Coretan Antara 2 Benua – Kisah Rumah Aku di Pantai Timur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hello korang. Nama aku Valide Sultan, perempuan 30+ tahun (nama samaran, bukan nama sebenar). Aku merupakan seorang melayu yang bermastautin di bumi Uthmaniyyah. Ya, aku duduk di Istanbul. Tapi cerita yang aku nak share dengan korang ni bukanlah pasal hantu Turki, tapi pasal pengalaman aku dari kecik. InsyaAllah aku akan share secara berperingkat. Terima kasih untuk admin kerana sudi publish cerita ni. Gambar untuk post aku yang lepas pun tepat sangat, I loike! Kalau korang nak tau nama jambatan tu Galata Bridge, terletak di Eminönü, penyambung antara Old District dan New District of European Side of Istanbul.

Ok, cukup pasal Istanbul, kali ni kali kedua aku share cerita kat FS. Aku tau cerita kali pertama aku tu singkat sangat. Sebab aku tak suka nak gabung dua cerita yang takde kena mengena dalam satu cerita (belit-belit tak ayat aku ni? Haha). Ok, so kali ni aku nak share dengan korang cerita aku dari kecik. Sorry kalau tak scary sangat sebab aku ni bukan jenis boleh nampak, Cuma setakat dengar or rasa sahaja.

Ayah aku ni pegawai kerajaan. Almaklumlah orang keje gomen ni selalu pindah-pindah. Yang paling aku ingat kitorang pernah duduk di negeri Cik Siti Wan Kembang selama 4 tahun. Sampai aku pun pandai cakap loghat sana. Bila pindah di negeri tu, kami dapat duduk di rumah quarters kerajaan. Rumah tu pulak, memang style lama sangat, yang tahap tingkap dia ada jaring besi petak-petak yang boleh muat jari je tu. Rumah quarters ni pulak, bungalow lama sebuah-sebuah. Kawasan keliling rumah ni luas, depan tu siap boleh main badminton dengan selesanya, belah belakang rumah kitorang pulak ada dalam 4 pokok rambutan yang sangat besar, sebesar pemeluk.

Korang bayangkan, pokok rambutan besar macam tu sederet 4 pokok, betapa gelapnya kawasan belakang rumah kitorang waktu malam… Tapi apa pun, yang paling aku ingat, adalah pokok rambutan di belah depan rumah tu, paling besar antara semua. Sama tinggi dengan rumah dua tingkat tu. Aku pulak time tu umur 9-12 tahun, tengah time galak bermain buas-buas, selalu jugak aku main-main tangkap rama-rama kat belah belakang rumah aku tu, kadang main panjat-panjat pokok rambutan belah depan rumah tu, lepak-lepak atas dahan dia.

Walaupun kitorang tak pernah kena apa-apa gangguan di rumah tu. Tapi satu je aku boleh cakap, sejak kami pindah dari rumah tu, aku selalu diganggu oleh mimpi yang sama, setiap tahun. Kira tahap annual dreams dah, dari aku kecik, sampai aku besar. Memang mimpi yang sama, tempat yang sama, iaitu, rumah aku yang ada pokok rambutan besar tu. Dan dalam mimpi aku, memang aku berada dari dalam rumah tu, dari tingkat atas di bilik mak aku, toilet aku, kena kejar dengan pocong, aku lari-lari turun tingkat bawah, paling kuat pun aku lari ke belah belakang rumah je… Habis mimpi tu, mesti mimpi kedua akan bersambung, sedar-sedar aku ada kat kubur, aku memang akan nampak jugak orang pakai kain sembahyang or macam Cik Ponti kat kubur tu panggil-panggil aku. Dengan keadaan berkabusnya tu, sapa tak cuak.

Tengah-tengah aku cuak, confirm aku terjaga dari tidur. Dan yang paling scarynya, sebenarnya, bila aku sedar aku berada kat tanah perkuburan tu, aku mesti tau yang bende tu akan datang sebab hidung aku dapat bau satu bende ni. Sampai hari ni aku tak tau bende tu bau apa, tapi insyaAllah kalau aku terbau aku akan kenal bau tu. Kiranya bau tu dalam mimpi aku, petanda bende tu nak keluar berdepan dengan aku la. Jadi bila aku start bau tu je aku dah cuak. Korang bayangkan aku akan mimpi dua mimpi ni, tiap-tiap tahun bertahun-tahun lamanya sampai la aku besar. Ok, part cerita rumah ni, nampak macam takde kena mengena kan? Nanti insyaAllah akan ada cerita aku sambung di waktu akan datang yang akan menyebabkan korang nampak apa hubungan rumah ni dengan perjalanan hidup aku…

Lepas 4 tahun kami tinggal di rumah tu, kami pindah lagi, tak jauh, negeri sebelah dia je. Negeri femes dengan kepok lekor. Kami duduk di situ untuk another 3 years. Kitorang sewa satu rumah semi-D ni di satu lorong kecik. Aku tak nak cakap la lorong mana, sebab bandar ni kecik, kalau aku cakap confirm orang tau. Belakang rumah tu dan rumah jiran kitorang pulak (rumah semi-D), macam paya kecik. Sebesar satu lot untuk rumah lain la lebih kurang. Mula-mula kitorang duduk rumah tu takde problem pun, Cuma jiran rumah yang attached dengan rumah kitorang tu pelik sikit.

Korang bayangkan, sliding door rumah dia belah bawah, takde langsir pun. Pernah je kitorang lalu depan rumah waktu malam, nampak ada perempuan rambut panjang duduk kat tangga, dan dalam rumah tu kosong sangat, macam takde perabot pun. Lelaki tu pulak, pagi-pagi dah keluar pergi kerja naik motor. Perempuan tu pulak, tak pernah kami nampak kelibat langsung. Jangan kata nak bertegur sapa dengan jiran-jiran, buang sampah pun kami tak pernah nampak, sampai la jadi bahan perbualan makcik-makcik ahli mesyuarat tingkap di lorong tu.

Mula-mula tu aman je, sampai satu tahap ni, kitorang mula dengar bunyi orang ketuk sambal belacan malam-malam. Korang bayangkan, tiap-tiap malam. Bunyi ketuk lesung batu. Sampai mak kitorang cakap, “Suke benor orang sebelah ni makan sambal belacan gamoknya! Tiap-tiap malam buat sambal!”. Untuk makluman korang keluarga kitorang ni keluarga bahasa rojak. Mak aku punya keluarga belah Pahang, ayah aku pulak orang Kedah. Disebabkan kitorang pernah duduk negeri Cik Siti Wan Kembang tu plus negeri Penyu Menangis ni, jadi kitorang membesar dengan 4 dialect, iaitu, Pahang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Tak dilupakan jugak, arwah datuk aku yang berubat tu orang Pahang, nenek aku memang asal Terengganu jadi ada la anak beranak dia kat Terengganu. Jadi disebabkan ni, member-member aku selalu confuse aku orang mana. Kalau puok-puok Kelate kalau jupo aku, nyo pakat ingat aku oghe Kelate. Kalu awok-awok Tganu jupe aku pulok, ye pakat ingat aku orang Tganu. Guane tu boh?!

Back to the story. Kitorang abaikan je cerita sambal belacan tu. Sampai la jiran kitorang tu pindah. Masuklah jiran baru. Ingatkan habis la cerita sambal belacan tu. Rupanya jiran baru ni pun suka jugak makan sambal belacan…. Hok aloh! Tiba-tiba satu hari jiran baru kitorang tu datang sembang dengan mak aku. Dia tanya soklan cepu emas… “Eh you memang suka ketuk paku ke malam-malam?” Ah sudah! Hari tu jugak terbongkar la segala-galanya. Rupanya bunyi yang kitorang dengar tiap-tiap malam tu, jiran kitorang pun dengar jugak, dan diorang ingat rumah kitorang suka ketuk paku tiap-tiap malam. Disebabkan kes tu jugak, jiran aku panggil ustaz untuk tengok-tengokkan rumah dia. Baru la keluar cerita sebenarnya…

***Kisah jiran aku***

Masa diorang mula-mula masuk rumah tu, diorang nampak ada tapak kaki basah menghala ke tandas tingkat bawah rumah tu. Mulanya ingatkan mungkin la orang yang buat renovation tu punya kerja, walaupun la dalam hati rasa pelik. Sebab takkan pekerja renovation jalan kaki ayam dalam rumah yang kotor tu kan? Tak lojik.

Tandas tingkat bawah tu pulak, tak boleh pam. Kalau tarik air, tak kuar air pun. Jadi disebabkan rasa pelik, diorang bukak penutup takungan air tandas tu. Nak tau apa diorang jumpa? Mengucap panjang masa diorang tengok. Dalam takungan air tu, takde air pun. Cuma penuh dengan tuala wanita yang dah pernah digunakan dan dah digulung-gulung macam kuih ketayap gitu. Tak tau apa motif, yang pastinya memang geli geleman weh!

Dah habis renovate rumah, diorang pun pindah masuk. Mulanya macam ok, tapi after a while baru diorang perasan kejadian-kejadian pelik rumah tu. Contohnya, ayah mertua dia pernah duduk tidur di ruang TV rumah dekat sliding door tingkat bawah tu, dia pernah rasa kaki kena sentap waktu tidur. Sampai terjaga orang tua tu, sian pulak. Kadang-kadang diorang dapat dengar macam ada orang berlari-lari naik tangga. Dan yang paling tak boleh blah sekali, diorang pernah jumpa bekas darah kering atas tangga. Tak tau darah apa.

Orang gaji diorang, Bibik pernah kena jugak. Waktu dia basuh pinggan, katanya dia nampak kelibat orang dekat tingkap belakang rumah tu. Tapi belakang tu paya, sapa lah beria nak redah paya tu tengah-tengah malam. Ntah ke biawak, ntah ke buaya ada dalam tu, sapa la tau kan? Tak cukup dengan tu, bibik pernah cakap kalau dia susun pasu dalam rumah, mesti berubah tempat. Kalau korang nak tau, pastu tu ada 3, atas setiap pasu tu ada corak lain-lain. Jadi bibik memang la ingat kalau dia susun merah, biru, kuning, bila balik je dari luar, pastu tu dah jadi turutan macam lain. Jadi biru, kuning, merah la contohnya. Lagi satu yang diorang perasan, bibik basuh stokin anak lelaki diorang jemur dalam rumah. Lepas tu diorang keluar pergi makan, balik dari dinner, nampak stokin tu tergantung kat pintu gril rumah tu. Memang menjadi-jadi la gangguan rumah tu. Sampai panggil ustaz datang, diorang bukak siling tingkat atas masa proses memulihkan rumah tu balik, diorang jumpa kain lampin berdarah dan anak patung kecik kat atas siling tu. Lepas tu baru dapat tau rupanya rumah tu dulu, katanya diorang beri khidmat gugurkan anak luar nikah. Setakat mana kebenarannya aku tak tahu, tapi itulah cerita yang kitorang dapat dari jiran kitorang.

***

Gila tak gila rumah tu punya angker sampai tempias kena rumah kitorang sebab rumah kitorang bercantum dinding dengan rumah tu. Sampai ada sekali ni, mak ayah kitorang takde balik kampung, duduk la kitorang dengan ada sepupu kitorang ni, kitorang tengah syok-syok tengok TV kat tingkat bawah, bunyi orang lari-lari naik tangga, lepas tu dengar orang tarik-tarik kerusi kat tingkat atas. Mau tak kecut. Dah la semua pompuan. Dan yang paling aku tak dapat lupakan, kalau korang nak tau, jiran aku ni ada piano. Aku waktu tu ayah aku hantar pergi kelas piano, tapi rumah kitorang takde piano. So kadang-kadang aku suka pergi rumah dia main piano. Sampai satu hari ni, jiran aku sekeluarga pergi KL. Tapi seriously, hari tu tengah hari rembang, aku dengar bunyi alunan piano dari rumah dia. Sedap seh! Terer betul hantu tu main piano, kalah aku! Tapi memang la takut jugak sebab aku tau rumah dia takde orang! Kalau ada pun, semua tak pandai main piano, anak dia yang kecik dari aku tu je pandai, itu pun takde la sampai boleh main classical piece tu!

Sampai la jiran aku tu pindah, gangguan tu still tak hilang. Kitorang masih dengar bunyi buat sambal belacan tu hampir tiap-tiap malam. Sampai kitorang panggil hantu tu ‘Mek Sambal Belacang’. Keadaan tu tak berubah, sampai la kami pindah ke utara tanah air. Rumah aku kali ni lagi menarik… Rumah bungalow kerajaan dari zaman jajahan British, dah berusia hampir 100 tahun. InsyaAllah aku akan sambung cerita rumah British ni pulak dalam masa terdekat.

Görüşürüz!

24 thoughts on “Coretan Antara 2 Benua – Kisah Rumah Aku di Pantai Timur”

    • mey_mawar, sangat gembira sebab awak suka… Terima kasih sebab sudi baca… Sorry kalau ayat saya belit2 mcm ular… Nanti kita sambung lagi insallah!

      Reply
    • Mrs. Silent, ala, yg tu saya x leh disclose la awak, sbb mmg Tganu tu kecik je kan, orang yang saya x kenal pun jumpa saya few years back boleh tanya, “Eh you ni, si X yang duduk kat lorong Y tu kan?!” betapa kecik nya Tganu tu… Tapi insallah takde apa2 dah rumah tu sebab jiran selepas yg kedua tu masuk x pernah kena apa2 yg pelik… 🙂

      Reply
    • Bunga, saya dulu student di Istanbul, sekarang memang kerja di sini, Allah pun dah tulis rezeki saya macam tu nak buat camne huhuhu 😀

      Reply
    • Merhaba, öncelikle hikayemi okuduğunuz ve beni iltifat ettiğiniz için çok teşekkür ederim. Öğrenciydim, ama artık İstanbul’da çalışıyorum. Beni tanıdığınızı sanmam da, ama eğer öğrenciyseniz bilin ki ben sizin ‘senior’unuzu olabilirim :D… Sonuçta İstanbul’da kaldığınız süresine bağlı…

      Reply
        • mey_mawar, haha dia just tertanya2 siapa saya, sbb dia pun duduk istanbul… Kalau nak tau orang melayu yg duduk istanbul ni x ramai, and quite close community, kebanyakan kenal antara satu sama lain…

          Reply
        • ohh, mesti best kan dok obersea, hehehe
          kat sana takdak story ka? entiti kat sana sama design cam mesia tak??
          cik pon / cik poch / mak lamp / semua2 tu.

          Reply
          • Best kalau datang sebagai tourist, bukan sebagai orang yang bermastautin… So kena tahu perbezaan tu. Sebab bila tourist datang, mostly akan nampak good side je, plus duduk pun x lama kan? Tapi bila duduk sini, sendiri mau igt la org sini perangai dia, perghhh! Kalau nak type berhari2 tak habis… Entiti sini x sama la dengan malaysia, tp ada la usikan yang lebih kurang. Plus, disebankan orang Turki rata2 beragama Islam, maka culture dia x jauh lari dengan Melayu, so persamaan tetap ada.

          • Best kalau datang sebagai tourist, bukan sebagai orang yang bermastautin… So kena tahu perbezaan tu. Sebab bila tourist datang, mostly akan nampak good side je, plus duduk pun x lama kan? Tapi bila duduk sini, sendiri mau igt la org sini perangai dia, perghhh! Kalau nak type berhari2 tak habis… Entiti sini x sama la dengan malaysia, tp ada la usikan yang lebih kurang. Plus, disebabkan orang Turki rata2 beragama Islam, maka culture dia x jauh lari dengan Melayu, so persamaan tetap ada.

  1. assalamualaikum valide.. ingat kita lagi tak?? (bajet orang kenal) haha.. terbaik ceritanya! better than before.. tak sabar nak tunggu post yang ketiga.. part yang terjumpa tuala wanita bagai tu kan, eeeeiuuuuu tak terkata! terkejut! macam macam manusia nih! tapi kan tertanya-tanya juga jiran lelaki yang mula mula tu tak terkena gangguan langsung ke? ke sebab tu dia pindah?? huhuhu

    Reply
    • Hi Chik! Ingat mesti la ingat :D… Yang jiran lelaki tu, masa dia duduk tu la rasanya aktivitas2 pelik2 tu… Sebab mmg dia laki bini sangat pelik… Jadi bahan gossip makcik2 ahli mesyuarat tingkap kat situ… Sorry la saya ni x pandai sangat mengarang, tulis mcm mana saya ckp je… Tak reti la nak olah lebih2, nak tambah lebih2 pun bukan character saya :)… Anyway thx sebab sudi baca!

      Reply
    • Wassalam Chik! Ingat mesti la ingat :D… Yang jiran lelaki tu, masa dia duduk tu la rasanya aktivitas2 pelik2 tu… Sebab mmg dia laki bini sangat pelik… Jadi bahan gossip makcik2 ahli mesyuarat tingkap kat situ… Sorry la saya ni x pandai sangat mengarang, tulis mcm mana saya ckp je… Tak reti la nak olah lebih2, nak tambah lebih2 pun bukan character saya :)… Anyway thx sebab sudi baca!

      Reply

Leave a Comment