Lagenda Nyi Roro Kidul – Part 4

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca FS..

Lagenda Nyi Roro Kidul – Part 4

Sebagaimana yang para pembaca yang mengikuti cerita Liza, terima kasih sebab bersabar menanti kesinambungan cerita ni. Disebabkan Liza sekarang dalam sesi bertempur, tak ada masa nak update cerita.

Hahahah – Maafkan Liza sebab penulisan ni macam orang Indonesia pulak. Sebab terikut-ikut sangat kot sebab bercakap dengan ‘dia’ bahasa dialek jawa. Terpengaruh sangat aku ni.

Selepas kejadian malam tu, Liza fikirkan semuanya akan selesai sebab Hj.Man sudah buat perjanjian dengan Dayang utusan berlakunya pertempuran antara kami jika dia masih mengganggu aku. So, aku fikirkan dia tak berani nak cuba-cuba ilmu Hj.Man ni. Tapi aku lupa, tiada perjanjian antara mereka sebab dayang perutusan tu tidak ada mengatakan apa-apa. Dia hanya berlalu pergi meninggalkan kami, sebab tulah, Hj.Man cakap mereka akan datang lagi untuk menjemput aku dengan paksaan. Kiranya nak culik aku lah ni. Adoiiiii.

Keesokan hari nya, mami datang ke bilik aku dan meminta aku ambil cuti seminggu. What?? Aku baru jer berapa bulan kerja kat company baru dah nak ambil cuti seminggu?

“Dadi dah pergi ke syarikat Liza jumpa dengan Bos Liza, bagitahu Liza ada masalah kesihatan dan perlukan rawatan seminggu” – Mami.

“Kenapa mami? Mami nak bawa Liza pergi mana?”

“Liza, ingat tak Hj.Man cakap semalam? Liza ada perlindung.” – Mami

Aku menggangguk.

“Hari ini, mami nak Liza berjumpa dengan ‘mereka’”

“Mereka??? Siapa??? Kenapa lama sangat nak jumpa mereka? Seminggu. Lama sangat tu mami”

“Nanti mami explain. Sekarang Liza pack barang-barang keperluan Liza” – Mami bergegas keluar dari bilik aku dan menghubungi kakak.

Dari perbualan mereka, mami minta kakak dan abang ipar tidur dirumah seminggu ini. Ermmm, kenapa yerr? Ada masalah ke? Bukan kah semuanya sudah selesai?

Aku pun pack lah barang-barang aku dalam 1 bag travel hah, seminggu tau pergi, bukan sehari. Then mami masuk bilik aku dan gelak. Laaaa .. apa yang lucu sangat ni?

“Liza nak p mana ni? Bercuti ke?”

“Dahtu? Seminggu kot, kenalah bekal macam-macam”

“Tak perlu, bawa untuk bekalan sehari saja”

“hah? Cukup ke ni mami? Pergi berapa hari ni?”

“banyak karenah betul lah anak aku ni, ikut jelah apa mami cakap!. Cepat, kita nak jalan jauh ni”

Aku pun pack lah sehelai 2 pakaian dalam bag sandang,bekal makanan dan minuman, mami cakap nak jungle tracking katanya, so aku siap sedialah dengan pakaian sukan bagai kan, nak jungle tracking ni. Mami bawa aku p bersenam kot?.

Dari rumah, aku dan mami keluar dari kawasan bandar pergi kesuatu kawasan hutan terbiar jauh dari bandar, aku tak pasti sangat tempat ni, tapi dalam sepanjang perjalanan, mami cakap macam-macam tentang kawan mami ni. Siap kasi warning lagi dengan aku jaga perilaku, sebab mereka ni orang yang jauh dari pengetahuan orang luar.

“Mami, kawan mami ni tinggal dalam hutan ke?” – Lancang lah mulut ko Liza, baru sekejap tadi mami suruh jaga mulut ni.

Mami bagi jelingan maut dengan aku. Mahunya buta mata tau kalo bertentang mata dengan mami ni. Heheheh ..

Jam tepat pukul 2pm.

Mami memulakan langkah untuk meredah kawasan hutan terbiar tu, sebelum masuk hutan, mami awal-awal dah suruh aku pasang pendinding diri.

Sepanjang perjalanan ni, mami tak banyak cakap yang aku dengar dari mulut mami sepanjang perjalanan kami, mami banyak berselawat memuji yang maha kuasa. Aku pun ikut jela setiap langkah mami pergi.

Sehinggalah kami sampai di kawasan air terjun yang mengalir ke hulu tak pasti mana penghujungnya, Mami berhenti dan duduk di salah satu batu dan meminum air dari aliran air terjun itu. Air nya jernih, kawasan tersebut sunyi hanya terdengar bunyi dari air terjun, tiada bunyi cengkerih atau pun burung malahan kawasan itu terasa sejuk.

“Liza… Sini sayang.” – Mami memanggil aku yang sedang asyik bermain dengan air.

Mami menghulurkan sekotak kayu yang sederhana besar bentuk nya yang dihiasai ukiran bunga, kelihatan agak sedikit buruk dan berkunci. Dihujung bawah kotak ada terukir huruf S.K.

“Nanti Liza ikut sahaja aliran sungai ini sehingga ke penghujung. Nanti Liza akan nampak 2 batu besar seperti pintu gerbang, diatasnya ada jambatan, mami tak pasti masih wujud atau tidak jambatan itu, tapi yang pasti, Liza akan nampak 2 batu besar dan Liza menyeberang lah kearah tempat itu, akan ada yang datang menjemput Liza.” – Mami peluk aku erat.

“Mami tak ikut ke?” – Aku rasa sedih sepertinya akan berjauhan lama dengan mami

“Mami tak boleh ikut, sebab, hanya Liza seorang sahaja yang nampak tempat itu nanti, mami dah tak punya kelebihan untuk masuk ke tempat mereka.” – Mami membelai wajah aku, sepertinya dia tak ingin aku tempuhi ini semua sendirian.

“Sudah lewat sayang, mami kena jalan dulu, nak keluar dari sini, nanti Liza balik, Mami jemput ya, mami tunggu di sini.”

“Mami tunggu saja lah disini, tak lama kan? Tak perlulah mami keluar pergi ke kereta, jauh tu, samalah kita balik.” – Aku tak sedap hati lah nak biarkan mami jalan sendiri keluar dari hutan ni.

“ermm… okay, mami tunggu Liza sini, Liza jalan dulu, mami tengok Liza dekat sini saja ya, ingat pesan mami, mulut kena jaga tempat orang, nanti Liza sampai di sana, Liza jumpa Ibu Raisha dan sampaikan salam mami pada dia ya.”

Aku mengangguk dan berlalu pergi meninggalkan mami sendirian. Terasa berat kaki aku hendak melangkah pergi. Sekejap-sekejap aku menoleh ke belakang melihat mami, sambil melambai-lambai kearah mami sehinggalah aku jauh ke dalam tidak nampak kelibat mami. Aku tahu, mami sudah berjalan pulang ke kereta nya dan aku meneruskan perjalanan.

Jam menunjukkan 5.32pm.

Aku akhirnya sampai di batu yang mami katakan, aku perlu menyeberang ke sana dan melawan arus sungai ini kerana jambatan yang mami katakana sudah tiada.

Setibanya aku diantara 2 batu besar itu, aku harus mendaki ke atas, dan di waktu aku sedang berusaha nak naik ke atas tebing itu, ada 2 tangan yang menghulur membantu aku untuk naik. Aku capai tangan mereka dan aku melihat 2 wanita berjubah putih jernih bertudung litup, wajah mereka hampir sama, sangat cantik. Ni kalau lelaki tengok, mesti tulang rusuk kiri yang hilang katanya. Dibelakang mereke ber-2 ada 2 lelaki berjubah putih, berserban, mulus sahaja rupa mereka, hanya aku memandang mereka tapi mereka sedikit pun tidak memandang aku.

Setibanya aku di atas, aku rasa sedikit terhoyong-hayang seperti kepala aku sedikit berpinar dan rasa ingin muntah, badan aku turut rasa berat hendak melangkah tambahan lagi suasana di sana sejuk yang amat sangat.

Wanita itu, memberi aku minuman dan aku rasa sedikit tenang dan tubuh ku rasa ringan. Wanita ber-2 memperkenalkan diri mereka sebagai Sari dan Safa. Dan ya, mereka sememang nya sudah tahu kedatangan aku apa bila mereka memanggil nama aku.

Kami ber-5 berjalan menyusuri ke dalam hutan dan sesampainya kami di satu perkampungan lama, susah untuk aku gambarkan suasananya tapi terasa tenang dan indah, yang aku lihat, mereka semua berpakaian jubah putih, yang wanita tertutup aurat nya dengan tudung labuh, yang lelaki siap dengan serban.

Suasana disana nyaman, sejuk, walaupun cahaya matahari membahang, dan ya, aku tersedar seketika waktu aku sedari disana sepertinya baru menjelang pagi, kerana sewaktu aku menyusuri sungai, waktu sudah petang dah hendak menjelang senja. Tapi aku hanya diamkan. Kata mami, mulut dan tingkah laku ku perlu dijaga.

Aku di bawa ke sebuah rumah, sari memberi salam.

“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ibu Raisha”

“Wa alaykumus salaam. Alhamdulillah, sampai juga anaknya Aira Medina (Nama mami aku). Jauh perjalananmu Liza?” – Ibu Raisha turun ke bawah menyambut kedatangan aku.

Safa dan Sari bersalaman dengan Ibu Raisha, aku turut sekali bersalam dan terus aku dipeluknya. Ada sedikit lama aku dalam pelukannya.

“Lama sungguh ibu tidak ketemumu Liza” – Ibu Raisha memerhati wajah aku, ada sedikit berkaca di matanya hendak menangis.

Tapi aku sedikit tidak terasa apa, kerana aku tidak mengenali dia.

Aku mengambil kotak kayu yang mami bagikan kepada aku untuk di serahkan pada ibu raisha.

“Mami kirum salam dengan Ibu Raisha, dan mami suruh bagi kotak ini pada Ibu.” – Aku rasa sedikit janggal memanggil orang yang tidak aku kenali, bagaimana dia mengenali mami? Sedangkan wajahnya masih muda, tidak nampak tua, bahkan sari dan safa juga nampak masih muda tapi memanggil nya dengan panggilan Ibu?

Sewaktu aku bagikan Ibu kotak tersebut, wajahnya sedikit berubah. Agak cemas.

“Apa kamu dalam bahaya Liza?”

Aku menggeleng.

“Apa kamu ada diberi amaran untuk berhati-hati?”

Aku menggeleng. Yala, sebab aku rasa semuanya sudah selesai. Mami pun tak cakap apa-apa dengan aku.

“Apa sebelum ini ada yang mengganggu kamu?”

“Ya. Tapi rasanya sudah selesai.” – aku memandang Ibu Raisha, pekat bahasa nya seperti bahasa melayu zaman dahulu kala.

“Mari naik ke atas dahulu, penat jauh berjalan. Berehat lah sebentar.” – Aku mengikut Ibu naik ke anjung rumahnya.

“Safa, tolong hidangkan apa yang patut untuk tetamu kita ya. Ibu kedalam dulu.” – Ibu masuk ke rumahnya membawa kotak kayu itu.

Aku duduk melihat sekeliling, sedikit segan aku melihat mereka semua disana, aku dengan baju tshirt lengan panjang, sluar tracksuit, tudung bawal. Segan pulak aku.

“Jangan risau, kami disini sememangnya sudah tahu kehadiran Liza, jadi tiada apa perlu di segan. Anggap sahaja kami semua keluarganya Liza” – Sari duduk bersipuh di depan aku.

Aku tersenyum dan melihat kanak-kanak lelaki bermain guli, masih ada juga kampong yang teperusuk di dalam hutan jauh dari bandar. Masih wujud lagi permainan kampong ini, jauh dari teknologi modern.

Ibu keluar membawa kotak kayu tadi dengan kunci yang sudah dibuka. Ibu menunjukkan senaskah Al-Quran lama dan keris lama.

“Liza, keluargamu memerlukan bantuan ibu.” – sambil menghulurkan kembali kotak kayu itu kepada aku.

“maksud ibu?. Mami Cuma katakan suruh Liza berjumpa dengan Ibu sahaja.”

“Boleh Liza ceritakan dengan Ibu, siapa yang mengganggu Liza sebelum Liza datang kesini?” – Ibu duduk di tepi aku sambil menggenggam kedua belah tanganku.

Aku ceritakan dari A-Z dengan Ibu Raisha.

“Subhaanallah, maafkan ibu Liza tidak ada disisi kamu disaat kamu memerlukan Ibu” – berlinangan airmata nya.

“Maafkan Liza ya Ibu, Izinkan Liza bertanya, siapakah Ibu dengan keluarga kami?” – bersopan santun aku susun ayat ni.

Ibu Raisa pun memulakan cerita dimana berapa puluh tahun dahulu, ada seorang srikandi yang bernama Sri Kemboja berlari menyelamatkan diri dari anasir-anasir luar yang sedang menjajah kawasan mereka, dan sri kemboja bersembunyi lari ke dalam hutan dan telah bertemu dengan Ibu Raisha yang sedang mengambil daun-daun herba. Sri Kemboja yang melihat Ibu Raisa terus meminta bantuan, maka Ibu membawa Sri ke kampong nya untuk dirawat kerana d***h banyak keluar dari luka di perut Sri kesan dari pertempuran.

Sekian lama Sri di kampong Ibu, Sri sedikit sebanyak mempelajari dari ibu Raisha pelbagai ilmu dari segi perubatan, persilatan bahkan turut belajar mendalami ilmu agama.

Sememangnya Sri sudah punya ilmu nya sendiri yang diturunkan dari keluarganya dan perlu diasah lebih lagi. Sehinggalah, tercetusnya perbalahan diantara kaum Ibu Raisha dengan kaum Syamhurash (antara salah satu Raja Jin kafir) kerana perselisihan faham kerana Ibu membawa dan menjaga Sri di alam mereka, kerana Kaum Syamhurash amat membenci manusia.

Sri Kemboja banyak membantu kaum Ibu Raisha dalam menangani kaum Syamhurash sehingga berhutang budi dengan Sri kerana sanggup bermatian melindungi kaum Ibu Raisha.

Setelah memenangi peperangan antara mereka dan kaum Syamhurash. Ibu Raisha memeterai perjanjian dengan Sri Kemboja akan datang membantu keturunan Sri Kemboja yang memerlukan bantuan, dengan membawa kotak kayu yang di hadiahkan oleh Ibu Raisa kepada Sri Kemboja dengan keris dan senaskah Al-Quran.

Barulah aku faham apa makna semuanya.

Aku pendekkan cerita yer. Tak boleh nak share semua kat sini. 😉

Sepanjang aku di sana, Ibu Raisha sedikit sebanyak berkongsi dengan ilmu-ilmu yang perlu untuk aku melindungi diri aku sendiri. Memperkenalkan aku kepada para pejuangnya tidak kira lelaki atau wanita. Ibu membawa aku mengelilingi ke seluruh wilayah dibawah jagaan nya dan ibu raisha menghadiahkan aku seutas gelang emas dan senaskah Al-Quran berwarna hijau untuk menggantikan keris lama dulu dan diletakkan di dalam satu kotak kayu baru berukiran bunga hampir sama seperti kotak yang lama, diatas kotak terukir huruf nama penuh aku N.K.

“Masa semakin suntuk Liza, Liza perlu kembali kepangkuan keluargamu. Mereka sedang menanti kepulangan Liza. Ibu akan menyusul kemudian. Liza kenalah pakai gelang ini sentiasa ya. Nanti, Ibu dan yang lain-lain akan datang memerangi mereka untuk melindungi kamu”

Walaupun aku hanya datang menjumpai mereka tidak lama, hanya setengah hari tapi rasa nya seperti sudah lama aku bersama mereka, hari semakin kelam di sana, Ibu membawa aku ke suatu tempat sepertinya suatu tempat lapang.

Waktu ini, Ibu bersiul, dan dari dalam hutan itu, aku melihat sesuatu datang menuju ke arah kami, dan aku melihat seekor harimau putih. Tubuhnya agak besar, pernah tengok cerita Narnia tak? Kira nya besar tu lah, Cuma ini harimau putih, seluruh tubuh nya putih.

Mengaum dan menerpa kearah ibu, aku mengundur. Ibu membelai harimau itu seperti haiwan belaannya. Seiring dengan itu, datang beberapa kawanan harimau putih yang lain, besar kecil, jantan betina, tua muda.

“Ini kawan ibu, mereka juga turut menjaga kawasan ini.” – Ibu menarik aku untuk turut membelai harimau itu.

Bergegar tangan aku oii .. besar tu, ada macam beruang dah aku tengok.

Entah macam mana dalam banyak-banyak harimau disitu, aku terasa seperti ada sesuatu yang menarik aku untuk pergi ketengah-tengah antara kawanan harimau tu, dan aku melihat seekor harimau yang sedang duduk melihat aku.

“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai insan pilihan” – suara jantan

Aku toleh kiri kanan. Siapa yang bersuara?

“Aku adalah pilihanmu”

Aku tenung je harimau depan aku ni.

“Ya. Aku. Hanya kamu bisa mendengar suara aku, kerana aku menjadi pilihan untuk menjaga mu sehingga hayat mu.”

Aku berlari pergi kearah Ibu, Ibu Raisha tergelak (sopan tau cara dia ketawa).

“Kamu sama sahaja seperti Sri Kemboja, hanya kamu berdua sahaja yang bisa berhubung dengan mereka, kerana mereka turut memilih kamu. Ini kerana, kamu benar-benar memerlukan perlindungan mereka. Bagikan nama untuk dia, Liza.”

Harimau itu mendekat kearah aku dan tunduk. Ibu meletakkan tangan aku pada dahi harimau itu.

“Azil” – terpancul nama itu dari mulut aku sendiri tanpa aku tahu dari mana datangnya.

Ibu tersenyum.
“Azil juga merupakan salah seekor dari keturunan harimau penjaganya Sri Kemboja. Kamu adalah orang yang ke-2 selepas moyang mu. Ini mungkin kerna keadaan mu memerlukan bantuannya mereka.”

“bagaimana tejadi nya ikatan antara kami?” – aku ni perasaan ingin tahu ni tinggi tau

“Dulu moyang mu ketemu sama Kejora (harimau putih betina pilihan Sri Kemboja), mungkin sudah takdir mereka bertemu sejak itu kami dan mereka hidup bersama dikawasan ini, saling membantu sesama sendiri”

Aku menggangguk. Azil duduk disebelah aku. Ibu dan kawanan harimau yang lain berlalu pergi meninggalkan kami ber-2.

“Namaku Liza. Salam perkenalan” – Aku duduk mendongak melihat Azil. Seketika aku rasa ini lawak. Macam tipu jer kan. Tapi ko rasa? Lepas macam2 ko lalui ko rasa ni masih tipu? Ermmmm …

“Aku pelindungmu. Aku datang jika kamu memerlukan aku.”

“Ermmmm .. kau ni kira macam saka ke apa? Aku tak nak yang pelik2 tau. Dosa.” – hahahha … mami cakap jaga bahasa lah !!! Yela, aku ni masih nakal, nak cakap solat 5waktu tu tak lah selalu juga escape subuh zohor asar. Ehehhehe … Cuma masih terjaga diri dari yang lain-lain.

“hahahahahah …. “ – bergema telinga aku ni bila azil ketawa. Kami ni berinteraksi macam dalam hati tau, aku ni cakap macam biasalah, tapi azil ni buka mulut pun tak, tapi aku boleh dengar suara dia.

“Bukan begitu, tiada santapan untuk aku mahupun sembahan, aku juga makhluk ciptaan Allah S.W.T yang di wujudkan dengan tujuan menyembah dan berbakti kepada-Nya. Didalam masa yang sama, moyang ku juga punya budi dengan moyang mu. Oleh itu, aku punya kewajipan melindungi keturunannya kawan moyangku.” – Azil merenung tajam ke arah aku.

“jadi sekarang, mana-mana je aku pergi, kau akan ada ke or macam mana aku nak panggil kau erkkk? – Ni soalan yang betul lah kan? Betul tak? Aku mana tahu nak panggil dia macam mana kan?

“Aku akan datang disaat aku rasa kau dalam bahaya dan amat memerlukan aku. Aku hanya datang bila datang nya musibah keatas kau.” – Azil bangun dan masuk ke dalam hutan.

Aiehhh.. macam tu jer? Bye xada ke?

“Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, aku pergi dulu. Ketemu lagi kita dilain waktu” – Azil

“Wa ‘alaikumus salam wa rahmatullahi wabarakatuh” – Aku berlalu pergi ke kampong Ibu Raisha.

Ibu menyambut kepulangan aku dan kami jalan seiringan, Ibu menghantar aku sehingga ke batu gerbang tadi. Ibu memeluk aku erat. Aku bersalam dengan penduduk nya yang lain, kerana mereka turut mengiringi kepermergian aku. Terasa sebaknya.

Aku turun ke terbing dan apabila aku lihat ke atas, tidak kelihatan ibu dan yang lain-lain. Agaknya mereka sudah berlalu pergi. Aku menyeberang di susur sungai pergi kearah air terjun tadi. Tapi aku rasa sedikit pening dan rasa tubuh aku rasa agak berat. Aku meneruskan perjalanan menuju kearah air terjun untuk bertemu mami.

Tapi aku sedikit hairan, kerana sewaktu aku menaiki tebing itu, waktu sudah petang, dan apabila sampai disana hari masih pagi? Dan aku balik menjelang petang disana. Tapi kenapa di sini masih pagi? Aku sedikit kebingungan. Aku lihat jam. Jam aku m**i pulak. Adoiii.

Sesampainya aku di air terjun aku lihat mami dan dadi duduk di batu. Aku terasa sangat gembira melihat mami, rasa nya seperti sudah lama tidak bertemu. Mami dan dadi memeluk aku erat. Kami terus keluar dari kawasan hutan itu dan berlalu kembali ke bandar.

Di sepanjang perjalanan aku bercerita dengan mami tentang Ibu Raisha dan penduduk nya termasuk Azil. Mami sedikit teruja mendengar cerita aku sehingga aku terlelap kerana penat.

Dirumah, kakak menyambut gembira kepulangan aku, aku rasa hairan kenapa terasa agak lama kami tidak berjumpa? Sepanjang hari itu, aku berehat dengan secukupnya dan aku merasakan apa yang terjadi semalam sepertinya hanya mimpi. Benarkah apa yang aku lalui itu.

Keesokan harinya aku melihat mami dan dadi ada dirumah, tidak bekerja kah mereka hari ini? Aku kedapur menegur kakak yang sedang masak mee hoon untuk breakfast.

“kak, mami and dadi tak kerja ke?”

“hari ni kan hari ahad !. mana ada kerja”

“Wait !! mana ada, hari ini kan selasa? Baru semalam Liza pergikan?”

Aku pergi ke rancangan Tv Astro. Dan ya. Hari ini hari ahad.

Aku berlari menuju kearah mami. Apa semua ni?

“bertenang Liza, mami explain. Tempat yang kamu pergi itu, hanya kamu sahaja yang boleh masuk dan nampak. Setiap keturunan kita yang mempunyai kelebihan ini akan pergi berjumpa dengan mereka. Sememangnya mami tak hendak Liza pergi sekarang, mungkin nanti. Tapi atas nasihat Hj.Man, mami terpaksa hantar Liza kesana. Waktu disana dan disini tak sama.”

Rasa nak pengsan aku dengar cerita mami. Jadi Ibu Raisha tu? Bukan manusia? Tapi dari golongan jin muslim @ dalam erti kata lain orang bunian eyhhh.

Ya Allah, kenapa aku tak perasan eh? Tak sedar ke aku bila Ibu Raisha cakap dulu berpuluh tahun dulu dia berjumpa dengan moyang aku Sri Kemboja? Aku langsung tak sedar lah semua tu.

Subḥān Allāh. Mengucap panjang aku atas kebesaran-Nya. Terasa kerdil diri aku ni bila aku sedar bertapa malunya aku terhadap mereka. Tengok lah macam mana cara kehidupan dan permakaian mereka berbanding aku.


Seminggu aku bercuti, aku fikirkan sudah selesai semuanya. Tapi tidak. ‘Dia’ datang bersertakan angkatan tentera nya untuk membawa aku bertemu dengan permaisuri mereka.
3 hari berturut-turut aku bermimpi didatangi ‘dia’ dalam keadaan merayu, marah dan memanggil.

** MALAM PERTAMA **
Aku mimpi didatangi ‘dia’ dan 2 orang lagi perempuan memanggil aku untuk mengikut mereka. Dalam mimpi ni aku lari, selamat kan diri dari mereka sebab mereka kejar aku laa weiii .. meracau-racau aku dalam tidur, sampai Nono gerakkan aku dari tidur.

** ** MALAM KEDUA** **
Aku bermimpi mendengar bunyi gamelan music Indonesia, aku berada di suatu kawasan buluh, ditengah-tengah nya aku melihat seorang perempuan menari-nari sambil menyanyi. Sedih sayu sangat memanggil aku datang mendekat. Tapi, dalam mimpi ni aku larikan diri dari perempuan tu, ahhahah dan sekali lagi Nono gerakkan aku dari tidur. Kesian Nono, 2 malam ni tak dapat tidur lena kena ganggu aku.

** MALAM KETIGA **
Malam ni, hujan lebat, kebetulan pulak elektrik kawasan rumah aku ni terputus dari jam 5pm sampai tengah malam, kami semua ada di rumah, sebab dalam keadaan aku macam ni, mami dan dadi tak nak tinggalkan kami sendirian dirumah dan aku pulak tak mahu keluar melepak dengan member. Dalam jam 10 lalu, kami semua duduk di ruang tamu, Nono pasang radio dari HP dia, tak tahu lah kenapa boleh siaran terganggu dan tiba-tiba music gamelan Indonesia yang aku dengar dari dalam mimpi aku boleh tersiar dalam radio. Waktu ni, Nono pulak bangun dan terus menari seperti tarian mayang. Mata dia tertutup tapi ada senyuman di bibir dia.

“Kau jangan ganggu adik aku lah s**l !!!!” – Aku berdiri menghadap Nono.

‘Dia ‘ berhenti menari, dengan mata terpejam, ‘dia’ melihat aku sambil tersenyum. Dadi dan mami dah mula baca apa yang patut sejak tadi. Kemudian dadi tekupkan tangan dia kearah muka nono, serta merta nono jatuh pengsan dan lagu dari HP nono terpadam. Battery HP dia padam.

Semalaman tu, kami sekeluarga tidur diruang tamu. Dan malam tu aku mimpi ‘dia’ datang lagi dengan nada marah dia ugut aku

“Jika kau tak mahu mengikut aku pulang ke wilayah ku ketemu sama permaisuriku, keluargamu akan aku ganggu !. Biar jiwa mereka menjadi santapan anak naunganku !!” – bergema suara ‘dia’ sampai aku terjaga dari tidur.


Keesokan hari nya – Kakak aku dan suami nya datang ke rumah, kakak bercerita selepas kejadian aku dahulu, kakak turut membuat research tentang Nyi Roro Kidul ni sebab perasaan ingin tahu dia tu macam aku jugalah. Alamatnya malam semalam kena kacau juga.

“mami, aunty liza frend outsite there” – Udin

Kakak aku pun pelik, takkan sampai kesini kawan aku cari akukan? Kakak aku pun lihat dari tingkap rumah dia, dia nampak perempuan bersanggul emas berbaju batik kebaya hijau duduk di bangku luar rumah dia. tapi membelakangkan kakak aku lah. Kakak aku dah tak sedap hati, dia terus bawa udin jauh dari tingkap. Kelang kabut juga kakak aku nak pasang cd al-Quran.

“Mami, aunty liza frend ask me to open the door” – Udin

“No ! mami said No !” – Kakak aku dah gelabah sangat time ni.

Waktu tu juga dia terhidu bau bunga melur dan pintu rumah dia kena ketuk kuat sangat macam kena tendang.

Kakak aku call lah husband dia suruh balik cepat, oleh kerana malam tu, Hp kami semua padam sebab tak ada battery jadi kakak tak dapat nak hubungi kami.

Waktu abang ipar aku sampai rumah,dia ada cakap terserempak dengan seorang perempuan berjalan sendirian di jalan raya memakai baju kebaya hijau.

Oleh sebab rumah kakak dan kami jauh, dan sudah lewat malam, mereka membuat keputusan untuk tunggu esok pagi untuk kerumah kami sahaja.

Oleh kerana kami merasakan mereka semakin berani mengganggu kami sekeluarga, kami bersetuju bertemu dengan Hj.Man untuk meminta bantuan.

Baiklah.

Liza akan sambung lagi pada episode yang akan datang yer sebab cerita ni Liza taip dari pagi tadi sampai petang ni tau.

Lagipun liza tak berani nak type malam-malam sebab hampir setiap malam liza kena gangguan. Pada episode yang akan datang Liza akan ceritakan bagaimana Ibu Raisha dan perwirawati nya serta Azil datang membantu kami Hj.Man menentang tentera permaisuri laut ini.

Harap sabar menunggu yer dan harap faham dengan keadaan Liza. Insya Allah kalau umur panjang kita berjumpa lagi di lain hari.

Doakan perjuangan kami selesai dengan cepat. sebab malam ni, Ibu Raisha hendak bawa Liza bertemu dengan permaisuri wilayah jawa timur.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Sekian.
Nurkilan
Liza (27.09.17 – 04:28pm)

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]
#Liza

28 thoughts on “Lagenda Nyi Roro Kidul – Part 4”

  1. Yer..mmg dasat..terutama libatkan 2 negara..roro kidul ni mmg terkenal disana..dia mempunyai kerajaan jin di pantai selatan indonesia

    Reply
  2. nie cerita paling best aku baca . Teringin nak cari maklumat tentang roro kidul tu . Tp takut kang tak pasal2 aku pulak kena kacau sebab teringat dia . Hahahahahha

    Reply
  3. Raisha…
    Penah berangan nk letak nama anak Raisha, tp x jadi…
    Hehehehehe…

    Gangguan makin dekat dan berani…
    Semoga kamu sekeluarga kuat luaran dalaman utk semua tu…

    Reply
  4. dengar pasal harimau putih ni tringat pulak dgn rimau #CikEdit aka Dee ..
    semoga segalanya dipermudahkan Liza, aamiin…

    Reply
  5. Kelmarin ade cari gak kat google pasal nyi roro kidul ni..
    Tetibe ase seram sejuk plak..
    Tak jadi terus kan niat.. perasaan ingin tau tu kuat sgt.. tp tak berani nak amik risiko..
    Dengan ank kecik2.. suami lak :tak berapa kuat semangat nye: jadi batal kan niat tuk amik tau kisah sebenar nye..

    Reply
  6. Bila baca rasa macam khayalan, tapi aku tahu benda ni semua tak mustahil. aku ada sorang makcik yang di anugerahkan kebolehan macam ni. Aku saja je tanya ada tak ikan duyung dalam dunia ni, yelah takkan pokok bergoyang kalau takde angin. Dia cakap ada, dan diaorang ni ada kerajaan sendiri dalam laut sana. Cuma kita tak nampak. Wallahualam

    Reply
  7. Aduhh…berdebar-debar baca cite nie…sampai sakit dada nak menunggu episod seterusnya…
    semoga dpermudahkan urusan Liza..kipidap.k

    Reply
  8. Dahsyat weh cite ko.. Lepas baca cite first ko aku mmg jd tertarik n perasaan ingin tahu tu membuak2.. aku google pasal Nyi Roro Kidul tp aku xbaca sbb cite die pjg sgt.. hahaha..

    Tp serious mcm xleh buang dia dr minda aku.. Sampai aku sndiri lawan..

    Cerita ko best Liza.. Mak tggu next sharing k.. Semoga smua urusan ko dipermudahkan..

    Reply
  9. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.

    maaflah yer, Liza sepanjang mggu dari post cerita ni ep-1, Liza tak ada masa baca comment korang, baru nilah liza ada masa nak baca semua comment dari anda semua, terima kasih yang mendoakan keselamatan keluarga Liza dan kepada yang kena gangguan tu – Liza harap pelihara diri dgn kalimah suci Allah SWT, insyaAllah semuanya akan terlindung dengan izin-Nya. Amin.

    Reply
  10. Bila baca cerita Kak Liza ni, badan rasa menggeletar. Rasa tak sedap hati, jantung berdegup laju. Disebabkan rasa nak tau sangat, saya kuatkan semangat untuk baca cerita Kak Liza sampai habis.

    Reply
  11. thanks liza sbb sudi smbung lagi..InsyaAllah sis tggu lgi episode strusnya..abaikn pihak2 yg anggap ni semua khayalan atau impian atau rekaan..sebab hanya yg merasa je akn fhm situasi ni..sbb prkara ni berhubung dgn bnda yg ghaib..sdangkn kita dh tahu dlm dunia ni bkn kita je manusia yg dduk..ada lagi Makhluk Allah yg lain..dn xsemua org diberi kelebihan atau keistimewaan dlm hal2 yg mcm ni mlainkn kehendak yg maha esa lagi maha mengetahui tntg sluruh alam…bye

    Reply
  12. Terima Kasihlah,sharekan kisah2 berunsurkan mistik dan Alam Halus ini ….
    susungguh ianya menambahkan dan memperhebatkan keimanan dan Taqwa kepada Allah swt dan Cintakan Rasulnya …
    Beriman kepada Yang Ghaib ni adalah Rukun Iman …
    Semoga dengan ini dapatlah manfaat dan pelajaran dari Perkongisian ni …
    Alhamdulillah …

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.