirinya, hendak kata jawa, tidak pada struktur bumbungnya. Cuma ada tembok pagar batu bata yang mengelilingi rumah.

Tinggi tembok pula selaras dengan leher orang dewasa. Keadaan dalam rumah juga sedikit pelik fikirnya. Ruang tamu luas dan berbentuk empat segi sama sisi bersambung dengan dapur. Di sebelah kiri ada tandas. Di sebelah tandas bilik Din dengan Amir. Bertentangan dengan bilik mereka bilik Man, Hadi dan Epul. Di bahagian luar belakang rumah pula ada 3 batang tiang tercacak teguh dan bumbungnya bersambung dengan rumah mereka, bermozek dan berkeluasan empat segi tepat, ditengah-tengah tempat tersebut terdapat suatu bahagian yang sedikit bertingkat berbentuk segi empat tepat juga. Tidak pulak dia ketahui apa fungsinya tempat tersebut. Cuma ada jugak kelihatan dan aura seperti tempat orng bersiram. ”Kalau macam ini bukan 10 ringgit tapi 20 ringgit”, Hadi bermonolog sendirian dalam hatinya kerana melihat semak samun yang banyak itu.

Waktu terus bergerak dan hampir jam 6.30 petang diselangi dengan rehat dan mengulat tinggal satu bahagian akhir lalang belakang rumah yang hendak ditebas oleh Hadi. Dia duduk bercangkung bagi memudahkan kerja2 menebas lalang dan semak samun yang berhampiran dengan pagar tembok. Selesai menebas semasa dia ingin bangun berdiri betul2 terpacak seekor ular tedung berwarna hitam di bahagian luar tembok, tingginya melepasi tembok yang separas dengan leher orang dewasa. Bermakna ular tersebut lebih tinggi dari Hadi. Dia kaget. Tidak mampu bergerak namun dapat dirinya merasai amarah makhluk tuhan ini melalui pandangan mata mereka yang bertemu. Kedua-duanya diam tidak bergerak hanya mampu bermain mata. Hendak sahaja dia melarikan diri dari ular yang kiranya sebesar betis kakinya itu tetapi badannya seeolah terikat. Ya, seperti terikat dibelit seekor ular padahal tidakpun ular tersebut bergerak mahupun seinci merapatinya.

Segala surah dan juga ayat suci al-quran cuba diucapkan oleh Hadi. Tetapi suaranya seakan tersekat, lidahnya kelu, mulutnya terkunci seakan ditutup rapat. Oleh kerana tidak mampu berbuat apa-apa menggunakan tubuhnya. Dia hanya mampu berdoa di dalam hati tapi entah apa yang dibacanya dia sendiri tidak mengerti. Tunggang langgang semuanya, satupun tiada tepat bacaanya tika saat itu kerana dia sedar bahawa sememangnya iman dia tidak lah setinggi gunung tapi apakan daya memang situasi panik inilah yang bakal menjadi kebiasaan bagi mereka yang sedang ketemu dengan sesuatu yang jauh tidak pernah terfikir dek akal. Mahu sahaja dia pengsan tidak sedarkan diri dari terus bertentang mata dengan seekor ular dahsyat seperti itu.

Sambil dirinya terpacak diam membatu, saat itu jugalah kedengaran seperti suara beberapa orang perempuan bergelak ketawa membelakangi dirinya. Maka makin rancaklah segala ayat tunggang langang yang dibacanya itu. Tidak sedar masa semakin melewati dirinya yang terpaku dipukau sesuatu. Agak lama keadaan dirinya sebegitu rupa sebelum terasa sedikit kelonggaran ikatan pada dirinya. Gelak tawa wanita dibelakangya masih lagi tidak membisu. Tidak berani dia menoleh kebelakang mahupun mengintip sedikit ingin melihat gerangan siapakah pemilik suara-suara tersebut. Hadi cuba mengumpul kekuatan untuk melepaskan seluruh tubuhnya yang seakan-akan sudah mendapat suatu kuasa luar untuk bebas daripada ikatan yang semakin goyah. “Fuuuuuhhhhhh”, terasa angin kuat mengena pada mukanya seakan ada orng meniup tepat ke arah mukanya tetapi anginnya sedikit kuat dan panas tidak seperti angin waktu petang seperti kebiasaannya. Lantas pada masa yang sama Hadi mampu mengerakkan seluruh tubuhnya.

Tanpa membuang masa terus dia menoleh ke belakang ingin berlari masuk ke dalam rumah, tetapi dia terlupa yang masih ada makhluk lain yang ingin ketemu dengannya. Sudahpun mahkluk tersebut mengucapkan salam pertemuan dengan memperdengarkan suara mereka semasa dirinya dipukau sebentar tadi. Kini tiba gilirannya untuk membalas salam perkenalan diri. Mujurlah mereka tidak betul-betul muncul dihadapan mukanya ketika itu. Jika tidak, mungkin rakan-rakanya yang lain perlu mencari Hadi dibahagian belakang rumah, pengsan tidak sedarkan diri. Itupun sekiranya dia bernasib baik, jika tidak mungkin keesokan harinya baru ketemu. Hadi mengorak langkah berlari menuju ke bahagian hadapan rumah kerana seluruh bulu yang lekat pada dirinya sudahpun berdiri tegak.

Entiti yang diperlihatkan padanya selepas tersedar daripada pukauan seekor ular tadi tidaklah begitu menyeramkan rupanya, tetapi lebih kepada terkejut dengan kehadiran mereka yang berkemban menggunakan kain batik. Rambut mereka panjang hingga ke betis. Lurus bagaikan tidak pernah terusik. Berkulit sedikit putih gebu diantara pucat orang meninggal dunia dan orang yang masih hidup. Berwajah ayu bak wanita melayu terakhir. Tidak pula sempat dia mengira berapa gerangan si cantik manis yang ingin berkenalan dengan dirinya itu, tetapi pada pengamatan sekilas pandang matanya, dapat dia mengagak lebih kurang enam orang si gadis ayu yang ketika itu sedang mengelilingi bahagian empat segi yang sedikit bertingkat dibahagian belakang rumah.

Entah apa yang dilakukan mereka dia tidak dapat meneka. Sempat dia bertentang mata dengan salah seorang daripada mereka yang pada waktu yang sama sedang tertumpu melihat dirinya yang sedang berlari membuka langkah seribu. Dilemparkan sedikit senyuman oleh wanita yang bermain mata dengannya. Mana mungkin dia tersenyum kembali membalas senyuman pada situasi yang mampu membuatkan dirinya menjadi gila sekiranya berterusan sebegini. Malahan senyuman yang diberi walaupun datang daripada seorang gadis ayu tidak pula membuatkan dirinya berasa gembira, sebaliknya terdapat sedikit aura seram pada senyuman wanita itu. Tidak tahu bagaimana ingin digambarkan situasi yang sedang berlaku. Tetapi apa yang pasti datanglah senyuman seakan itu daripada Nora Danish sekalipun tidak mungkin dia terus tercegat disitu seperti mangsa menunggu masa, kerana dia yakin bukan manusia yang dia ketemu pada hari itu.

(17 Dec 200X) (Epul dan Din)
“Hampa berdua dok kat rumah ataih bukit tu kan”, tercengang Epul dan Din ditegur seseorang sedang mereka ingin menyarung selipar utuk menuruni tangga masid. Entah bagaimana hidayah Tuhan terselit membuka sedikit ruang di pintu hati mereka berdua untuk pergi mengimarahkan masjid pada waktu isyak ketika itu. “Ya pakcik, kami yang duduk ataih bukit tu… kenapa?”, Din menjawab pertanyaan seorng kelibat tua yang ingin sama-sama menuruni tangga masjid yang tidaklah seberapa tinggi. “Takdak apalah. Cuma nak nasihatkan supaya hampa berdua berhati-hati”, balas orang tua tersebut. Din perasan yang orang tua inilah tadi yang mengimamkan solat isyak mereka tadi. “Hati-hati kenapa?”, ingin sahaja soalan ini ditujukan kepada orang tua itu akan tetapi belum sempat dia bersuara orang tua tersebut selebih dahulu membuka mulut.

Bagaikan ingin mengubah topik yang pada mulanya dia sendiri bangkitkan. Sempat juga mereka bertiga berbual-bual kosong sambil berjalan menuju ke motorsikal yang diletakkan di bawah bangsal di tepi masjid. Banyak jugak perkara yang diutarakan oleh dua pemuda ini kepada orang tua tersebut. Tetapi hanya Din dan orang tua itu sahaja yang rancak berbicara kerana Epul tidak beberapa paham dengan bibit-bibit utara yang seringkali keluar dari bibir mereka. Din anak jati utara tidak hairanlah dia boleh bersembang dengan orang sini kerana sudah memang mereka berada di perkampungan yang hampir dengan negeri Kedah jelapang padi ini. Epul pula orang Selangor, tidak mampu dia menterjemah setiap tutur kata yang laju keluar dari percakapan mereka berdua. “Ok lah pak Hamid.. kami balik dulu lah”. Din meminta diri untuk pulang ke rumah. Ya pak Hamid nama orang tua yang berborak dengan mereka tadi. “Weh lapaqlah, jom pi pekena roti canai kat kedai hujung kampung tuh”. Belum sempat motor ex5 dinaiki mereka berdua membelok ke simpang memasuki perkarangan rumah mereka, Din terlebih dahulu menyuarakan pendapatnya. “Ok jugak, aku pon tengah lapar ni”, Epul menyahut ajakan Din.

Tiba mereka di perkarangan kedai makan yang agak popular di dalam kampung itu. Tidak sabar Din ingin menjamah roti canai yang disyorkan oleh pak Hamid sebentar tadi. Semestinya orang tua itu tidak menipu kerana sudah lama dia menetap di kampung ini. Akan tetapi pandangan orang kampung yang berada di kedai makan tersebut membuatkan Epul dan Din sedikit pelik. Apa yang diperhatikan oleh orang kampung pada mereka berdua, pakaian yang dikenakan biasa sahaja, berbaju melayu lagak orang baru balik kelas mengaji. Pandangan yang diberikan membuatkan Epul dan Din membatalkan hasrat untuk makan di kedai tersebut sebaliknya mereka rasa lebih baik sekiranya bungkus sahaja pulang ke rumah. “Di… dikk.. siii..aapp dah ni”, makcik yang menjaga kedai memanggil mereka. “Berapa makcik?”. ”Taak.kk appaa.. mkcik blan…nn.. ja”, sedikit tergagap makcik itu menjawab.

Sudah berulang kali mereka berdua tegas ingin membayar makanan yang mereka pesan. Tetapi makcik tersebut tetap berkeras ingin memberikan secara percuma kepada mereka. Akhirnya mereka berdua akur dengan pemberian makcik itu. Tetapi agak pelik dengan keadaan makcik itu yang seakan takut semasa berhadapan dengan mereka dan percakapannya yang sedikit gagap itu. Tidak pula makcik itu bercakap dalam keadaan gagap pada pelanggan sebelum mereka. Ingin keluar dari keadaan yang sedikit jengkel itu Epul mencuit bahu Din diajaknya pulang ke rumah. Di atas motor fikiran Epul melayang terfikir-fikir tentang kejadian sebentar tadi yang berlaku. Teringat dengan kata-kata pak Hamid yang menyuruh mereka berhati-hati. Apa yang cuba disampaikan oleh pak Hamid agaknya.

“Weh, hang percaya tak apa yang Hadi ceqita semalam yang dia jumpak ulaq dengan pempuan tu?”, keluar dialek piau orang utara Din kerana dirinya sedikit gentar dengan apa yang sedang difikirkan olehnya. “Haha… jangan percaye sangat Hadi tuhh. Kalau 10 bende yang die cakap, 11 bende kau x boleh percaye. Membongak je kerje die, haha”, Epul cuba berseloroh untuk menenangkan sedikit suasana sunyi yang sedang mereka lalui. Padahal dirinya sendiri sudah perasan dan sedikit seram berhadapan dengan situasi di kedai makan dan sekarang pula dia terhidu bau yang sangat wangi. Wanginya seakan minyak atar kasturi. Tidak mahu dia menegur dari manakah datangnya bau tersebut.

Teringat kata-kata opahnya sewaktu dia kecil dahulu. Sekiranya terbau bauan wangi maka makhluk tersebut berada jauh daripada kita, sebaliknya sekiranya terbau bauan yang busuk yang menandakan makhluk tersebut sudah berada berhampiran dengan kita. Tidak ingin dia membayang dan menyebut nama apakah makhluk itu walaupun di dalam hati kerana dia takut dengan membayang dan menyebut ibarat berhasrat bertemu jasad. ”Weh bau apa wangi nih”, Din bersuara. Tika itu jugak bau yang wangi tadi bertukar menjadi busuk. Hanyir seperti d***h lama yang tidak dibersihkan. Busuk seperti sampah yang seminggu ditinggalkan. Hasrat Epul yang ingin tidak mempedulikan apa yang terjadi musnah. Musnah kerana teguran Din. Bulu roma keduanya terpacak berdiri, leher terasa sedikit sejuk. Telinga seakan berdesing. “Adehh berat pulak moto nih”, Epul yang membawa moto ex5 kesayangannya bersuara.

Memang benar jalan menuju ke rumah mereka itu kawasan berbukit. Tapi jika begini keadaannya berjalan kaki lebih laju dan cepat sampai ke rumah. “Tap” diturunkan ’gear’ motornya ke nombor 2, masih terasa berat lagi. “Tap” dicubanya “gear” 1 pula, sama! Berat jugak seperti membawa pembonceng yang ramai. Padahal mereka hanya naik berdua. Rosak? Tidak mungkin rosak! Baru pagi tadi dihantarnya ke kedai motor untuk diservis. Din dibelakang diam seribu bahasa. Diintainya Epul ingin melihat keadaan Din melalui cermin pandang sisi. “Arghhhh”, terkejut Epul mendengar jeritan daripada Din. Melompat Din turun daripada motor dan berlari ke arah rumah mereka yang jaraknya lebih kurang 100 meter. Tidak sanggup Din menunggu di atas motor lagi. Sudahlah perlahan sahaja motor itu mendaki bukit, dia yang berada dibelakang yang menjadi mangsa. Terasa bahunya dicuit-cuit dari belakang. Diintainya sedikit apa yang berada di atas bahu dan ternampaklah 5 kuku yang panjang berwarna hitam. Mata ditutup. Tidak mahu dia melihat lagi apa yang berada disekeliling.

“Papppp”, mukanya ditempeleng oleh sesuatu. Keadaan mukanya yang mengadap ke hadapan sedikit tertukar arah ke sebelah kiri apabila terasa seperti dirinya ditampar sesuatu, dan diperlihatlah dia kepada suatu makhluk yang mengerikan berdiri tepat disebelah pokok pisang. Rambut yang tidak terurus, mata yang sedikit cengkung kedalam berwarna merah memandang ke arahnya, muka yang terkoyak dan penuh dengan ulat dan nanah, bergigi tajam tapi tidak berbibir. Berkain putih sedikit berlumpur. Landai kainya. Sedikit tinggi tidak mengerbang diatas tanah. Tidak sanggup berdepan dengan makhluk itu menyebabkan Din mengambil keputusan untuk lompat daripada menunggu di atas motor. Dan terus berlari menuju ke rumah. “Sudahhhhhh”, peluh berderau membasahi dahi dan baju Epul apabila Din melompat daripada motor.

Dia hanya mampu melihat lagak Din yang memecut laju. Sekiranya Din bertanding di sukan olimpik, Epul yakin yang ussain bolt pun mampu Din pintas. Tinggal Epul berseorangan di atas motor. Pada akalnya sudah pasti Epul yang menunggang motor mampu mengejar Din. Tetapi apakan daya pada malam itu hukum fizik tidak lagi boleh diaplikasikan dengan apa yang terjadi. Tidak terkejar Din dek Epul walaupun dia menaiki motorsikal. Ingatkan bila Din melompat akan berkurang berat yang dirasainya. Malangnya tidak, sama sahaja. Dia hanya mampu melihat Din berlari meninggalkan dirinya dalam kepekatan malam yang disuluhi cahaya bulan. Hendak sahaja ditinggalkan motor kesayangannya itu di situ jugak dan terus membuka langkah seribu berlumba dengan Din. Tapi tidak mungkin dia perlakukan ex5 kesayangannya sedemikian. Sudah banyak kenangan manis mereka bersama. Lagipun jika ditinggalkan motornya disitu, bila pula datangnya berani untuk mengambil motor ex5nya itu.

Risau sekiranya ditinggalkan sehingga esok pagi diangkutnya matpet dijual dikilang besi. Fikirannya bercelaru. Sekiranya tadi ada Din yang menerima segala jenis gurauan senda sudah tentulah sekarang masa untuknya pula. Tidak berani Epul menoleh ke kiri mahupun ke kanan. Matanya terus memandang jalan lurus sambil ex5nya mendaki bukit. Rasa berat tidak lagi hilang sedangkan Din sudah hilang dari pandangan matanya. Mungkin sudah sampai ke rumah berlari mungkin juga belum fikirnya. Sehabis mungkin dirinya cuba fokus tanpa memandang ke tempat lain. “Fuhhh”, angin sejuk meniup leher Epul. Terpandang dari sisi cermin pandang sisi apakah yang berada dibelakangnya.

“Prapppppp” bunyi ‘side mirror’ patah dikopak Epul. Bukan niatnya untuk mematahkan ‘side mirrornya’ tapi sedikit kuat dia menguak ‘side mirror’ ke belakang. Ingin mengalihkan cermin ke bahagian hadapan tetapi terlebih tenaga yang digunakan olehnya. Mana tidaknya semasa terpandang cermin sisi motornya ternampak kelibat Din masih lagi membonceng dibelakangnya. Sama. Rupanya saling x tumpah seperti Din yang dia lihat selalu. Cuma din yang dibelakangnya sedikit tersenyum seperti sedang mengintip Epul melalui ‘side mirror’. “Prapppppp” bunyi ‘side mirror’ kiri turut patah dikuak epul. Ah lantaklah kalau patahpun, memang kena ganti dua-dua, dia berfikir. Biarlah, asalkan dia tidak nampak kelibat makhluk yang sedang menumpang motornya. Cuba dikumpul segala kekuatan yang ada pada dirinya untuk terus maju ke pintu rumah.

“Epul cepat Epulll..”, Hadi menjerit. “Laju woiii lajuuuu.. “, Din turut bersuara. “Siniiiiii…. Siniiiiii…”, Amir memanggil Epul. Kelihatan jelas tiga sahabatnya sedang menjerit-jerit seperti orang menonton perlawanan bola sepak di depan pintu rumah. Masuk sahaja Din ke pintu pagar tembok batu bata rumah mereka serta merta beban yang dirasainya hilang. Terangkat sedikit tayar hadapan motornya bila keadaan tiba2 menjadi seperti itu. Nasib baiklah kepakaran yang ada pada dirinya selama 5 tahun mendalami bidang rempit masih berbisa. Pantas dia mengawal keadaan. Terlopong Hadi, Din dan Amir melihat kelibat makhluk berbaju putih yang terbang dari motor Epul semasa betul-betul dia melepasi tembok rumah.

Berlegar-legar ‘sweetheart’ mereka itu diatas langit. Terbang tanpa arah. “Hahahhahahhaahaaaaaaaaaaa”, bunyi ketawa yang agak nyaring dihujung dan terus hilang dalam kepekatan malam. Keempat-empat mereka meluru masuk ke dalam rumah tanpa membuang masa. Semuanya diam, tidak tahu apa yang perlu mereka bualkan pada masa itu kerana masing-masing masih lagi disulam perasaan takut dan terkejut. Malam itu keempat-empat mereka bentangkan tikar dan letakkan toto untuk tidur di ruang tamu. Walaupun menutup mata tetapi fikiran mereka masih lagi tidak lena memikirkan apa yang terjadi. Penampakan apa yang mereka lihat. Bunyi-bunyi ketawa dan perempuan seaakan menangis kedengaran di luar rumah. Sayu seperti agak jauh bunyinya. Sememangnya malam itu tiada siapa yang berani menegur apa2 bunyi yang kedengaran di luar rumah mahupun di dalam rumah. Hanya diam dan cuba untuk lelapkan mata agar tiada lagi kedengaran suara-suara aneh.
….
Penat naipnya weh nanti2 saya sambung ye, dah berulang kali hantar x approve huhu. Rase nak give up dah haha. InsyaAllah ada masa saya smbung lagi. Tata

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

18 comments

  1. sampai sakit leher aku baca..punye khusyuk..regangkan otot..fokus baca…tarik kerusi bagi rapat… sekali scrol lagi… bersambung daaaaaaa….. admin..approve ye sambungan dia… best wooooo

  2. Berbunga2 bahasa hang noooo….. Tang dialog tu aku paham….tang ayat2 tu aku xbopa nak buleh paham sgt..sb berbunga2….almaklum la…..aku kan dah tua……tp ceritha hang ni best…nak tau gak la…kedah tang mana tuuu ????

  3. “Epul cepat Epulll..”, Hadi menjerit. “Laju woiii lajuuuu.. “, Din turut bersuara. “Siniiiiii…. Siniiiiii…”, Amir memanggil Epul. Kelihatan jelas tiga sahabatnya sedang menjerit-jerit seperti orang menonton perlawanan bola sepak di depan pintu rumah.

    Ni kelakar hahahaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.