“Jangan sebut namanya diwaktu malam”-Chapter 3

story iv

“jangan sebut namanya diwaktu malam…” Chapter 3

Ada yang hampir tepat meneka nama A B ni

( sila tekan kat sini : http://fiksyenshasha.com/jangan-sebut-namanya-di-waktu-malam/ pada yg tak tahu hujung-pangkal apa yang sedang aku mukaddimah kan ni).

Tapi tekaan tu masih belum betul2 tepat. So aku bagi hint lagi. Nama pertama A tu memang dah ada yang meneka dengan betul; Awang.

Cuma nama kedua yang bermula dengan huruf B, kurang tepat. Nama tu biasa dipakai sebagai panggilan pada adik yang last sekali dalam sekelian adik-beradik. So, camana? dah dapat teka? takkan tak dapat2 jugak lagi ya tak? Dah terang bebenor dah hint yang teman bagi tu bak kata orang Perak. Kalau dah dapat, korang pepandailaa simpan ya? Nak sebut ke tidak memalam buta terpulang la atas batu jemala korang. Aku tak campurtangan. Sekali lagi ingin aku tekankan bahawa bukan aku takut cuma rasa seriau bila nak sebut namanya memalam buta walaupun aku tinggal luar negara sekarang heheh

Alright. Kat sini aku nak ceritakan lagi satu kejadian antara banyak2 kejadian yg melibatkan A B ni. Harus diingat yg sekolah tu tahap angkernya hampir mencecah 7.5 pada skala Angker. Maybe even 8. Ya. Aku faham. Roh mereka2 yg dah meninggal takkan sekali-kali pulang kedunia sebab ia dah pindah ke alam lain, alam Barzakh. Jadi aku yakin apa yg pernah terlihat atau terkena sergah oleh segelintir pelajar kat sekolah aku ni adalah jin jelmaan A B. Pada sesapa yg terlepas baca pasal asal-usul dan kisah A B ni bolehla rujuk disini; http://fiksyenshasha.com/jangan-sebut-namanya-di-waktu-malam-chapter-2/

Dari situ bolehla kita buat andaian yg ada kemungkinan A B ni ketika hayatnya ada hubungan sulit dengan kaum halus yang ndibuat dari api yang tak berasap ni. Yelaa. Dia panglima atau orang besau kat tanah jajahan tu dulu. Ada banyak harta, ada tentera sendiri. Kan macam lumrah orang2 dari rumpun melayu dulu2 bila berharta biasanya ada hubungan dengan makhluk hodoh ni. Entahla ya. Bela laa kuda ke, tenuk ( boleh dimakan) atau harimau sekalipun ( buat main2 cam kucing). Jin jugak yang ramai rumpun melayu ni suka bela. Apa laa. Menyusahkan orang laa akibat nya nanti. Memang jahanam

So, mengikut teori aku, selepas A B ni maut dalam pertempuran tu, sahabat dia ni merewang-rewang laa sebab dah tak bertuan dan kena plak kubur A B ni diyakini terletak plak kat tapak pertempuran tu dan sekarang tapak tu jadi padang sukan kat sekolah aku, makhluk tu taknak blah la kot dari kawasan tu dan terus menetap tanpa permit kat situ

Ok. Sambung balik. Terbawak-bawak plak intro aku. Yelaa..kang ada yg komen tak faham laa, tak tahu hujung-pangkal laa. So aku explain la kemas-kemas.  Ke guane?(bak kata orang Terengganu)

Cerita kali ni melibatkan seorang senior tingkatan 5. Dia ni pemain bolasepak tersohor kat sekolah aku dulu. Main bahagian midfield tak salah aku. Time tu aku dalam tingkatan 3. Besau badan dia dan gelap kulitnya dengan muka yang ada banyak lubang2 kesan j*****t. Nama gelaran dia Black. Aku ketika tu mewakili sekolah dalam bolasepak team U-15 dan bermain diposisi playmaker macam Iniesta di Barcelona, perghh ( sila Google kalau tak kenal) dan Black ni main U-18 ( team paling senior laa). So kita biasanya kongsi padang bila time training..

Training start biasanya lepas Asar dan habis dalam pukul 6.30 gitu. Lepas training, biasanya aku peratikan Black ni dan 2-3 orang lagi dalam team tu akan sambung training sendiri-sendiri. Praktis penalti, free-kick dan praktis corner kekadang. Sampailaa ke senja buta dah masuk Maghrib dorang masih atas padang. Kita yang junior ni memang wajib pergi surau solat Maghrib kalau tak mahu kena tempeleng dengan Ustadz tapi senior form 4 ngan form 5 cam tak wajib plak aku tengok. Tak tahu laa apa hukum-hakam sekolah aku pakai bab solat ni. Wajib pada junior form 1 to form 3 je. Jadi aku dan team U-15 memang pukul 7 semua dah kat bilik air untuk mandi dan siap2 nak ke surau..

Padang sekolah aku ni luas betul dan terletak atas bukit yg bertebing tinggi dan kat bawah tebing tu ada pagar dawai besi yang memisahkan padang dan kampung sebelah. Jadi korang boleh bayang kan laa bila ada bola yg tersasar jatuh kebawah tebing tu, jenuh gak la nak panjat balik naik tebing tu lepas ambik bola. Selalunya bila bola-bola dari team senior jatuh kebawah tebing tu, kitorang yang junior nilah yang dikerah suruh turun tebing pegi ambik bola tu walaupun dengan hati yg tak rela..

Pernah jugak berlaku pada kenkawan yang tengah main bola dan bola jatuh bawah tebing, bila ada yang nak pegi ambik tetiba bola tu melantun sendiri naik kepadang dari bawah tebing bukit tu. Memang dorang tak jenguk laa kat bawah tebing tu nak tengok sapa plak yang murah hati tolong lemparkan bola balik ke atas padang. Sapa plak yang melepak kat bawah tu tak pasal-pasal ya tak? Memang cari penyakit aa kalau bernafsu sangat nak pegi jenguk tengok sapa yg baling balik bola tu so dorang buat derkk je la bila kena camtu..

Ok. Berbalik pada cerita si Black tu tadi. Dia ni memang “gah” laa kat sekolah tu sebagai superstar player dan juga kaki buli yang komited. Aku pun takut ngan dia ni time aku junior dulu. Huhu. Suara dia ni pun tahap decibel nya memang tinggi. Bila dia ketawa terbahak-bahak macam tok penghulu jin, 3 blok boleh dengar suara dia. Mulut pun celupar jenis takde perlindungan takaful. Dan mengikut riwayat yang didengar sendiri, dia ni memang tak angkat pot dengan pantang-larang yg satu ni.

Kena plak dia ni memiliki mulut yang tak dipasang pagar, memang dia pernah cabar dan sebut nama A B ni memalam buta dan mengikut kisahnya, ada sekali tu bila waktu dah nak masuk Maghrib dan padang pun dah gelap, si Black ni baru nak abis training dengan 2-3 orang rakan satu team dia dan entah bagaimana, bola yang dia sepak jauh plak melantun sampai naik kebukit dimana rumah pengetua terletak dan dibelakang rumah tu ada kubur.

Black pun suruh member dia tolong ambikkan bola tu tapi member dia sekor ni terang-terang tak punyai semangat kental tak berani nak panjat bukit hala kerumah pengetua time2 gitu dan tanpa berfikir dengan lebih mendalam, terus si Black ni cakap, ” apa? Lu takut ke? Takut ngan A B ke ( dia sebut nama penuh)? Atau lu takut Lembau (nama gelaran Pengetua) hempuk lu ngan kayu golf dia?”

Tak berapa lama selepas tu, suatu petang ketika dah masuk senja dan bilal di surau pun dah siap berdehem-dehem clearkan tekak nak start Azan Maghrib, si Black ni seperti biasa, masih ada kat atas padang duk training lagi dengan beberapa rakan sepasukan. Nak dijadikan cerita, bola yang disepak terjatuh plak ke bawah tebingg.

Memandangkan takde sekor pun yang rajin nak pegi ambik bola tu, si Black ni pun terus tanpa berfikir panjang melungsur turun tebing nak ambik bola. Bila sampai kebawah, dia tak nampak plak bola tu kat situ sedangkan bola tu memang semua nampak jatuh kat arah tu, bukan melantun tinggi melepasi pagar jatuh ke kampung sebelah ( kekadang berlaku camtu dan orang kampung yg ada dekat2 situ akan tolong lemparkan balik bola kedalam pagar)

Black toleh kiri toleh kanan cari kat mana bola tu. Tak nampak pun kelibat bola. Maka Black pun berjalan perlahan-lahan kat bawah tebing tu menghala ke arah hujung padang yg dekat ngan rumah pengetua. Sambil dia terhendap-hendap cari bola, tetiba dia dengar satu suara yang besar dan garau berdehem yang bunyinya seperti datang dari atas tebing tu. Terus Black memandang keatas sebab terkujat. Nah! Satu makhluk berwajah bengis dengan misai tebal melintang melengkung kebawah, berbadan lebih besar dari size manusia biasa, siap bertanjak dan berpakaian songket mahal serta berkeris dipinggang dan tangan, berdiri tegak sambil memandangnya tanpa berkelip dengan bola matanya yg hitam pekat tanpa bahagian putih..

Black terus terpaku kat bawah tebing tu dengan mata mereka masih bertentangan. Makhluk yang penampilannya seperti pahlawan melayu lama tu terus berdiri tegak merenungnya tanpa berkelip dan setelah beberapa saat begitu, Black terus lembik pengsan disitu…

Mengikut ceritanya, kenkawan Black yang masih kat padang ketika tu tak nampak makhluk tu. Namun mereka rasa pelik sebab lama sangat Black turun tebing tu pegi ambik bola tak naik-naik. Mereka pun pegi tepi tebing tu nak tengok apa Black buat lama2 kat bawah tu dan nampak Black tengah terbaring pengsan kat situ dengan mulut berbuih…

Selepas kejadian tu, kita semua perasan yang Black jadi macam pendiam sikit. Tak berapa huha-huha cam dulu. Tapi aku masih gentar dengan Black sampaila dia abis SPM dan meninggalkan sekolah tu…hehheh

-ezrin marsh-

 

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
ezrin marsh

7 thoughts on ““Jangan sebut namanya diwaktu malam”-Chapter 3”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.