Tema Conjuring – Akhir

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca cerita aku sebelum ni yang part 1. Ada yang tanya apa kena mengena Sarah dengan tema Conjuring tu kan?

Okay jom sambung. Rupanya kawan-kawan kak Nilam bagitau diorang ada nampak something kat gambar yang kitorang tangkap masa malam photoshoot tu. Maksudnya nampak lembaga dalam gambar kitorang tu. Risau juga kawan-kawan kak Nilam sebab dia takut benda tu kacau kitorang. Dan Sarah pun start kena kacau lepas kitorang buat photoshoot tu. Mungkin tema Conjuring yang kitorang pilih untuk contest gambar tu secara tak langsung menarik perhatian benda-benda yang tak sepatutnya. Sejak dari kena gangguan kat Sarah tu, macam-macam benda yang jadi kat rumah tu. Dan makin lama juga, persahabatan kitorang jadi renggang.

Aku ingat lagi, waktu tu cuti semester seminggu rasanya. Masih di semester pertama ya guys. Aku ni pula sejenis yang pantang ada cuti, mesti balik semenanjung. Sampai semua orang cakap Borneo dengan rumah aku tu macam dekat sangat, cuma perlu naik bas je hahaha padahal kena naik kepal terbang 1 jam 45 minit. Yelah bila kau rapat dengan keluarga dan kau pula anak perempuan tunggal, macam ni lah. Okay sambung cerita. Sejak naik cuti semester tu, housemates aku jadi macam dingin. Terutamanya kak Ina, Audrey dan Sarah. Aku pun taktau la kenapa, diorang jealous ke aku dapat balik cuti seminggu, or ada sebab lain ke, tak pasti. Sebab kak Ina dengan Sarah tu orang semenanjung juga, cuma diorang jarang dapat balik semenanjung kalau cuti. Haa gitu.

Ada seorang lagi housemate aku, nama dia Misha. Misha ni duduk bilik no. 4, maknanya bilik dia belah kanan ruang tamu yang ada laluan kecil tu. Misha ni pun tak balik waktu cuti semester tu. Jadinya diorang ni, kak Ina, Audrey, Sarah, Lea dan Misha keluar sama-sama berjalan ke satu tempat yang agak famous kat Borneo ni. Kat situ kalau korang nak cari barang-barang murah dari negara seberang memang banyak la. Haa rasanya ada yang dah tau tempat ni kat mana. So lepas je aku balik tu, diorang ni macam dah jadi satu geng. So bila aku cakap sikit, kak Ina terutamanya akan perli-perli. Konon nak kata “untunglah kau seminggu balik rumah, kitorang kena duduk sini je so please kau bukan geng kitorang”, haa camtu. Aku pun taktau lah apa masalah dia, huhu.

Sampai satu tahap, perli dia tu sangat menyakitkan hati. Start dari tu aku dah mula menjauh dari diorang. Buat hal sendiri. Tapi biasa lah kalau kita buat hal sendiri pun orang nak mengata. Jadi makin rancak la perlian dia kali ni. Even dengan Sarah pun aku dah tak bercakap sangat tau, disebabkan kak Ina tu. Misha dan Lea okay lagi dengan aku, diorang ada juga bertegur sapa walaupun bilik lain. Misha satu bilik dengan Lea. Bilik no. 4. Ada satu hari, Misha lupa nak angkat baju kat ampaian sebab busy dengan kuliah. Bila dia balik kelas je nampak baju-baju dia berlonggok atas kerusi ruang tamu. Tiba-tiba kak Ina ni terus cakap “eh tolong angkat baju-baju bundle ni”. Mau tak mengamuk si Misha bila kak Ina kata baju dia baju bundle. Time ni memang dah start buat muka la masing-masing.

Misha start mengadu kat aku. Dia minta maaf sebab sebelum ni asyik ikut sangat cakap kak Ina tu, sampai tarik muka dengan aku semua. Aku okay je sebab taknak ambil port sangat dengan orang kaki perli ni. Nanti kita sendiri sakit hati. Sampailah satu hari tu, aku dah tak boleh nak tahan. Aku jumpa dengan pengetua kolej dan minta tukar bilik. Apalagi riuh la mulut kak Ina tu. Kata aku suka mengadu la itu ini. Rupanya malam yang aku pergi jumpa pengetua tu, dalam dia si Sarah ni mengekori. Spy la konon. So dari situ la kak Ina ni tau aku mengadu kat pengetua. Aku minta tukar bilik sebab gangguan daripada kak Ina, Audrey dan Sarah tu sangat keterlaluan. Audrey bilik no. 1 so kiranya sebelah bilik aku je. Ada satu hari, waktu tu aku ada exam so aku perlu buat revision. Aku decide untuk duduk kat ruang tamu. Boleh pula Audrey dengan kak Ina baru balik masa tu, diorang pun duduk kat meja makan dapur dan start berborak kuat-kuat. Aku exam sains komputer kot babe, gila tak stress kalau kena kacau macam tu. Aku bengang so aku terus masuk bilik dan study dalam bilik. Haa kau kena perli lagi. Dia bantai kutuk aku kuat-kuat kata “haa masuk bilik. marah la tu.” Siapa je tak marah weh kalau kena camtu. Sabar jela.

Esok harinya, lepas balik dari kelas, aku kemas baju dan pindah bilik Misha dengan Lea. Maka bersorak si kak Ina. “Sarah, nampaknya awak menang la. Orang tu kalah. 1-0.” Kau bayangkan mulut dia macam mana. Rasa nak tonyoh dengan cili padi pun ada. Start je dari tu, hidup aku, Misha dan Lea memang tak tenteram. Setiap kali keluar bilik kitorang kena sumbat earphone kat telinga. Even nak pi basuh baju kat sinki dapur, atau nak keluar buat air ke, makan ke, sidai baju ke, mesti kena sumbat earphone. Kalau tak, berasap la telinga kitorang dengan perlian dari 3 sekawan tu, terutama kak Ina.

Sejak dari tu, Misha dan Lea selalu mimpi yang bukan-bukan. Misha selalu mimpi dalam bilik kitorang ada 3 lembaga. 2 perempuan dan 1 lelaki. Lembaga tu berdiri menghadap meja study membelakangi dia. Macam nak bagitau yang ketiga-tiga lembaga tu memang duduk dalam bilik tu. Lea pula mimpi budak perempuan tengah mencangkung depan bilik. Mula dah masing-masing mengadu tak sedap hati. Selalu juga Lea rasa ditindih waktu tidur. Kitorang mengadu kat kak Nilam. Rupanya kak Nilam memang dah tau perangai kak Ina ni macam mana, so diorang memang tak geng walaupun duduk satu bilik, bilik no. 5. Kak Nilam minta tolong kawan dia tengok-tengokkan rumah kitorang. Menurut kawan dia, memang ada 3 lembaga kat rumah kitorang tu. 2 perempuan dan 1 lelaki. Yang lelaki selalu duduk kat ruang tamu, dekat kerusi menghadap ampaian. 2 lagi perempuan tu akan duduk dalam bilik kitorang.

Satu hari, kak Ina ni pakai gelang kaki berloceng. Kebetulan kawan Lea datang ke rumah kitorang. Dia kata dia nampak ada satu lembaga besar dalam bilik kak Ina. Wallahualam. Tak pasti betul ke tidak. tak berani nak cakap. Tapi sejak dari kak Ina ni pakai gelang kaki, makin menjadi-jadi gangguan yang kitorang dapat. Kak Ina macam tau je apa-apa yang kitorang bergossip pasal dia dalam bilik. Bila keluar bilik dia akan perli lagi. Kitorang pun taktau daripada mana dia boleh tau. Pernah satu hari, aku on-call dengan ibu kat dalam bilik, tiba-tiba terdengar suara orang lelaki panggil nama aku. Suara tu sangat jelas macam orang tu berdiri sebelah aku je. Aku bagitau ibu, tapi ibu cuma cakap “Dah jangan pedulikan. Takde apa tu.” Oh ya lupa nak cakap, ibu aku sejenis yang boleh nampak or rasa benda-benda ghaib ni. Mungkin ibu ada baca surah-surah Al-Quran lepas aku cakap tu, sebab lepastu dah takde dengar lagi suara orang lelaki tu. Tapi seram juga la bila duduk sorang-sorang dalam bilik lepastu dengar suara orang panggil nama kau. Aku ada bagitau yang kak Nilam ni lemah semangat sikit kan? Maka selalu juga la kak Nilam ni pi tidur bilik kawan dia sebab dia takut duduk satu bilik dengan kak Ina. Hahaha.

Sejak dari tu, aku selalu bagitau kat ibu kalau ada apa-apa yang kak Ina ni buat. Even mimpi-mimpi yang Misha dan Lea dapat pun aku bagitau ibu. Sekadar berjaga-jaga. Kita taktau apa akan jadi kan. Sebenarnya aku tak rasa cerita aku ni seram sangat, sekadar berkongsi pengalaman. Ada cerita menarik pasal Sarah juga. Next entry aku akan cerita ya. Rasa panjang sangat dah aku mengarang ni. Sekali lagi terima kasih kepada yang sudi baca cerita aku ni. Assalamualaikum semua.

Ischa
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

13 comments

  1. Aku tak faham la korang ni. Tajuk dah terang tulis AKHIR tetiba ada next entry pulak. Bukan citer ni je. Dah dua 3 kali aku tgk AKHIR lepastu keluar lagi citer dia tak fahammmnn

  2. Alhamdulillah dan tahniah kat adik ni.. Sabarlah berhadapan dengan orang yang psiko ni. Akak doakan adik berjaya dengan cemerlang dunia dan akhirat.

  3. Dik, sy syorkan next story ni, u letak tajuk story awak tu camni kwn aku psiko.. Baru kena dgn cerita.. Cerita dah cantik cuma sy rasa tajuk ngan story agak x sehaluan..

  4. adeh pening…tajuk lain cerita lain dah tue mcm luahan perasaan pun ade aku tggu gak semua gangguan tue ade kene mngene gan kak ina ker tak ade pun siap sambung lak…huhhhuhuh

  5. Yang kali ni actually lagi better daripada yang sebelum ni [Tema Conjuring (Part 1) ] . Cuma kali ni tak berapa nak kena dengan tajuk. Anyway, keep writing okeyh?

  6. dah nk ngantuk br muncul part seram tu.. tu pon sikit je.. yg lebih part luahan perasaan.. lupe jp ni fikyen shasha ke confession page.. rase part tu boleh skip kot.. summarize kn je.. anyways boleh cube lagi.. make it simple and understandable.. yg penting seram kena la ade sayang ui..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.