Assalamualaikum warga Fiksyen Shasha. Pertama sekali, terima kasih pada admin sebab sudi publish cerita aku yang lepas #KopiCeroi-”Roomate” Baru. Terima kasih tak terhingga pada korang semua yang sudi baca cerita aku selama ni.
Sebenarnya aku nak cerita pasal family aku disihir. Tapi aku kena minta izin ibu abah dan tahu cerita lebih details supaya tak ada unsur tokok tambah yang mungkin boleh menimbulkan fitnah.
Cerita kali ni aku nak bagitahu pasal pengalaman aku tinggal kat beberapa hotel kat Malaysia ni. Tapi aku nak minta maaf dulu la sebab mungkin cerita ni akan diselitkan dengan pengalaman aku interview kerja sebabnya aku pergi ke hotel-hotel ni untuk interview kerja. Maaf juga dari aku sekiranya cerita yang akan aku sampaikan ni tak mencapai tahap keseraman yang korang impikan. So, let’s begin..
HOTEL DI SHAH ALAM
Bulan 7/15 aku baru habis study. Aku pun sibukkan diri mencari kerja. Jobstreet tu mesti dah jemu tengok aku hari-hari. Sampai aku graduate bulan 10/15, pun tak ada yang panggil aku interview. Sampai satu tahap aku rasa give up sebabnya kawan-kawan aku ada yang mula kerja. Aku masih menanam anggur di rumah. Bulan 11/15, ada satu company tepung yang agak terkenal kat Malaysia, panggil aku interview as engineer. Seronok tak terkira sebabnya impian aku nak kerja dalam industri tepung akan tercapai.
Aku siap-siap apa yang patut. Buka google map cari hotel berhampiran, minta nombor telefon driver teksi, beli tiket bas bagai. Within two days, memang semuanya settle tunggu nak pergi saja. Aku ni kira bertuah la sebab ibu selalu temankan aku pergi interview ke mana-mana. Paling jauh sampai Johor. Tapi tu la, last sekali, rezeki aku kat Penang ni juga. Dekat pula dengan rumah tok. Memang jimat banyak la.
Aku pilih hotel kat Kota Kamuning, Shah Alam. Agak best la sebab surrounding dia okey, dekat dengan kedai makan, ada pasaraya, ada macam-macam la. Duit ja yang jadi penghalang untuk aku berfoya-foya dengan ibu.
Malam pertama kat hotel tu, aku kena ganggu dah. Malam tu dalam pukul 11 lebih, ibu dah masuk tidur. Aku sibuk kaji soalan yang bakal ditanya oleh interviewer. Maklum la first interview aku. Berdebar kot. Tak tahu situasi macam mana, soalan-soalan dia, plus pesaing-pesaing aku mostly yang ada experience bertahun-tahun berbanding dengan aku yang tak punya apa-apa.
Tengah aku sibuk study, aku tengok jam dah pukul 1 lebih. Tiba-tiba aku dengar bunyi selimut hotel yang berat giler tu diribas-ribas. Bunyi dari atas dan yang pastinya bilik aku tu kat tingkat atas sekali. Buk bak buk bak bunyinya. Aku pelik la sebabnya takkan makcik cleaner tak habis mengemas lagi. Takkan dia ribas atas bumbung kot. Bunyi macam something yang ada sayap besar pun ada.
Disebabkan interview ni lagi penting, aku hiraukan jek la. As long as tak kacau aku sudah. Anggap saja gurauan selamat datang dari “dia”. Esok tu, dalam tengahari aku pergi ke tempat interview. Besar betul HQ dia. Ibu aku pun ikut sekali waktu tu. Setelah nama aku dipanggil, aku pun masuk dalam bilik. Macam biasalah bagi salam semua, soalan pertama yang aku terima, “awak dah makan??”. Memang tak la. Aku ni jenis cepat gemuruh, memang tak terasa nak makan. Dah selesai, baru la aku makan dengan lahapnya ibarat macam ada bela hantu raya.
Waktu interview ni aku dapat dua interviewer. Bertambah-tambah rasa berdebar. Soalan-soalan yang ditanya ada yang sama macam aku baca tapi mostly unexpected questions. Bila jawab macam ni, dia tanya kenapa, kenapa dan kenapa. Puas jugak la aku menipu. Tapi tak ada tipu tu jawapannya jauh beza dengan soalan. Just apa yang terlintas kat fikiran aku tu, itulah yang aku jawab. Bila dorang tanya, “Do you have any question?”. Waktu ni aku guna peluang yang diberi dengan sebaiknya. Macam-macam aku tanya, dari produk tu sendiri sampai part packaging. Sejam lebih aku kat dalam sampaikan Encik tu nak ajak ibu naik atas sebab kesian ibu tunggu lama-lama. Ni adalah interview aku yang paling lama pernah aku datang dan the best experience untuk aku sepanjang hadir ke interview.
Sebab utama kenapa dorang pilih aku untuk hadir interview ni walaupun aku fresh graduate – sebab aku jujur dalam menjawab soalan-soalan yang dorang bagi masa isi jawatan dorang dalam jobstreet. Kebanyakan ramain yang copy and paste dari internet. So, be honest dalam setiap benda yang korang lakukan. Tak rugi pun. Aku diberi tempoh untuk pihak syarikat tapis candidate. If berjaya, dorang akan panggil untuk second stage interview di kilang pemprosesan.
Malam tu aku tidur awal sebab tak cukup tidur. Dalam pukul 2 lebih, aku terjaga sebab terdengar bunyi ribasan selimut berat tu kat atas. Aku tengok ibu dah lena diulit mimpi, yang aku membatukan diri sebab nak dengar bunyi tu. Kejap bunyi kejap tak. Sebabkan aku malas nak layan benda-benda macam ni, aku pun tengok la segala FB, Whatsapp sampai aku tertidur. Esok tu,
Aku: Maa.. Dengar tak macam ada benda ribas-ribas kat atas.
Ibu: Ada la. Semalam aku terkejut jaga nak pergi tandas, aku dengar macam orang ribas kain macam tu.
Aku: Orang pun dengar ma.. Macam bunyi benda berat.
Ibu: Alaaa.. Benda ni kat mana-mana jek.. Buat tak tahu sudah.
HOTEL DI KLANG
Akhirnya, aku lepas juga untuk ke second stage interview tu. Rasa bangga kejap dengan diri sendiri. Hohohoo. Kali ni aku kena pergi interview kat kilang di Klang, Selangor. Aku ajak abah ikut sekali sebab mudah untuk aku pergi balik, plus aku tahu situasi kawasan tu dipenuhi lori-lori yang laju dan lampu isyarat merah pun menjadi hijau dimata segelintir pemandu lori di situ.
Macam biasa la, aku mulakan sesi google map aku untuk tengok hotel terdekat dengan harga yang mampu duduk. Google punya google, jumpa la satu hotel ni. Harga untuk 4orang (aku, ibu, abah dan ayi) cuma RM 70/semalam. Murah sangat kot. Aku bagitahu abah untuk booking bilik tu. Nama hotel tu pun sedap dah macam luar negara punya nama.
Setelah sehari suntuk dalam kereta, jumpa la hotel ni. Dari luar, pandang pun tak nak. Aku macam tak syok dah. Takkan ni hotel dia. Tak macam hotel pun. Patut la murah giler. Abah pergi la nak tanya betul ke hotel tu. Beberapa minit tu, abah keluar. Rupanya hotel tu macam “mak pak anak ayam” yang selalu ada.
Aku dah susah hati dah nak cari hotel kat mana. Takut mahal jek. Pusing punya pusing, jumpa la satu chalet ni. Ada certain bahagian still dalam renovation. So tak apalah. Tanya harga semua, akhirnya abah pilih untuk stay situ. Best kot sebab besar, katil queen ada dua, peti ais, TV, ruang melepak semua ada la.
Malam tu macam biasa la, aku mulakan sesi ulangkaji aku. Yang lain semua dah masuk tidur. Masa tu ada la dalam pukul 11.45. Aku duduk kat ruang melepak. Ruang tu ada dinding sikit terus nampak katil. Dekat pukul 1 pagi, aku rehat kejap. Tiba-tiba ada benda bulat hitam melintas kat atas bahagian langsir yang betul-betul tepi aku. Aku tergamam kejap. Betul ke apa aku nampak?? Tiba-tiba bunyi macam orang tabur pasir atas bumbung. Aku pun kemas-kemas barang aku, terus pergi kat katil. Anjing menyalak panjang. Then, aku teringat la pasal aku pergi ceramah dulu. Ustaz tu kata, kalau bunyi pasir atas bumbung, benda tu la. Aku pun terus tidur.
Pagi tu aku bangun awal sebab nak buat preparation. Macam biasa la, aku tak lalu nak makan sebab nervous punya pasal. Waktu aku interview ni, aku rasa tak seronok sebab aku tengok situasi jalan yang sibuk, teruk dan lori-lori yang laju. Soalan kali ni juga jauh beza dengan soalan yang masa first stage dulu. Banyak soalan tentang production sebabnya dorang tukar position aku dari engineer to production executive. Sebabkan semangat aku pun dah tak okey, aku sambil lewa jek interview kali ni. Dan akhirnya aku tak dapat pun kerja kat syarikat ni.
Malam tu aku,
Aku: Maaaa.. Semalam masa orang dok study tu kan, ada benda hitam bulat lintas kat langsir tu.
Ibu: Pukul berapa?
Aku: 1 lebih macam tu. Orang pun terus kemas pergi katil. Dengan bunyi pasir atas bumbung. Anjing kat gudang besi tu menyalak panjang.
Ibu: Bunyi pasir tu aku dengar. Macam orang dok tabur pasir atas bumbung. Aku dok tengok ustaz kat TV, kalau ada macam tu, gangguan dari dia la tu. Mungkin ni tempat baru, kita dok kacau ka apa ka. Baca la apa yang patut. Biasalah benda ni kat mana-mana pun ada.
Dan malam tu juga, bunyi pasir dengan anjing menyalak panjang tu memecah kesunyian malam terakhir aku menginap kat situ. Aku pun malas nak layan. Jangan dia dok ketuk-ketuk pintu ke, tingkap ke, dok menangis mendayu-dayu ke sudah. Esok tu kami sekeluarga berangkat ke Kelantan, dan aku mulakan kehidupan aku sebagai penganggur sampai bulan 7/16.
HOTEL DI CAMERON HIGHLANDS
Okey, kali ni aku pergi tempat ni untuk bercuti. Baru jek berlaku. Aku dan angah memang plan nak bawa Ayi pergi jalan-jalan. Biasalah dia sibuk belajar. Abah pun kurang sihat, so memang dia tu tak berjalan ke mana. Sebabkan Ayi ada kakak-kakak yang baik, jadi percutian Ayi kali ni ditaja oleh aku dan angah.
8/7/17 aku gerak ke Cameron Highlands. Aku uruskan hotel manakala angah uruskan urusan kereta. Sebabkan aku dengan angah masih tak ada kereta, so kami terpaksa sewa kereta. Doakan supaya tahun depan aku dapat beli kereta. Hehehe. Kami menginap kat hotel yang betul-betul kat pekan Brinchang. RM198 untuk 2hari dan kami dapat bilik yang ada 2 katil queen. Mulanya aku pilih bilik yang ada 1 katil queen, yelah nak jimat punya pasal. Sampai sana, dorang tanya, nak bilik katil queen ada 2 tak. Aku tolak la sebab tak nak kena tambah duit. Tapi bila dia kata tak payah tambah duit, aku apa lagi, angguk kepala tanpa rasa malu.
Malam pertama tu, aku angah Ayi merayau sekitar pekan tu untuk cari makan. Nasib baik ada lori-lori kecil yang jual nasi lemak panas-panas dengan ayam gunting. Kami bungkus makan kat hotel. Dah kenyang tu, baring la atas katil. Aku kongsi katil dengan ayi, angah dok sorang. Katil aku ni betul-betul tepi tingkap. Tengah baring tengok phone, hati aku ni terlintas la
“Selalunya kalau hotel jenis macam ni, mesti ada dengar bunyi guli ke, seret perabot ke.”
Tiba-tiba bunyi macam bunyi benda bergolek dari tingkat atas. Bunyi macam guli ada. Duit syiling ada. Ada la beberapa kali. Aku diam jek la.
Ayi: Kuatnya dia main (sambil senyum)
Aku: Tegur la. Datang kat hang malam ni baru tau.
Ayi: Tak.. (sambil baring sebelah aku) Dia datang kat sini… (sambil geletek aku)
Aku: Ayiii @%#%# (sorry kat sini ada kata-kata kasar untuk adik aku. hahaha)
Ayi ni memang jenis macam ni. Dia suka geletek orang, duduk rapat-rapat dengan orang sampai orang rimas dan marah-marah dia. Kalau dia tak kacau aku, dia pergi kacau angah. Kalau ibu ada, mesti ibu jadi mangsa. Sejak ayi tegur ni, tak ada dah masalah bunyi benda bergolek ni sampai la aku tinggalkan hotel ni. Satu jek masalah aku, air sejuk giler wehh. Air panas pula berfungsi masa hari pertama jek. Nak masak air panas, wayar water heater tu tak ada. Terpaksa la aku mandi sejuk-sejuk tu. Jangan dok kata aku tak mandi. Tampaq sat g.
So sini jek la cerita aku. Maaf sebab tak seram. Ni pengalaman aku, moga hampa pun “dapat” pengalaman macam ni. Hahaha.
Baca FS seorang diri,
Baik-baik tepi hampa ada “benda” berdiri.
#KopiCeroi
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
YOU’RE BACK !!!!
Agak lesu cite kali ni, but takpeee…
lesu. dh abis modal gaknye
Brrrrrr. Bosan je ceritanye.
KopiCeroi dah hilang taring,,,,
Haih ni cite seram ke cite yg sekadar ade?
eXCITED nk bce sbb dr kopiceroi, skli alahai lesu ajee citenya……
Tudia….. kopi ceroi is dah suam2 kuku. hantu mohon kacau dia lagi bagi bertaring balik Hahaha
Bosan gile sigh. cam air kosong je ceritenyer
kesian….. nk tulih cite tp dah xde modal tp aku glemer, ahh cite jugelah!
HAHAHAHAHA cam bodo je cite. baik hang xyah tulih
biasa lah manusia, kadang ad masa masa suam, ad masa masa panas. ap pun lepas ni kalau ad citer best, share la ye. jangan patah semangat. hehe
buang masa aku baca -.-
kc are back 🙂
terlalu bosan dan gampang macam Sajat
Kerboard warrior gampang… ni la manusia…tau nak kondem je. Suruh setan tu cekik je engkorang… hulala..
Ko la ek yg share story pasal ko dgn kobeng berdua2an dlm kereta tu kan? And siap mengaku tak peduli muhrim mahram dgn kobeng janji bole peluk kobeng kan?
????
Haah…ala..sedap walaupun dosa
.. apadahal…xpyh ckp pasal dosa pahala…hwehwe… nasib tak.berjunub dlm kereta…hahaha
Excited nak story psal pengalaman ko pegi interview ke? Dah rasa mcm aku baca iium confession plak, pdahal fiksyen shasha. Sebab story ko lebih focus part interview tu. Btw..kurang menyengat dan sedikit bosan sampai terpaksa scroll terus ke penamat.
hotel yang aku kene pekej dy bg bnyi n cucuk2 kaki aku dengan kuku dy..hareeee sungguh..
aku dah banyak hotel dah duduk..yang pasti mmg mmg kt mana2 mesti akan adanya…ko pasti akan terdengar bunyi suara pompuan terjerit2 mengerang2 kat sebelah bilik ko…