Hai, warga FS. Okay, ni first time aku nak tulis cerita yang aku sendiri yang alami. Kalau admin FS publish cerita ni aku nak ucap terima kasih. Hehe. Memandangkan ini first time, kalau terlihat agak boring , sori ye. Cerita ni disusun sama seperti yang betul2 terjadi.
Okay, cerita ni aku alami baru-baru ini. Aku orang sarawak tinggal dekat bintulu but further Study tak jauh pun dekat miri je. Aku sambung study di sebuah kolej swasta di miri. First sem hingga sem 3 aku tinggal dekat hostel yang disediakan oleh pihak kolej. Sampai sem 4, aku dengan kawan-kawan yang lain decide untuk keluar dari rumah sebab beberapa faktor. Yang paling lazim ialah bayaran rumah yang di sediakan oleh pihak kolej terlalu mahal iaitu rm 230 sebulan and jarak hostel aku dengan kolej lumayan jauh la, manakala rumah sewa yang aku dengan kawan-kawan aku ni murah and dekat je dengan kolej aku. Harganya cuma RM175 seorang termasuk bil air dan elektrik. Kira murah la sebab rumah ni dua tingkat , semua kemudahan disediakan. Kami tinggal 2orang, dua orang sebilik. Dekat bilik atas 6 orang, dekat bilik bawah 2 orang.
Dipendekkan cerita, Masa kami pindah tu tengah final exam untuk sem 4 bagi kami yang senior and sem 2 bagi mereka yang junior. Dalam rumah tu just aku and kawan aku je yang senior yang lain semua junior. Tapi walaupun junior, umur dorang lebih tua dari aku dan kawan aku. Sehari sebelum final exam, junior aku ni, aku bagi nama Si A je la, dorang dengan 3 orang housemate (sama intake) study sampai pagi, dorang study dekat ruang tamu, tengah dorang study sambil borak-borak , dorang terdengar bunyi orang tengah turun dari tangga, masa tu dah memang lewat sangat, ada dalam pukul 3 macam tu, aku ingat lagi masa tu aku dan kawan aku awal tidur. Mereka tunggu orang turun tapi takde juga nampak kelibat. So dorang ignore bunyi tu, (kalau korang nak tau kami pakai selipar dalam rumah so korang tau la macam mana bunyi selipar kalau turun tangga) lepas tu taklama lagi, bunyi orang turun tu makin besar. So si A ni dia dah tak tahan lagi, tambah-tambah lagi masa tu dorang semua senyap. So si A ni dia terus tinggikan suara dan cakap ” Oi, boleh diamkah orang mau belajar ni”. Taklama dari tu bunyi tu langsung hilang and tak lama setelah itu, mereka terus naik ke atas.
Yang ni pula aku sendiri yang alami, masa tu aku tinggal sorang dalam bilik, roommate aku tidur dekat bilik kawan dia. Kawan aku tidur dekat bilik dia sendiri. Masa dh pkl 11 malam nak pukul 12tgh malam. So tengah syok-syok layan hp aku ada dengar bunyi seperti orang jalan dekat luar jendela. Bilik aku dekat tingkat atas, takda beranda, ada jendela and luar jendela tu zink yang dah lama jugala. Tapi aku endahkan, aku tak kisah, lepas tu tiba tiba aku dengar bunyi seperti benda jatuh dengan kuat dekat luar jendela, hati aku dah berdebar-debar lain macam, aku langsung inform housemate yang lain. Mereka langsung ke bilik aku n si B yang paling tua and berani terus masuk bilik aku dengan selambanya dia langsung buka tingkap bilik aku. Si B cakap kemungkinan kucing yang lalu. Tapi aku tahu dorang cakap macam tu untuk redakan ketakutan yang aku rasai. Sebab kalau di pikirkan secara logik, kucing kalau lalu takkan ada bunyi benda jatuh yang kuatkan. So masa tu aku cuba lupakan apa yang terjadi.
Setelah kejadian yang dekat atas, cuti sem pun tiba. Dipendekkan cerita, setelah habis cuti sem kami orang semua balik. Sampai je rumah tak sampai beberapa hari, aku kena kacau dengan perkara yang sama pada masa yang sama and hari yang sama. Bunyi macam orang jalan perlahan-lahan. Tapi aku endahkan and tak lama dari tu bunyi tu pun hilang, takut tu memang ada tapi kena kuatkan hati. Dah kali kedua kena kacau tu beberapa minggu dah tu, aku kena kacau lagi kali ni pada jam 12 tengah malam. Masa tu housemate yang lain pergi rumah Si B sebab si B memang orang miri tapi rumah jauh dari kolej which is why dia nak sewa rumah. Kawan aku pula pergi rumah kawan dia. Tinggal aku sorang dalam bilik and sorang lagi housemate dalam bilik dia dekat bawah. Yang kali ni memang seram giler. Aku tak tahu macam mana nak describe. Time tu punya la ketawa hihi haha layan running man guna speaker. Tiba-tiba terdengar bunyi jalan macam orang mundar mandir dekat luar , bunyi dia macam besar lepas tu kecik. Mula-mula taknak pikir sangat sebab masa tu angin kuat sangat and hujan lebat. Tapi makin tak diendahkan bunyi nya makin lain korang imagine la macam mana bunyi orang jalan dekat atas zink. Hati aku pula rasa makin lain. Nak kata tu pencuri , bilik kawan aku yang bersebelahan dengan bilik aku selalu buka jendela sebab bilik dia pun takde beranda macam aku. So nak kata tu pencuri mesti dah lama masuk. Time tu aku terus chat housemate bilik bawah. And dia kata dia pun terdengar bunyi orang jalan dekat luar jendela aku. Aku langsung keluar dari bilik aku bawa semua barang berharga dan tidur di bilik dia di bawah.
Keesokkan harinya, bila para housemate dah balik, aku langsung cerita, mereka pun terkejut lalu kami merancang untuk mengadakan doa keberkatan. Seorang housemate aku Si C dia mengundang uncle dan isterinya yang seorang pastor ke rumah kami. Pada saat ini la aku baru tau kisah seram yang di alami oleh housemate yang lain. Si B kata masa cuti sem , masa tu kita org yang lain balik ke rumah masing-masing, ada yang balik kuching, ada yang balik sabah memang takde la orang di rumah tu. Si B ni memang asal orang miri so dia pergi rumah tu untuk ambil barang sambil kemas-kemas rumah. Si B ni tidur dekat master room, pukul 3 petang dia duduk dekat beranda, korang bayangkan sedangkan rumah tu takde orang , boleh pula tombol pintu tu berpusing-pusing dengan laju sedangkan pintu semua dikunci, korang tau la macam dekat tv tu. Meremang wehh bulu roma aku masa dia cerita. Dia kata lagi dia terus kol semua kawan dia untuk ambil dia pulang. Mujur ada kawan dia cepat-cepat datang.
Cerita lain pula, yang Si A cakap dorang pernah terdengar bunyi loceng macam gelang kaki dekat beranda dorang sedangkan masa tu takde wehh yang pakai gelang loceng apa semua. Paling seram lagi, kazen si A pernah ternampak kelibat benda hitam duduk dekat meja dorang dekat master room. Tapi sebab dia jenis buat cool je dia dengan selamba turun pergi bawah. Kalau aku memang dah sembah lantai.
Yang ni pula baru-baru terjadi, housemate yang dekat bilik bawah kena kacau sampai mau pindah rumah. Yang ni pun asal miri but rumah jauh dari kolej. Dia masa tu balik rumah tu sebab nak ambik pinggan-pinggan dia. Masa ni kita orang tengah cuti sem juga. Tengah dia atur barang tetiba bunyi macam orang selongkar sampah dekat luar (sampah ni tersimpan di dalam kotak, kotak tu ade dua and disusun bertingkat) boleh pula sampah tu tetiba berselerak. Dia pergi tengok and dia buat biasa, dia pikir kucing. Lepas tu taklama lagi dia dengar lagi bunyi orang selongkar barang dekat luar, bukan tu je, dia dengar bunyi orang jalan dekat atas, and bunyi orang buka jendela. DEKAT BILIK AKU LAGI TU!!. Tanpa buang masa dia terus keluar dari rumah tu , barang dia dibiarkan macam tu je.
Kalau korang tertanya-tanya, kami orang still live at that house because we have no choice nak keluar tapi sayang deposit rumah rm350 wehh takkan nak burn macam tu je kan. So we choose to stay . Lagipun aku and kawan aku tinggal 1 sem je lagi. That’s why we both choose to stay. Tambah lagi satu-satunya orang yang belum kena kacau dekat rumah tu adalah kawan aku tu. Semua housemate kitorang dh kena kacau EXCEPT HER! Tu je la cerita aku, even nampak simple but if you were the one yang kena. Sumpah aku tak bohong seram giler. Sekian.
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Mana ahmad akhlaken?? Lama tunggu ni…….
itulah.. lama aku tunggu, xjumpa jalan pulang ke hape..
hiiiiihhiihiiihiii
itulah.. lama aku tunggu, xjumpa jalan pulang ke hape..
hiiiiihhiihiiihiii
Aku cadangkan sape2 yg nk post story mention dulu awal2 ; Singkong Keju,JuriFS,bunga etc dilarang baca dan komen…
Dorg ni semak dgn carutan dan mcm2..
Stkt ni.. Post kali ni x nampak lgi 3 ekor atau mungkin lebih makhluk durjana tu..
Depa guna nama lain plak..
Lepas bt doa keberkatan apa jadi pada rumah sewa korang tu, ada npak entiti tak.. Nak tau jgak ending mcm mana
gila
cter x brape seram tp korang yg alami tau la keseramannya
? eqk