Pengalaman Buat Aktiviti “Paranormal”

Assalamualaikum dan terima kasih pada admin jika sudi membaca dan siarkan pengalaman saya.
Kat sini saya nak ceritakan serba sedikit pengalaman saya ketika buat aktiviti “paranormal” bersama kawan-kawan waktu blajar di gombak.

Asalnya kitorg buat aktiviti ni pun sbb bosan and taktahu nak buat apa. And then jadi macam habit setiap minggu. Tapi sekarang tak buat dah memandangkan memasing dah habis belajar.

Antara tempat-tempat yang kitorg pergi, jeng jengg…biar rahsia sikit la. Hehe.
First, benda ni aku tak nampak la. Tp ada kawan aku yang boleh nampak. Peristiwa ni yang takde la seram pun.

Just pengalaman kan. Nak dijadikan cerita, kitorg gi satu kubur ni. Agak terbiar, sunyi dan gelap sebab takde cahaya lampu pun. Kitorg just guna lampu suluh and fon je. Sebelum masuk kawasan kubur tu, kitorg persiap diri dulu la.

Pelindung diri semua tu la. And then decide untuk berpecah pada beberapa group. Kitorg pegi dalam 9 org. Pecah pada 4 group and duduk lain-lain tempat. Aku dgn zan(bukan nama sebenar) duduk berdua bawah pokok besar.

Yang lain duduk tempat memasing la kan. And then kitorg tunggu je sebenarnya kalau ada ape jadi or muncul. Dalam 5 minit macam tu, mula dah anjing 2-3 ekor menyalak tak berhenti. Aku pun dah rasa lain.

Naik bulu roma and rasa bahang semacam je belakang aku padahal tengah malam tu sejuk je, lagi-lagi lepas hujan. Kitorg pun start cuak dah. Bukan cuak pasal nampak pape. Tapi cuak kalau anjing tu datang kejar je. Hahahaha.

Cuak tapi ignore je nyalakan anjing tu. Still tunggu dan tunggu akhirnya hampa sebab takde ape yang jadi. So kitorg berkumpul and decide untuk lepak mamak sebelum start cerita perasaan or apa yang jadi kat memasing. Diorang sume kata takde ape.

Sampai turn aku cerita, aku bagitau la yang aku da start rasa lain macam, naik bulu roma, rasa bahang sume tu. And then paktam(dia yang boleh nampak “benda” ni) mencelah. Dia kata “memang ada je sekor berdiri belakang zan tadi. Tapi dia tak kacau ape pun”. Aku iyakan je la sambil gelak2. Hahaha.

Second, kitorg gi balai lama. Balai apa tah sebab dah lama terbiar dengan pokok2 pun tumbang. Balai tu kitorg pegi pun berkali2 disebabkan semuanya menghampakan. Hahaha. Kali terakhir kitorg pegi, baru ada la jugak something. Kitorang pegi dalam 9 orang jugak. Aku duduk bertiga dengan ijam and man kat bilik depan. Zan dengan 2 orang lagi duduk kat bilik kecik bahagian belakang.

Paktam dengan dua orang lagi jaga bahagian luar, jalan-jalan sekeliling. Sebelum aku ternampak something, ada benda kat bilik belakang tu. Dinding bilik tu memang ada gambar seram. So tak kisah sangat la and buat tak nampak je la.

And then lepas 10 minit camtu, muka zan da pucat macam ada something tak kena. Lagi 2 orang tu buat dont know je. Then Pul(dia boleh rasa kehadiran “benda” tu) tersuluh dalam bilik tu and nampak Zan da lain macam.

So dia panggil Paktam suruh tengok kat Zan tu ada pape ke tak. Dengan slumber Paktam jawab, “haah, atas dia je”. Means betul-betul kat gambar seram tu. Diorang biarkan je la dulu selagi “benda” tu tak cederakan sesape. And then tetiba Pul rasa ada “benda” lain lagi tengah perhatikan diorang bertiga. Dia tak nampak tapi dia cuma rasa je.

Dia pun suruh Paktam jugak tengok kat atas pokok betul-betul depan balai and depan bilik yang aku duduk. Awalnya Paktam tak nampak sebab pandang sekali imbas gitu je. Tapi Pul pejam mata and suruh tengok betul-betul sambil tangan tunjuk arah tepat pada “benda” tu. Barulah Paktam nampak dan mengiyakan dan bagitau “benda” tu tengah pandang diorang bertiga sambil tersenyum. Itu pasal diorang.

Pasal aku pulak yang duduk dalam bilik tu pulak. Kitorang buat macam biasa je la, borak-borak kosong, tunggu je la kan. Untuk pengetahuan korang, bilik tu ada pintu tapi pintunya da dikopak so boleh nampak la bahagian luar, bahagian depan tempat kitorg masuk kawasan tu. Gelap sangat. So aku tak pandang luar sangat sebab bukannya nampak apa pun.

Aku layan je la borak dengan diorang ni sampai satu masa tu, mata aku tetiba TERpandang luar sebab nampak macam ada cahaya. Aku buat taktahu je la sebab ingatkan Paktam and the geng la yang suluh tempat tu sebab diorang kan berjalan jalan. Tapi yang buat aku pandang semula tu sebab cahaya putih tu bergerak slow sangat.

Daripada belakang dinding, “dia” muncul perlahan lahan. Aku pandang je la atas bawah. Aku tak pasti lagi apa benda tu so aku bangun sikit, nak biar nampak jelas tapi dia hilang perlahan lahan. Pastu aku sambung borak lagi. Still fikir cahaya lampu suluh je. But then “benda” muncul lagi skali perlahan lahan. Kali ni aku pandang betul betul, bangun, tenung betul betul. Diorang berdua pulak da cuak tengok aku tetiba bangun and fokus pandang luar.

Sikit lagi aku nak berdiri, diorang tarik aku suruh duduk balik. Aku dengan terkebil kebil, tanya la diorang, “apsal tarik? Aku nak tengok je apa yang aku nampak” dengan muka excited aku. Hahahaha. Entah kenapa aku muka excited pun aku taktau.

Pastu “benda” tu hilang lagi. Macam biasa, kitorg lepak mamak dulu, cerita macam macam. Lastly, aku bagitau apa yang aku nampak, Paktam dengan Pul bagitau benda tu la yang ada atas Zan tadi. Hihihi.

Sekian terima kasih sekali lagi kerana sudi membaca kisah yang tak seberapa ni.

3 thoughts on “Pengalaman Buat Aktiviti “Paranormal””

Leave a Comment