Aku Suka Budak Ni

Senyum itu sedekah…senyum itu tanda kemesraan…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS. Firstly, terima kasih admin FS jika sudi menyiarkan pengalaman aku ini. Bila aku baca cerita-cerita dalam FS, aku pun tergerak hati nak kongsikan satu pengalaman yang pernah terjadi kat aku semasa aku sekolah menengah Tingkatan 2.

Namaku Anis. Umurku dah 30an dah pun sekarang. Alkisahnya semasa Tingkatan 1 dan 2, aku bersekolah di sebuah sekolah area Sikamat, Negeri Sembilan. Sekolah ni sekolah biasa saja, bukan sekolah berasrama penuh, tapi sekolah ni ada menyediakan kemudahan asrama. Aku duduk asrama perempuan sepanjang Tingkatan 1 dan 2 tu. 2 tahun tu je sebab aku start pindah sekolah di Shah Alam masa tingkatan 3.

Aku ni sejak dari kecil suka senyum bila terserempak dengan orang yang aku kenal atau sama jantina, maksud aku perempuanla. Dari mula aku start duduk asrama, dengan senior ke dengan junior ke, aku mesti sedekahkan senyuman aku tu bile terserempak atau jumpa. Dah biasa kan..tapi dengan perempuan je…dengan lelaki aku tundukkan pandangan.

Sekolah aku ni ada menyediakan pendidikan khas (PK) untuk budak-budak yang OKU yang kurang pendengaran dan bisu. Diorang ni selalu bercakap guna bahasa isyarat tangan je. Ada beberapa budak OKU yang perempuan ni yang duduk asrama juga tapi mereka duduk di dorm yang blok depan. Jadinya, tak sekali duduk dekat dorm akula.

Aku ni kalau terserempak dengan budak OKU ni pun aku akan senyum pada mereka, dan mereka pun baik je dengan aku. Almaklum, semua orang kat asrama perempuan tu kenal aku sebab suka senyum.

Nak dijadikan cerita, masa aku Tingkatan 2, aku ni rajin juga orangnya masa tu..selalu jugak stay up untuk study. Pada satu malam tu, aku dan kawan baikku stay up untuk study sebab tak lama lagi peperiksaan. Selepas habis prep, kami masih lagi sambung study,  kami study di bilik surau kecil yang ada dekat asrama tu. Surau tu ada dekat blok asrama depan..dorm kitorang blok asrama belakang. Kemudian, bila masing-masing dah mula mengantuk, kami pun balik ke dorm masing-masing.

Masa aku masuk dorm, aku tengok budak-budak lain semua dah tidur. Yelah, waktu tu dah tengah malam,. Ketua dorm dah memang bagi tugas kat aku sebab dah selalu balik lewat kan, aku yang kena kunci pintu dorm tu. So, rutin macam biasa, balik tu, setelah tengok sekali imbas budak-budak dorm semua dah tidur, aku kuncila pintu. Lepas tu, aku pun naik katil aku kat bahagian atas tu. Teruslah tertidur.

Entah macammana aku tersedar lepas tu aku pun tak tahu. Walaupun mata tertutup, aku dengar bunyi orang bersembang. Aku ingatkan budak-budak dorm aku ni bangun bersembang. Suara diorang betul-betul di bahagian katil berpasangan yang bertentangan dengan katil aku. Aku siap boleh pasang telinga pulak tu nak dengar apa yang diorang sembang. Mata aku masih tertutup ni tapi telinga aku mendengar. Punya rancak diorang bersembang, kemain lagi aku mendengarnya. Korang nak tau diorang sembang pasal apa? Pasal HANTU. Mereka bercerita mengenai hantu-hantu yang pernah ditemui di sekolah ini.

Aku dah tak ingat sangat apa butir-butir yang diorang sembangkan.. tapi aku ingat ayat yang ini “Kenapa orang takut hantu ye?”. Lepas tu suara gelak-gelak..macam kelakar benar plak.Masa tu aku tak rasa apa pun. Sebab aku betul-betul ingat ade budak-budak dorm aku ni yang tengah sedap bersembang tak tidur lagi. Entah macam mana, tergerakla plak hati ni nak tahu siapa yang tak tidur lagi yang tengah bersembang tu…

Aku pun bukalah mata aku dan nampaklah ada 3 orang duduk di katil dua tingkat bertentangan dengan katil aku tu. Diorang duduk di bahagian atas sambil menjulur kaki di ruang antara pasangan katil.

Aku buka je mata dan memandang mereka, tiba-tiba mereka senyap dan menenungku. Lama benari mereka menenungku. Ketiga-tiga mata budak itu mengarah kearahku.

Ketiga-tiga ini bukanlah pelajar yang tinggal di dormku ini.  Dan katil tempat mereka duduk itu pun adalah katil kosong yang tidak becadar pun.

Aku tengok salah seorang tu muka dia aku kenal, sebijik macam budak pendidikan khas (PK) yang aku kenal. Yang dua lagi mukanya aku tak kenal. Dan yang peliknya, diorang ni lengkap berpakaian putih bersih. Ditambah cahaya dari luar koridor, betul-betul memancarkan keputihan pakaian mereka. Yang muka macam budak PK tu, berselubung kain putihnya sampai ke bahagian kepala.. Aku ingatkan mereka ini memakai telekung.

Kan dah jadi macam kebiasaan, aku ni kenal ke tak kenal ke, asal perempuan, aku senyumlah pada mereka.Mereka balas senyuman aku, tapi dengan senyuman yang menyeramkan. Senyum yang menampakkan semua gigi hadapan. Lepas aku senyum aku terus tutup mata balik. Yelah, kononnya dah nampak siapa yang bersembang tu, ingat nak tidurlah balik. Tujuan aku bukak mata sebab nak tengok siapa yang sembang je.

Masa aku nak tutup mata nak tidur balik tu, aku dengar dengan jelas suara “AKU SUKA BUDAK NI”. Ianya datang dari salah seorang dari 3 orang yang bersembang tadi. Habis je perkataan tu aku dengar, automatik suasana sunyi sepi dalam dorm tu macam tak ada siapa pun yang ada bangun tidur ke sembang ke. Suasana tu macam semua orang dah lama tidur. Yang dengar kuat hanyalah bunyi tik tok tik tok jam dinding. Jam dinding tu kat hujung bahagian locker kat sana, tapi entah macam mana aku boleh dengar dengan jelas bunyi jam tu je..punyala sunyi sepinya bilik tu.

Tak sampai 1 saat kot aku tutup mata, hilang semua suara-suara orang yang sembang tadi. Serentak tu, bulu roma seluruh badan aku dah terasa meremang. Tiba-tiba otak aku ni berfikir balik. Eh, siapa yang bersembang tadi tu. Kenapa pakai baju putih? Kenapa nak pakai telekung pulak malam-malam ni? Dalam dorm aku ni mana ade budak Pendidikan Khas (PK)? Kalau budak PK, diorang mana reti bercakap camtu? Pintu tadi kan aku yang dah kunci? Macamana boleh ada orang lain masuk? Aku yang last balik dorm malam tadi. Siapa pulak tadi tu? Kenapa diorang cerita pasal hantu? Macam-macam soalan mula bermain dekat kepala otak aku ni.

Aku mula berpeluh-peluh..degup jantung tak tau nak cakap apela.. Terus aku cuba baca ayat kursi. Tunggang-langgang aku baca sebab takut sangat. Tiba-tiba aku terasa macam ada angin sejuk je kat katil sebelah aku yang kosong. Macam ada orang perhatikan aku dari katil sebelah tu. Aku ni bertambah-tambahlah takut.

Aku menelekupkan diri di dalam selimut, dan curi-curi cuba melihat katil di sebelahku yang kosong. Alangkah terkejutnya aku, melihat sekujur tubuh yang juga tidur mengiring menghadapku. Aku tidak nampak wajahnya, kerana keadaan yang samar. Ianya seperti lembaga.

Dan masa tu lah jugak katil aku pulak bergoyang-goyang macam digoncangkan. katil bergoyang sehingga setiap penjuru katil double decker itu berbunyi. Katil bawah aku memang ada orang, tapi selama ni tak pernah bergoyang macam tu. Aku menutup mata ketakutan.

Aku tak berani dah nak bukak mata. Walau apa jadipun..aku tak nak bukak mata. Berpeluh-peluh aku tak boleh tidur. Kemudian bila katil dah tak bergoyang lagi, ada budak yang bangun bukak lampu, kejutkan semua untuk bangun subuh, barulah aku bukak mata aku. Aku lihat katil sebelah, memang tak ada orang.

Bila aku cerita kat kawan baik aku, dia tak percaya kata aku mimpi kot. Tapi memang aku tak mimpi..sampai sekarang aku ingat lagi peristiwa tu.

Tapi sehingga sekarang, aku masih lagi suka senyum.dan aku masih ingat lagi suara “AKU SUKA BUDAK NI”.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

20 thoughts on “Aku Suka Budak Ni”

    • Yea, stad lah. Sekolah mane lg. Dan aku salah sorang pelajar kat situ. Sekolah tu xyah cakaplah. Memang banyak bende yang jadi. Aku pun pernah kene.

      Reply
      • Akak pun x stad….time sekolah dulu popular dgn hantu Rosnah.,..tp akak bukan budak hostel berulang alik….kwn2ada cite pasal Rosnah &ada tarikh/hari tertentu katil digoncang2/digegar sesuatu……….

        Reply
  1. walaweh..seram !!!……dk trbayang 3 budak bersembang tu duk melunjur kaki, pandang ke arah pencerita, n senyum menyeringai….Nia bole plak try senyum menyeringai nampak semua gigi depan sambil tgk cermin..mak aihh..tgk muka sendiri pun nampak menyeramkan, inikan budak2 misteri yg pakai serba putih.

    5 bintang. mcm ni la best…citer satu2..step by step, n bgtau details.

    skang ramai la yg bercerita jenis nk buat lawak xjadi, org lain melawak menjadi, ad yg ikut nk melawak jgk tp krik2, pstu ada sejenis trlalu trikut2 nak buat ayat tinggi sastera. orang lain buat ayat sastera sbb memang dorg berbakat…ad yg xde bakat pun nak ikut, tp ke laut..rileks2 sudah…tulis je dgn cara sendri dengan tenang.

    Nia bg 5 bintang…seram sejuk..dhla klu ad cerita pasal katil double decker, mmg menakutkan, (terbayang mcm2). Lagi satu, apehal Nia asyik trsenyum2 jgk bce cerita ni..haha..senyum berjangkit la tuuu..

    Cerita la lagiiii….

    Reply

Leave a Comment