6th Sense Yang Hilang – Prolog

Hi semua. Sixth sense. Ada orang kata tu anugerah. Ada orang kata tu adalah kebetulan, iya lah kalua benda tu nak muncul, dia muncul lah kan? Nama aku Madonna. Macam penyanyi tu, dan aku suka berangan, sebab tu nama aku Madonna.

Aku berasal dari timur semenanjung. Keluarga aku asalnya daripada kalangan bukan berada. Keluarga parents aku dua-dua bersawah. Dulu la. Lepas aku lahir, aku tak Nampak pulak atuk nenek aku membajak. Tapi yang pastinya, dekat sebelah rumah atuk aku, ada satu bangsal yang tinggi, dua tingkat. Tingkat bawah dia bela ayam, dan tingkat atas dia simpan peralatan untuk bersawah. Pasal bangsal ni, nanti aku cerita.

Dekat rumah keluarga aku pulak, dalam jarak 2km, ada satu bukit. Bukit tu tak lah tinggi sangat, dan itu adalah bukit batu pasir, jadi kau takkan jumpa pokok dan sebarang tumbuhan dekat atas tu. Maksudnya kalau kau panjat, risiko untuk kau hilang tu memang tipis. Melainkan kau palsukan kehilangan kau. Yang tu aku tak campur. Tapi kalau kau hilang jugak, kau tolong berdoa sekarang. Dulu masa kecil, aku suka panjat bukit tu. Sebab kau boleh tengok pemandangan satu kampung dekat situ, dan kau akan rasa tenang dan nyaman, yelah udara kat kampung kan bersih, dekat atas tu berangin pulak tu.

Aku mula panjat bukit tu masa umur aku 5 tahun. Sebab dah masuk tadika, ada kawan ajak. Walhal diorang ajak sekali je, aku je yang selalu naik. Sebab apa?

Masa aku balik dari tadika, aku lalu ikut bukit tu, naik basikal kecik yang tayar m**i tu. Aku nampak ada seekor beruk yang saiznya sebesar aku. Badannya berbulu coklat kehitaman. Mata hitamnya besar. Dia pandang je aku. Senyum pun tak, menyeringa pun tak. Lepas tu dia panjat bukit tu. Kanak-kanak akan menjadi kanak-kanak. Tanpa syak wasangka, aku pun buat lencongan, “Tak pe lah. Lagipun tak azan lagi.” Dan aku baru lepas tengok cerita Siti Di Alam Fantasi dekat TV1 masa hari Sabtu sebelum tu. Aku kan suka berangan.

Jadi kau bayangkan tengah hari berdiri macam tu aku panjat bukit tu, mau nya orang kampung nampak. Sampai je ke puncak, aku langsung lupa niat aku nak cari beruk tu. Sebab aku nampak bunga. Cantik bunganya. Warna pink dan sangat wangi. Sebab tu aku suka. Tapi aku tak ambik. Aku tengok je, sebab kalau aku ambik, nanti bunga tu m**i. Aku tak suka. Masa tu aku seolah-olah terleka. Angin yang bertiup perlahan terasa sangat nyaman. Aku seperti lupa yang ketika itu adalah waktu tengah hari.

Jadi aku pun turun. Dalam hati cakap mungkin beruk tu dah masuk ke alam fantasi kot. Masa nak turun dari bukit tu, aku duduk kejap dekat sebalik batu besar, untuk berteduh. Aku dengar bunyi azan. Ok lah. Masa untuk balik. Tengah aku syok duk kat belakang batu tu, jiran aku, Mak Hitam datang.

“Madonna, ape mu buat kat atas tu nak?”
“Saje je duduk sini kejap. Tadi ada beruk dekat sini. Tapi dah lari. Mak Hitam ada air tak? Madonna haus lah”
“Nah minum air ni. Kesian mu Madonna sayang.”
Aku nampak mulut Mak Hitam terkumat kamit. Apa dia baca pun aku taktau. Yelah, 5 tahun. Doa makan aku tau lah.

Selesai je dia baca, aku pengsan.
Aku sedar je hari dah senja. Aku bingung. Bingung seperti boyfriend kau cakap dia terpaksa tinggalkan kau sebab kau terlalu baik untuk dia. Ramai orang kat sekeliling aku. Termasuklah arwah atuk aku, Tok Ngah, Pak Long dan Ayah Cik. Rupa-rupanya aku dah dua hari hilang. Patutlah aku haus betul masa Mak Hitam jumpa aku tu, itu adalah hari kedua aku dekat bukit tu. Di luar rumah ada pokok manggis. Aku nampak banyak moyet dekat situ. Walhal sebelum ni tak pernah aku nampak diorang dekat situ. Tapi monyet-monyet tu diam je. Seolah-olah menunggu sesuatu. Azan magrib berkumandang..
“Madonna, mu buat apa dekat bukit tu?” Tok Ngah bertanya.

“Ada bunga” Itu je yang aku mampu jawap.

Sambil mata aku mencuri pandang dekat dapur. Di suatu sudut, ada beruk di bukit tadi. Bertenggek dekat atas tong beras. Dia diam je. Sambil memandang aku. Seolah-olah memberi amaran, jangan ceritakan apa-apa. Aku alihkan pandangan ke arah mak. Tapi pada masa yang sama, aku sedikit senang. Sebab akhirnya aku jumpa dia. Dia adalah nyata! Kenapa lah aku bebal sangat dulu. Atau itukah yang dikatakan suci? Aku tengok balik, dia dah tak ada.

Tiba-tiba, Kak Lang aku menjerit. Menjerit macam tak ingat. Sambil tunjukkan bendul rumah. Kalau rumah orang dulu-dulu mana ada siling, bendul ada lah. Semua orang hairan, sebab mana ada apa-apa dekat situ. Ayah aku peluk Kak Lang, dan Tok Ngah sapukan air bacaan dekat muka dia. Kak Lang langsung pengsan. Masa tu Kak Lang darjah 2.

Lalu beruk tadi melompat ke arah Kak Lang, serta merta Kak Lang terbangun. Merah matanya. Tepat memandang ke arah aku. Aku buntu. Takut lah bila orang pandang macam tu. Kak Lang berlari ke dapur. Dipanjatnya dapur gas sampai jatuh kuali dan periuk. Terus melompat dan tangannya mencapai tingkap, dan bergayut pada bendul sambal ketawa. Itu bukan suara Kak Lang. Dia berlari arah aku dan menerkam. Jarinya erat mencengkam bahuku. Tok Ngah terus tonyohkan garam kasar dan lada hitam dekat kepala Kak Lang. Meraung budak tu. Serius. Bang Cik dan Along pulak merengek. Sebab monyet-monyet dekat luar tu mula bising. Kelam kabut mereka. Keadaan jadi gamat betul. Gamat yang tak best.

Bermula lah dialog arwah atuk aku dengan ‘Kak Lang’.
“Apa mu nak, jin?!”
“Aku nak budak ni!! Lagipun dia yang datang cari aku!” sambil tangannya tunjuk ke arah aku.
“Budak ni tak ada apa yang mu nak!”
“Ada! Dia ada jiwa. Jiwa yang akan menyusahkan aku suatu hari nanti!”
Semua berpandangan sama sendiri. Bingung. Pak Long dan Ayah Cik pulak terkejut dan pandang je dekat aku. Tok Ngah memang dah bengang masa tu. Langsung dia lemparkan garam kasar dekat Kak Lang. Tak cukup dengan tu, disimbahnya pulak dengan air bacaan.

“PANASSSSSSSSSSSSSSS”
“Rasakan!! Natang mu ni pergi kacau cucu cicit aku!!”
Tok Ngah picit ibu jari kaki Kak Lang, terangkat badan dia. Dan Kak Lang rebah. Nasib kau lah Kak Lang, dua kali pengsan hari tu. Rasanya beruk tu dah berambus, sebab keadaan dah tenang. Mak aku datang dan peluk aku. Tok Ngah, Pak Long, Ayah dan Ayah Cik ke beranda, membincangkan sesuatu.
Bila semua dah selesai, lepas solat isya’, semua ahli keluarga yang tua-tua berkumpul. Dan aku berada di dalam bilik dengan Kak Intan dan Abang Salim.

Bersembang. Walaupun tu kali pertama aku jumpa diorang. Urm.. Dalam fikiran aku, diorang mungkin sepupu sepapat parents aku kot. Lagipun diorang suka dengar aku nyanyi lagu ABC. Kak Intan dan Abang Salim ni suami isteri, umur dalam lingkungan 30an. Kak Intan, rupa dia sangat cantik. Aku jarang jumpa orang kampung yang suka bersiap. Dia pakai baju kurung, dan berkain batik. Abang Salim pun handsome, berbaju melayu dan berseluar panjang. Nanti aku nak laki macam Abang Salim lah. Sehingga hari ni, di saat korang baca cerita ni, aku masih menunggu.

“Madonna!!” Tok Ngah memanggilku.
“Kak Intan, Tok Ngah panggil. Madonna pergi jumpa Tok Ngah kejap ya.” Mereka hanya senyum dan mengangguk.
“Ye Tok Ngah.”
“Mu dengan siapa dalam bilik tu?”
“Dengan Kak Intan dan Abang Salim lah.”
“Mu ni.. Nak jadi apa lah. Hah, sekarang ni, Tok Ngah nak tanya, apa mu buat dekat atas bukit tu?”
Aku ceritakan dari mula aku nampak beruk tu masa on the way balik dari tadika, sampai lah ke puncak bukit.

“Dekat atas tu, ada bunga. Cantik sangat bunga tu, Warna pink. Wangi sungguh, sampai melekat bau dia dekat tangan Madonna. Tapi bunga tu ada satu je”
“Macam mana rupa bunga tu?”
“Warna dia pink. Kelopak dia ada lapan. Ada bintik-bintik putih. Erm, tu je. Tapi Madonna tak ambik pun.”

Mereka semua mengangguk. Seperti tahu sesuatu, dan dirahsiakan daripada aku. Bila aku tanya kenapa, Tok Ngah jawap aku kecik lagi. Aku memang tak suka dengan jawapan macam tu. Aku merajuk dan pergi dekat mak. Duduk atas riba mak aku. Along, Bang Cik dan Kak Lang dan tidur masa tu.

Mak Hitam datang.
“Madonna, kadang-kadang kita tak perlu tahu apa yang kita tak perlu tahu. Dan ada ketika, kita perlu tahu apa yang kita taknak tahu. Harap-harap satu hari nanti, semua tu hilang.”
Aduh. Umur 5 tahun, ayat macam tu mana aku nak faham. Tapi sekarang aku dah faham. Rupa-rupanya lepas kejadian tu, seolah-olah hijab aku terbuka (bukan buka daripada berhijab, kau jangan buat perangai ya). Dan aku telah di banned daripada panjat bukit tu. Dan aku tak kisah, sebab tiap kali aku lalu jalan dekat bukit tu, aku tak rasa nak panjat pun. Macam angin lalu je aku pandang bukit tu. Basikal aku pulak, mak aku bubuh atas atap rumah.
Erm aku nak carita lagi pasal Kak Intan dengan Abang Salim, dan macam mana hidup aku lepas tu. Tapi nanti lah.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

15 comments

  1. part bingung ” Aku bingung. Bingung seperti boyfriend kau cakap dia terpaksa tinggalkan kau sebab kau terlalu baik untuk dia.” dengan ” Abang Salim pun handsome, berbaju melayu dan berseluar panjang. Nanti aku nak laki macam Abang Salim lah. Sehingga hari ni, di saat korang baca cerita ni, aku masih menunggu.”

    serius aku tergelak..

  2. Tak dinafikan cerita ni real, tapi serius kau boleh ingat detail satu2 yang jadi. Btw aku suka penulisan kau. ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.