Coretan Antara 2 Benua – Hantu Tak Berapa Nak Takut Dengan Aku

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hello korang. Nama aku Valide Sultan, perempuan 30+ tahun (nama samaran, bukan nama sebenar). Aku merupakan seorang melayu yang bermastautin di bumi Uthmaniyyah. Ya, aku duduk di Istanbul. Tapi cerita yang aku nak share dengan korang ni bukanlah pasal hantu Turki, tapi pasal pengalaman aku dari kecik. Inshallah aku akan share secara berperingkat sebab tak sure akan dapat sambutan ke tak.

Kalau korang nak tau, arwah datuk aku (belah mak) merupakan seorang yang mempunyai kebolehan berubat. Masa aku kecik-kecik dulu mak aku selalu cerita yang datuk aku ni memang selalu jugak ubatkan budak-budak yang kencing malam la, kena gangguan la dan macam-macam lagi la. Tapi bila arwah datuk aku meninggal, kebolehan dia tu macam ada turun jugak sikit-sikit dekat makcik aku yang sorang ni.

Jadi mari kita mulakan dengan cerita makcik aku ni. Makcik aku ni katanya dapat ilmu datuk aku sikit-sikit melalui mimpi. Katanya ada orang datang ajar dia dalam mimpi. Dia pun takde la aktif berubat orang, dia guna untuk tolong keluarga or orang terdekat je macam tu.

Arwah pakcik aku ni, ahli bomba. Jadi kadang-kadang pakcik aku ni balik lambat. Nak dijadikan cerita, malam tu makcik aku ni tinggal sorang, sebab pakcik aku kena bertugas tapi katanya dia akan balik lewat sikit. Sebelum aku sambung cerita, aku nak explain pasal rumah makcik aku ni. Rumah makcik aku ni ada pintu utama, tepi tu pulak ada sliding door. Orang rumah dia ni pulak, termasuklah tetamu, jenis suka masuk ikut sliding door berbanding dengan main door yang ada kat tepi sliding door tu. (Seyes, aku pun tak dapat ungkai misteri nusantara ni).

Jadi malam tu, dekat-dekat tengah malam macam tu, makcik aku ni dengar ada bunyi kereta kat luar pagar rumah. Makcik aku pun apa lagi, dia selak langsir sliding door dia, bukak sikit pintu tu sebab nak jenguk kot-kot pakcik aku balik. Rupa-rupanya jiran sebelah rumah balik. Dengan frustnya makcik aku mengomel kecil “la, ingatkan laki aku…” dalam masa yang sama ada bunyi anjing jiran sebelah menyalak-nyalak. Dia pun apa lagi, tutup balik sliding door tu, dan naik ke tingkat dua, menuju ke bilik tidur dia.

Disebabkan mata dah mengantuk, makcik aku pun decide untuk tidur je dulu, malas nak tunggu laki dia. Dia pun baring di katil double bed tu, tidur mengiring membelakangkan pintu bilik. Tengah syok-syok dia baring tu, dia rasa macam ada orang belakang dia. Makcik aku pun just hulur tangan belakang dia dan raba-raba apa yang patut. Dia dapat rasa ada sekujur tubuh tengah baring membelakangkan dia. Dia raba dari atas turun ke paras pinggang (dia tak tengok tau, cuma hulur tangan je raba-raba; kaki raba mesti paham apa aku cakap ni). Dalam hati, makcik aku cakap ‘Eh, mana datang ni? Rambut panjang pulak tu…’

Elok je makcik aku cakap macam tu dalam hati dia, dia dengar suara perempuan dari belakang cakap “tadi la masa kau bukak pintu tu, aku masuk ikut situ…” Elok je suara tu cakap macam tu, makcik aku apa lagi, terkejut dan menjerit “Astaghfirullah!” dan terus berpaling ke belakang sebab terperanjat. Haha gila tak, kalau aku dah takut sampai sudah aku tak pandang, dia boleh pulak terperanjat dan pandang belakang siap! Korang tau apa dia nampak? Dia nampak bende berbaju labuh putih, berambut hitam panjang sepantas kilat terbang dari atas katil terus keluar dari pintu bilik tidur dia dan menghilang. Makcik aku pun baca la apa yang patut dan terus tidur. Tapi kalau x silap aku dia demam few days sebab kes ni…

Tamat kisah aku untuk kali ni. Aku harap korang terhibur. Sorry la kalau tak capai tahap piawaian seram korang hik hik hik. Kalau korang suka, lain kali aku share pengalaman aku sendiri pulak…

Görüşürüz! (Jumpa lagi!)

Valide Sultan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

13 thoughts on “Coretan Antara 2 Benua – Hantu Tak Berapa Nak Takut Dengan Aku”

    • Kalau ikut pemahaman saya, masa ni pakcik dia masih hidup (arwah tu masa dia tulis citer ni means sekarang). Dan datuk dia dah arwah since dia cakap makcik dia ni dapat kebolehan merawat lepas arwah datuk dia meninggal. Penulis kalau baca komen saya ni mungkin boleh perbetulkan kalau saya silap. Peace yo! ??

      Reply
  1. sebab tu selagi xde org bagi salam jgn buka pintu.. lagi2 malam.. huhu. pandai menjawab betol hantu tu ek… haha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.