Laluan alternatif
Hai gais.sebelum ni aku ada share cerita pengalaman kena kacau ni tapi bukan kat tempat tinggal aku.kali ni aku nak cerita gangguan kat kawasan rumah aku pulak
Rumah yang aku duduk ni atas tanah pusaka tengah pusat bandar kl which is called PD bukan port dickson.ni PD kl punya.sebelum area rumah aku ni maju belakang rumah aku (tapak rumah panjang) adalah hutan.sebelah tanah tapak rumah aku ada 1 tanah kosong yang bertuan which is tanah tu n tanah rumah aku ni diantara laluan alternatif makhluk lain.arwah atuk selalu bagitau aku “sini laluan dia” tapi aku tak paham.bila aku tanya atuk akan gelak je.menyeramkan.selama aku duduk sini memang ada banyak gangguan tapi alhamdulillah “benda” tu tak masuk dalam rumah.ni antara kisah aku.
1.Rumah aku banyak kucing,biasanya aku akan bagi kucing makan selepas 12pagi.pernah satu malam kucing aku yang paling sado tak balik2..aku pun duduk kat tangga depan rumah untuk tunggu dia balik.sambil2 tu aku buat bunyi panggilan kucing.tiba2 aku nampak 1 kelibat warna putih lusuh datang dari arah belakang kereta bapak aku.kucing aku warna putih oren.so dalam gelap malam tu aku ingat tu dia.aku pun bangun dari tangga nak pergi kat dia.jarak kami dalam 20 meter. masa tu baru aku perasan bentuk dia macam manusia yang berbongkok,aku tak tau tu makhluk apa tapi semestinya bukan kucing.benda tu berlari ke jalan besar.serius memang laju.terus aku tak nampak mana dia menghilang.takut tau..
Kisah 2
Macam biasa.aku akan bagi haiwan ternakan aku makan atas pukul 12malam.kali ni ada bela ayam pulak.ayam tu dikurung dalam sangkar n diletakkan kan di celahan lorong rumah aku.waktu malam lorong tu memang sangat gelap.biasanya kucing akan kerumun aku masa bagi ayam makan.tapi malam tu tak.ada yang ikut aku lepas tu tiba2 lari ketakutan.ada yang bulu menegak..semua kucing duduk jauh dari aku.kecik hati ai tau..aku pun tak ada la fikir yang bukan2..masa bagi ayam makan tu tiba2 aku rasa macam nak toleh ke bumbung..haaaa..tu dia..patutlah kucing aku ketakutan..aku tak pasti tu pontiac atau langsuyo.aku nampak kain warna putih terbang atas bumbung rumah aku.terus aku bersandar kat dinding sambil tercarut.sorry ye.terhanjat sangat.
Kisah 3
Ada 1 malam aku dah janji dengan kawan aku nak bagi dia kek.dia agak busy so dia terpaksa singgah rumah aku kejap je untuk amik kek.sementara aku tunggu dia datang aku pun sibukkan diri kemas rumah.aku call kawan aku tanya dia kat mana.dia kata lagi 20min dia sampai.tapi tak sampai 5minit tiba2 pintu rumah diketuk n ada bunyi salam.suara perempuan.aku pun bodoh pergi la kat pintu.tapi dah tak ada bunyi ketukan n tak ada orang bagi salam.tiba2 aku teringat pagar aku berkunci.Bapak aku pulak letak jaring kat pintu pagar macam mana dia boleh ketuk pintu? ok,tak jadi bukak.aku pun terus mengemas.dalam setengah jam member aku call bagitau yang dia dah sampai kat tepi jalan.nak taknak terpaksa lah mak keluar nokk..masa nak masuk rumah aku perasan macam kelibat “orang” kat belakang aku.memang aku dah dengar bunyi tapak kaki.masa tu tiba-tiba pintu pagar rumah makcik aku (kami berjiran) terbuka sendiri.dalam keadaan cuak,aku tutup balik pagar baca2 apa yang patut.then baru masuk rumah.ingatkan dah habis.rupanya ada lagi..aku sambung mengemas.dia pulak boleh bukak air dari luar.(ayah aku sambungkan getah kedalam rumah dari paip luar rumah)aku pun tawakal la harap2 dia tutup balik paip tu.haha.malangnya dia tak reti nak tutup.aku terpaksa keluar n tutup balik.begitu kental hati wanita ini..ok.masuk rumah balik.sambung kemas lagi.tapi nak siap dah.aku pun nak masuk bilik.tutup2 lampu dapur.dari dapur boleh nampak pintu sliding door dekat depan.masa tu pulak langsir tak tutup rapat…mata pulak boleh terpandang dekat pintu tu.haihhh..nak pengsan ke nak jerit ntah..aku nampak macam sosok badan lelaki pakai seluar pendek tak berbaju, rambut paras bahu tengah perhatikan aku dari luar.sebelah muka n badan kat pintu.sebelah lagi kat tingkap plak.dari cara dia macam nak mintak tolong pun ada.ahh..aku terus masuk bilik pasang lampu tak tidur sampai subuh.
Tu antara kisah aku selama aku duduk sini.setakat bunyi berlari2 atas bumbung atau siling tu memang hari2.nak buat macam mana dah memang sini “laluan alternatif” dorang.tapi aku sedapkan hati kata tu kucing walaupun baru2 ni ada “benda” ketuk siling bilik aku pukul 5.30pagi.ketuk macam kau nak beraya rumah orang tapi orang tak nak bukak pintu.haa.macam tu la.
Pesananku buat pembaca fs.kalau korang rasa kena ikut masa nak balik rumah jangan la terus masuk rumah.kalau kau hafal ayat kursi or ayat ruqyah dengan tajwid yang betul takpe lah.tak kira kau muslim atau non muslim, tolong jangan terus masuk rumah.ni pesan orang tua n bagi aku berbaloi untuk ikut.
ok la..cerita lebih2 nanti aku takut pulak nak tido.tq gais sudi baca..
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
jgn trus balik rumah. melencong tmpat lain..
yup..mmg jgn terus balik rumah…tinggalkan benda tu tmpt lain
Fuyoo caya laa berani snguh kalau aku compom daa pengsan seram 😣
ahahaha….trus tercarut yerr