Kisah ini terjadi sewaktu aku bekerja sebagai pengawal keselamatan,rasanya tak perlu aku beritahu,kerana dari cerita mungkin reader semua dah boleh tahu.dan mengapa aku mengunakan tajuk RASIAN…? Bacalah hingga akhir..
“Apoi hari ini start ronda kan?”-tanya Fahin memecahkan kesunyian dan kesibukan apoi.
“Ha’ah.Nanti aku tunjuk checkpoint yang perlu kita clocking,”-jawab Apoi ringkas sambil mengibas tangannya membuang habuk-habuk kayu dan tanah halus yang bermanja dikulitnya.
“Jauh-jauh tak checkpoint tu?”-tanya Fahin lagi bersemangat untuk memulakan rondaan.
“Tak jauh,tapi kita kena lalu kawasan-kawasan yang agak keras la,”-jawab Apoi sambil menghampiri Fahin yang sedang duduk tenang di sofa buruk penuh lubang dan ada sebahagian dari sofa itu sudah memperlihatkan rangka kayunya.
Sebelum ini Apoi tidak melakukan rondaan atas sebab tidak cukup anggota bertugas,rakan setugasnya sebelum ini telah ditukarkan kepada waktu pagi kerana tidak sanggup lagi melakukan rondaan malam.Apa yang dilaluinya sehingga tidak sanggup lagi meronda itu,Fahin sendiri tidak tahu.
Sementara menunggu jam 20:00 iaitu waktu mula ronda,mereka berbual kosong.Gelak tawa mereka memecah keheningan maghrib itu.Meskipun maghrib baru menjelma, namun kegelapan di tengah hutan itu umpama jam 22:00 malam.Kadangkala tawa dan suara sembang mereka disambut bunyian cengkerik dan burung hantu.Makhluk-makhluk itu seakan seperti memahami apa mereka sedang sembangkan.
“Eh,dah lambat ni,”-kata Fahin separuh menjerit terkejut kerana apabila melihat jam sudah menunjukkan 20:10.
“Ish, dah jom gerak”-Apoi membalas sambil mengeluh kerana terlewat.
Kelekaan bersembang dan gelak tawa tadi terhenti secara tiba-tiba,umpama…
“LENA YANG DIBANGKITKAN DENGAN HENTAKAN MIMPI NGERI MENCABUT NYAWA”.
Kini hanya kedengaran bunyi engin motor Ex5 hitam Fahin sahaja membelah keheningan malam itu,bunyian cengkerik dan burung yang kedengaran rancak tadi hilang secara tiba-tiba mungkin kerana bunyi enjin yang kuat umpama mengancam mereka.
Perlahan-lahan throttle dipulas,kini hanya mereka melalui jalan yang suram dan gelap itu.Tiada apa yang jelas kelihatan dipandangan mereka,hanya lalang dan semak samun yang tumbuh dengan pesat di kiri dan kanan laluan kenderaan.Sedang Fahin memerhatikan keliling yang gelap,tiba-tiba nafasnya disegarkan oleh haruman yang sangat dia ketahui.
‘Eh, ni bau kapur barus,”-hati Fahin berbisik sendirian.Fahin lagak seperti tiada apa-apa yang dihidu atau dirasai,semakin lama semakin kuat bau itu hingga menusuk kedalam halkumnya,fahin melihat cermin sisi motornya untuk melihat kebelakang.Apabila dilihat Jelas kelihatan satu lembaga berbulu bertengek dibahu belakang sahabatnya,dengan pantas tangannya memusingkan cermin sisi kehadapan dan tiba-tiba jelas kedengaran suara Apoi menyebut kalimah ALLAH ‘ALLAH HU AKHBAR’ berulang kali.
Rupanya bukan Fahin sahaja yang melihat dan menghidu,dalam diam Apoi juga sudah menyedarinya dari awal.Patutlah Apoi hanya berdiam diri sahaja.Motor mereka laju meredah hutan dan semak samun tanpa menghiraukan keadaan tanah berlubang yang boleh menyebabkan mereka ditimpa malapetaka.Apa yang mereka fikirkan waktu itu hanyalah mahu selamat sampai di checkpoint pertama kerana di situ ada perumahan kongsi pekerja warga asing.jika disitu sedikit sebanyak mereka merasakan mempunyai teman dan tempat untuk mengembalikan semangat yang telah hilang kerana diserang hendap oleh makhluk yang tidak diketahui sebentar tadi.
Selepas satu jam Fahin dan Apoi menenangkan diri.Mereka cuba kembali menyambung tugas mereka.Namun perlu mengambil masa agak lama setelah semangat mereka hilang disedut oleh makhluk yang tidak diketahui asal-usulnya sebentar tadi.Daripada tafsir alam ia tidak ubah seperti makhluk iblis yang hidup diperbalikkan alam.
“Jom la gerak,”-tegur fahin kepada Apoi,memulakan perbicaraan selepas sekian lama mereka berdiam diri.
“Jom,”-jawab apoi,sepertinya dia kelihatan masih mempunyai saki-baki semangat.
Perlahan-lahan mereka bangkit dari istirehat,lalu mencapai motor yang diletakkan berhampiran mereka dan mereka harus melalui beberapa tempat yang agak suram dan dipenuhi cerita mistik alam.Namun mereka bukanlah manusia yang mudah percaya kehidupan alam sebelah malah mereka tidak pernah memikirkannya.Tetapi hari ini serba sedikit telah membuka hati mereka atas kejadian yang menimpa mereka.
“Apoi kau agak tadi tu binatang apa ye?”-fahin memula kan bicara, sambil memandu mototr EX5nya.
“Entah la aku rasa tu makhluk halus,”-jawab apoi ringkas mengelak dari menyebut benda yang tidak patut,sambil menyuluh kiri dan kanan mereka mengunakan lampu suluh.
Kerja mereka nampak ringkas dan mudah namun di sebaliknya ramai yang tidak tahu risiko dan yang harus mereka tempuhi untuk memastikan kawasan yang mereka jaga terhindar daripada sebarang kegiatan jenayah,
“Apoi depan ni tempat yang dia orang kata mistik tu kan? Macam mana ni? ”-Fahim mulakan perbualan semula apabila sekian lama mereka berdiam melayan perasaan sendiri,
“Ha’ah depan ni lah,kita redah je la.Nak buat macam mana,?”-Apoi memberi cadangan yang tiada pilihan.
Setelah memasuki kawasan yang dikatakan mistik itu,kelihatan Fahin dan Apoi mula nampak gelisah,bulu roma mereka mula merinding.Adakah ini kerana semangat mereka yang sudah hilang atau mereka masih dihantui kejadian beberapa jam lepas.
Akhirnya mereka sampai di checkpoint kesembilan,Fahin memperlahankan motornya manakala Apoi yang berada di belakang dengan pantas turun dari motor dan melakukan clocking.Baru sahaja apoi berjalan beberapa langkah Tiba-tiba kedengaran tangisan halus.Di raut wajah Fahin jelas kelihatan takut,kini jarak mereka berdua dalam lingkungan 150 meter.Apoi juga mendengar tangisan halus itu,namun dia harus melakukan clocking dahulu barulah dia boleh beredar.
Dari jauh kelihatan satu lembaga berwarna putih,tetapi terlalu samar dengan kegelapan malam ditambah kabus yang tebal malam itu,menyukarkan Fahin untuk melihat dengan jelas apakah itu hanya sebatang pokok.Walaupun dia tahu di situ tiada pokok,atau hanya sekadar ilusi kerana dihantui peristiwa beberapa jam tadi.
Sedang Fahin cuba mengamati lembaga itu,tiba-tiba angin kuat menerpa kawasannya dan menyebabkan debu tanah dan pasir menghinggap ke matanya,dengan pantas Fahin memejam matanya.Kemudian,terdengar suara Apoi di belakang menyuruhnya jalan meninggalkan tempat itu.
Dalam keadaan masih diatas motor,dengan perlahan Fahin membuka sambil mengosok matanya yang pedih dimamah habuk.Lembaga di hadapannya sudah tiada dan mereka meneruskan perjalanan meninggalkan kawasan yang dikatakan mistik itu dengan seribu satu persoalan.
Siapakah gerangannya makhluk putih itu?
Angin apakah yang menerjah waktu itu?
Tangisan siapakah waktu itu?
Mengapa begitu berkabus disitu?
Semua persoalan itu bermain di minda Fahin sehingga mereka sampai di pondok kawalan.Kelihatan sepertinya apoi begitu letih dan mengantuk,Mereka hanya ada masa 40minit untuk melelapkan mata sebentar.
“apoi kalau ko nk tidur,ko tidurlah dulu aku kejutkan nanti lagi 30 mnit”-tegur fahin kepada apoi yang Nampak seperti terlalu mengantuk.
“ok,nanti kejut aku…ok”-balas apoi sambil merebahkan tubuhnya ke kerusi sofa usang yang tersedia untuk mendodoikannya.
Melihat apoi merebahkan tubuhnya,fahin terus mencapai pen yang tersedia di atas meja,lalu dia mecampakkan nukilannya diatas meja yang penuh dengan kosakata.
Sepi…
Malam ini sepi lagi,
Dan akan terus sepi,
Hanya kedengaran nyamuk bersilang,
Tapi aku masih belum pulang,
Inilah kerja si pemburu mimpi,
Berjaga dimalam hari,
Mencari mimpi ngeri,
Lalu menjadikan itu inspirasi,
Berjaya dalam tangisan,
Kuat dalam kesakitan,
Dan mati dalam ketenangan,
Manusia tidak akan mahu perit jerih itu,
hanya aku yang terus tersenyum,
dalam sakit dalam hina,
walau dikata bodoh,
aku yakin bodoh itu adalah kejayaan,
kerana yang bodoh akan usaha,
yang bijak ditunggang seperti kuda.
-Silent@rt
Fahin tersedar dari lelapnya.Baru dia tahu rupanya dia juga tertidur,pantas dia terfikir apoi dan tugas yang harus di laksanakan,dalam masa yang sama dia melihat kearah motornya dan kearah sofa.Kosong..! semua kosong..! fahin jadi bercelaru dilihat sekelilingnya hutan,tiada apa yang menunjukkan dia berada ditempat asal kerjanya.Dengan kudrat mamai dia bangkit berjalan mencari jalan pulang.difikirannya hanya memikirkan jalan keluar.
“aku diheret binatang buas ke..?”
“mengapa aku ada ditengah hutan ni”
“adakah aku sudah mati,inikah alam barzakh?”
Fahin bermonolog sendirian berfikir,sambil kakinya pantas melangkah mencari jalan keluar.namun dia hanya mengikut gerak kaki tanpa ada arah tujuan,sesekejap kelihatan fahin berlari anak,anak muda ini masih gagah mencari jalan keluar.Setelah agak lama kelihatan fahin semakin penat,perut dan tekak nya terasa sangat lapar dan dahaga.Kini harapannya mahu mencari sungai atau sedikit minuman agar dia dpat mengembalikan tenaganya.
Dalam keadaan langkah yang panjang dan besar fahin terlihat sebuah rumah yang tersegam indah dihadapan matanya,kelihatan rumah itu mempunyai tiga tingkat berwarna putih dan ada sedikit tompok-tompok usang kecoklatan,dibelah kanan rumah itu terdapat sebuah pokok yang amat besar dan sangat lebat daunnya namun rendang dan Nampak seperti ia berusia beribu tahun.tapi itu semua tidak mampu menghilangkan lapar dan dahaga fahin,langkah fahin semakin perlahan apabila semakin hampir dengan rumah agam yang tersegam indah itu.
Atas desakan perut dan tekak yang semakin kering,fahin gagahkan untuk masuk kawasan rumah agam itu,pintu nya yang besar dan tinggi lebih kurang 10kaki dan lebar 4 kaki itu jelas kelihatan sangat unik dengan ukiran yang tercoret,malah tombol pintunya berkilau seperti diperbuat dari pada suasa.
Tokkk..Tokkk…..Tokkk…..
“assalamualaikum….”
“Assalamualaikummm”-fahin memberi salam dengan nada sedikit menjerit mengharap agar tuan rumah mendengar,namun tiada balasan jawapan dari dalam.
“arghhhh rumah sebesar begini bagaimana mahu orang dengar”-fahin berkata dengan dirinya,
Perlahan-lahan pintu rumah dibuka fahin,nekad kerana kelaparan dan kehausan yang teramat sangat.Fahin menjengah kedalam,Sunyi sepi tiada sesiapa dan tiada sebarang bunyi didengarinya.Lalu fahin melangkah masuk sambil memberi salam dengan nada menjerit.
“Assalamualaikummmm”-fahin memberi salam separuh menjerit itu pun melalui saki baki kudrat yang masih ada bersisa,kerana kepenatan mengharungi hutan tebal tadi.
Sambil memberi salam mata farhin tergamam melihat didalam rumah agam itu cantik dan bersih,dihujung hadapan nya kelihatan tangga untuk naik ke tingkat dua yang tidak berapa tinggi.Ada lebih kurang 20 anak tangga perlu dilalui untuk sampai ke tingkat dua. Struktur rumah itu memanjang kebelakang,kiri dan kanan didalam rumah itu jelas kelihatan tiga atau empat buah pintu.Ditengah-tengah ruang tamu ada sebuah meja panjang berserta 10 buah kerusi tersusun rapi di meja.
Fahin melangkah masuk lalu duduk dimeja mewah diperbuat dari kayu yang berada di tengah halaman rumah itu.Mungkin dari kayu jati atau kayu-kayu mahal kerana strukturnya serta ukiran yang unik disetiap buju meja menunjukkan,meja itu mempunyai harga yang sangat mahal dan mempunyai hasil seni yang tinggi.
“Waalaikumusalam”-tiba-tiba terdengar sayup jawapan dilemparkan oleh seorang wanita,namun tiada kelihatan sesiapa.,tidak lama kemudian kelihatan pintu kedua di belah kanan terbuka lalu keluarlah sekujur tubuh gadis berpakaian kebaya putih bersulamkan warna kekuningan emas,wajah gadis itu menunjukkan ia berusia dalam lingkungan 20an.
Tanpa diarah fahin terus berdiri dari duduk,dan memohon maaf atas kebiadapannya memasuki kekawasan serta duduk didalam rumah tanpa izin.Lalu fahin menyatakan hasratnya masuk kedalam rumah agam itu.
“maaf kan saya cik,saya mahukan sedikit air dan makanan,saya sangat dahaga dan lapar.saya sesat.”-Fahin memberitahu punca dia berlaku kurang ajar dan menyelitkan sekali mengadu domba mengharap dapat bantuan keluar dari hutan itu.
“Sebentar”-balas Gadis itu tanpa membuka mulut namun didengari oleh fahin dengan jelas.
Kemudian gadis itu berpaling menghadap tangga menuju ketingkat atas,dihujung tangga kelihatan satu pintu tampak istimewa,kemudiaan pintu itu terbuka dan keluar lagi seorang wanita berpakaian baju seperti kebaya tapi lebih kepada baju kurung melayu,berwarna putih dan kepalanya bertutupkan dengan kain selendang berwarna putih lembut dan bercorak bunga halus berwarna keemasan.Tanpa menoleh hanya isyarat tangan diberikan kearah gadis yang berhampiran fahin.
Fahin tidak faham langsung bahasa isyarat tangan yang diberikan,tidak lama kemudian gadis yang menjawab salam itu muncul kembali dengan membawa segelas air dan sepingan nasi,fahin dengan jelas wajah nya nampak gembira dan bersyukur,terus menadah tangan membaca doa makan tetapi apabila fahin hendak menjamu dilihat air didalam gelas itu adalah air susu manakala nasi pula berwarna kuning.Disebabkan kelaparan dan dahaga yang dialami,fahin terus menyuap nasi ke dalam mulutnya.Baru sesuap sahaja dia sudah merasa terlalu kenyang,lalu dicapai air yang kelihatan seperti air susu itu,pun begitu hanya seteguk telah menghilangkan segala dahaga malah dia merasa segar tubuhnya.
Tanpa berlengahkan masa fahin bangun dari meja lalu mengucapkan terima kasih kepada dua gadis yang berada dihadapannya.seorang masih menghadapnya sambil melihat gelagat nya,manakala lagi seorang yang berada di hadapan tangga masih membelakang kan fahin.
Baru hendak fahin berpaling kebelakang,kelihatan gadis yang ditingkat dua memusingkan badannya ingin melihat kearah Fahin.langkah dan tubuh Fahin terhenti kerana ingin melihat gadis yang sedari awal tadi tidak memalingkan wajah mahupn tubuhnya kearah fahin.Masa seakan bergerak perlahan.fahin menanti dengan penuh debar dan dia sudah melihat sedikit bayang sisi wajah gadis itu.namun jantung fahin bergetar kencang,lemas,sesak seakan jantungnya akan terhenti,terasa bahang panas menyusup dikulit-kulit tubuhnya.
“Arghhhh,apakah aku sudah diracun?”-bisik hati fahin
Ya Allah bantu lah hambamu yang lemah ini.
Matanya semakin kabur bercahaya.menjadi penglihatannya semakin terang seakan di suluh lampu sportlight.kelihatan mulut fahin terkumat kamit membaca beberapa potong ayat dari Al-Quran.
“Laqod ja’akum rasullunmin anfusikum a’zizuun alaikum bil’mukminin na’rauufurahim,Faa’in tawalau fakulhas’biallah la’illahailla huaa alaihi tawakal wahuaa rab’bu arshhi’athim”
“Allaahhhhhh”……
Semakin lama nafas fahin semakin berat bagai disekat,matanya sudah gelap tiada apa yang mampu dilihat dan mulutnya bisu terngagga menanti ajal waktu, ketika itu hanya Allah tempat fahin berserah.
“Woii…..!!” kau kenapa ni???-tiba tiba muka fahin ditampar dan mendengar suara apoi.
“hahhh..”hanya itu ungkapan fahin setelah terjaga,tanpa berkata apa-apa fahin sujud syukur,baginya dia bagai hidup kembali.Rupanya apa yang dialami itu tadi hanya mimpi…Tetapi…..adakah waktu ronda tadi juga mimpi..?
“Woii…kau dengar tak aku Tanya..? kau kenapa..?”-apoi masih menanyakan soalan yang sama..
“Rasiannnnnn”-jawab fahin sambil termenung kosong membiarkan apoi tertanya-tanya.
#Rasian – bermaksud Mimpi tau lebih tepatnya mimpi petanda..
*Fahin adalah Aku, dan Apo adalah sahabat aku,sampai sekarang sahabat aku itu masih ingat akan peristiwa yang dilaluinya bersama aku..malah kejadian itu tidak pernah dilupakan…iya… apa yang dilalui Fahin(Aku) itu adalah RASIAN…
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Emmmm…..rasian tu bahasa mana
http://www.lihat.co.id/arti/kata/rasian.html
bila tengok link ni baru tau rasian tu..aku cari gak..dia mengunakan bahasa kamus indonesia,mungkin kerana mengunkan tajuk mimpi sudah biasa atau mimpi yang mempunyai erti…terlalu lama..lalu dia gunakan nama RASIAN…pendek padat..mcm novel2 fixi nya tajuk
http://www.lihat.co.id/arti/kata/rasian.html
bila aku cari maksud rasian..akhirnya dapat,,
ya rasian tu apa blh tau x
Petanda apa?
nasib baik xde pkra buruk tjadi.
kira ape yg dialami tu mimpi lah.
Ya allah..dugaan sebgai guard.. Mmcari rezeki dtmpt seram.