–SIAPA CIKGU DAHLIA…?PART 2-
Ustaz Meor merenung jauh dicelahan jendela surau. Dia mula mengimbas kembali gangguan yang diterima pada lima tahun lalu. Akan ada setiap tahun, kejadian seperti ini akan berlaku. Itu pun sudah 5 tahun kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi dan kini pada tahun ini, ia berulang kembali setelah sekian lama gangguan cikgu Dahlia menyepi. Seakan “si dia” gian hendak menyakat warga sekolah.
Tetapi, didalam ustaz Meor sedang ralit memikirkan persoalan dengan masalah yang timbul, ada sepasang mata merah berdarah sedang merenung jauh disebalik pokok ara tua yang gagah berdiri di hujung padang berhampiran surau sekolah. Terdengar dengusan amarah yang terhambur dihujung mulutnya yang bertaring runcing. Bagai ada dendam kesumat yang membelengu jiwa.
Ustaz Meor cuba menghubungi sahabatnya ustaz Ammar, namun panggilan tidak berjawab. Hanya mesej sahaja yang mampu ustaz Meor hantarkan.
“Assalamualaikum, ustaz…., saya nak beritahu ni, kat sekolah lama kita dah ada gangguan balik. Benda tu mengganggu pelajar kat sini. Tolong balas segera…!!!”
……………………………………………..
Dapat sahaja mesej dari ustaz Meor, tanpa berlengah lagi ustaz Ammar dan pakcik Jai segera menemui ustaz Meor dirumahnya.
” Macam mana boleh berlaku. Bukan sudah buang ke…?” ustaz Ammar mohon kepastian dari ustaz Meor.
“Ya…, memang dah buang. Tapi, saya pun tak pasti kenapa benda tu datang balik. Seperti ada yang menyeru pulak…” Perasaan pelik mulai terbit dihatinya.
“Nak tanya, kamu buang kat mana…?” Pakcik Jai bertanya.
“Kat dalam hutan hujung kampung ni… Kenapa pakcik…?” Ringkas jawapan dari ustaz Meor.
“Takpelah, benda dah jadi. Lepas ni kita buang kat laut. Mungkin kat darat tak boleh, kita buang dia kat air pulak. Dalam air dia tak boleh berenang….” Seloroh pakcik Jai.
Ketawa Ustaz Meor dan Ustaz Ammar mendengar jenaka dari Pakcik Jai.
Tiba-tiba…..
*MENGHITUNG MENUNGGU MATI, AGAR KAU JUMPA YANG DINANTI. SEMOGA PEMERGIAN KU INI, TERBAIK UNTUK MU….*
“Kenapa Aiman Tino muncul disaat ni….” Ustaz Ammar tersentak.
“Maaf…, handphone bernyanyi pulak, sekejap ye nak jawab panggilan…” Ustaz Meor tersenyum sipu mohon untuk berlalu menjawab panggilan.
………………………………………………….
Kemudian…., datang ustaz Meor dengan tergesa-gesa…!!
“Ustaz.., pelajar saya yang bernama Haifa tu, dah hilang….!!!”
“Hilang…!!? Macam mana boleh hilang….!!?” Ustaz Ammar bertanya cemas.
“Mak Haifa kata, masa maghrib dia pengsan. Bangun dari pengsan dia meracau. Lepas tu mak dia ingat Haifa dah okey. Mak dia biarlah dia rehat dalam bilik. Mak dia jenguk semula dia dalam bilik, tengok dah takde…!!”
“Pi kedai kut…?” Pakcik Jai cuba meneka.
“Dah lebih satu jam dia keluar, tak balik-balik. Takkan pergi kedai lama sangat. Sekarang pun dah nak dekat pukul 11 malam…..”
“Takpe…, mari kita sama-sama cari dia…..” Tenang jawapan dari Pakcik Jai.
Ketika didalam kereta Ustaz Ammar, terlihat bapa Haifa sedang memintas mereka dengan menaiki motosikal sambil menyuruh mereka berhenti di bahu jalan.
“Ustaz, saya dah jumpa Haifa. Saya cuba cari dekat sekolah. Guard kata memang Haifa dah masuk kat dalam sekolah. Guard tu nak tegur tapi takut. Sebab Haifa dah lain macam rupa dia….!!” Termengah-mengah bapa Haifa saat menerangkan keadaan.
“Baik…, abang pergi dulu kami ikut dari belakang…” Sambil Ustaz Meor menghidupkan enjin kereta yang telah mati.
………………………………………………………….
Sampai diperkarangan sekolah, pak guard yang sedia menanti dipintu pagar menunjukkan mereka di mana Haifa berada. Sempat pak guard yang berumur suku abad itu bercerita saat Haifa berjalan kaki sendirian menuju ke pagar sekolah. Belum sempat pak guard bertanya, Haifa sudah menjegilkan mata kepadanya. Walaupun sedang ketakutan melihat keadaan si Haifa yang sebegitu, namun pak guard yang punya sifat risau dan bertanggungjawab tetap mengikut langkah Haifa dari belakang. Namun niatnya terpaksa dihentikan kerana tempat yang dituju Haifa adalah pokok ara dihujung padang sekolah itu. Pada fikirannya daripada apa-apa berlaku nanti, lebih baik dia menunggu di pintu pagar sahaja.
Kini mereka berjalan di koridor blok F yang sunyi ditambah pula dengan keadaan sekitar yang kelam dan suram, hanya berpandukan cahaya lampu panjang di sepanjang laluan koridor yang jauh jaraknya serta kedinginan angin malam menambahkan lagi kegerunan suasana persekitaran sekolah.
“Abang seorang saja cari Haifa…?” Ustaz Meor bertanya kepada bapa Haifa yang sedari tadi sendirian mencari anaknya.
“Ya ustaz, orang rumah menjaga anak-anak yang lain. Kalau dia ikut, takut pulak si Haifa balik pulak…..”
“Ye tak ye jugak….” Ustaz Meor tersenyum segan sambil berjalan dihadapan mengetuai pencarian mencari Haifa yang lari kedalam kawasan sekolah.
Ustaz Ammar melihat jam ditangan. Hampir ke angka 12.00 tengah malam.
“Apahal rasa lain macam pulak ni…..” Ustaz Ammar menggumam sendirian. Sesekali diusap tengkuknya yang terasa lain sekali. Jantungnya berdegup kencang merasakan perkara yang tidak enak bakal terjadi, cuma ditelan sedalam-sedalamnya. Cuba melontar jauh fikiran yang bukan-bukan.
“Ha..!! Tu dia…!!” Suara pak guard memecah suasana hening dipenghujung padang sekolah sambil menyuluh lampu torch lightnya dan menunjuk kearah pokok ara tua yang melayut-layut dedaunnya yang lebat merimbun dengan akar-akar yang berselirat.
Kesemua mereka memandang serentak ke arah perdu pokok ara itu. Terkejut bapa Haifa apabila melihat anaknya bersendirian duduk di bawah pokok ara sambil bertinggung memeluk lutut.
“HAIFAAA……!!!!” Jerit bapanya.
“Ssssyyuu…..” Ustaz Ammar memberi isyarat diam. “Itu bukan Haifa….”
“Haifa la tu ustaz…..” bapa Haifa cuba meyakinkan ustaz Ammar.
“Jasad saja Haifa, tapi didalam tubuhnya ada benda lain….” Ustaz Ammar menerangkan.
“Bang…, harap abang bertenang dulu. Biar kami selesaikan dulu. Abang banyak-banyakkan berdoa, semoga dipermudahkan. Allah sentiasa bersama kita….” Ustaz Meor menenangkan bapa Haifa yang sedang rawan. Hati bapa mana yang tidak risau jikalau anak gadisnya berkeadaan begitu, diganggu jin atau syaitan yang cuba sedaya upaya menikmati tubuh dan merosakkan anak cucu Adam yang sentiasa dicemburuinya sejak azali.
Ustaz Ammar dan Pakcik Jai mula mendekati Haifa secara perlahan. Mereka tidak mahu Haifa terkejut lalu lari meninggalkan tempat itu.
“Haifa…..” Ustaz Ammar menyapa perlahan. Mendengar sahaja suara ustaz Ammar, Haifa terus berpaling menoleh tepat ke arah wajah Ustaz Ammar.
“AKU BUKAN HAIFAAA….!!!!!” Tajam renungan Haifa kepada ustaz Ammar sambil menjerit nyaring sehingga boleh membingitkan telinga jika sesiapa yang mendengarnya. Tetapi…., jelas kedengaran seperti bukan suara Haifa yang didengari tatkala dia menjerit. Halus dan nyaring.
“JADI, KAU SIAPA….!!!” Ustaz Ammar mula bersuara lantang. Manakala Pakcik Jai hanya memerhati dari belakang.
“AKU DAHLIAAA…….” Suaranya kembali kendur apabila ditengking ustaz Ammar.
“KAU BUKAN DAHLIA…..!!!” Ustaz mula bertegas kepada si peminjam tubuh Haifa.
“DAHLIA SUDAH LAMA PERGI KE ALAM BARZAKH…., KAU BUKAN DIA….!!!” Sambung Ustaz Ammar.
“AKU DAHLIAAAA……!!!!” Dia kembali menjerit lalu berdiri dan terus meluru ke arah Ustaz Ammar sambil merenung marah. Rambut Haifa yang lurus separas pinggang kini mengerbang dan sudah tidak terurus lagi. Malah yang pastinya benda yang berada didalam tubuh Haifa benar-benar tidak mahu melepaskan Haifa.
“KAU SUDAH KU BUANG KE TEMPAT LAIN,TAPI KENAPA KAU KEMBALI LAGI….!!!” Ustaz Ammar kembali berdialog dengan si peminjam tubuh yang mengaku dirinya Dahlia.
“INI RUMAH AKU, INI TEMPAT TINGGAL AKU. BIARKAN AKU DEKAT SINI…..” Rayuan dari “Dahlia” dengan esak tangis. Kemudian “Dahlia” kembali duduk bersila sambil tangannya menyapu air mata lagak seperti anak kecil.
“AKU HANTAR KAU TEMPAT LAIN, TEMPAT YANG LEBIH BAGUS, MAHU TAK….!!!” Pakcik Jai pula bersuara.
“AKU TAK MAHU… AKU TAK MAHU…. BIAR AKU DEKAT SINI. BUKAN AKU YANG SENDIRI DATANG TAPI DIA YANG SERU AKU……..” Merayu-rayu “Dahlia” meminta untuk kekal ditubuh Haifa.
“KAMI TERPAKSA BERKASAR KALAU KAU BERDEGIL….!!” Pakcik Jai mulai panas hati.
“BUDAK NI YANG SERU AKU….., DIA DENGAN KAWAN-KAWAN DIA SERU AKU….. KALAU AKU TAK BOLEH TINGGAL DALAM TUBUH DIA, KAU LETAKKAN AKU KAT POKOK ARA NI… INI DULU RUMAH AKU….!!!” Dia terus bangun berlari menuju ke pokok ara sambil menepuk-nepuk batang ara yang sebesar tiga pemeluk.
“TAK BOLEH…!!! INI BUKAN TEMPAT TINGGAL KAU LAGI…!! SEBAB TU KAU DIBUANG KE TEMPAT LAIN…!!!” Pakcik Jai bersuara tegas.
“AKU TAK NAK…!!! AKU TAK NAK….!!!!! SEBENARNYA, AKU BENCI BUDAK NI…!!! SOMBONG..!!! ANGKUH..!!! SELEPAS DIA SERU AKU, AKU SUDAH KEMBALI KE SINI.., INI TEMPAT TINGGAL AKU DARI DULU LAGI…!!! AKU SELALU PERHATIKAN DIA, AKU SELALU PERHATIKAN BUDAK-BUDAK KAT SINI…., AKU SUKA…. HA HA HA HA……” Si peminjam tubuh Haifa ketawa, seakan geli benar hatinya memperlakukan si empunya tubuh sedemikian rupa.
“KALI INI JANGAN KAU BERMIMPI UNTUK KEMBALI LAGI KE SINI…..!!” Pakcik Jai mula tekad membuat keputusan, tiada lagi sesi bersoal jawab.
“JANGAN…!! JANGAN CAMPAK AKU KE TEMPAT LAIN. KAU LETAK AKU DEKAT SINI, SINI SAJA…….” Seolah-olah merayu-rayu mohon diletakkan di pokok ara ibarat rumah kesayangannya.
Pakcik Jai tidak mahu membuang masa, kalau dibiarkan terlalu lama, ini menampakkan manusia terlalu lemah dan menurut kehendak si syaitan itu. Lalu Pakcik Jai menghampiri Ustaz Ammar dan Ustaz Meor sambil berbisik akan sesuatu. Kelihatan kedua-dua ustaz bersetuju dengan cadangan Pakcik Jai.
“Bang…., sini pegang bahu Haifa, lepas tu dudukkan dia…” Ustaz Meor memanggil bapa Haifa supaya dapat memegang bahu anaknya. Pada mulanya Haifa meronta-ronta dan bertindak untuk melarikan diri namun dapat dihalang oleh Ustaz Meor dan pak guard. Haifa cuba lagi mengeraskan tubuhnya seakan melawan, dia tidak mahu duduk ataupun berganjak dari tempatnya, tetapi akhirnya tubuh Haifa dapat dikendurkan apabila Pakcik Jai menepuk belakang Haifa dengan sekali tepukan sambil membaca beberapa surah. Kemudian Ustaz Ammar berdiri jauh sedikit di mana Haifa didudukkan sambil dipegang bapanya. Tanpa berlengah lagi Ustaz Ammar terus melaungkan azan dengan suara yang kuat menghadap kearah kiblat.
“ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR…..
ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR………..”
Manakala Ustaz Meor pula duduk dihujung kaki Haifa yang sedang berlunjur dan pakcik guard hanya memerhati dari tepi. Itu untuk memastikan agar Haifa tidak lari lagi.
Selesai sahaja Ustaz Ammar azan, terus sahaja Ustaz Meor menyerahkan botol air mineral (sebenarnya keadaan terdesak, guna apa sahaja yang ada) kepada Pakcik Jai. Maka bermulalah sesi membuang “cikgu Dahlia” dari tubuh Haifa.
Sambil memegang ubun-ubun Haifa, Pakcik Jai membaca beberapa surah lazim,lalu dihembus ke ubun-ubun Haifa. Membaca lagi beberapa surah dan menghembus lagi sehinggalah cukup 3 kali. Kemudian dengan sehabis daya dan dengan lafaz, Bismillahh……
“ALLAHUAKBAR…..!!!!!!”
Terus Pakcik Jai merentap sesuatu di ubun-ubun Haifa. Sehingga berpeluh-peluh Pakcik Jai cuba untuk menarik ia dari ubun-ubun Haifa. Pakcik Jai seakan kepenatan seperti menarik sesuatu yang berat dan besar lalu disumbat ke dalam botol mineral yang digenggamnya dan terus menutupnya dengan pantas. Saat ketika Pakcik Jai merentap sesuatu di ubun-ubun Haifa, angin menderu datang secara tiba-tiba. Tetapi hanya beberapa saat sahaja ia berlaku.
Usai menarik mahkluk dari ubun-ubun Haifa itu, terus Pakcik Jai menuju kebelakang dan muntah serta merta tanpa dapat ditahan. Kemungkinan kerana banyak tenaganya yang keluar sewaktu cuba menarik “cikgu Dahlia” dari tubuh sunti Haifa.
Keadaan Haifa terus lemah longlai, tidak bermaya dan terus dipangku bapanya.
“Ambil ni, kita buang malam ni jugak….!!” Pakcik Jai menghulurkan botol mineral kepada Ustaz Ammar.
“Pakcik Jai tak payah ikutlah. Nampak macam pakcik terlalu penat…..” Ustaz Meor memberi cadangan.
“Tak boleh aku mesti ikut. Kalau aku mulakan, maka aku mesti habiskan…….” Termengah-mengah Pakcik Jai bersuara.
Pak guard yang terasa terkejut dengan benda yang berlaku dihadapannya sebentar tadi, mula menghampiri Pakcik Jai seakan ingin bertanya sesuatu.
“Confirm ke “cikgu Dahlia” tak mai balik…?”
“InsyaAllah…., saya hanya berusaha setakat yang termampu… Semoga Allah lindungi kita semua…..” Ringkas jawapan yang diberi Pakcik Jai.
“Lagi satu, saya nak tanya…? Sewaktu encik tarik tu, memang terasa ke pegang dia….?” Pak guard masih lagi bertanya soalan, mungkin untuk mendapatkan kepastian yang sedari tadi cuba ditahan.
“Sebab dapat rasalah saya boleh tarik dia. Bukan senang nak tarik. Beratnya hanya Allah saja tahu. Lagipun, si Dahlia ni tak ganas. Kita tarik lemah lembut sikitlah. Tapi…., kalau dia melawan lebih-lebih, kita terpaksalah buat secara kasar……” Itu penjelasan daripada Pakcik Jai. Walaupun keletihan dia tetap cuba menjawab pertanyaan dari pak guard.
“Saya nak tanya lagi, wujud ke perempuan bernama Dahlia ni. Sebab…, baru-baru ni kalau saya shif malam, ada jugak ternampak perempuan bersanggul, pakai baju kebaya merah berjalan laju diblock belakang. Walaupun saya nampak sekali imbas tapi masih boleh nampak. Sebab sudah tiga kali saya nampak dia. Kawan saya yang seorang lagi pun nampak jugak…..” Sambung pak guard lagi.
“Sebenarnya kita semua sudah tahu, inikan permainan syaitan. Walaupun juga Dahlia ni pernah wujud sewaktu ketika dahulu tetapi dia sudah takde lagi di dunia ni. Orang mati takkan jadi hantu, hanya penyamaran syaitan saja…..” Panjang lebar penerangan dari Pakcik Jai.
Setelah segala-galanya selesai Ustaz Meor dan Pakcik Jai menghantar Haifa dan bapanya pulang. Motosikal bapa Haifa pula telah dibawa oleh Ustaz Ammar untuk dibawa pulang bersama.
Ustaz Ammar membekalkan air penawar untuk diminum oleh Haifa agar semangatnya kembali pulih. Haifa juga dinasihatkan oleh Ustaz Ammar agar menjaga solat, menjaga tingkah laku dan yang paling penting menjaga adab tatkala berbicara apatah lagi dengan ibubapa, guru dan orang yang lebih tua.
“Saya bersalah ustaz. Saya juga penyebab, kenapa benda tu kembali…. Saya rasa bersalah dan berdosa. Sekarang saya telah menanggung akibatnya………” Terlihat manik-manik jernih dikelopak mata Haifa.
…………………………………………………
Tiga minggu sebelum kehadiran Cikgu Dahlia dikelas 5 Ikhlas……
“Takpe ke Haifa……?” Ainul bersuara bimbang.
“Takpe….., kenapa kau takut ke…..?” Lagak Haifa.
“Gila kau tak takut…!! Takutlah bodoh…!! Kita main benda syirik ni…..!!” Ainul menempelak Haifa sambil memegang kertas spriti of the coin yang dibuat sendiri.
Dua lagi sahabatnya Gee dan Lin hanya memerhati sahaja tanpa banyak soal.
Pada petang sabtu yang hening itu…., memandangkan waktu cuti, mereka berempat telah masuk ke kawasan sekolah dengan mengikut pagar dawai di belakang sekolah yang telah digunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab angkara vandelism. Mereka berempat berkumpul dibawah pokok ara dihujung padang sekolah.
Haifa membentang kertas spirit of the coin itu diatas tanah, lalu dikeluarkan syiling lama dan diletakkan ditengah-tengah kertas diatas bulatan yang bertulis Home.
“Haifa….., aku tak nak mainlah, aku takut….” Gee menyuarakan perasaan takutnya. Kerana sejak dari awal tiba dibawah pokok ara itu lagi hatinya berasa tidak sedap.
“Yalah…., kau biar betul Haifa. Kan berdosa…..?” Lin mempersoalkan tindakan Haifa.
“Korang…, kalau tak nak…, boleh berambus…!! Jangan banyak soal. Masa nilah kita nak tahu hantu Dahlia tu wujud atau tidak. Selalu kita dengar je orang bercakap pasal dia kat sekolah ni. Apakata kita cuba cari bukti, betul ke dia wujud…, korang tak nak tahu ke…..?”
Haifa mula menghasut dan meyakinkan sahabat-sahabatnya.
“Bolehlah, bolehlah ye….. Sekali je kita main. Sekali je…….” Haifa menyegih sumbing seperti kanak-kanak yang sedang meminta gula-gula.
Akhirnya, ketiga-tiga sahabatnya terpaksa beralah dengan pujuk rayu Haifa.
Sebelum meletakkan jari telunjuk diperkataan Home, Haifa telah mencucuk jari telunjuknya dengan sebatang jarum peniti. Lalu keluarlah setitis darah ke atas syiling lama itu. Kemudian barulah ketiga-tiga sahabatnya meletakkan jari telunjuk masing-masing dipermukaan syiling.
Maka bermulalah……
“Sprit of the coin…, spirit of the coin…., kemarilah datang wahai kamu. Kamu yang bernama Dahlia…, datanglah kepada kami. Kami menyeru kau datang. Kau yang bernama Dahlia…..” Haifa mula menyeru sambil menyebut nama Dahlia berulang-ulang kali.
Kemudian apabila Haifa berhenti menyeru buat kali ketujuh, angin bertiup kuat secara tiba-tiba. Sehingga jatuh berguguran daun-daun dari pokok ara dengan banyaknya. Sepantas angin datang bertiup, sepantas itu ju ga ia berhenti bertiup.
Sahabat-sahabat Haifa,Ainul, Gee dan Lin semakin kaget. Ketika jari telunjuk mereka yang masih lagi melekap pada permukaan syiling diatas perkataan Home, tiba-tiba jatuh satu dahan sebesar lengan dewasa ke atas kertas spirit itu. Mujur mereka cepat menarik jari mereka dengan segera.
“Nasib baik aku tarik jari cepat….” Lin berasa lega kerana tidak cedera.
“Ye lah…., nasib baik tak ada apa-apa….” Gee tersenyum kelat. Namun debaran dihatinya masih lagi belum reda.
“Kenapa kita tarik jari…? Bukan ke tak boleh tarik selagi belum habis main….?” Ainul berasa risau dengan keadaan itu. Dia merasakan kejadian itu seperti disengajakan oleh sesuatu. Tetapi…., apa..?
“Takde apa-apalah…, ok kita sambung lagi main. Letak jari balik…” Haifa meminta sahabat-sahabatnya kembali lagi sambung bermain spirit of the coin.
Mereka menuruti sahaja kata-kata Haifa tanpa membantah walaupun perasaan gementar sudah menguasai diri.
Letak sahaja jari mereka ke atas duit syiling lama bersalut darah Haifa, secara tiba-tiba duit itu bergerak ke sana, ke sini dengan lajunya. Kesemua arah duit syiling itu bergerak membawa jari telunjuk mereka. Meliar mata mereka apabila melihat syiling itu bergerak tanpa hala tuju. Gee kelihatan berpeluh menahan takut. Dia tidak dapat berselindung lagi dengan ketakutan yang sedang mencengkam jiwa. Setelah beberapa saat syiling itu bergerak dengan tidak tentu arah akhirnya ia berhenti sendiri di Home. Haifa cuba ingin bertanya sesuatu pada syiling itu.
“Si…si…siapa yang berada didalam syiling ni…..?” Terketar-ketar Haifa dikala hendak bertanyakan sesuatu.
Akhirnya syiling itu bergerak. Bergerak perlahan kesatu-satu perkataan. Bermula dengan huruf D, kemudian ke huruf A sehinggalah berakhir ke huruf H menjadikan satu perkataan. Satu nama, nama yang mereka nanti-nantikan selama ini. Iaitu…, DAHLIA…..
Haifa masih tidak berpuas hati. Dia cuba lagi untuk bertanya. Tetapi…, sebelum hajat hendak bertanya tercapai, muncul satu…….
“ULARRRRR……….!!!!!!!”
“ULARRRRR……….!!!!!!!”
Menjerit mereka berempat, kerana secara tiba-tiba muncul ular hitam jatuh dari atas pokok ara diatas kertas spirit seperti dahan kayu tadi. Tanpa berfikir panjang, kesemua mereka lari lintang pukang, ibarat lari tidak cukup tanah apabila terkejutkan ular hitam itu.
Maka…., permainan SPIRIT OF THE COIN berakhir begitu sahaja.
Dicelahan dahan pokok ara, ada sepasang mata merah sedang melihat dan tersenyum menyeringai memandang mereka yang sedang bertempiaran lari……..
…………………………………………….
Imbasan kembali, dalam tahun 50an……
Dahlia berjalan menuju di laluan denai yang jarang dilalui orang kampung. Dahlia mempercepatkan langkahannya. Rintik hujan sudah mula menitik. Petang itu Dahlia sudah berjanji dengan sahabatnya Latifah yang sudah dikenalinya sejak dari kecil untuk mengajar anak-anak dari kampung sebelah. Dahlia hanyalah guru sementara, memandangkan hanya dia anak gadis yang pandai dalam penulisan rumi dan jawi ketika itu. Namun…, kepandaian Dahlia telah dicumburi oleh Latifah. Selalu sahaja Dahlia yang sering dipanggil untuk mengajar anak-anak oleh orang kampung, mungkin disebabkan keramahan dan sifatnya lembut suka melayan karenah anak-anak kecil. Jarang orang kampung hendak memanggil Latifah. Menambahkan cemburu Latifah yang meluap-luap adalah kerana mereka meminati lelaki yang sama, Ismail. Anak pak Imam dikampung mereka. Hanya Dahlia bernasib baik, cintanya pada Ismail tidak bertepuk sebelah tangan. Malah janji juga sudah diikat kedua belah pihak keluarga. Dahlia kini menjadi tunangan Ismail.
Latifah cuba menyembunyikan tangisan dihati apabila berada dihadapan Dahlia. Dilayan Dahlia seperti biasa. Namun, dihatinya punya dendam yang masih bersisa.
Tempat yang dituju sudah pun tiba. Sebuah rumah agam ala colonial ditengah-tengah ladang getah milik seorang pegawai Inggeris bernama Mr William Brown. Dahlia berasa hairan, kenapa Latifah berjanji untuk bertemu dengannya dirumah ini. Difikirannya, bukankah sepatutnya dia berada disalah sebuah rumah penduduk kampung sebelah untuk mengajar anak-anak mereka…? Dahlia berasa tidak keruan, dia mula memikirkan yang bukan-bukan. Hujan semakin lebat, Dahlia terpaksa masuk kedalam rumah itu memandangkan pintu rumah Mr William terbuka. Hampir basah ke seluruhan baju kebaya merahnya dek terkena tempias hujan yang semakin lebat. Gelap dan sunyi suasana didalam rumah itu.
Dahlia melangkah lebih kehadapan, ingin melihat suasana rumah itu. Tiba-tiba…, terdengar pintu utama ditutup dengan kuat.
BAMMM….!!!!!
Dahlia terkejut. Apabila dia berpaling, terlihat ada lima orang lelaki dengan muka mereka bertutup kain pelikat. Hanya mata sahaja yang kelihatan.
“Kamu semua siapa…? Apa yang kamu mahu….!!?” Dahlia semakin takut. Jantungnya mula berdebar-debar menanti musibah yang bakal terjadi. Kemudian muncul Mr William dari belakang Dahlia sambil cuba memeluknya, lalu sedaya upaya ingin mencium pipi gebu Dahlia. Namun Dahlia tangkas mengelak lalu menepis rangkulan Mr William. Sepantas kilat Dahlia menampar pipi Mr William dengan sekuat hati sehingga terjeropok lelaki Inggeris itu ke dinding.
“Kenapa Mr William, kenapa…? Bukankah kita bersahabat. Mr William yang mengajar saya dan anak-anak kampung membaca. Mr William juga bersama-sama dengan saya mengajar anak-anak dikampung membaca. Kenapa memperlakukan saya begini……” Dahlia menangis sambil menekup mukanya.
“Dahlia…., I love U…, Dahlia. Saya benar-benar cintakan kamu. Saya mengajar kamu supaya saya selalu dapat bertemu dengan kamu. Sepatutnya kamu milik saya, bukan Ismail….” Mr William meluahkan perasaan cintanya kepada Dahlia. Perasaannya tidak dapat simpan lagi.
“Saya tidak mahu…., lepaskan saya Mr William. Lepaskan saya. Saya sudah berjanji dengan Latifah untuk mengajar anak-anak dari kampung sebelah, pada petang ini….,tolong lepaskan saya. Saya merayu…….” Air mata Dahlia semakin deras, sederas hujan yang sedang turun.
“Why are you so stupid, Dahlia….? You never know…? Latifah benci kamu…!! Dia yang mengaturkan semua ni dan dia yang menyerahkan kamu kepada saya….!!” Mr William berasa puas dapat menerangkan kedudukan yang sebenar. Siapa Latifah yang sebenarnya… Sahabat baik yang sentiasa disanjung-sanjung oleh Dahlia.
Mendengar sahaja pengakuan dari Mr William, Dahlia menangis semahu-mahunya. Tidak disangka sahabat baiknya, berkawan dari kecil sanggup mengkhianati kepercayaannya. Sanggup menyerahkan kehormatan sahabat baik sendiri demi kepentingan peribadi. Sungguh tidak disangka Dahlia.mendapat sahabat sebegitu rupa.
Tiba-tiba didalam Dahlia dengan esak tangisnya, Mr William menggerah koncu-koncunya yang telah bersedia dihadapan pintu untuk menangkap Dahlia. Dahlia terus ditangkap lalu dibawa ke satu bilik. Dahlia cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri, namun kudratnya tidak berdaya kerana ada tiga orang lelaki sedang menyeretnya masuk ke dalam bilik tersebut.
“LEPASKAN AKU, LEPASKAN AKU….!! TOLONG…!!! TOLONG…..!!!”
Dahlia cuba menjerit meminta tolong, menendang-nendang pintu bilik yang sudah berkunci dari luar. Akhirnya Dahlia mengalah, kerana dia tahu perbuatannya hanya sia-sia. Tiada sesiapa yang mendengar jeritannya memandangkan rumah agam Mr William jauh terletak ditengah-tengah ladang getah. Tiba-tiba pintu bilik dibuka oleh seseorang. Rupanya Mr William, dia cuba mendekati Dahlia dan cuba untuk memeluknya. Dahlia menepis dan cuba berlari ke dinding namun dia dapat ditangkap oleh Mr William. Dahlia meronta-ronta dari dakapan Mr William, dia cuba mencakar tangan dan muka Mr William namun dapat ditahan oleh Mr William. Akhirnya Dahlia mendapat satu akal, dia membuka mulutnya seluas habis lalu digigit pipi Mr William sehingga berdarah dan menampakkan kesan gigitan yang dalam.
“ARHHH…..!! TAK GUNA KAMU DAHLIA…!!!”
Mr William menjerit kesakitan dengan gigitan yang diterimanya. Melihatkan Mr William sedang memegang-megang pipinya yang dalam kesakitan, justeru dengan tanpa berlengah lagi Dahlia terus berlari keluar dari bilik dan menuju ke pintu utama. Buka sahaja pintu, Dahlia terus mengharungi hujan yang semakin menggila lebatnya. Sangkaannya dia sudah berjaya menyelamatkan diri tetapi Dahlia berjaya ditangkap oleh konco-konco Mr William.
Mr William mengarahkan konconya membawa Dahlia ke belakang jauh dari rumah agamnya. Dahlia diseret dengan sekuat hati sehingga koyak rabak baju kebaya merah dan kain batik lepasnya kerana disagat tanah dan batu-batu kecil. Dahlia merayu minta dilepaskan. Merayu-rayu sehingga tidak berdaya lagi untuknya megeluarkan suara.
“Lepaskan aku, tolonglah…. Jangan buat aku macam ni…. Tolong lepaskan aku…..”
Ada sebatang pokok ara berada disebalik belukar. Dibawah pokok ara itu Dahlia dicampak, dipukul dengan tali cemeti oleh Mr William, umpama memukul seorang hamba. Tubuh Dahlia dipenuhi dengan darah akibat dipukul dengan tali cemeti.
“Tuan.., tak apa ke kita buat dia macam ni…?”
Salah seorang konco Mr William mula berasa kerisauan melihat keadaan Dahlia yang sudah tidak bermaya. Dia berasa takut kalau kegiatannya memperlakukan Dahlia seperti itu akan diketahui orang kampung.
“Kamu takut…,tak apa nanti saya bagi upah pada kamu semua. Kalau tidak mahu sesiapa tahu, kamu semua mesti bunuh perempuan ini, malam ini juga….!!” Mr William memandang Dahlia. Kini perasaannya menjadi benci, benci melihat Dahlia yang menolak cintanya. Malah sanggup menggigitnya sehingga berdarah dan meninggalkan bekas gigitan pada wajahnya.
“Sekarang….!!?”
“Ya…, sekarang…!! Kalau boleh penggal kepala dia…!!!”
Konco-konco Mr William berpandangan sesama sendiri. Mereka membuang perasaan kasihan dalam diri, apa yang penting adalah untuk menutup kegiatan jahat mereka daripada diketahui umum. Kalau dibiarkan Dahlia hidup pasti mereka tidak akan selamat. Jadi lebih baik menamatkan sahaja riwayat Dahlia.
Dahlia sudah terbaring kaku, tidak bermaya untuk bangun menyelamatkan diri lagi. Dahlia sudah tidak berupaya untuk berfikir apalagi untuk bertindak. Jalan paling akhir buat Dahlia adalah pasrah dan berserah kepada yang maha Esa…..
Salah seorang konco Mr William sedang memegang parang. Tanpa berlengah dan tanpa rasa simpati, parang terus dihayun tepat ke leher Dahlia. Terus terpisah kepala dan badan Dahlia. Mengelepar tubuh badan dan kaki Dahlia saat dipenggal. Darah terpercik disana sini. Darah merah mula mengalir laju keluar dari leher yang dipenggal membasah tanah dibawah pokok ara.
Setelah berpuas hati Mr William dan konco-konconya berlalu pergi meninggalkan tempat itu. Yang tinggal hanya sekujur tubuh Dahlia bersama kepala disisi tubuh yang kaku. Betul-betul berada dibawah POKOK ARA, sebuah saksi bisu.
Seminggu kemudian, barulah jasad Dahlia ditemui, kebetulan ada seorang perempuan india hendak memotong getah diawal pagi. Lalu sahaja dikawasan ditempat kejadian, perempuan india itu terhidu bau yang tidak enak. Bauan yang sungguh busuk. Alangkah terkejutnya dia melihat sekujur tubuh berkebaya merah dan berkain batik lepas tanpa kepala……..
-TAMAT-
Bukan penulis pilihan,
#nana
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Cikde rasa sedih, penh baca cerita mcm ni kat fs, cerita best
CERITA CIKGU DAHLIA NI MEMANG SUPER AWESOME! Jalan cerita menarik. Bagus bagus! Next story please, by the same writer.
bila dekat pokok ara tu, baru aku tau yang haifa tu perempuan. Pilih nama lain lain kali please
aku baca dri awal memang da tau haifa tu prmpuan.
Lol..haifa tu memang nama perempuan.
haifa mmg nama ppuan… kah
cerita yg super awesome..
macam nie baru best terbaik…!!
Cerita mcm ni baru layan.. nak lagi plss!!
Cite ni best. Pipah bagi 4 haaa!
sampai part lirik lgu aiman tino tu aku bace mcm jampi kau tauk???… hahaha btw best story ni ..
tros kan lg usaha 10stars from me?
Same here..XD
terbaikkkk
Best
terbaiklah cerita ni..
teruskan berkarya #nana. berani tul haifa main game spirit tu.
Best citer nie