Santau

Hai. Aku orang yang sama menulis tentang R&R Perasing. Bila Cik T baca komen, baru Cik T tahu kisah di R&R itu; manalah saya tahu. Selalu ikut Grik ja. Hehe. Ok, hari ini Cik T nak bercerita tentang mama aku disantau ketika aku tingkatan 4, tahun 2008. Latar penceritaan kali ini di rumahku, di Kedah.

Ketika tahun itu, setiap kali aku balik bercuti (aku sekolah berasrama penuh), aku perasan mama aku batuk kuat setiap peralihan waktu (waktu matahari terbit, tergelincir, terbenam). Pada waktu yang biasa tak pula mama aku batuk. Aku rasa pelik. Aku tanyalah mama aku, tak pergi hospital ke? Ya lah, kot la mama terkena jangkitan tuberculosis (TB) atau nama melayunya batuk kering. Mama aku cakap dah cek dengan doktor & doktor pun cakap mama aku bebas dari penyakit itu. Jadi ringkasnya, mama dah cek dengan doktor; tak ada yang sebarang penyakit melainkan kencing manisnya saja. Nota : symptom batuk tiada kena mengena dengan kencing manis.

Masa cuti pertengahan tahun, sebelum masuk semester baru, pada suatu malam, aku menghadap la komputer siapkan folio sejarah (aku tak ingat). Masa tu, semua orang dah tidur. Komputer tu model lama la yang besar nau tu. Aku tengah ralit menaip, tiba – tiba aku rasa sejuk macam ada orang bukakan air cond (bilik aku ada kipas siling ja). Bulu roma aku naik terus. Bilik tu ada la tirai pendek kat pintu. Bilik yang aku dok tu menghadap terus ruang tamu. Entah macam mana, tirai pendek tu bergerak – gerak. Macam ada angin dalam rumah. Rumah aku ni rumah teres hujung. Ada lampu jalan cahaya oren depan rumah. Aku tengok bayang pokok yang mama aku tanam statik ja. Maknanya, angin tu cuma dari dalam rumah la. Kipas kat ruang tamu memang semua dah tutup masa tu.

Lepas aku berfikir semua itu (aku memang suka berfikir dalam semua keadaan), aku rasa memang benda itu sedang berlalu kat ruang tamu. Aku tak nampak (hijab tertutup) tapi memang tahu la makhluk tu. Tapi alhamdulillah mama abah ajar aku supaya jangan terlalu takut, jangan terlalu berani dengan makhluk ni. Tahu lah aku yang dia menyusuri ruang tamu itu (dengan angin bapak sejuk gila dia tu). Memang rasa meremang. Hare. Tapi entah, aku kaku ja masa tu. Blur saja. Aku pun baca ayat kursi; lepas tu aku shut down komputer macam tu saja dan lari tidur dengan mama aku.

Aku cerita kat mama aku. Dia diam ja. Lepas itu, dia cerita yang dia nampak makhluk tu bergayut kat atas pokok besar depan rumah kami (rumah aku depan padang) pada waktu malam. Mama aku perhati makhluk tu dari tingkap bilik depan. Menurut mama aku, fizikalnya besar, tinggi, matanya berwarna merah kejinggaan. Makhluk tu perhati rumah aku masa itu. Mama aku baca ayat Al-Quran dan makhluk tu pun hilang. Nota : mama aku memang nampak makhluk2 ni; arwah abah pun rajin menangkapnya letak dalam botol. Hehe. Yang ini kena letak kat cerita lain, panjang nau nanti.

Adik beradik mama bawa mama pergi berubat. Korang pernah tengok Siri Bercakap dengan Jin yang Dato Rahim Razali berlakon tu? Haa…penceritaan cara perubatan, herba yang digunakan semua itu betul mama aku cakap. Cuma yang harimau jadian semua tu memang ada orang guna; tapi sebagai orang Islam elaklah guna khadam gitu. Ok, pernah tak tengok scene dalam cerita itu yang nampak muka orang yang menghantarnya secara bayang? Macam hantu menjelma secara bayang. Atau kalau sapa2 tengok Harry Potter, haa macam hantu keluar kat meja diorang makan kat dewan tu. Mama aku & orang yang merawat tu nampak muka orang yang hantar santau tu macam tu lah. Lepas tu, berubat lah mama ku. Benarlah angkara santau. Mama aku sihat dengan izin Allah.

Kalau kita tahu orang yang menghantar santau itu, seeloknya baik kita jangan bercerita siapa penghantarnya, pesan mama aku. Satu lagi, berhati hati dengan kiriman makanan yang dikukus daripada orang yang kita kenali; tetapi tidak begitu senang dengan kita. Makanan yang dikukus mudah diletakkan santau. Makanan goreng tak berkesan letak santau.

Ok la, nanti kalo aku rajin aku cerita yang lain pula. Memang keluarga aku ditakdirkan terlibat dengan benda2 macam ini. Ada kaitan dengan keturunan aku dulu. Haha.

4 comments

  1. Aku tak dapat nak baca sebab iklan sebesar skrin iphone aku ni ha..
    Adelah 10x klik iklan tanpa berjaya membaca.
    Korang pun kena or aku sorang je ni ? Jd hilang minat. Huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *