Berjanji Dengan Jin Part 2

Berjanji Dengan Jin part 2

Assalamualaikum. Hai, masih ingat Ijam? Pertama sekali nak minta maaf sebab cerita yang lepas bapak banyak typo. Dah check, tapi biasalah, mata manusia. Mesti terlepas pandang. Maaf maaf dan maaf ye. Ayat 1000 Dinar dah jadi 1000 nidar. Aduiiii. Keseraman typo pun boleh tahan. Hahahaha. Ok jom sambung cerita.

“Hang rehat jelah kat rumah, Ijam. Pakda nak p masjid ni. Hang pakai bilik yang tengah tu. Tolong tengokkan jugak Fatehah dan mak cik hang. Pakda dah panggilkan anak nakan pakda. Suruh dia mai sini sat. Takut sat lagi jadi apa-apa, payah. Hang pun tak sihat.” Imam buat pesanan panjang sebelum ke masjid tadi.

Aku angguk-angguk jelah. Lepas tu aku angkat barang masuk bilik dan terus pergi mandi dan ambil wuduk. Malam tu kan, disebabkan badan aku dah rasa macam kena belasah dengan 100 orang manusia, aku tertidur lepas magrib. Terasa rugi ya amat sangat bila miss solat jemaah kat masjid. Serius, solat sorang-sorang kat rumah rasa lain gila. Tapi tak apa. Allah tahu keadaan kita. Aku memang dah tak boleh nak berdiri lama-lama. Badan rasa lemah.

Dalam 30 minit aku tertidur, aku terkejut bila pintu bilik aku dibukak seseorang. Aku bangun dari pembaringan. Baru aku sedar yang aku tidur atas sejadah.

Bila aku dongak, aku nampak Mak Cik Da, Isteri Imam terjunguk kat muka pintu.

“Mak cik…” Aku cuba bangun slow-slow. Belakang aku sakit macam ada benda cucuk-cucuk. Tapi aku gagah jugak bangun sebab isteri imam dah terjenguk kat pintu. Mana tau kut-kut Fatehah histeria balik ke, dia nak mintak tolong aku.

“Mak cik…” Aku panggil lagi. Mak cik tu diam je. Lepas tu slow-slow dia tutup balik pintu.

Aku sidai sejadah kat tempat sidai besi yang ada kat sudut kanan bilik. Aku keluar. Menjenguk, cari Mak Cik Da. Meronda aku satu rumah mencari Mak Cik Da, tapi haram tak jumpa. Cepat pulak dia berjalan.

“Assalamualaikum…” Kedengaran suara seorang lelaki dari arah pintu depan.

“Waalaikumusalam…” Aku gerak ke depan. Nampak ada sorang remaja lelaki baya aku tengah bukak kasut. Dia pakai baju uniform KFC.

“Pakda suruh saya mai sini. Saya Anas.” Dia hulur tangan, bersalam dengan aku.

“O…Anak buah pakda erk? Aku Ijam.” dalam sakit-sakit pun senyumlah jugak. Budak tu pun nampak macam okay je kan. Tapi antara aku ngan dia, aku handsome sikit je. Hahaha.

“Saya nak mandi sat.” Budak Anas tu blah. Dan sampai ke sudah aku tak nampak bayang dia. Mungkin dia tertidur kut. Penat kerja.

Aku lepak kat kerusi di ruang rehat kat luar rumah. Menanti Pak da balik dari masjid.

“Ijam…Kenapa tak balik rumah nenek ngan atuk hang?”

Terkejut Tuhan je yang tau. Tiba-tiba Mak Cik da tercegat kat tepi aku. Perghhh…Aku urut-urut dada. Jantung dah laju 140 kilometer sejam. Pelik betul. Tiba-tiba muncul. Dah tu tanya pulak soalan yang tak masuk dek akal. Tapi disebabkan rasa hormat. Aku layankan jelah. Aku menumpang kut kat sini. Sedar diri.

“Kenapa? terkejut?” Mak Cik Da still berdiri tegak. Senyum sinis je. Senyum macam perli. Eh, yang paling pelik kan, kenapa Mak Cik Da ni siap berlipstik bagai? siang tadi aku tengok isteri Imam ni muka dia tak ada pun secalit mekap. Ni bila malam dah kenapa lawa sangat? ooo…tunggu imam balik kut. Aku thing positif jelah.

“Mak Cik, nak ke mana?” Soalan aku pun boleh tahan jugak bangang. Nak pergi mana malam-malam ni. Dah nak insyak kut.

“Nak sembang dengan hang la…” Mak Cik Da duduk menyempit kat sebelah aku. Sejuk gila tangan dia bila terkena tangan aku.

Aku dah mula tak senang. Buatnya imam balik time-time ni, mau kena batang cangkul aku.

Aku bangun. Duduk di kerusi satu lagi. Mak Cik Da senyum. Dia tarik-tarik selendang dia tutup sikit rambut yang terburai keluar.

“Minumlah kopi tu…” Tangan dia tunding ke arah cawan kopi yang entah bila masa boleh ada kat atas meja kat sebelah aku.

Ikutkan hati nak je aku blah masuk bilik
Tapi kang nampak biadap pulak. Aku serba salah. “Saya tak minum kopi, mak cik.” Saja aku bagi alasan. Lepas seminit dua, aku bangun. “Saya nak ke dalam dulu mak cik. Saya nak prepare untuk insyak.”

Mak Cik Da diam je. Angguk tak, cakap pun tak.

“Arrghhhhh…Arrghhhh…Bawak dia balik…Bawak dia balik…” Tiba-tiba masa aku on the way ke bilik tu, aku dengar suara Fatehah menjerit kuat. Terloncat aku. Terkejut.

Aku berlari ke arah bilik Fatehah. Anas pun kelam kabut keluar dari bilik dia dan berlari ke arah bilik Fatehah jugak.

“Awat pulak dah? siapa jerit woi? Ijam? awat awat?” kecoh budak Anas tu. Siap pegang kain pelekat dia yang dah nak terlondeh.

“Assalamualaikum, saya nak masuk ni” Aku kuatkan suara kat luar pintu bilik.

“Waalaikumusalam. Masuk cepat Ijam. Tolong mak cik. Cepat Ijam…” Mak Cik Da tengah pegang Fatehah. Aik? bertudung labuh pulak Mak Cik Da ni? mekap semua ke mana?

“Awat dia ni Mak Cik? takut la…” Anas terus kecut perut. Pucat gila muka dia. “Hang tau dak baca-baca?” Anas pusing ke arah aku.

Aku pun blur masa tu. Keadaan Fatehah ni ganas sangat. Sampai anas dengan Mak Cik Da pun terpelanting bila pegang dia. Menggelupur Fatehah kat atas katil sampai tergolek jatuh ke bawah.

Kesian betul aku tengok dia. Cepat-cepatlah aku berlari ke dapur, cari balang garam. Nasib baik senang je jumpa. Aku ambik segenggam garam, aku baca Alfatihah, Ayaq Kursi, lepas tu aku baca pulak Ayat 69 Surah Thaha. Aku hembus kat garam tu, aku baling ke arah Fatehah.

“Grrrrrrrrr…” Fatehah menahan marah. “Aku sakittttt…” Fatehah menjerit dengan suara garau. Lepas tu dia mencangkung kat lantai. Lompat pulak naik atas katil. Tak makan saman rupanya. Dia cakar-cakar cadar sampai habis berselerak segala bantal. Bunyi dia macam harimau nak terkam mangsa. Air liur semua habis menitik tup tap tup tap.

“Assalamualaikum…” Aku try bagi salam. Mana tau awek bunian ke. Ha Ha Ha.

“Aku kafir. Aku tak jawab salam. Aku cuma nak kau je. Jom ikut aku balik.” Fatehah bangun berdiri. Terjun pula ke lantai.

“Woiii natang pa ni woii. Seram…Aku keluaq dululah…” Anas dah menggigil. Kesian aku tengok dia. Dia keluar dan jenguk-jenguk je kat pintu.

Mak Cik Da menangis di tepi dinding.

“Kau takut? hah? kau orang takut dengan aku?” Fatehah berdekah ketawa. Bergema suara dia dalam bilik tu.

“Aku tak takut kat Jin macam kau. Dah, keluar! jangan kacau Fatehah.” Aku baca Ayat Kursi. 7 kali beb. 7 kali pun dia tak layan. Aku istiqomah. Aku baca lagi. Niat dalam hati, kalau ifrit pun boleh terbakar, Jin dalam badan Fatehah mesti akan terbakar jugak. Aku baca lagi. Aku bersila depan Fatehah. Aku beranikan diri walaupun aku rasa sedikit goyang. Aku tetap baca ayat kursi 21 kali. Berpeluh ketiak jugaklah.

Last-last Fatehah tumbang. Sempat aku sambut dia, angkat dia baring kat katil. Aku azan ke empat-empat pejuru bilik. Aku nampak atuk aku berdiri di satu sudut bilik. Muka dia hitam. Mata dia merah. Lidah dia terjelir panjang. Aku teeuskan Azan sampai aku nampak kelibat atuk jadi macam asap hitam berkepul keluar ikut tingkap yang terbuka sikit. Aku teruskan Azan. Moga-moga benda tu tak boleh tembus masuk dalam bilik Fatehah.

Lepas Azan yang terakhir. Mata aku berbinau. Bila Fatehah berpusing-pusing. Lepas tu Aku dah tak ingat apa dah. Badan aku masa tu rasa macam dah tak ada nyawa. Hilang.

Bila aku bangun, aku nampak imam dengan Anas duk bersembang kat sebelah aku. Terkebil-kebil aku. Macam orang bodoh. Serius aku rasa blur sangat-sangat.

“Ijam…Ijam…” Imam tepuk-tepuk pipi aku. Dia bacakan something dan tiup kat ubun-ubun aku.

“Pakda…” Baru aku ada sikit kekuatan untuk bersuara. Aku bangun dari pembaringan. Masa tu Anas bantu aku bangun.

“Hang hebat bro…buleh lawan ngan jin tanah tu…” Entah apa Anas merepek..Pandai-pandai dia bantai kata jin yang rasuk Fatehah tu Jin tanah.

Aku tergelak walaupun masa tu tak berapa nak sihat sangat. Imam pun bantai gelak.

“Saya kena balik ni, pakda. Macam mana pun lepas Subuh kang saya kena jugak balik.” Tiba-tiba aku rindu gila kat mami ngan dedi. Rasa sayu pun ada sebab aku hadap semua benda ni sorang-sorang. Haram dorang kat sana tak tau apa. Buatnya kalau aku mati ke apa kat sini, mau gila mami ngan dedi aku.

“Minum ayaq ruqyah tu dulu, Ijam. Lepas tu p solat Insyak. Hang rehat, dan kalau rasa okay, hang baliklah…” imam macam berat nak bagi aku balik. Tapi dia paham keadaan aku.

“Takpa pakda, dia lawan jin terer ooo…Syok tengok.” Anas gelak berdekah. Haram jadah punya Anas. Tadi bukan main lagi kau kecut telur.

Lepas solat Insyak. Aku solat hajat. Minta Allah sihatkan aku. Minta Allah sembuhkan Fatehah.

Aku tengok jam, dah pukul 1 pagi. Huiii kejap lagi nak drive balik KL pulak. Mau 4, 5 jam jugak. Lepas settle semua, aku baring kat katil. Tidur. Tak mau pikir apa dah. Nak rehat je.

Dalam pukui 4 pagi macam tu, aku tersedar bila pintu bilik aku dikuak slow-slow dari luar.

“Ijam…Bangun minum kopi…” Suara Mak Cik Da sayup-sayup je.

Aku bangun. Gosok mata. Capai fon, tengok jam. Bapak ah…pukui 4 pagi, jadahnya bangun minum kopi. Bulu roma aku tiba-tiba menegak. Aku pusing ke arah pintu bilik. Nampak Mak Cik Da bergerak slow je tinggalkan bilik.

“Benda apa yang nak main-main sangat ni?” Geram aku. Kacau aku tidur satu hal, yang ajak aku pergi minum kopi pagi-pagi buta ni satu hal.

Aku bangun. Ikut je kelibat Mak Cik Da tu. Walaupun aku dah tau benda tu bukan isteri imam.

Bila aku melilau kat ruang tamu, aku nampak Mak Cik Da tercegat berdiri kat tepi rak kitab imam. Berdiri tegak sambil pegang cawan kopi.

Aku menapak dekat dengan benda tu, seriau beb. Bila kau dah tau benda tu bukan manusia. Fuh…Habis kebas badan aku. Meremang. Tapi aku gagah jugak. Mana boleh manusia tunduk dengan benda tu?

Aku nak jugak tau. Kenapa benda tu ganggu aku? ganggu Fatehah?

“Kenapa mak cik asyik ajak saya minum kopi je ni?” aku berdiri dalam satu meter jauh dari Mak Cik Da.

Mak Cik Da diam. Aku jenguk muka dia. Ye, memang muka Mak Cik Da. Tapi versi mekap. Merah menyala bibir dia. Mata dia bercelak sakan.

“Janganlah kacau keluarga imam ni lagi. Kalau kau nak kacau aku. Tu urusan aku dengan kau je. Kau jangan kacau Fatehah. Cukuplah.” Menggigil jugak aku masa tu. Tapi kena jugak beranikan diri. Sebab aku rasa Fatehah sakit sebab aku. Akulah punca semuanya.

Mak Cik Da tetap diam. Cuma sesekali dia merengus macam kerbau naik minyak.

“Aku nak balik. Nak balik sekarang jugak. Kau baliklah ke tempat asal kau.” Aku baca ayat-ayat yang aku tau. Aku hembus.

Prang…

Kat dapur aku dengar macam ada pingan pecah. Aku pusing. Dan bila aku pusing balik kat tempat Mak Cik Da berdiri, aku tengok cawan kopi dah berderai kat lantai. Kopi yang tumpah tu busuk gila. Busuk macam air longkang. Dan Mak Cik Da dah tak ada.

“Allahuakhbar…!!!” Aku takbir kuat-kuat sambil berlari ke bilik aku. Aku kemas barang. Lepas tu pergi sumbat barang dalam kereta. Aku masuk balik nak kejut Imam, tapi Imam dah menonong keluar sambil gosok mata.

“Ijam…Ijam…awat ni?” Kelam kabut orang tua tu.

“Saya nak balik, Pakda. Saya kena balik sekarang. Pakda jangan risau. Saya dah sihat ni. Saya kena tinggalkan kampung ni Pakda. Pakda jaga diri ye…Jaga mak cik, jaga Fatehah…” Nak jugak aku sebut nama Fatehah. Ha Ha Ha.

Imam hanya terdiam dan mengangguk. Dia genggam tangan aku.

“Balik elok-elok. Sat lagi kalau dah sampai call Pakda. Hang bawak kereta elok-elok. Kalau ada apa-apa, hang baca ayat-ayat ruqyah hat hang ingat. InsyaAllah Allah akan selalu ada dengan orang yang baik macam hang.” Imam tepuk-tepuk bahu aku.

Aku salam Pakda. Aku peluk dia erat-erat. Sedih pulak nak tinggalkan orang tua tu. Dah beberapa hari ni, kami rapat macam anak beranak. Rasa kasih sayang dia dah macam ayah sendiri. Mungkin ada jodoh aku dengan Fatehah.

“Assalamualaikum, Pakda…” Aku bergegas. Masuk dalam kereta dan terus jalan. Tak ada dah nak panas-panas enjin. Lantaklah.

Masa kereta aku baru gerak, memang standartlah kereta rasa berat nak mampus. Aku rasa kereta aku macam bawak 10 orang manusia sado. Berat weeiii. Kereta pulak auto. Mengaum enjin.

Makin jauh dari kampung, kereta aku ringan sikit. Masuk tol Alor Setar, aku dah rasa lega gila. Badan yang sakit-sakit pun rasa okay sikit. Ringan.

Tapi…
Bersambung…

Eh, tak tak…ada lagi ni. Mau korang marah berjemaah kalau aku stop kat sini kan? Ha Ha Ha. Meroyan korang kat komen. Aku baca semua tu. Ha Ha Ha.

Ok, lepas je aku selamat sampai kat rumah Anib, Anib berkutbah kat aku dalam sejam dua sebab aku lama sangat balik dia kata. Lama benda? baru dua hari. Lepas tu, aku clearlah kereta Anib, bersih apa yang patut. Yang aku peliknya, time aku keluarkan pelapik kaki kat tempat sebelah pemandu, pasir banyak gila. Aku dah ketuk-ketuk pelapik kaki tu pun, still ada pasir. Pasir halus macam kat depan rumah imam. Aku diamkan jelah. Kang kalau aku jujur dengan Anib ni, dia terkencing pulak dalam seluar.

Aku ambik barang dan buat bodoh jelah.
“Nib, gua gerak lu…” Aku angkat tangan kat dia.

“Pergilah balik. Mami kau separuh gila cari kau dowh…” Anib mencekak pinggang sambil isap rokok.

“Ye…gua balik ni…” Aku galas bag dan start motor scrambler aku. Pecut balik rumah. Tapi dalam dada aku ni, tetap rasa tak sedap. Pertama pikirkan Fatehah. Macam mana agaknya keadaan dia? kedua pikir pasal diri aku ni, betul ke aku hanya diganggu kat kampung je?

Masa on the way balik tu, aku bawak motor slow-slow je. Sampai kat satu jalan tu, aku nampak sorang lelaki.

Siapa lelaki tu?
Okey nanti aku sambung.
Ada hal ni, nanti aku taip lagi. Anib ajak aku pergi rumah awek dia pulak..
nak beraya.

Okay nanti aku sambung k.

#IjamKachak

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit

Ijam
FOLLOW FB KAMI.

78 comments

  1. rasa nak maki je…punya excited baca ingatkan boleh tahu pengakhiran cerita….sambung part 3 dan terus habiskan…xnk la sambung2 dah

  2. Kau ni ijam…nk kata sengal pun ye jgk.sempat g nk beraya..xper2..g tarik napas dulu.kau up yg latest mohon tag akak dgn segera.follower2 akak pun xsabo nl taw kesah kau ni.niway, bestt!!

  3. Hahahaha kacak lah sangat kan Ijam~ well, masih juga ada typo for the 2nd time in a row. But its okay, people do mistakes. Lol! Kenapa watak awak kat part 2 ni agak… hmm.. apa ya~ Awak fikirlah sendiri ya! Okay next~ sambunglahhhh jangan biarkan orang tertunggu2 ๐Ÿ˜€

  4. Ko tahu tak, aku siap google nama atok ko tu area kuala nerang. Mana tahu ada story apa2 ke. Alih2 yg keluar bab mat komando la plak. Aisey.

    Kachak pun kachak la. Yg penting story ko tu mohon sambung bagi habis. Panjang berjela pun aku sanggup. Ni aku type panjang2 ni sebab ko bgitau ko baca komen. Ha..baca komen aku ni.

  5. hmm..Lg skali..Part smpai wape wei?..
    Kalo bnyk jenuh ak nk tunggu satuยฒ..Kachak oh kachak jgn kacip suda..Jgn la bg ak gantung tk bertali..

      1. pelekoh tu mcm oqang ramai2 pelekoh soqang bdk tu sbb dia bg oqamg maqah…lau kt blah sg ptani caqa depa pelekoh oqang depa tgkp bdk tu buang baju seluaq hahaha tp bkn la mcm nk rogol oqang cuma mlwk2 camtu ja lpaih tu depa lpaih blik laa…slalu terjadi kpd oqang yg smbg kmaih dan ckp kuqangjaq dgn oqang2 lebih dewasa pd dia

  6. ya ampun ~ nye sambung lagi rupenye ~ walao wei cepat laa sambung. haha

    makda, makda mesti kecewa kan dua tiga kali ajak minum kopi tapi ijam takmo pun. hahaha

  7. Erm..rasa nak marah..
    Nasib baik ko ngaku kachak..terubat sikit kemarahan aku ni..?

    Aku beriye kua g toilet konon2 nk feeling lebih baca cite ko ni..bersambung plk..cepat sikit abeh kn yo..den nk bg rate cito ko ni..huhu?

  8. Hadoiiii ko Ijam…. baik ko sambung cepatttttt!! Klu tak ak panggil makda buat kopi tuk kau..!! Hahahaha ?

    Serious ni..smbung cepat ckit part #3 tuuu..????.

  9. Hei ijam, lanjut cerita lah hari ini, ngga sabar aku nunggu, senang sekali aku baca cerita ini.

    Salam kenal dari orang Indonesia ya,

  10. elehh makda ni, sedap sangat kopi dia tu yg dok ajak ijam minum kopi tu. ca bg ayaq lai, jus oren kaa. kot la si ijam tu layan. nescafe kaa, kn ijam budak key el.

  11. Smpai skg aku dok igt apa membe aku cita.die kata la aku xkata.dia kata org kola nerang ni sebot air 7 up betol2 baku nohh.hahaha..

  12. aku pon marah kat anib skrg ni hahaha
    g la ajak member lain…ijam kachak gak dia nak kacau
    bagi la ijam settle cerita dia ni dulu kot ye pon

  13. HAHAHAHA. wehhh berdekak aku gelak baca cite nie. serem tu mmg laa. tp ayat yg #Ijam nie guna kelakor. hahhaa seronok baca. xde laa kecut perut baca sensorang. huhuhu

  14. sepat lagi hang buat lawak ye

    Aku salam Pakda. Aku peluk dia erat-erat. Sedih pulak nak tinggalkan orang tua tu. Dah beberapa hari ni, kami rapat macam anak beranak. Rasa kasih sayang dia dah macam ayah sendiri. Mungkin ada jodoh aku dengan Fatehah.
    best cerita, n seram!

  15. Nak tanya satu la. Betul ke semua ayat2 ruqyah yang ko kongsi tu ijam?? Kalau betul boleh la guna bila2 terdesak jadi pengamal perubatan Islam x terlatih nanti

  16. Surah segala surah kau hafal, x kan niat semayang isya salah kotttt.. isya’… Bukan insya… Salah niat x sah solat kau dik.. huhu tu ja.. k bye

  17. Nk smbungan die…jgn la lain part2 ingat novel English ke ๐Ÿ˜น๐Ÿ˜น๐Ÿ˜น…da la tk sabo nk perabis kn cite ni…nasib boek cite best ๐Ÿ‘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.