Bismillahirrahmanirrahim Assalamua’laikum
Karya jalanan
Wad angker
Aku bernama Raudah masih belum mendirikan rumah tangga. Aku sekarang melanjutkan pelajaran di Selatan tanah air. Pengalaman yang akan aku kongsikan ini seputar kisah aku sepanjang melalui zaman belajar di kolej.
Aku melanjutkan pelajaran dalam fakulti perubatan jadi kebanyakan kenalan ku adalah sraff perubatan yang berkerja di hospital universiti. Kejadian ini berlaku kerana kenalan aku sengaja nak menguji deria keenam aku dengan membawa aku ke wad kecemasan neurologi yang angker.
Menurut sumber staff perubatan di wad tersebut ada beberapa katil yang jika ada pesakit mendiami nya kebanyakan mereka akan mengalami banyak komplikasi dan ada yang menyebut katil pasti mati. Bagi aku ajal maut di tangan Allah bukan dek kerana tempat ataupun apa jua alasan.
Azlin menelefon ku mengajak aku naik ke wad tingkat dua bangunan hospital universiti. Aku berat hati nak kesana yelah aku sudah sedia maklum akan kewujudan makhluk halus di sana. Aku gagahkan diri juga ke sana.Butang loceng pintu utama wad kutekan.Dada ku tiba tiba sesak. Apabila pintu utama dibuka, mata ku terus terpandang wajah beberapa makhluk yang menakutkan berada di beberapa katil di dalam wad kecemasan neuro.
Aku terus melangkah masuk ke dalam bilik berjalan menuju ke arah bilik kenalan ku. Azlin selalunya berada di belakang wad kecemasan neuro ini. Tugasan dia adalah menganalisis sampel darah pesakit untuk digunakan oleh para doktor.
Mata makhluk makhluk yang berada di setiap katil pesakit memandang tajam ke arah aku. Kepala ku sudah mula tidak selesa. Aku mula terasa mual dan pening.
Ada makhluk yang tinggi hitam berjubah labuh. Tinggi nya dia dari syiling sampai mencecah lantai. Kedudukan dia seperti mengangkang di satu katil wad tersebut. Ada juga makhluk yang berpakaian seperti pesakit tetapi telah lusuh. Koyak rabak dan busuk baunya. Matanya terperosok ke dalam. Kulitnya hitam berlendir. Dia ku lihat hanya berdiri kaku matanya bulat putih memandang ke arah aku.
Satu susuk tubuh perempuan memakai pakaian yang berwarna putih lusuh, labuh mencecah lantai, baunya hanyir darah, sedang sibuk menjilat jilat satu luka pesakit. Pesakit itu ku lihat tidak sedarkan diri. Wanita itu berlidah panjang hitam, taring nya berwarna merah hitam, mulutnya ada bekas darah dan kuku nya panjang hitam. Dia tak peduli kan aku cuma fokus pada pekerjaan nya.
Aku duduk di kerusi berdekatan kenalan ku. Memegang kepala dan tunduk. Aku tak sanggup nak memandang ke arah kenalan ku. Di sisinya rakus satu makhluk hitam berbulu lebat bermata merah menyala sedang memerhatikan aku. Makhluk itu berdiri di sebelah mesin memproses sampel darah pesakit. Aku diam seribu bahasa. Hanya kenalan ku bercakap tanpa henti. “Celaka punya kawan kenakan aku.” Hatiku berkata sambil terus tunduk ke lantai wad.
Selesai tugasan Azlin dia terus mengajak aku ke kantin untuk makan tengahari. Memang rutin harian kami akan makan bersama dan bersembang. Jika aku makan dahulu ada juga orang merajuk nanti tak larat aku nak memujuk lelaki dah dewasa ni.
” Kau nampak tak tadi benda benda at wad, ada tak kau nampak yang duduk at katil katil pesakit tu? Dengar kata staffnurse bertugas terutama malam mesti akan jadi Jona kalau itu katil yang mereka kena jaga.” Azlin memulakan bicara sambil dia menguyah kuih sebagai pencuci mulut. Sebelum mula makan juadah utama nasi putih berlaukkan ayam gulai lemak cili api dan juga rebung gulai perut.
” Ada je aku nampak, kau bengong kan saja ajak aku naik wad selalu kau yang turun dekat aku.” Aku menjawab persoalan kenalan ku sambil mata aku melilau melihat keadaan sekeliling. “Argh! Sudah, si hantu baju pesakit dan berjubah hitam mengikuti aku sehingga ke kantin,” getus hatiku makhluk itu berada dua ratus meter sahaja daripada tempat aku duduk makan.
Aku malas nak bertembung makhluk halus sebab ini lah seandainya mereka pula yang akan mengikuti aku. Ada keadaan sekadar melihat sahaja atau mereka langsung tidak pedulikan aku. Tapi aku paling malas nak berdepan dengan yang suka ikut ni.
Selesai makan aku perlu masuk semula ke makmal untuk menyelesaikan tugasan aku. Aku cukup tidak selesa sekarang kerana dua makhluk halus tidak lagi mahu pergi dariku. Kemana sahaja aku pergi mereka tetap ada.
Aku membuka pintu makmal dan menyelesaikan tugasan kerja aku sebagai pelajar. Setelah siap kajian ku pada hari ni aku menyimpan dan menyusun semula barang barang keperluan dengan kemas. Tiba tiba sangkar bekas tikus makmal ku jatuh satu per satu ke lantai. Tiada angin ribut bekas bekas menyimpan tikus ku berterabur ke lantai. Bersepah sepah lantai dengan habuk tikus dan tikus. Segera aku menangkap tikus dan meletakkan semula ke tempat asal.
Aku melihat si baju pesakit dan berjubah hitam tegak berdiri di sisi rak tikus makmal ku. Mereka nak mengusik aku pula. Aku buka pintu dan menyuruh mereka berdua pergi dariku kerana aku tidak berminat untuk menjadi penjaga atau kawan mereka.
Naik bulu roma ku saat mereka berdua berlalu pergi. Aku segera mengambil barang barang ku dan keluar pergi dari tempat itu.
Tubuhku menjadi letih dan kepala ku sakit. Malam kejadian aku meracau racau. Menurut ibuku aku seperti marah dan menghalau sesuatu.
Keesokan harinya aku demam panas. Aku tidak boleh bangun seluruh tubuh ku menjadi sakit sakit. Ibuku dah pelik dia bercadang untuk membawa aku berjumpa ustaz kerana dia tahu ini keadaan biasa aku jika ada makhluk dah mengacau aku.
Menurut ibu ku ketika aku diruqyah oleh ustaz aku tidak sedarkan diri. Suara ku bertukar garau dan marah marah. Suara itu berkata dia hantu dan ingin bersama aku. Ibu ku pada saat itu menangis dan memohon maaf sekiranya ada aku tersalah tempat pergi atau mengganggu mereka.
Lebih kurang sejam rawatan aku pun tersedar. Bila aku sedar aku lemah dan keletihan. Aku tak tahu apa pun terjadi sepanjang proses tersebut. Aku hanya tahu setelah ibu ku sendiri menceritakan keadaan aku ketika rawatan. Ustaz juga menasihatkan aku supaya tidak lagi pergi ke tempat yang memang telah ada makhluk halus kerana tubuh ku ini mudah menarik perhatian mereka. Aku juga telah dinasihatkan supaya sentiasa berwuduk dan membaca ayat pendinding diri.
Begitulah kisah ringkas diriku. Tidak lah terlalu seram cuma boleh dijadikan sebagai peringatan sekiranya anda boleh melihat atau merasa kan kehadiran mereka usahlah pula sengaja mencabar mereka dan mengganggu mereka. Jika ternampak kelibat atau memang nampak jelas buat tidak tahu sahaja. Baca ayat suci Al-Quran untuk perlindungan diri.
Sekian.
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Yg dh selalu nampak mcm penulis ni pn x mampu fizikal mental bile bertentang mata, inikan plak yg xleh nampak beria berhajat berdoa supaya boleh nampak benda2 camtu…
True Kak Yulie. Kalau takdak kekuatan rohani, jangan cuba nak minta dibukakan hijab. Memang saja cari pasal.
tu pun ada juga nak hijab terbuka…berani ka
Seram… Siapa kata tak seram… dah nampak… siap ikut…
semoga dilindungi lps kejadian ni
seram sangat bg aku..sebab masa aku tengah kusyuk membaca semalam,Aku terhidu bau wangi !! Seram weh..dengan pantas aku ttup data perlahan2 aku letak fon,ttup lampu,aku terbang atas tilam peluk suami ku…keras ku kat situ..Pastu dalam 10 minit suami aku bangun..dalam pukul 12 cmtu..di turun ke bilik air,aku dengar dia bkk bekas roti,nak makan agaknye,tiba2 lari naik atas cepat2,ttup lampu tido..Pastu bru bangun pg td dia cakap,semalam ada sembur apa2 tak,aku cakap sebab tu lah aku terbang semalam..😂
seram sangat bg aku..sebab masa aku tengah kusyuk membaca semalam,Aku terhidu bau wangi !! Seram weh..dengan pantas aku ttup data perlahan2 aku letak fon,ttup lampu,aku terbang atas tilam peluk suami ku…keras ku kat situ..Pastu dalam 10 minit suami aku bangun..dalam pukul 12 cmtu..dia turun ke bilik air,aku dengar dia bkk bekas roti,nak makan agaknye,tiba2 lari naik atas cepat2,ttup lampu tido..Pastu bru bangun pg td dia cakap,semalam ada sembur apa2 tak,aku cakap sebab tu lah aku terbang semalam..😂
Tak seram? Aduh….seram lah tu….
Saya pun jenis yang sekaku terserempak dengan makhluk jenis ini tapi alhamdulillah, tidak pernah (dan minta Allah lindung) makhluk hantu dalam erti kata yang sebenar.
Saya rasa anda sangat kuat kerana masih mampu untuk berkomunikasi dengan mereka.
Terima kasih kongsi.
Seramnya saya baca….walaupun baca time ptang2 mcm ni…😮😮😮..
Sis ni indon ke ? Banyak yang aku tak faham bahasa die ni adoi . next 👎